Günther Rudel
Günther Rüdel | |
---|---|
Kelahiran | Metz, Alsace-Lorraine | 15 November 1883
Meninggal dunia | 22 April 1950 Munich, Jerman Barat | (umur 66)
Disemadikan | Munich Waldfriedhof Field 16—W 38 |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Luftwaffe |
Tahun perkhidmatan | 1902–1945 |
Pangkat | Generaloberst |
Arahan | Luftverteidigung und Inspekteur des Luftschutzes |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Eisernes Kreuz 1914 |
Günther Rüdel (15 November 1883 – 22 April 1950) adalah seorang Jeneral Jerman dalam Luftwaffe semasa Perang Dunia II.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Günther Rüdel telah dilahirkan di Metz, Alsace-Lorraine, pada 15 November 1883. Rüdel berkhidmat sebagai Hauptmann semasa Perang Dunia I, bekerja untuk Kementerian Perang Bavaria. Günther Rüdel mempunyai kerjaya tentera yang cemerlang dalam Reichswehr dan kemudian dalam Luftwaffe. Beliau mendapat kenaikkan pangkat ke Generalleutnant pada April 1936, dan General der Flakartillerie pada Oktober 1937. Rüdel telah dilantik sebagai "Inspekteur der Flakartillerie" dari tahun 1938 hingga 1942. Semasa Perang Dunia II, Günther Rüdel mencapai pangkat Generaloberst pada November 1942.
Rüdel berdiri bersama Adolf Hitler dalam Beer Hall Putsch, iaitu kudeta 1923 yang gagal terhadap kerajaan Republik Weimar, menghentikan beliau dari menembak seorang pegawai dengan pistolnya. Cucu Rudel, John Crane, seorang eksekutif awam tentera AS yang bertanggungjawab terhadap unit perlindungan pemberi maklumat (whistleblower), sendiri menjadi pemberi maklumat (whistleblower) pada tahun 2013.[1]
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Fähnrich - 5 Julai 1902
- Leutnant - 9 Mac 1904
- Oberleutnant - 9 Mac 1912
- Hauptmann - 9 Ogos 1915
- Major - 1 Disember 1923
- Oberstleutnant - 1 Februari 1929
- Oberst - 1 Disember 1931
- Generalmajor - 1 Oktober 1934
- Generalleutnant - 1 April 1936
- General der Flakartillerie - 1 Oktober 1937
- Generaloberst - 1 November 1942
Anugerah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Iron Cross (1914), Kelas 1 dan Kelas 2
- Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang
- Military Merit Order (Bavaria), Kelas 4 berserta Pedang
- Hanseatic Cross Hamburg
- Wilhelm Ernst War Cross
- Order of the Iron Crown, Kelas 3 berserta Bintang Perang (Austria)
- Military Merit Cross, Kelas 3 berserta Bintang Perang (Austria-Hungary)
- Pingat Kehormatan Perang Dunia I
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera, Kelas 4 hingga Kelas 1
- War Merit Cross (1939), Kelas 1 dan Kelas 2 berserta Pedang
- Knight Cross of the War Merit Cross berserta Pedang
- Anti-Aircraft Flak Battle Badge
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Blowing the Whistle: Former US Official Reveals Risks Faced by Internal Critics", by Mark Hertsgaard, Felix Kasten, Marcel Rosenbach, and Holger Stark; Der Spiegel, 22 May 2016
- Rüdel, Günther on lexikon-der-wehrmacht.de