Pergi ke kandungan

Aksara Lyd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Lyd
Jenis tulisan
Alfabet
Tempoh masa
700-200 SM
Arah tulisanRight-to-left Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaBahasa Lyd
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan kerabat
Aksara-aksara Asia Minor
ISO 15924
ISO 15924Lydi (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Lydian
U+10920–U+1093F
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik dari Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan antara simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Aksara Lyd digunakan untuk menulis bahasa Lyd. Seperti aksara Anatolia yang lain pada Zaman Besi, aksara Lyd berkaitan dengan aksara Yunani Timur, tetapi mempunyai ciri-ciri yang unik.

Kodifikasi moden aksara Lyd yang pertama telah dibuat oleh Roberto Gusmani pada tahun 1964, dalam gabungan leksikon, tatabahasa, dan koleksi teks.

Naskhah-naskhah bahasa Lyd pada awalnya ditulis sama ada dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Naskhah-naskhah pada lewatnya semua ditulis dari kanan ke kiri. Satu naskhah yang masih ada wujud dalam keadaan penulisan dwiarah boustrofedon. Jejarak memisahkan perkataan kecuali dalam satu naskhah yang menggunakan titik sebagai gantinya. Aksara Lyd tersendirinya menampilkan tanda petik dalam bentuk segitiga tegak.

Aksara Lyd[2][3] berkerabat rapat dengan aksara-aksara lain di Asia Minor dan juga aksara Yunani. Ia mengandungi huruf untuk 26 suara. Beberapa daripadanya diwakili oleh lebih dari satu simbol, yang dianggap sebagai satu "huruf." Tidak seperti aksara Kar, yang memiliki huruf f turunan dari Φ, f dalam aksara Lyd mempunyai bentuk 8 tercanggung yang juga terdapat dalam aksara Rasna.

Aksara Lyd
Huruf Transliterasi Bunyi

(IPA)
Catatan
Teks Imej
𐤠 a [a]
𐤡 tradisional: b

baharu: p
[p~b] Berbunyi bibir biasa disuarakan menjadi [b] sebelum bunyi sengau dan barangkali [r].
𐤢 g [ɡ] Sekali-sekala digantikan dengan /k/ yang disuarakan secara sekunder.
𐤣 d [θ~ð]? Turunan daripada PIE *t yang dilenis; barangkali suatu [θ~ð] antargigi, namun geseran koronal yang lain seperti [z] adalah munasabah.
𐤤 e [eː] Agak tinggi dan panjang, seperti ει milik bahasa Yunani; hanya berlaku teraksen.
𐤥 tradisional: v

baharu: w
[w~v] Turunan daripada PIE *w; mungkin berbunyi bibir gigi. Kini biasanya ditranskripsi sebagai w untuk mengelak kekeliruan dengan ν untuk bunyi sengau 𐤸.
𐤦 i [i]
𐤧 y [i̯~j]? Tampaknya sejenis alofon milik /i/, mungkin ketika tidak bertekanan. Tersaksi hanya 11 kali: artymu- ~ artimu-. Ia mungkin pinjaman dari 𐊹 milik aksara Kar.
𐤨 k [k~ɡ] Disuarakan menjadi [ɡ] sebelum bunyi sengau dan barangkali [r].
𐤩 l [l]
𐤪 m [m]
𐤫 n [n]
𐤬 o [oː] Agak tinggi dan panjang, seperti ου milik bahasa Yunani; hanya berlaku teraksen.
𐤭 r [r]
𐤮 tradisional: ś baharu: s [s] Suatu [s] yang mudah, meskipun transkripsinya sebegitu.
𐤯 t [t~d] Disuarakan menjadi [d] sebelum bunyi sengau dan barangkali [r].
𐤰 u [u]
𐤱 f [f] or [ɸ] Berbunyi bibir gigi atau geseran dwibibir. Silihganti dengan /w/ dalam:
𐤩𐤤𐤱𐤮~‎𐤩𐤤𐤥𐤮 lewś~lefś "Zeus"
𐤲 q [kʷ] Sekurang-kurangnya [kʷ] dari segi sejarah; tidak jelas sama ada sebutan ini masih terkini ketika itu.
𐤳 tradisional: s

baharu: š
[ç] or [ʃ] Bunyi *s yang dilelangitkan. Transkripsi yang terbaharu menggunakan š.
𐤴 τ [tç] or [tʃ] 𐤴𐤴 ττ hasil dari 𐤯+‎𐤳 t+s seperti dalam:
𐤨𐤠𐤯+𐤳𐤠𐤣𐤪𐤶𐤮 >‎ 𐤨𐤠𐤴𐤴𐤠𐤣𐤪𐤶𐤮
kat+sadmẽś > kaττadmẽś
𐤵 ã vokal sengau Barangkali [ãː]. Hanya berlaku teraksen. Ã atau a dijumpai sebelum konsonan sengau: aliksãntru ~ aliksantru.
𐤶 vokal sengau Bukan [ẽ]; barangkali [ã] atau [æ̃] seperti dalam bahasa Lyk. Hanya berlaku teraksen.
𐤷 λ [ʎ] Bunyi *l yang dilelangitkan.
𐤸 ν [ɲ] or [ŋ]? Timbul daripada *m dan *n yang dilelangitkan atau pada akhir perkataan; penghilangan lewat vokal akhiran menjadikannya untuk bersenjang dengan bunyi-bunyi tersebut. Ditransliterasi sebagai ν (nu) milik aksara Yunani.
𐤹 c [ts~dz]? Bunyi letusan atau geseran yang belum ditentukan: [ts], [z], [dz], atau [dʒ], dsb. Sekurang-kurangnya satu asalan adalah PIE *d yang berdesis.

Selain itu, dua dwihuruf, aa dan ii, nampaknya adalah alofon [a] dan [i] dalam keadaan spekulatif, seperti pemanjangan tekanan.[4] Kluster konsonan rumit sering muncul dalam prasasti dan, jika ada, pepet selitan jelas tidak ditulis: 𐤥𐤹𐤯𐤣𐤦𐤣 wctdid [wt͡stθiθ] , 𐤨𐤮𐤡𐤷𐤯𐤬𐤨 kśbλtok- [kspʎ̩tok].

Catatan: transliterasi yang lebih baharu menggunakan p untuk b, s untuk ś, š untuk s, dan / atau w untuk v muncul dalam penerbitan baru-baru ini dan Kamus dalam talian Bahasa-bahasa Minor Anatolia Kuno (eDiAna), serta korpus bahasa Lyd Melchert.[5][6]

Contoh perkataan

[sunting | sunting sumber]

𐤬𐤭𐤠 ora [ora] "bulan"

𐤩𐤠𐤲𐤭𐤦𐤳𐤠 laqrisa [lakʷrisa] "dinding, tembok, dromos" atau "prasasti"[7]

𐤡𐤦𐤭𐤠 bira [pira] "rumah"

𐤥𐤹𐤡𐤠𐤲𐤶𐤫𐤯 wcbaqẽnt [w̩t͡spaˈkʷãnd] "menginjak-injakkan" (dari PIE *pekʷ- "menghancurkan")

Aksara Lyd telah ditambahkan ke Piawaian Unikod pada bulan April, 2008 dengan pelepasan versi 5.1. Ia dikodkan dalam Satah 1 (Satah Nekabahasa Tambahan).

Blok Unikod untuk aksara Lyd ialah U+10920–U+1093F.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Himelfarb, Elizabeth J. "First Alphabet Found in Egypt", Archaeology 53, Issue 1 (Jan./Feb. 2000): 21.
  2. ^ Adiego (2007) page 769.
  3. ^ Everson (2006).
  4. ^ Gérard (2005) page 34.
  5. ^ "EDIANA - Corpus". www.ediana.gwi.uni-muenchen.de. Dicapai pada 2019-03-26.
  6. ^ "Lydian Corpus" (PDF).
  7. ^ Kelder, Jorrit. "A new reading of Lydian laqrisa as "words" or "inscriptions" (?)" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Adiego, I. J. (2007). "Greek and Lydian". Dalam Christidis, A.F.; Arapopoulou, Maria; Chriti, Maria (penyunting). A History of Ancient Greek From the Beginning to Late Antiquity. Chris Markham (trans.). Cambridge University press. ISBN 0-521-83307-8.. Translator Chris Markham.
  • Gérard, Raphaël (2005). Phonétique et morphologie de la langue lydienne. Louvain-la-Neuve: Peeters. ISBN 9042915749. French language text.
  • Gusmani, R. Lydisches Wörterbuch. Mit grammatischer Skizze und Inschriftensammlung, Heidelberg 1964 (Ergänzungsband 1-3, Heidelberg 1980-1986).
  • Melchert, H. Craig (2004) "Lydian", in Roger D. Woodard (ed.), The Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-56256-2. pp. 601–608.
  • Shevoroshkin, V. The Lydian Language, Moscow, 1977.