Pergi ke kandungan

Orang Lyd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Askar Lyd (aksara pepaku bahasa Parsi Kuno 𐎿𐎱𐎼𐎭, Sparda)[1] daripada tentera Achaemenid, makam Xerxes I, sekitar tahun 480 SM.
Wilayah Lydia sekitar tahun 50 Masihi, dengan penempatan utama dan tanah jajahan Yunani.

Orang Lyd (dikenali sebagai Sparda oleh Achaemenids, Aksara pepaku Parsi Kuno 𐎿𐎱𐎼𐎭) ialah orang Anatol yang tinggal di Lydia, sebuah wilayah di barat Anatolia, yang berbicara dalam bahasa Lyd yang tersendiri, bahasa Indo-Eropah dari kumpulan bahasa-bahasa Anatol .

Pertanyaan telah diajukan mengenai asal-usul mereka, seperti yang ditentukan oleh bahasanya dan bukti sisa-sisanya terlihat hingga ke milenium ke-2 SM, terus diperdebatkan oleh sejarawan bahasa dan ahli arkeologi.[2] Budaya orang Lyd yang tersendiri berlangsung, dalam kemungkinan besar, sekurang-kurangnya hingga tidak lama sebelum Zaman Lazim, telah dibuktikan kali terlewat dalam kalangan rakaman yang masih wujud dicatat oleh Strabo di Kibyra di Anatolia barat daya sekitar zaman beliau (abad ke-1 SM).

Ibu kota Lydia berada di Sfard atau Sardis. Sejarah terakam taraf negara mereka, yang merangkumi tiga dinasti dapat ditelusuri hingga ke Zaman Gangsa Lewat, mencapai puncak kekuasaan dan pencapaiannya ketika abad ke-7 dan ke-6 SM, waktu yang bertepatan dengan kehancuran kekuatan negara jirannya, Frygia, yang terletak di timur laut Lydia.

Kekuasaan negara Lydia berakhir secara tiba-tiba dengan kejatuhan ibu kotanya dalam peristiwa-peristiwa selepas Peperangan Halys pada 585 SM dan dikalahkan oleh Kurusy Si Agung pada tahun 546 SM.

Peta Empayar Lydia pada waktu terakhir kedaulatannya di bawah pemerintahan Raja Kroisos, abad ke-6 SM.
(Sempadan abad ke-7 SM dalam warna merah)
Potret Kroisos, Raja Lydia yang terakhir, amfora figura merah Attiki, dicat sekitar 500–490 SM.

Barang-barang yang dapat ditemui berkaitan dengan kisah sejarah orang Lyd setakat ini sangat jarang; pengetahuan mengenai orang Lyd banyak bergantung pada kisah-kisah penulis Yunani Kuno yang terkesan tetapi bercampur-campur.

Nama pemberian Homer untuk orang Lyd ialah "Μαίονες, Maíones" (orang Maion) dipetik dalam kalangan sekutu-sekutu Trojan semasa Perang Trojan, dan dari nama ini berasalnya penamaan Maionia. Walaupun istilah Zaman Gangsa ini kadang-kadang digunakan sebagai alternatif untuk Lydia dan orang Lyd, terdapat perbezaan antara kedua-duanya secara nuansa. Pembuktian pertama orang Lyd dengan nama sedemikian berlaku dalam sumber-sumber Asyur Baharu. Hikaya Assurbanipal (pertengahan abad ke-7 SM) merujuk kepada kedutaan Gu(g)gu, raja Luddi, disamakan dengan Gyges, raja Lydia.[3] Tampaknya, barangkali istilah Lyd digunakan untuk merujuk kepada penduduk Sardis dan kawasan sekitaranya hanya dengan kemunculan wangsa Mermnad.[4]

Syiling awal abad ke-6 SM dicetak oleh raja Lydia

Herodotus menyatakan dalam Sejarahnya bahawa orang-orang Lyd "ialah orang-orang yang pertama kita kenali yang mencipta dan menggunakan matawang emas dan perak". Walaupun hal ini khususnya merujuk kepada duit syiling diperbuat daripada elektrum, sebilangan ahli numisme berpendapat bahawa konsep penggunaan duit syiling itu sendiri tercipta dari Lydia.[5] Herodotus juga menyatakan bahawa semasa pemerintahan Kroisos, tidak ada etnos Asia Minor yang lebih berani dan lebih bersifat militan daripada orang Lyd.

Adat-istiadat

[sunting | sunting sumber]
Rombongan Lydian di Apadana, sekitar 500 SM

Menurut Herodotus, setelah seseorang gadis Lyd mencapai usia matang, dia akan melacur sehingga dia mendapat mas kahwin yang cukup, di mana dia akan mengumumkan ketersediaannya untuk berkahwin. Ini adalah amalan umum bagi gadis-gadis yang tidak dilahirkan dalam golongan bangsawan.

Dia juga mengaitkan orang-orang Lyd dengan penciptaan berbagai permainan kuno, terutama selambut tulang buku lali, yang menyatakan peningkatan kepopularan permainan itu adalah ketika musim kemarau yang sangat parah, di mana permainan sebegitu memberi orang-orang Lyd penangguhan psikologi dari masalah mereka.[6]

Bahasa dan aksara

[sunting | sunting sumber]
Stele marmar dengan tulisan dalam bahasa Lyd. Seperti aksara Anatol lain dalam Zaman Besi, aksara Lyd berkaitan dengan aksara Yunani Timur, tetapi mempunyai ciri-ciri yang unik.

Naskhah bahasa Lyd yang ditemui setakat kini tidak banyak dan biasanya pendek, tetapi hubungan rapat yang dikekalkan antara sarjana terkemuka linguistik bahasa Anatol memupuk pendorongan dan kemajuan berterusan dalam bidang tersebut. Hal ini dapat menghasilkan penemuan berepigrafi baru, menambahkan bukti, dan perakaman kata-kata baru secara berterusan. Walaupun begitu, penemuan besar untuk memahami bahasa Lyd belum berlaku.

Naskhah yang telah ditemui sekarang dihasilkan sekitar pertengahan abad ke-7 dan berlanjutan hingga abad ke-2 SM, yang menyebabkan seorang sarjana membuat kesimpulan, "Orang Lyd menulis awal, tetapi [berdasarkan sumber yang ada, tampaknya] mereka tidak menulis dengan banyak."[7]

Gunung Tmolus (kini Bozdağ) di kawasan tengah wilayah Lydia.

Sejumlah konsep keagamaan orang Lyd mungkin wujud sejak Zaman Gangsa Awal dan juga Zaman Batu Lewat, seperti dewi sayuran Kore, kultus ular dan lembu, dewa guruh dan hujan serta kapak dwibilah (Labrys) sebagai tanda guruh, dewi ibu gunung (Ibu Dewa-dewi) yang dibantu oleh singa-singa, berkaitan atau tidak dengan Kuvava (Kybele) yang lebih diperdebatkan. Kesukaran untuk menyebatikan agama dan mitologi orang Lyd tetap berlaku kerana hubungan dan pertukaran timbal balik dengan konsep Yunani kuno berlaku selama lebih dari satu milenium dari Zaman Gangsa hingga ke zaman klasik (Parsi). Seperti yang ditunjukkan oleh penjelajah arkeologi Lydia, Artimu (Artemis) dan Pldans (Apollo) memiliki komponen Anatolia yang kuat dan Kybele (Rea), Mahabonda Dewa, dan Baki (Bacchus, Dionysos) telah sampai ke Yunani dari Anatolia, sementara kedua-duanya di Lydia dan Karia, Levs (Zeus) mengekalkan ciri-ciri tempatan yang kuat sambil berkongsi namanya dengan dewa Yunani yang setaranya.

Antara tokoh kudus yang lain daripada himpunan dewata orang Lyd yang masih kekal agak mengaburkan, Santai, pengiring Kuvava dan kadang-kadang seorang wira dibakar di pancaka, dan Marivda(s), yang dikaitkan dengan kegelapan, bolehlah dinamakan.

Dalam kesusasteraan dan kesenian

[sunting | sunting sumber]
"Raja Kroisos Menerima Penghormatan dari Petani Lydian", lukisan tahun 1629 oleh Claude Vignon

Niobe, anak perempuan Tantalus dan Dione dan saudara perempuan Pelops dan Broteas, telah mengenali Arachne, seorang wanita Lyd, ketika dia masih di Lydia/Maeonia di tanah ayahnya yang berhampiran dengan Gunung Sipylus, menurut catatan Ovid. Tokoh-tokoh eponim ini mungkin sesuai dengan zaman yang tidak jelas yang terkait dengan wangsa separa legenda Atyad dan/atau Tantalid, dan terletak pada masa kemunculan bangsa Lyd dari pendahulunya dan/atau identiti sebelumnya sebagai orang Maeon dan Luw .

Beberapa pengisahan wujud mengenai wangsa Tylonid yang menggantikan wangsa Atyad dan/atau wangsa Tantalid, dan sekali dikisahkan menjadi wangsa Mermnad, kisah legenda yang berkenaan Cincin Gyges, dan penabala kemudian Gyges ke takhta Lydian dan asas dinasti baru., dengan menggantikan Raja Kandaules, yang terakhir dari Taylanid, ini dalam persekutuan dengan isteri Kandaules yang kemudian menjadi permaisurinya. Ini merupakan kisah-kisah negara Lydia dari segi keseluruhannya, seperti yang diceritakan oleh Herodotus, yang mungkin sendiri telah meminjam petikannya dari Xanthus dari Lydia, seorang Lyd yang dilaporkan telah menulis sejarah negaranya sedikit lebih awal pada abad yang sama.

Beberapa ungkapan mengenai orang Lyd pernah biasa digunakan dalam bahasa Yunani kuno dan dalam bahasa-bahasa Latin; sebuah pengumpulan dan perlakuan terperinci mengenai hal ini telah dilakukan oleh Erasmus dalam Adagianya.

Terdapat juga beberapa karya seni visual yang menggambarkan orang Lyd atau menggunakan mereka sebagai subjek tema sejarah Lydia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Darius I, DNa inscription, Line 28
  2. ^ Ivo Hajnal. "Lydian: Late Hittite or Neo-Luwian?" (PDF). Institut für Sprachen und Literaturen, Universität Innsbruck.
  3. ^ Pedley, John G., Ancient Literary Sources on Sardis, Cambridge, MA: Harvard University Press, 1972, № 292-293, 295
  4. ^ Ilya Yakubovich, Sociolinguistics of the Luvian Language, Leiden: Brill, 2010, p. 114
  5. ^ M. Kroll, review of G. Le Rider's La naissance de la monnaie, Schweizerische Numismatische Rundschau 80 (2001), p. 526.
  6. ^ Templat:Herodotus
  7. ^ George M.A. Hanfmann; William E. Mierse, penyunting (1983). Sard from prehistoric to Roman times: results of the Archaeological Exploration of Sard, 1958-1975. Harvard University Press. m/s. 89. ISBN 978-0-674-78925-8.