Pergi ke kandungan

Asmaul Husna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada 99 nama Allah)

Dalam agama Islam, Asmaul Husna (Arab: أسماء الحسنى, rumi: asmāʾu l-ḥusnā) merujuk kepada sembilan puluh sembilan nama Allah Subhanahuwataala.[1] Nama Allah dapat dijumpai di dalam Al-Quran, hadis, atau kedua-duanya.[1]

Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahawa kebenaran ialah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Islam tidak akan mudah menulis "Allah ialah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahawa Allah ialah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Dalil

Berikut merupakan beberapa dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis tentang Asmaul Husna:

  • "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (al-Quran, Surah al-Israa': 110)
  • Dari Abu Huraira r.a.: Nabi SAW bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[2]

Senarai

No. Nama Arab Maksud
1 Allah الله Allah [Nama khas Tuhan]
2 al-Raḥman الرحمن Yang Maha Pe­mu­rah dan Yang Memberi Rahmat[3]
3 al-Raḥim الرحيم Yang Maha Pengasih kepada semua makhluk
4 al-Malik الملك Yang Maha Memiliki Segala Ke­kuasaan
5 al-Quddus القدوس Yang Maha Suci
6 al-Salam السلام Yang Maha Sejahtera
7 al-Mukmin المؤمن Yang Maha Melimpahkan Ke­aman­an dan Kesejahteraan
8 al-Muhaimin المهيمن Yang Maha Mengawal
9 al-Aziz العزيز Yang Maha Berkuasa dan Perkasa
10 al-Jabbar الجبار Yang Maha Perkasa
11 al-Mutakabbir المتكبر Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran
12 al-Khaliq الخالق Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk
13 al-Barik البارئ Yang Maha Pencipta Makhluk
14 al-Muṣawwir المصور Yang Maha Menentukan Ben­tuk Rupa Makhluk-Nya
15 al-Ghaffar الغفار Yang Maha Mengampuni
16 al-Qahhar القهار Yang Maha Gagah Perkasa
17 al-Wahhab الوهاب Yang Maha Pemberi
18 al-Razzaq الرزاق Yang Maha Memberi Rezeki
19 al-Fattaḥ الفتاح Yang Maha Pembuka
20 al-Alim العليم Yang Maha Mengetahui
21 al-Qabiḍ القابض Yang Maha Pengekang
22 al-Basiṭ الباسط Yang Maha Melapangkan
23 al-Khafiḍ الخافض Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang
24 al-Rafik الرافع Yang Maha Meninggi­kan Darjat
25 al-Muiz المعز Yang Maha Memuliakan
26 al-Muzil المذل Yang Maha Menghina Musuh-Nya
27 al-Samik السميع Yang Maha Mendengar
28 al-Baṣir البصير Yang Maha Melihat
29 al-Ḥakam الحكم Yang Maha Menentukan Hu­kum­­an
30 al-Adl العدل Yang Maha Adil
31 al-Laṭif اللطيف Yang Maha Lemah Lembut dan Menge­tahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya
32 al-Khabir الخبير Yang Maha Sedia Mengetahui
33 al-Ḥalim الحليم Yang Maha Penyantun dan Pe­nya­bar
34 al-Aẓim العظيم Yang Maha Agung
35 al-Ghafur الغفور Yang Maha Sedia Mengampuni
36 al-Syakur الشكور Yang Maha Meng­gandakan Balasan
37 al-Ali العلي Yang Maha Tinggi (Luhur)
38 al-Kabir الكبير Maha Besar
39 al-Ḥafiẓ الحفيظ Yang Maha Memelihara
40 al-Muqit المقيت Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya
41 al-Ḥasib الحسيب Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk
42 al-Jalil الجليل Yang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an Yang Tiada Pada Makhluk
43 al-Karim الكريم Yang Maha Mulia dan Sedia Mem­beri
44 al-Raqib الرقيب Yang Maha Mengawasi
45 al-Mujib المجيب Yang Maha Memakbulkan
46 al-Wasik الواسع Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya
47 al-Ḥakim الحكيم Yang Maha Bijaksana
48 al-Wadud الودود Yang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya
49 al-Majid المجيد Yang Maha Sempurna
50 al-Bais الباعث Yang Membangkitkan Manusia
51 al-Syahid الشهيد Yang Maha Me­nyak­sikan Segala Kebenaran
52 al-Ḥaq الحق Yang Maha Benar
53 al-Wakil الوكيل Yang Maha Pelindung
54 al-Qawi القوي Yang Maha Berkuasa
55 al-Matin المتين Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya
56 al-Wali الولي Yang Maha Memberikan Per­tolong­an
57 al-Ḥamid الحميد Yang Maha Layak Menerima Pujian
58 al-Muḥṣi المحصي Yang Maha Mengira
59 al-Mubdik المبدئ Yang Maha Memulakan Sesuatu
60 al-Muid المعيد Yang Maha Mengem­balikan Ciptaan-Nya
61 al-Muḥyi المحيي Yang Maha Menghidupkan
62 al-Mumit المميت Yang Maha Mematikan
63 al-Ḥai الحي Yang Maha Hidup
64 al-Qayyum القيوم Yang Maha Berdiri Sendiri
65 al-Wajid الواجد Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya
66 al-Majid الماجد Yang Maha Dimulia­kan
67 al-Waḥid الواحد Yang Maha Esa
68 al-Ṣamad الصمد Yang Kekal dan Men­jadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk
69 al-Qadir القادر Yang Maha Berkuasa
70 al-Muqtadir المقتدر Yang Maha Berkuasa Me­nentu­kan Sesuatu
71 al-Muqaddim المقدم Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu
72 al-Muakhir المؤخر Yang Mentak­hir­kan Wujudnya Sesuatu
73 al-Awwal الأول Yang Awal dan Tiada Permulaan
74 al-Akhir الآخر Yang Akhir dan Tiada Kesudahan
75 al-Ẓahir الظاهر Yang Menzahirkan Kewujudan
76 al-Baṭin الباطن Yang Menyembunyikan Kewujud­an
77 al-Wali الوالي Yang Maha Memiliki dan Meme­rintah Segala Sesuatu
78 al-Mutaali المتعالي Yang Maha Tinggi dan Suci
79 al-Bar البر Yang Menjadi Sumber Kebaikan
80 al-Tawwab التواب Yang Sentiasa Menerima Taubat
81 al-Muntaqim المنتقم Yang Membalas Dengan Seksa
82 al-Afu العفو Yang Maha Pemaaf
83 al-Rauf الرؤوف Yang Maha Pemberi Kasih Sayang
84 Malik al-Mulk مالك الملك Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan
85 Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال والإكرام Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
86 al-Muqsiṭ المقسط Yang Maha Adil dan Saksama
87 al-Jamik الجامع Yang Maha Penghim­pun
88 al-Ghani الغني Yang Maha Kaya dan Tidak Me­mer­lukan Sesuatu Apa-apa pun
89 al-Mughni المغني Yang Maha Mengayakan Ma­k­h­luk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa
90 al-Manik المانع Yang Maha Menegah dan Menolak
91 al-Ḍar الضار Yang Mendatangkan Kemudaratan
92 al-Nafik النافع Yang Memberikan Ke­bai­kan dan Kemanfaatan
93 al-Nur النور Cahaya Yang Menerangi
94 al-Hadi الهادي Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya
95 al-Badik البديع Yang Maha Mencipta­kan Sesuatu yang sebelumnya tiada
96 al-Baqi الباقي Yang Berkekalan
97 al-Waris الوارث Yang Kekal Memu­sakai
98 al-Rasyid الرشيد Yang Memberi Pe­tun­juk Kepada Kebenaran
99 al-Ṣabur الصبور Yang Maha Penyabar

.

Nama orang

Menurut ajaran Islam, seseorang Muslim tidak akan diberi nama menyerupai nama Allah dalam bentuk yang sama. Contohnya, al-Malik, tetapi boleh dipanggil Malik.

Bagaimanapun nama/sifat Allah boleh digabungkan dengan perkataan "Abdul -" yang bererti hamba (contohnya. - kepada Allah) dan biasa digunakan sebagai nama orang bagi orang Islam. Sebagai contoh Abdul Rahman ("hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih").

Berikut ini contoh nama orang yang diambil dari Asmaul Husna:

Rujukan

  1. ^ a b Morgan, Diane (2010). Essential Islam: A Comprehensive Guide to Belief and Practice. ABC-CLIO. m/s. 10. ISBN 978-0-313-36025-1.
  2. ^ bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, Al-Imam Zain-ud-Din Ahmad (1996). "5". The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris). Riyadh, Arab Saudi: Darussalam. m/s. 574. Narrated (Abu Huraira)" Allah's Messenger SAW said, "Allah has ninety-nine names, i.e. one hundred less one, and whoever counts them (believes in their meanings and acts accordingly) will enter paradise Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Pendidikan Islam