Pergi ke kandungan

Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jeneral (B) Tan Sri Dato' Sri Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin merupakan Panglima Tentera Darat ke-22. Beliau dilahirkan pada 21 September 1952 di Johor Bahru, Johor.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Jeneral Tan Sri Dato' Sri Muhammad Ismail Hj Jamaluddin telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) mulai 01 Feb 07. Sebelum memegang jawatan PTD Jeneral Tan Sri Dato' Sri Muhammad Ismail merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. Beliau menjalani Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi pada 9 Jun 1970 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Batalion Ke-8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 16 April 1972. Jen Datuk Muhammad Ismail telah memegang beberapa jawatan penting di sepanjang perkhidmatan beliau dengan cemerlang.

Datuk Muhammad Ismail telah dipilih untuk berkhidmat di Bosnia Herzegovina sebagai Ketua Kontinjen Malaysia (MALCON IV -SFOR) mulai 11 Jun 97 hingga 31 Dis 97. Di sepanjang perkhidmatan beliau yang cemerlang, Jen Datuk Muhammad Ismail telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Am (PPA), Ahli Mangku Negara (AMN), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Mangku Negara (KMN), Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), Setia Mahkota Johor (SMJ), diikuti penganugerahan darjah kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato', Johan Mangku Negara (JMN), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Dato’ Wira, Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dan Darjah Dato’ Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ), yang membawa gelaran Dato' serta Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri diikuti gelaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.