Pergi ke kandungan

Anjing gembala Georgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Georgia
Anjing gembala Georgia
Nama lainAnjing gunung Georgia
Negara asalGeorgia
Trait
Berat Jantan 50 kilogram (110 lb)
Betina 45 kilogram (99 lb)
Tinggi Jantan minimum 65 cm (26 in)
Betina minimum 60 cm (24 in)
Bulu Lapis bulu ganda tebal—lapis bulu bawah tebal
Warna sebarang warna, putih
Saiz perinduk 3–10 ekor anak anjing
Jangka hayat 11–12 tahun
CatatanHaiwan kebangsaan Georgia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Georgia,[a] yang juga dikenali sebagai anjing gunung Georgia,[b] ialah satu baka anjing pengawal dan anjing penjaga haiwan ternakan dari Kaukasus Georgia.

Sejarah baka

[sunting | sunting sumber]

Baka anjing gembala Georgia ialah hasil pemilihan yang dilakukan oleh orang asli Georgia. Wakil-wakil pertama baka ini muncul di timur laut negara itu. Spesies ini berasal daripada mastif Tibet dan digunakan untuk berbilang tugas harian. Anjing gembala Georgia menemani gembala dan membantu mereka menjaga kawanan ternakan. Tugas utamanya adalah untuk mengusir serigala dan beruang daripada biri-biri. Anjing gembala Georgia juga digunakan sebagai anjing pengawal untuk melindungi harta benda. Terdapat legenda bahawa seekor anjing gembala Georgia merobek seekor serigala sambil melindungi anggota lebih muda dalam keluarganya.

Untuk jangka masa panjang, pembiak baka tidak berminat untuk mewujudkan baka terpisah dan, sambil meneruskan proses pemilihan anjing gembala Georgia, bilangan anjing gembala Georgian berkurang secara beransur-ansur. Baka ini berada di ambang kepupusan. Pada tahun 2000, Persekutuan Kinologi Georgia secara rasmi menerima pakai piawaian baka bersatu. Perihal termasuk ciri tersendiri baka ini dan variasi-variasi yang diterima. Kini, sebuah komuniti penggemar baka sedang mengusahakan perkembangan anjing gembala Georgia dan anjing gembala ini beransur-ansur mendapat kepopularan di luar Georgia.[1][2]

Terdapat dua jenis anjing penjaga haiwan ternakan Georgia: jenis "singa" yang berbulu pendek, biasanya putih metah atau putih dengan tompok-tompok gelap pada lapis bulunya dan jenis "beruang" yang berbulu panjang biasanya berwarna perang gelap hingga kepala hitam dan perang lebih cerah menutupi selebih lapis bulunya. Di Georgia, ia dikenali sebagai qartuli nagazi. Jenis "singa" yang berbulu pendek dianggap sebagai varian tertua atau asli bagi baka ini, dengan putih metah sebagai warna lapis bulu paling jarang. Varian "singa" kebanyakannya terdapat di rantau-rantau timur laut Georgia.

Dari segi fizikal, anjing ini mempunyai bertulang kuat, berotot, dan atletik, dengan kepala besar dan kaki berkuasa. Rupa bentuk kepala anjing gunung Georgia hampir segi empat tepat, berperkadaran dari segi saiz dengan tubuh. Tengkoraknya rata, bujur, dan dalam, dahinya rata, protuberan oksiputnya terbentuk, tetapi tersembunyi di belakang otot terbentuk. Lengkung supersiliumnya adalah sederhana. Hidungnya berwarna hitam atau perang lebar dengan lubang hidung cukup terbentuk. Muncungnya lebar, namun lebih pendek daripada tengkorak. Lehernya patut pendek dan berkuasa.[1]

Anjing gembala Georgia dibezakan dengan binaan amat besar, format sederhana regang. Perototan cukup terbentuk, tanpa relief. Giginya putih, tersusun rapat-rapat tanpa celah. Gigitan gunting diiktiraf sebagai gigitan normal untuk baka ini, sedikit penyimpangan dapat diterima.

Telinga terpotong secara tradisional. Matanya bersaiz sederhana, bujur, dan terletak dalam-dalam. Matanya biasanya gelap, tetapi untuk anjing dengan telinga putih dan warna cerah, cahaya warna cerah dapat diterima. Anjing gembala Georgia mempunyai kelasa berotot, yang cukup jelas dan ternaik ke atas garis atas. Terdapat belakang lurus dan lebar dengan loin pendek dan kuat. Krup adalah membulat, berkedudukan hampir dengan mendatar. Sangkar rusuknya lebar dan sedikit membulat. Garis dada bawah berada pada paras siku. Perut berkelim secara sederhana. Ekornya tebal di pangkal, terletak tinggi-tinggi. Pergerakan anjing gunung Georgia adalah bebas, meluas, dan seimbang. Baka ini bercirikan ligasan pendek, yang berubah menjadi derapan berat apabila berlari.[1]

Jantan dewasa mencapai ketinggian 65 cm (26 in) pada paras kelasa. Betina pula adalah lebih rendah dengan purata ketinggian 60 cm (24 in). Julat berat ialah 50–70 kg (110–150 lb). Panjang tungkai hingga siku adalah lebih sedikit daripada separuh ketinggian. Sudut sendi skapula humerus patut bernilai 100°. Lengan bawah adalah lurus dan kuat. Dalam perihal baka ini, tiada syarat untuk warna lapis bulu. Bulu anjing gembala Georgia berkilat, dekat dengan tubuh, dan pendek dengan lapis bulu bawah tebal. Bulu lebih panjagn dapat diterima di sekeliling kawasan leher dan kawasan kelasa.

Anjing gembala Georgia cenderung untuk bersikap tegas, berani, dan berwaspada.[3]

Anjing gembala Georgia

Perwatakan anjing gembala Georgia lazimnya termasuk:

  • ketidakpercayaan terhadap orang asing
  • keberanian
  • naluri pelindung sangat maju
  • ketenangan
  • keyakinan terhadap kekuatannya[1]

Ketenangan luaran dan kelambatan digantikan dengan ketegasan pada tanda pertama bahaya. Baka ini bercirikan kecenderungan untuk mendominasi, oleh itu, pelatihan anjing gembala Georgia memerlukan ketekunan dan kesabaran daripada pemiliknya. Pembelajaran dan sosialisasi perlu dimulakan pada usia awal. Oleh sebab daya ketahanan semula jadi, anjing gunung Georgia telah meningkatkan kecekapan sebagai pembantu ladang. Ia tidak takut kepada suhu rendah dan senaman berpanjangan. Anjing gunung Georgia cenderung untuk menjadi curiga terhadap orang asing. Anjing ini kelihatan tenang dan perlahan, tetapi membuat keputusan dengan cepat dan bertindak balas dengan pantas terhadap sebarang keadaan berbahaya. Anjing gembala Georgia mampu mentaksir paras bahaya dan menurut naluri melindungi yang lebih lemah. Oleh sebab kebolehan ini, baka ini dapat ditentukan sebagai baka yang sesuai untuk perkhidmatan anjing pengawal.[3]

Anjing gembala Georgia ialah pemimpin semula jadi dan perwatakannya memerlukan pemilik kuat semangat. Ia biasanya tidak menunjukkan agresi terhadap ahli keluarganya dan pada umumnya bersikap manis dengan kanak-kanak. Anjing ini dapat membezakan kanak-kanak daripada orang dewasa dan menyesuaikan tingkah laku dan sikapnya. Ia mengambil menyertai permainan kanak-kanak dengan keseronokan dan sejelasnya mengawal kekuatannya. Anjing ini menunjukkan toleransi tinggi terhadap tingkah laku kanak-kanak dan sangat lemah lembut dengan mereka.

Anjing gembala Georgia dapat menyerang haiwan yang tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kawanannya. Ini juga berlaku untuk anjing yang tinggal berdekatan. Anjing gembala Georgia bergaul dengan haiwan bela jinak lain, termasuk kucing dan burung. Baka ini dibiakbakakan untuk menjaga kawanan ternakan, maka, tidak menunjukkan agresi terhadap haiwan ternakan. Anjing gembala Georgia berkemungkinan memulakan pergaduhan untuk mempersoalkan kepemimpinan dengan anjing lain sebarang baka. Ini hanya berlaku buat sementara waktu dan biasanya diselesaikan sebaik sahaja hubungan antara haiwan berkenaan dijelaskan.[1][3][2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ݢيورݢيا; Bahasa Georgia: ქართული ნაგაზი; bahasa Inggeris: Georgian shepherd dog; Georgian shepherd; Georgian nagazi
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢونوڠ ݢيورݢيا; Bahasa Georgia: ქართული მთის ძაღლი; bahasa Inggeris: Georgian mountain dog
  1. ^ a b c d e Ivanov, Andrey. "Georgian mountain dog:Nagazi" [Anjing gunung Georgia: Nagazi]. Brief Observer (dalam bahasa Inggeris). 1: 12–13.
  2. ^ a b "Грузинская горная, Нагази, волкодав" [Anjing gunung Georgia, anjing gembala Georgia, anjing pemburu serigala Georgia] (dalam bahasa Rusia). 28 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2018. Dicapai pada 2 April 2024.
  3. ^ a b c "Qualities of Georgian Shepherd – First ever Georgian dog breed" [Kualiti Anjing Gembala Georgia – Baka anjing julung Georgia] (dalam bahasa Inggeris). Georgian Journal. 8 Julai 2018. Dicapai pada 2 April 2024.

Templat:Anjing Armenia