Pergi ke kandungan

479 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Mardonius, komander Parsi, kini ditempatkan di Thessaly, mendapat bantuan daripada Argus dan Arcadia barat. Beliau cuba memujuk Athens supaya menyokongnya, tetapi gagal.
  • Mardonius menyerang Athens sekali lagi. Tentera Athens terpaksa berundur, dan Mardonius membakar Athens. Tentera Sparta bergerak ke utara untuk membantu tentera Athens terhadap tentera Parsi.
  • 27 Ogos - Pertempuran Plataea di Boeotia mengakhiri serangan-serangan Parsi ke atas Yunani ketika Mardonius, jeneral Parsi, dilencongkan oleh tentera Yunani di bawah Pausanias, anak saudara bekas raja Sparta, Leonidas. Kontinjen tentera Athens diketuai oleh Aristides yang telah dihantar kembali. Mardonius dibunuh dalam pertempuran, dan tentera Yunani mendapat amat banyak harta rampasan. Thebes ditawan tidak lama kemudian, dan pengkomplot-pengkomplot Thebes dihukum mati oleh Pausanias.
  • 27 Ogos - Pada waktu yang sama di laut, tentera Parsi ditewaskan oleh sebuah armada Yunani yang diketuai oleh Leotychides dari Sparta dan Xanthippus dari Athens dalam Pertempuran Mycale, berhampiran dengan pantai Lydia di Asia Minor.

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]