Pergi ke kandungan

Abdullah Mohd Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Berbahagia Tun

Abdullah Mohd Salleh
Ketua Setiausaha Negara
Dalam jawatan
1 Oktober 1976 – 31 Disember 1978
Didahului olehTan Sri Abdul Kadir Shamsuddin
Digantikan olehTun Abdullah Ayub
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
1974–1976
Didahului olehTun Abdullah Ayub
Digantikan olehTan Sri Abdul Aziz Zakaria
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
Dalam jawatan
1972–1974
Didahului olehRaja Tun Mohar Raja Badiozaman
Digantikan olehTun Abdullah Ayub
Butiran peribadi
Lahir24 Jun 1925
Melaka Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka
Meninggal dunia22 Jun 2006(2006-06-22) (umur 80)
PekerjaanPesara penjawat awam

Tun Abdullah bin Mohd Salleh merupakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia yang ke-lima daripada tahun 1976 sehingga 31 Disember 1978. Beliau dilahirkan di Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka pada 24 Jun 1925.[1][2]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tinggi Melaka Malacca High School. Beliau menyambung pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar selepas lulus peperiksaan School Certificate bagi persediaan ke universiti. Dalam tahun 1950, beliau telah berjaya memasuki Universiti Malaya di Singapura dan berjaya memperolehi Bachelor of Arts (Honours) dalam tahun 1955.[1]

Pada tahun 1955 beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pentadbiran dengan Kerajaan Negeri Johor. Dalam tahun 1956 beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih Malayan Civil Service dan ditempatkan di Negeri Perak sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada tahun 1959 beliau dipilih sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman. Pegawai-pegawai Kanan di Federal Establishment Office telah mengenalpasti kebolehan Tun Abdullah dan seterusnya memilih beliau untuk bekerja dengan Perdana Menteri. Beliau meneruskan khidmat dengan penuh dedikasi sehingga tahun 1962 apabila beliau diminta bertukar sebagai Timbalan Setiausaha Suruhunjaya Perkhidmatan Awam selama lima tahun.[2]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 2018-07-25.
  2. ^ http://www.heritagemalaysia.my/Mlk-PSebang.html