Pergi ke kandungan

Pertempuran anti-kereta kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anti-kereta kebal merujuk kepada apa-apa kaedah bertempur dengan kenderaan berperisai tempur tentera, terutamanya kereta kebal. Sistem anti kereta kebal paling biasa termasuk artileri dengan pecutan laras (muzzle velocity) yang tinggi. peluru berpandu (seperti peluru berpandu panduan wayar HEAT), pelbagai meriam auti (autocannon) menembak peluru perobek, dan periuk api anti kereta kebal.

Dalam bidang pertempuran kereta kebal, tiga istilah yang sering digunakan: "bunuh gerak", "bunuh kuasa tembak", dan "bunuh sepenuhnya". Dalam bunuh gerak (mobility kill / M-kill), kenderaan kehilangan keupayaan bergerak, sebagai contoh, memecahkan trak rantai; sasaran ini lumpuh tetapi mengekalkan keupayaan penuh persenjataannya dan masih mampu berjuang pada hadnya. Bunuh kuasa tembak (firepower kill / F-kill) adalah lumpuh keupayaan kenderaan bagi melepaskan tembakan. Bunuh gerak (M-kills) dan bunuh kuasa tembakan (F-kills) mungkin sepenuhnya atau sebahagian, yang terkemudian sejajar dengan pengurangan keupayaan sasaran untuk bergerak atau melepaskan tembak. Bunuh sepenuhnya (catastrophic kill / K-kill) menghapuskan keupayaan kereta kebal untuk bertempur sepenuhnya; ini mungkin bererti kemusnahan sepenuhnya kereta kebal atau melumpuhkan sistem persenjataan atau kaki-tangannya.

Sistem awal

[sunting | sunting sumber]

Meriam kecil dan raifal berkaliber besar digunakan pada awal Perang Dunia I terhadap kereta kebal (contohnya kereta kebal Mark I) yang diperkenalkan oleh (British Expeditionary Force). Kebanyakan senjata ini terbukti hampir tidak berguna. Sesetengah senjata termasuk perobek perisai peluru "K" 7.92, kemudian raifal anti-kereta kebal lebih besar apabila ia menjadi tidak berkesan. Bom tangan juga digunakan, dan Geballte Ladung ("Gugusan bom tangan"), pada asasnya bom tangan biasa diikat bersama. Kereta kebal turut terdedah kepada tembakan artileri dan motar, terutamanya apabila ia lekat, yang merupakan perkara biasa pada masa itu kerana permukaan bumi yang sukar dan kawat berduri, dan menjadikannya mudah disasar.

Pada akhir perperangan, sejumlah meriam ringan, biasanya 37 mm (dalam istilah British "2-paun")[1], sedang digunakan atas pedati pendek yang terbukti lebih baik. Tambahan lagi kebanyakan pasukan menggunakan rifel pecutan tinggi lebih besar, biasanya .50 kaliber (12.7 mm), yang cukup kuat bagi menembusi perisai nipis kereta kebal era tersebut.

Meriam anti-kereta kebal

[sunting | sunting sumber]
Meriam anti kereta kebal 45-mm Soviet (versi 1942)

Meriam anti-kereta kebal direka bagi memusnahkan kenderaan berperisai. Agar mampu merobek perisai kereta kebal dan kenderaan berperisai yang lain ia menembak peluru dengan kelajuan tinggi.

Sebelum Perang Dunia Kedua, meriam anti-kereta kebal agak kecil, dengan kebanyakannya rifle anti-kereta kebal digunakan bagi memusnahkan kereta kebal. Hanya sedikit mempunyai kaliber melebihi 50 mm. Dengan peningkatan pesat pada perisai kereta kebal dan meriam, meriam anti-kereta kebal turut meningkat dari segi kaliber, menembak peluru lebih besar pada kepantasan lebih tinggi. Salah satu yang paling meluas dan paling berjaya adalah meriam 88 mm Jerman, yang pada asalnya dimajukan sebagai meriam anti-pesawat tetapi kemudiannya didapati digunakan secara meluas sebagai pemusnah kereta kebal. Sama juga, menjelang hujung perperangan, kedua belah pihak menggunakan meriam dengan diameter 90 mm dan keatas.

Perang Dunia Kedua turut menyaksikan pemasangan meriam kereta kebal pada kerangka kenderaan, kadang-kala berperisai, sebagai gantian murah kepada kereta kebal lengkap. Sesetengah darinya mempunyai perumah terbuka, sementara yang lain tidak memiliki perumah berputar sama sekali, bererti keseluruhan kenderaan perlu dipusingkan bagi mensasar meriam. Pihak Amerika mengelar kenderaan sedemikian sebagai pemusnah kereta kebal.

Meriam anti-kereta kebal PaK 38 50-mm Jerman.

Pada permulaan Perang Dunia II kebanyakan persenjataan ini masih beroperasi, bersama meriam ringan generasi baru yang digunakan yang hampir menyerupai padanan Perang Dunia I mereka. Dalam pertempuran kedua-duanya terbukti tidak berguna terhadap kereta kebal berperisai yang lebih besar dan lebih baik yang dihadapi mereka. Sebagai contoh, tentera Jerman telah memperkenalkan meriam ringan baru, 37-mm, yang digelar penggunanya sebagai "pengetuk pintu berperisai" kerana apa yang hanya dilakukannya adalah mengumumkan kehadirannya.

Kesemua pihak bertempur memperkenalkan meriam yang lebih baru dan lebih berkuasa dengan cepat, dan rifle anti-kereta kebal kebanyakannya lenyap menjelang 1942. Meriam "biasa" menjelang 1943 merupakan 50 mm atau lebih besar, pihak Jerman mempunyai rekabentuk meriam dengan pecutan laju 50-mm, sementara pihak British memperkenalkan meriam "6-paun" yang turut digunakan oleh tentera Amerika Syarikat sebagai 57 mm. Setahun kemudian, saiz meriam semakin meningkat disebabkan tekanan pada Barisan Timur (Eastern Front), meriam Jerman kini 75 mm dan 88 mm yang terkenal. Tentera Merah Soviet menggunakan pelbagai meriam kegunaan umum 100-mm dan 122-mm. British 17 paun adalah lebih kecil pada 77 mm tetapi meluncurkan peluru perobek perisainya pada kelajuan tinggi.

Merian anti-kereta kebal Jerman PaK 40 75-mm.

Ketika meriam semakin besar ia semakin sukar digerakkan, menjadikan meriam anti-kereta kebal kurang berkesan semasa menyerang berbanding bertahan. Ini memberi dorongan kepada pembangunan pemusnah kereta kebal, kenderaan berperisai yang meninggalkan keupayaan ketahanan kereta kebal (dalam kes Jerman) atau sebahagian perlindungan bagi keupayaan anti-kereta kebal yang lebih berkesan.

Menjelang akhir perperangan, konsep meriam anti-kereta kebal yang khusus telah ditinggalkan sepenuhnya, disebabkan saiz meriam begitu besar sehinggakan ia hampir tidak mampu digerakkan.

Meriam 17 paun British.

Senjata tentera berjalan kaki ('Infantri')

[sunting | sunting sumber]

Bom tangan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis dan rupa bom tangan anti-kereta kebal. Ia berbeza dari reka bentuk peletup lompang (hollow charge) (contoh., Bom tangan No. 68 AT British), kepada yang hanya mempunyai banyak bahan letupan (Bom tangan No. 73 British). Untuk meningkatkan keberkesanannya, sesetengah bom tangan direka agar ia mampu pelekat kepada kereta kebal samaada melalui pelekat (bom melekit (sticky bomb)) atau menggunakan magnet. Pihak Jerman menggunakan bom tangan bermagnet ("Hafthohlladung 3") bagi memastikan peletup lompang akan meletus pada sudut optima 90° dari perisai.

Terdapat juga bom tangan khusus yang dikenali sebagai Nebelhandgranaten atau "Blendkörper" ("bom tangan asap"), yang sepatutnya dihentak pada liang udara dan memenuhi kereta kebal dengan asap, yang digunakan secara meluas semasa Perang Dunia II. Koktail Molotov (Molotov cocktails) turut digunakan secara meluas terutamanya semasa Perang Musim Sejuk (Winter War), tetapi ia hanya kereta kebal awal yang terdedah kepadanya, dan bagi kereta kebal yang terkemudian, botol perlu dilontar dengan teliti tepat ke atas bahagian enjin untuk memberi apa-apa kesan.

HEAT dan HESH

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan dalam senjata anti-kereta kebal ringan (contoh bawaan manusia) berkembang semasa (Perang Dunia II). Kebanyakannya berasaskan kesan Munroe (atau peletup bentuk (shaped charge)) dan dikenali sebagai Peletup Kuat Anti-Kereta kebal (High Explosive Anti-tank - HEAT)). Kesannya sama tanpa mengira kelajuan peluru. Kesannya juga ditumpukan dan mampu merobek perisai lebih tebal berbanding sebahagian meriam anti-kereta kebal, tetapi hanya seberat beberapa paun. Peluru HEAT pertama adalah bom tangan rifle, tetapi sistem pelancar yang lebih baik kemudiannya diperkenalkan: PIAT British dilancarkan oleh spring berat dan bahan peledak, Bazooka US dan Panzerschreck Jerman menggunakan roket; Panzerfaust Jerman merupakan meriam tak anjal (recoilless gun) ringan. Kepala peledak HEAT dipasang undur (retroactively) bagi menukar apa yang sebelumnya meriam terhad 37-mm PaK Jerman bagi menembak peluru lebih besar (yang dipasang pada laras dan bukannya di dalamnya) untuk pergi pada jarak lebih jauh berbanding yang mampu oleh Panzerschreck sendirian.

Pembangunan yang berkait letupan adalah HESH yang seiring dangan pembangunan British bagi rifle tak anjal . HESH merupakan sejumlah besar letupan plastik dalam kelonsong peluru nipis. Ia meletup apabila menghentam perisai tetapi hanya selepas penyek pada permukaan perisai. Kesannya adalah memecah sebahagian perisai yang sama saiz di bahagian dalam yang akan mencederakan pengendali kereta kebal dan membinasakan perkakasan dalamannya.

Serangan dekat infantri

[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal masih terdedah kepada infantri, terutama dalam kawasan tertutup atau kawasan perkumpulan. Perisai dan pergerakan kereta kebal turut menjaidkan ia besar dan bising. Ini membenarkan pasukan pejalan kaki musuh mengesan, menjejak dan mengelak kereta kebal sehingga peluang terbuka bagi serang balas. Semenjak kehilangan besar kereta kebal pada lapangan Perang Dunia II, taktik kereta kebal secara umumnya merangkumi sokongan dekat infantri.

Disebabkan krew kereta kebal mempunyai penglihatan terhad, ia amat mudah bagi infantri berpengalaman untuk menghampiri kereta kebal, terutamanya semasa pintu di tutup. Sekiranya anggota krew membuka pintu untuk penglihatan lebih baik, dia mungkin ditembak.

Tentera pejalan kaki tidak dapat ditembak oleh senjata kereta kebal apabila rapat, kerana meriam utama dan mesingan koaxial tidak dapat diacu mencukupi ke bawah. Bila mana kereta kebal beroperasi dalam kumpulan, ini bukannya satu masalah kerana ia saling menyokong bagi menghalau tentera pejalan kai dengan senjata ringan.

Sementara kebanyakan roket, peluru berpandu bimbit, dan bom tangan tidak mampu menembusi bahagian perisai hadapan kereta kebal, ia mungkin menembusi kawasan atas, belakang dan sisi yang kurang berperisai. Kerosakan pada gear bergerak mampu menyebabkan bunuh gerak.

Kereta kebal turut terdedah kepada periuk api anti-kereta kebal yang ditanam secara manual. Infantri turut menghentikan kereta kebal dengan menggunakan kepingan yang diturup dengan daun dan tanah sebagai periuk api palsu (muslihat ini dibantu dengan penglihatan terhad krew). Infantri kemudiannya boleh menyerang kereta kebal yang berhenti. Taktik ini diajar kepada Kawalan Kampung British (British Home Guard) semasa Perang Dunia II disebabkan sering kali mereka tidak dibekalkan dengan senjata anti-kereta kebal jarak jauh.

Tambahan lagi, di tempat perkumpulan, kereta kebal amat terdedah kepada serangan dari udara dan kadang kala dari bawah, disebabkan bahagian atas dan bawah kereta kebal merupakan kawasan perisai paling lemah.

Dalam sesetengah kes semasa Perang Dunia II, taktik tentera pejalan kaki Soviet adalah untuk meluru kearah kereta kebal Nazi, mengelakkan meriam utama dan mesingan, dan menuang petrol keatas dan ke dalam kereta kebal dan menyalakan api, kadangkala sengaja menyekat laluan keluar, membakar jurutera di dalamnya hidup-hidup.

Periuk api dan bahan letupan lain

[sunting | sunting sumber]

Artilleri

[sunting | sunting sumber]

Peluru artileri biasa tidak begitu berkesan terhadap perisai kereta kebal, kecuali tembakan tepat oleh peluru yang cukup kuat. Peluru yang tidak tembus masih mampu melumpuhkan kereta kebal melalui gegaran dinamik, mengecai perisai dalaman atau secara mudah, menterbalikkan kereta kebal.

Dalam tempoh tiga puluh tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, pelbagai jenis peluru artileri telah dibangunkan untuk mensasar kereta kebal. Ini termasuk peluru panduan laser, seperti yang kini dibatalkan Copperhead CLGP (Peluru Berpandu Lancaran Meriam - Cannon Launched Guided Projectile) Amerika Syarikat, yang hampir menjamin tembakan tepat. Sesetengah dari CLGP ini (seperti Copperhead) memiliki kepala peledak HEAT dan bukannya HE biasa.

Peluru dan anak peluru berpandu dan tak dipandu turut dibangunkan: peluru meriam tunggal memiliki sejumlah peluru kecil yang direka untuk menjejak kereta kebal. Satu bateri enam meriam mungkin mampu menembak beberapa ratus anak peluru dalam tempoh satu atau dua minit.

Dalam satu bentuk, peluru tersebut akan meletus diudara di atas kereta kebal dan sejumlah serpihan peletup berbentuk (shaped charge) (HEAT) atau bom kecil HEDP (Letupan Berkuasa Tinggi Dwi Tujuan - High Explosive Dual Purpose) atau bom tangan menghujani ke bawah. Mana-mana yang menghentam ketera kebal mempunyai peluang yang baik bagi menyebabkan kerosakan, disebabkan ia menyerang bahagian atas yang nipis.

Satu bentuk lain menabur sejumlah periuk api kecil anti-kereta kebal dalam laluan kereta kebal, yang kemungkinannya tidak menembusi perisai tetapi mampu merosakkan rantai trek, melumpuhkan dan mendedahkan kereta kebal kepada serangan berikutnya.

Lebih maju lagi adalah anak peluru dengan keupayaan mensasar. Sama juga peluru meriam akan meletup di atas kedudukan kereta kebal dan menabur sejumlah anak peluru. Anak peluru ini memiliki litar yang mampu mengenal pasti kereta kebal, seperti IR atau radar millimeter; apabila kereta kebal dikenal pasti, penujah roket ditembak bagi menembak peluru kearah kereta kebal. Anak peluru ini sering kali turun menggunakan payung terjun, bagi membenarkan masa bagi mensasar dan menyerang.

Kesemua di atas kecuali CLGP boleh ditembak dari artileri (122/152/155-mm) serdahana, dan menggunakan tiub atau roket.

Terdapat juga pembangunan kaliber besar (81-mm atau lebih) peluru motar berpandu dengan kedua panduan dalaman (contoh., IR atau radar) atau panduan luaran (contoh, penentuan laser).

Pembangunan semenjak Perang Dunia II

[sunting | sunting sumber]

Dalam era lepas perang, HEAT menjadi pilihan hampir kesemua senjata selain unit artileri dan unit kereta kebal. Pihak British telah membangunkan HESH, atau kepala penyek letupan kuasa tinggi (high explosive squash head), kepala peledak sebagai peranti anti-konkrit bertujuan menyerang kubu semasa perperangan, dan mendapati ia amat berkesan bagi kereta kebal. Sebagaimana HEAT keberkesanannya adalah sama pada jarak jauh atau jarak dekat. Secara umum sistem ini membenarkan infantri untuk menangani kereta kebal terbesar, sungguhpun pada jarak dekat. Tetapi sistem pelancer jarak dekat kekal menjadi masalah. Peningkatan dalam taktik gabungan persenjataan membenarkan infantri yang menyerang bagi menumpaskan krew anti-kereta kebal dengan berkesan, bererti mereka biasanya hanya mampu melepaskan satu atau dua tembakan sebelum dipatahkan atau dipaksa bergerak.

Pencarian bagi sistem pelancar jarak jauh yang sesuai memakan kebanyakan masa era selepas perang. Pihak Amerika Syarikat memilih rifle tak anjal, rekabentuk 75-mm yang digunakan secara meluas, dan yang kurang ditemui reka bentuk 90-;mm dan 106-mm (yang terkemudian biasanya dipasang pada jip dan bukannya dihela oleh infantri merentasi medan pertempuran.). 106 mm membentuk asas bagi kenderaan anti-kereta kebal, kereta kebal Ontos, yang dinaiki enam orang. Soviet Union turut membina rifle tak anjal dalam pelbagai kaliber bertujuan untuk digunakan sebagai senjata anti-kereta kebal, yang biasanya 73 mm, 82 mm, dan 110 mm (hanya 73 mm keal dalam perkhidmatan dengan tentera Russia hari ini, sungguhpun dua yang lain boleh dijumpai diserata dunia disebabkan bantuan Soviet semasa Perang Dingin). Pihak British menggunakan rekabentuk 120-mm (4.7-inci) yang besar, siri BAT, yang berkhidmat semenjak 1950s sehingga digantikan oleh MILAN, tetapi biasanya terlampau berat untuk kegunaan infantri dan perlu ditunda atau dipasang atas kenderaan bagi pergerakan.

Penganti kepada rifle tak anjal terletak pada pembangunan peluru berpandu (wayar), atau Senjata Dipandu Anti-Kereta Kebal (Anti-tank Guided Weapon - ATGW). Sistem ini mulai digunakan pada akhir 1950-an dan 1960-an yang mampu menumpaskan sebarang kereta kebal yang diketahui pada jarak melepasi meriam yang mengiringi pasukan infantri. United Kingdom, Perancis dan negara NATO lain merupakan yang terawal membangunkan senjata seumpamanya (contoh peluru berpandu Malkara UK/Australia 1958). Amerika Syarikat merupakan antara yang terakhir, menghasilkan BGM-71 TOW pada 1970, yang lebih berkuasa dan mudah digunakan berbanding kesemua peluru berpandu sebelumnya, dan akhirnya merupakan senjata anti-kereta kebal dipandu wayar yang paling banyak digunakan di Barat.

Dari tentera utama dunia yang lain, terutamanya Soviet Tentera Merah, dan sesetengah negara lain mengekalkan meriam anti-kereta kebal dalam jumlah tidak besar, kebanyakannya bagi kaliber 100-mm, 115-mm, dan 125-mm. Meriam anti-kereta kebal 125-mm amat besar dan kekok, dan memerlukan traktor berkuasa bagi menundanya bagi jarak jauh, tetapi ia agak murah dan berpotensi berkesan (terutamanya kini ia telah dipertingkatkan dengan pencari jarak laser dan [[uranium particularly now that they have been upgraded with laser rangefinders and peluru uranium terpakai), sungguhpun ia tidak jelas berapa berguna kegunaan taktik mereka dalam kebanyakan jenis perperangan. Semasa Desert Storm sebagai contoh, kereta kebal yang diletakkan dalam perkubuan amat terdedah kepada banyak sistem persenjataan dan mampu dilihat dari jauh. Dalam persekitaran dengan lebih banyak pelindungan ia lebih sukar dijejak.

Untuk seketika ia kelihatannya seperti kegunaan kereta kebal adalah lapuk dan ketinggalan, sepasukan kecil infantri dengan beberapa peluru berpandu di tempat terselindung mampu menangkis sejumlah kereta kebal yang terbesar dan paling mahal. Pada tahun 1973 Perang Yom Kippur, peluru berpandu panduan wayar generasi pertama Soviet yang ditembak oleh pasukan Mesir menyebabkan kemalangan besar kepada unit Pasukan Pertahanan Israil - (Israel Defense Forces IDF), pertempuran yang menyebabkan krisis keyakinan kepada pereka kereta kebal.

Antara rekaan baru bagi menumpaskan peluru berpandu AT, sesetengah kereta kebal (seperti M-84, variasi Yugoslav T-72) dilengkapi dengan penderia pergerakan yang apabila mengesan tanda tangan haba pelancaran peluru berpandu, akan secara automatik membidik dan menembak mesingan pada sumber pelancar. Berhadapan dengan kereta kebal ini dalam jumlah yang besar semasa Perang Yugoslav, unit yang bertempur dengan mereka menyesuaikan diri dengan menembak peluru berpandu dan bergerak atau menembak banyak peluru berpandu secara serentak, yang menumpaskan penderia.

Kapal terbang

[sunting | sunting sumber]

Bermula pada Perang Dunia II dengan Hawker Hurricane MK. IID, Hawker Typhoon, Henschel Hs 129, Ilyushin Il-2, dan Junkers 87 Stuka G-1 dan G-2; banyak kapal terbang, termasuk A-10 Thunderbolt II dan SU-25 Frogfoot, telah dibina khusus bagi sokongan udara dekat, termasuk pemusnah kereta kebal. Ia boleh menggunakan senjata sama seperti helikopter, meriam anti-kereta kebal berkaliber besar, peluru berpandu udara-ke-darat (contoh. AGM-65 Maverick), dan pelbagai bom—tak berpandu atau panduan laser dan bersama atau tanpa anak peluru.

Helikopter

[sunting | sunting sumber]

Apabila helikopter anti-kereta kebal muncul dan mampu menyerang bahagian atas kereta kebal yang berperisai nipis, sesetengah pihak mendakwa penggunaan kereta kebal pada asasnya lapuk. Pertempuran antara kereta kebal dengan helikopter di kalangan pasukan yang seimbang tidak berlaku selama beberapa tahun, dengan itu kesimpulan ini terlalu awal.

Ancaman tunggal terbesar kepada kereta kebal moden hari ini adalah helikopter anti-kereta kebal yang dilengkapi dengan peluru berpandu ATGW atau meriam anti-kereta kebal.

Helikopter boleh meletakkan dirinya pada kedudukan di mana ia tidak mudah dapat dilihat dari kereta kebal dan kemudian menyerang dari sebarang arah. Pemandangan terhad dari kereta kebal yang tertutup menjadikan helikopter lebih sukar dilihat.

Kebanyakan helikopter yang dipasang dengan pelancar ATGW mempunyai jarak julat yang mencukupi agar ia berada dalam keadaan yang sesuai dan mampu melancarkan peluru berpandu dari dari jarak cukup jauh bagi mengelakkan daripada diserang balas oleh kereta kebal dengan persenjataan mereka. Keadaan ini mungkin berubah apabila Israel memasang peluru berpandu Lahat yang mampu ditembak melalui meriam utama kereta kebal utama Merkava. Dengan peranan sebagai anti-kereta kabal dan anti-helikopter, ia dapat mengimbangi medan pertempuran. Begitu juga dengan kereta kebal Arjun MBT India yang telah diubah suai bagi menembak peluru berpandu jenis ini. Pihak Rusia turut mempamerkan sistem yang sama atau lebih maju lagi dengan Reflex. Sistem ini membabitkan pensasaran automatik sasaran udara/darat dimulakan oleh sistem amaran laser.

Sungguhpun pemasangan senjata pada helikopter kemungkinannya bermula sejak 1955 dengan Bell 47; helikopter penyerang khusus anti-kereta kebal yang dihasilkan secara pukal adalah Bell AH-1 Cobra pada tahun 1966.

Sungguhpun dengan keupayaan anti-kereta kebal, taktik tentera yang betul amat penting apabila mempertahankan diri dari division kereta kebal, tidak kira samaada pasukan bertahan memiliki kereta kebal atau tidak. Kereta kebal pada kebiasaannya menumpaskan sebarang pasukan yang cuba menewaskan mereka "secara berhadapan", tetapi terdedah kepada division infantri yangbesar tanpa sokongan kereta kebal atau pesawat udara.

El Alamein

[sunting | sunting sumber]

Bernard Montgomery membuktikan kepentingan taktik digabung dengan kefahaman mengenai keperluan logistik kereta kebal dalam Pertempuran El Alamein. Pada titik penting perang ini, pasukan Erwin Rommel secara asasnya bergerak tanpa dapat ditahan di Afrika Utara dan mengancam untuk turut menewaskan pasukan British di Mesir juga. Bagaimanapun, garis bekalan Rommel amat panjang disebabkan ketidakupayaannya bagi menawan pelabuhan penting Tobruk. Montgomery menyedari bahawa pembolosan akan membenarkan Rommel untuk membekalkan kereta kebalnya dari pelabuhan Mesir.

Montgomery memilih El Alamein kerana ia merupakan titik genting dengan Laut Mediterranean di utara dan Mendakan Quattara (Quattara Depression), yang tidak dapat ditembusi kereta kebal di selatan. Ini menghalang Rommel daripada mengguna taktik memintas (flanking) (yang mana dia amat berjaya) untuk menyerang mana-mana hujung garis British. Apabila Rommel gagal membolos garis British, dia dipaksa berundur kembali garis bekalannya, kerana Montgomery telahpun menggunakan bekalan bahan api di Mesir, dan turut mampu mendapat bekalan dari Tobruk keseluruh perjalanannya. Dengan ini, Montgomery mampu merampas kembali yang ditawan Rommel.

Perbatasan Timur pada Perang Dunia II

[sunting | sunting sumber]

Kemaraan awal Jerman di Perbatasan Timur semasa 1941 amat mengkagumkan sebagaimana serangan awal mereka di Poland dan Perancis. Sementara tugas tersebut memerlukan logistik besar yang jelas menyukarkan Jerman, Soviet dengan pantas menyedari kelemahan kereta kebal Jerman dan menggunakkannya pada setiap peluang. Menyedari bahawa pada sesetengah kawasan kereta kebal tidak mampu beroperasi diluar jalan disebabkan selut atau tanah becak, pasukan Soviet mengenal pasti titik genting dan sering kali menyerang hendap kereta kebal pertama dan terakhir, memerangkap sebarang baki kereta kebal yang tidak mampu untuk mara atau berundur.

Perangkap kereta kebal

[sunting | sunting sumber]

Dengan masa yang mencukupi, muka bumi boleh disediakan untuk menjadikannya tidak sesuai bagi kereta kebal. Di Normandy, pihak Jerman meletakkan struktur logam yang besar di pantai yang mudah lekat pada rantai kereta kebal atau bahagian bawah. Parit yang dalam juga boleh digali bagi menghalang kereta kebal daripada menyeberanginya tanpa bantuan jurutera tentera.

Perang Korea

[sunting | sunting sumber]

Perang Korea menonjolkan kesukaran yang timbul dengan pasukan kereta kebal apabila sokongan logistik terdedah digabung dengan muka bumi yang teruk. Pada awal perperangan, division kereta kebal Korea Utara yang dilengkapi dengan baik diundurkan kembali ke Sungai Yalu, sempadang dengan China, oleh kuasa kereta kebal Amerika dengan gabungan sokongan infantri dan udara. bagaimanapun apabila pihak China menyertai perang, mereka mampu mengundurkan kemaraan Amerika dengan kuasa infantri semata-mata. Disebabkan oleh muka bumi dan keperluan membekalkan kereta kebal, kereta kebal Amerika terhad pada dua jalan utama. Tentera China hanya menduduki kawasan antara dua jalan dan menyerang garis bekalan dan pengangkutan tentera Amerika sepanujang jalan. Tentera China kekal pada kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kereta kebal, seperti puncak berbatu dan sawah padi, menewaskan kelebihan kedua-dua division perisai Amerika dan sokongan udara. Satu-satunya perkaya yang menyelamatkan Amerika dan Republik Korea daripada pengunduran lintang pukang adalah pengunduran tersusun.

Senjata anti-kereta kebal masa hadapan

[sunting | sunting sumber]

Seteruk manapun yang kelihatan pada kereta kebal pada tahun 1960-an, peningkatan ketebalan perisai dan peningkatan dalam teknologi perisai bererti sistem bawaan tangan tidak cukup kuat dan berkuasa bagi memusnahkan kereta kebal menjelang 1970-an. Penggunaan perisai Chobham oleh UK dan perisai reaktif oleh Soviet, memaksa peluru HEAT menjadi terlampau besar sehinggakan dalam kebanyakan kes ia tidak lagi mampu dibawa oleh manusia.

Kini peranan anti-kereta kebal telah dipenuhi oleh pelbagai jenis persenjataan, dari peluru berpandu "serangan atas" mudah alih sehingga kepada peluru berpandu HEAT yang lebih besar bagi dipasang pada kenderaan dan helikopter, pelbagai variasi meriam automatik dan meriam kereta kebal yang semakin besar.

Salah satu pengajaran dari pertikaian Israel-Lebanon 2006 adalah keberkesanan penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal mudah alih (terutamanya Metis-M buatan Rusia dan MILAN Eropah).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]