Zulkifeli Mohd Zin
Zulkifeli Mohd. Zin | |
---|---|
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Pertama | |
Dalam jawatan 15 Ogos 2016 – 31 Ogos 2018 | |
Raja | Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Najib Razak Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab |
Digantikan oleh | Datuk Engku Hamzah Tuan Mat |
Panglima Angkatan Tentera Ke-18 | |
Dalam jawatan 15 Jun 2011 – 16 Disember 2016 | |
Raja | Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim |
Didahului oleh | Jeneral Azizan Ariffin |
Digantikan oleh | Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor |
Panglima Tentera Darat Ke-23 | |
Dalam jawatan 21 Mei 2010 – 14 Jun 2011 | |
Didahului oleh | Jeneral Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin |
Digantikan oleh | Jeneral Zulkifli Zainal Abidin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pasir Mas, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Jun 1956
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang |
Tempat belajar | Maktab Sultan Ismail Akademi Tentera Diraja Sandhurst |
Pekerjaan | Pegawai kanan tentera |
Anugerah awam | Panglima Mangku Negara (PMN) |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Yang di-Pertuan Agong |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Malaysia |
Tahun khidmat | 1974–2016 |
Pangkat | Jeneral |
Pangkalan |
|
Anugerah tentera | Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) (Knight Grand Commander) |
Misi | Misi IMT - Mindanao |
Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (lahir 14 Jun 1956) ialah mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia yang Ke-18.[1]
Latar Belakang Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Mendapat pendidikan menengah di institusi tertua dan tersohor di Kelantan iaitu Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) Kota Bharu dan mempunyai kelayakan akademik Sarjana Sains dalam Pertahanan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Menamatkan latihan kadet tentera di Akademi Tentera Sandhurst England pada 1974 dan telah mendapat pangkat Leftenan Muda di Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau menjadi ketua Platun pada 9 Ogos 1974.
Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Staf Angkatan Tentera dan Kolej Pertahanan Angkatan Tentera.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sepanjang kerjayanya di dalam ketenteraan, beliau telah memikul pelbagai tanggungjawab dari Ketua Platoon kepada Pegawai Pemerintah.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai staf di Markas Tentera Darat dan pusat latihan. Ini termasuk menjadi Ketua Staf di Markas Tentera darat dan juga trick trainer di pusat latihan tentera darat Johor Bahru. Diantara tahun 1999 dan 2000, beliau telah menjadi pengarah Infantry di Markas Tentera Darat.
Semasa memakai pangkat Kolonel, beliau pernah bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Tentera Darat dan Kolonel Bekalan di Markas Tentera Darat.
Beliau juga telah dinaikkan pangkat kepada Brigadier Jeneral pada tahun 2002 dan telah memegang jawatan sebagai Penolong Komander Pasukan Simpanan Tentera Darat Wataniah. Beliau juga telah menjadi pegawai kepada Brigad Infantri ke 8 di Kelantan pada tahun 2003 ke 2004. Beliau seterusnya telah diberi kepercayaan yang tinggi oleh pihak pemerintah Angkatan Tentera untuk mengetuai International Monitering Team Mission'- di Mindanao sebagai Komander pasukan pemantau pada 9 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.
Selepas itu beliau telah menjadi Panglima Divisyen Infantri dari 17 Oktober 2005 hingga 31 Januari 2007. Beliau juga merupakan seorang Panglima Medan pada 2 Januari 2007 hingga 1 Jun 2008.
Sebagai seorang ketua yang berdedikasi, beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008. Bertugas sehingga 20 Mei 2010 dimana beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat.
Pada 15 Jun 2011, beliau telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baru.[2]
Beliau bersara pada 16 Disember 2016.[3][4]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Sebagai penghargaan di Mindanao, beliau telah menerima anugerah kebesaran dari Filipina.
Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dari pelbagai negara.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin denga Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Istiadat Perarakan Panj-Panji YDPA 2013
-
Pertemuan dengan Jeneral US Army
-
Semasa berjawatan Brig Jeneral
-
Tabik hormat
-
Bersama Rear Admiral Craig Faller
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Panglima Angkatan Tentera Malaysia" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Nizam, Yatim (14 June 2011). "Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
- ^ Sidek, Mohd Hasbi (21 June 2016). "Panglima ATM baru 16 Disember ini". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 22 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Panglima ATM baru 16 Disember ini". Berita Harian Metro (dalam bahasa Malay). 21 June 2016. Dicapai pada 22 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Zulkifeli Mohd Zin di Wikimedia Commons
- Kelahiran 1956
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Penerima Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah
- Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Panglima Tentera Darat Malaysia