Pergi ke kandungan

Ampang Pechah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Ampang Pechah
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Ulu Selangor
MukimMukim Ampang Pechah
KeluasanN/A

Ampang Pechah merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor.Ampang Pechah juga merupakan salah satu tempat yang berada di dalam Dun Kuala Kubu Bharu

Mitos Buaya Putih

[sunting | sunting sumber]

Suatu ketika dulu, daerah Kuala Kubu terkenal dengan kisah buaya putih.Mengikut sumber(Arkib Negara Malaysia) nama Empang@Ampang Pecah ini wujud dengan satu kisah lagenda Buaya Putih kira-kira pada tahun 1883 di mana kedegilan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai “penunggu” (spirit guardian of the river) di situ.

Akibat dari kedegilan beliau membunuh buaya tersebut maka berlaku satu banjir besar di mana telah memusnahkan empangan yang dibina oleh penduduk dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu, iaitu anak Sungai Selangor. Panjangnya empangan itu kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. Tragedi pecahnya empangan itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]