Alfred Keller
Alfred Keller | |
---|---|
Kelahiran | 19 September 1882 |
Meninggal dunia | 11 Februari 1974 Berlin | (umur 91)
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Luftwaffe |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | Luftflotte 1 |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Pour le Mérite Knight Cross of the Iron Cross |
Alfred Keller (19 September 1882 – 11 Februari 1974) adalah seorang Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe Jerman Nazi semasa Perang Dunia Kedua yang memerintah Luftflotte 1. Kerjayanya dalam Tentera Imperial Jerman bermula pada tahun 1897; beliau menjadi salah seorang jeneral Luftwaffe yang paling banyak menerima pingat.
Perang Dunia II
[sunting | sunting sumber]Pada September 1939, apabila Perang Dunia II bermula, Leftenan Jeneral Alfred Keller memerintah Kor Ke-4 Udara semasa pencerobohan Poland, mengambil alih pemerintahan ini pada 13 Oktober 1939. Kempen seterusnya, semasa kempen terhadap Norway, negara Belanda, Belgium dan Pertempuran Perancis, beliau memerintah Luftflotte 2 dengan Jeneral Albert Kesselring sebagai pegawai atasannya. Keller telah dikurniakan Knight Cross of the Iron Cross pada 24 Jun 1940 selaku Panglima Kor Ke-4 Udara. Sejurus selepas itu, pada 19 July 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada 19 Ogos 1940, semasa Pertempuran Britain, Alfred Keller dilantik sebagai Panglima Luftflotte 1 dan Panglima Luftwaffe - Timur. Keller memimpin formasi ini dengan penuh bertenaga semasa kempen Balkan dan kemudian Operasi Barbarossa dimana beliau membantu Kumpulan Tentera Darat Utara. Keller kekal bersama Luftflotte 1 sehingga 12 Jun 1943, apabila beliau bersara dari perkhidmatan aktif pada usia 61 tahun, digantikan oleh Günther Korten yang 16 tahun muda darinya. Namun beliau terus melaksanakan fungsi-fungsi penting dalam NSFK (Nationalsozialistische Fliegerkorps – Kor Penerbang Sosialis Nasional, sebuah unit separa tentera yang dibentuk sebagai juruterbang awam simpanan). Beliau adalah Korpsführer NSFK dari 26 Jun 1943, hingga Jerman menyerahkalah pada 8 Mei 1945. Sehingga ke penghujung perang Kellerlah yang bertanggungjawab memimpin jabatan senjata anti kereta kebal Luftwaffe.
Kehidupan selepas perang
[sunting | sunting sumber]Dengan peletakkan senjata Jerman pada 8 Mei 1945, Keller menjadi tawanan perang British sehingga tahun 1947. Pada tahun 1950an beliau menjadi presiden pertama Persatuan Penerima Knight Cross. Keller meninggal dunia di Berlin.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Fahnenjunker - 22 November 1902
- Leutnant - 18 Ogos 1903
- Oberleutnant - 18 Ogos 1911
- Hauptmann - 8 November 1914
- Major - 16 Januari 1920
- Oberstleutnant -
- Oberst - 1 Januari 1934
- Generalmajor - 1 April 1936
- Generalleutnant - 1 Februari 1938
- General der Flieger - 1 April 1939
- Generaloberst - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Iron Cross (1914), Kelas 1 dan 2
- Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern, Knight Cross berserta Pedang
- Royal Prussian pilot badge
- Bavarian Military Merit Order, 4th Class with swords and crown
- Pour le Mérite (4 Disember 1917)
- General Honour Decoration for Bravery (Hesse)
- Pingat Kehormatan
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga 2
- Lencana Emas Juruterbang Peninjau bertakhta Berlian
- Pingat Semat Iron Cross Kelas 1 dan 2 (lihat Front Flying Clasp of the Luftwaffe)
- Knight Cross of the Iron Cross pada 24 Jun 1940 selaku General der Flieger dan Panglima IV. Fliegerkorps[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ Scherzer 2007, p. 435.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Generalmajor Hellmuth Bieneck |
Panglima 4. Flieger-Division 1 Februari 1939 – 11 Oktober 1939 |
Diikuti oleh: IV. Fliegerkorps |
Didahului oleh 4. Flieger-Division |
Panglima IV. Fliegerkorps 11 Oktober 1939 – 19 Ogos 1940 |
Diikuti oleh: General der Flieger Kurt Pflugbeil |
Didahului oleh General Wilhelm Wimmer |
Panglima Luftflotte 1 20 Ogos 1940 – 12 Jun 1943 |
Diikuti oleh: Generaloberst Günther Korten |