Pergi ke kandungan

Alexei Navalny

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alexei Navalny
Алексей Навальный
Navalny pada tahun 2011
Ketua parti Rossiya Budushchego[a]
Dalam jawatan
17 November 2013 – 19 Mei 2018
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehIvan Zhdanov
Ahli pengasas
Yayasan Antirasuah Rusia
Dalam jawatan
9 September 2011 – Julai 2020
Maklumat peribadi
Lahir
Alexei Anatolievich Navalny

(1976-06-04)4 Jun 1976
Butyn, Daerah Odintsovsky, Wilayah Moscow, SFSR Rusia, Kesatuan Soviet (kini Rusia)[1]
Mati16 Februari 2024(2024-02-16) (umur 47)
Kharp, Negeri autonomi Yamalo-Nenets, Rusia
KewarganegaraanRusia
Parti politikRossiya Budushchego (2018-2024)
Gabungan politik
lain
PasanganYulia Navalnaya (k. 2000)
Anak2[2]
KediamanMoscow
Pendidikan
PekerjaanPeguam, ahli politik, aktivis, penulis blog
Dikenali dengan
  • Ketua Parti Kemajuan Rusia
  • Aktivis antirasuah
Anugerah awamYale World Fellow (2010)
TandatanganTandatangan
Laman webNavalny.com
Maklumat YouTube
Saluran
Pelanggan6 juta pelanggan
(24 Januari 2021)
Jumlah tontonan1 bilion pelanggan
(24 Januari 2021)

Alexei Anatolievich Navalny (Bahasa Rusia: Алексе́й Анато́льевич Нава́льный; 4 Jun 1976 – 16 Februari 2024) ialah seorang peguam dan aktivis politik Rusia.[3]

Beliau menjadi tumpuan pihak media Rusia dan antarabangsa atas kegiatannya mengkritik berleluasanya rasuah dan pemerintahan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Beliau telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran untuk menggalakkan demokrasi, menyerang rasuah politik dan sekutu politik Putin. Pada tahun 2012, The Wall Street Journal menggambarkannya sebagai "orang yang paling ditakuti oleh Vladimir Putin".[4]

Pada 17 Januari 2021, beliau kembali ke Rusia, di mana beliau segera ditahan atas tuduhan melanggar syarat pembebasan bersyarat yang dikenakan akibat sabitannya pada tahun 2014. Berikutan penangkapannya dan pembebasan sebuah dokumentari yang menuduh Putin melakukan rasuah, tunjuk perasaan besar-besaran tercetus di seluruh negara. Pada 2 Februari, hukumannya yang ditangguhkan digantikan dengan hukuman penjara, yang bermaksud beliau akan menghabiskan lebih dari dua setengah tahun di sebuah koloni penjara. Navalny telah dilarang mencalonkan diri dalam pemilihan presiden sehingga selepas tahun 2028 sebagai hasil dari keyakinan asalnya.

Pada 16 Februari 2024, Perkhidmatan Penjara Persekutuan telah memaklumkan bahawa Navalny telah meninggal dunia pada umur 47.[5]

Awal hidup dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Navalny merupakan keturunan kacukan Ukraine-Rusia; beliau dibesarkan di bandar Obninsk yang terletak kira-kira 100 kilometer (62 mi) di barat daya Moscow, beliau menghabiskan masa kecilnya bersama neneknya di Ukraine, dan memperoleh kemahiran dalam bahasa Ukraine. Ibu bapanya, Anatoly Navalny dan Lyudmila Navalnaya, memiliki kilang menenun bakul di kampung Kobyakovo, Moscow Oblast, yang ditubuhkan mereka berduasejak tahun 1994.

Beliau merupakan pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Persahabatan Rakyat Rusia, beliau lulus pada tahun 1998. Beliau kemudian mempelajari bidang sekuriti dan pertukaran di Universiti Kewangan di bawah Pemerintah Persekutuan Rusia. Navalny mendapat biasiswa untuk program Yale World Fellows di Universiti Yale pada tahun 2010.

Kerjaya guaman

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ancaman terhadapnya

[sunting | sunting sumber]

Kes peracunan 2020

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2020, Navalny ditimpa kesakitan kuat dalam penerbangan dari Tomsk ke Moscow di mana kejadian tersebut disaksikan banyak penumpang dan kru; kapal terbang dinaiki beliau membuat pendaratan kecemasan ke Omsk di mana beliau menjalani perawatan lanjut dalam keadaan koma.[6] Para perawat sana mengesyaki beliau mungkin mengalami keracunan[7] lalu menempah suatu pesawat peribadi membawanya ke Berlin.[8][9]

Pada tangkat hari 24 Ogos, kajian terhadap sampel diuji mendapati bahawa Navalny sah diracun dengan suatu perencat kolinesterase.[10] Pemerintah Jerman pada 2 September membuat pengumuman di mana keputusan kajian yang dilakukan mendapati Navalny diracun khususnya menggunakan agen Novichok; keputusan ini turut disokong para ahli toksikologi bertauliah yang mendesak pihak Rusia membuat pernyataan terus terang.[11][12][13] Ketua Yayasan Antirasuah Rusia, Ivan Zhdanov berkata Navalny mungkin diracun sebagai tindak balas kepada penemuan yang dilakukan dalam penyiasatan beliau.[14] Navalny dilaporkan sembuh pada 7 September.[15]

Pemenjaraan

[sunting | sunting sumber]

Navalny kembali ke Rusia dari Jerman pada 17 September 2021 di mana beliau ditahan di Lapangan Terbang Sheremetyevo.[16] Pada keesokan harinya, pihak yayasan Navalny menerbitkan suatu filem dokumentari mendakwa Vladimir Putin boros membelanjakan berbilion-bilion rubel membeli sebuah istana agam serba mewah di Gelendzhik, Krasnodar.[17] Kedua-dua penyiasatan dan penahanan ini mencetuskan tunjuk perasaan serata Rusia sejak 23 Januari 2021.[18][19]

Navalny mengumumkan beliau bermogok lapar pada 31 Mac untuk mendapatkan rawatan perubatan lebih memuaskan dari pihak penjara.[20] Layanan yang dilaporkan mencederakan beliau dengan ketaranya mencetuskan kritikan dari pihak Pemerintah Amerika Syarikat[21][22] serta Amnesty International di mana setiausahanya Agnès Callamard menuduh Putin dalam percubaan membunuh Navalny melalui penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan.[23][24]

  1. ^ Dahulunya Narodnyiy Alyans (2012–2014) dan Partiya Progressa (2014–2018).
  1. ^ Aden, Mareike (5 September 2013). "Alexej Nawalny: Der dunkle Star". Zeit Online (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  2. ^ "биография – Алексей Навальный: Кто такой Алексей Навальный". 2018.navalny.com (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2017. Dicapai pada 20 Oktober 2017.
  3. ^ Carl Schreck (March 9, 2010). "Russia's Erin Brockovich: Taking On Corporate Greed". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2011. Dicapai pada February 9, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Matthew Kaminski (March 3, 2012). "The Man Vladimir Putin Fears Most (the weekend interview)". The Wall Street Journal. Dicapai pada July 31, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Алексей Навальный умер в колонии". ТАСС. 2024-02-16. Dicapai pada 2024-02-16.
  6. ^ Harding, Luke; Roth, Andrew (20 August 2020). "A cup of tea, then screams of agony: how Alexei Navalny was left fighting for his life". The Guardian. ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2020. Dicapai pada 20 August 2020.
  7. ^ Harding, Luke; Roth, Andrew (20 August 2020). "A cup of tea, then screams of agony: how Alexei Navalny was left fighting for his life". The Guardian. ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2020. Dicapai pada 20 August 2020.
  8. ^ "Alexei Navalny: Russian doctors agree to let Putin critic go to Germany". BBC News. 21 August 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2020. Dicapai pada 21 August 2020.
  9. ^ "Alexei Navalny arrives in Germany for treatment". BBC News. 22 August 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2020. Dicapai pada 22 August 2020.
  10. ^ Osborne, Samuel (24 August 2020). "Alexei Navalny: Russian opposition leader was poisoned, German hospital suggests". The Independent. Dicapai pada 24 August 2020.
  11. ^ Rainsford, Sarah (2 September 2020). "Russia's Navalny poisoned with Novichok – German government". BBC News. Dicapai pada 2 September 2020.
  12. ^ Halasz, Stephania; Jones, Brony; Mezzofiore, Gianluca (2 September 2020). "Novichok nerve agent used in Alexey Navalny poisoning, says German government". CNN. Dicapai pada 2 September 2020.
  13. ^ Schwirtz, Michael; Eddy, Melissa (2 September 2020). "Aleksei Navalny Was Poisoned With Novichok, Germany Says". The New York Times. Dicapai pada 2 September 2020.
  14. ^ "Kremlin-Linked Businessman Prigozhin Vows to Ruin Navalny". The Moscow Times. 26 August 2020.
  15. ^ "Russia's Navalny out of coma after poisoning". BBC News. 7 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  16. ^ "Navalny Returns to Russia". The Moscow Times. 17 January 2021.
  17. ^ "ФБК опубликовал огромное расследование о "дворце Путина" в Геленджике. Вот главное из двухчасового фильма о строительстве ценой в 100 миллиардов" [FBK has published a huge investigation about the "Putin's palace" in Gelendzhik. Here's the highlight of a two-hour movie about a $100 billion construction]. Meduza. 19 January 2021. Dicapai pada 19 January 2021.
  18. ^ "Detentions and warnings over Navalny protests". BBC News. 23 January 2021.
  19. ^ "Russian Court Orders Navalny to Remain in Jail Ahead of Trial". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 28 January 2021. Dicapai pada 29 January 2021.
  20. ^ "Putin critic Navalny on hunger strike over Russian prison treatment". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-31. Dicapai pada 2021-03-31.
  21. ^ Khurshudyan, Isabelle (7 April 2021). "Jailed Kremlin critic Navalny has two herniated disks, loss of feeling in his hands, lawyers say". The Washington Post. Dicapai pada 7 April 2021.
  22. ^ Macias, Amanda (7 April 2021). "U.S. disturbed over imprisoned Kremlin critic Navalny's deteriorating health". CNBC. Dicapai pada 7 April 2021.
  23. ^ Amnesty: Russia ‘slowly killing’ Navalny through inhumane detention conditions by Zoe Gujral, University of Pittsburgh School of Law, April 7, 2021
  24. ^ "Amnesty International says Russia may be slowly killing Navalny". Reuters. 7 April 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]