Pergi ke kandungan

Ziarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
David Teniers the Younger: Penziarah Flemish

Ziarah ([zia.rah] pinjaman Arab: زيارة, rumi: ziyārah terbitan kata kerja زَارَ zāra "mengunjungi; melawat"[1]) adalah pengamalan dilakukan sebahagian penganut kepercayaan dan agama dengan melakukan perjalanan atau pencarian makna moral atau rohani di tempat dan lokasi yang khusus serta penting dalam sejarah ajaran tersebut - baik sebagai tempat kelahiran atau kematian seorang pengasas atau pengikut ataupun tempat "panggilan" mereka atau kebangkitan rohani, atau hubungan mereka (visual atau lisan) dengan sesuatu tuhan atau dewa, ke lokasi di mana mukjizat dikatakan telah dilakukan atau disaksikan, atau lokasi di mana dewa dikatakan hidup atau "ditempatkan", atau mana-mana tapak yang dilihat mempunyai kuasa rohani yang istimewa.

Tapak-tapak tersebut boleh diperingati dengan kuil-kuil atau candi yang para penganut digalakkan untuk melawat untuk faedah rohani mereka sendiri: untuk disembuhkan atau mempunyai soalan yang perlu dijawab atau untuk mencapai manfaat rohani yang lain. Seseorang yang membuat perjalanan itu dipanggil sebagai penziarah.[2]

Kelaziman mengikut agama

[sunting | sunting sumber]

Agama Islam

[sunting | sunting sumber]

Para penganut agama Islam berpegang kepada salah satu rukun utama agama mereka yang mewajibkan (atau "memfardukan") perjalanan ke sesebuah tempat, iaitu haji (Arab: حَـجّ) di mana setiap yang sihat badan dan mampu berharta semasa berpergian dan sambil meninggalkan keluarga melakukan perjalanan ke Mekah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.[3][4][5] Pengumpulan para jemaah penziarah ini (haji-hajah) dilihat sebagai pertemuan paling hebat dan ramai di dunia.[6][7][8]

Madinah turut menjadi pilihan sebagai tanah suci kedua di mana Nabi Muhammad dimakamkan di sebuah masjid utama di kota tersebut iaitu Masjid Nabawi.[9]

Agama Kristian

[sunting | sunting sumber]

Agama Yahudi

[sunting | sunting sumber]

Tembok bahagian barat kawasan Temple Mount di Kota Lama Baitulmaqdis (dipertelingkahkan milik antara pihak Palestin dan Israel) yang masih kekal utuh sejak runtuhnya Kuil Yahudi Kedua menjadi tumpuan para penganut agama Yahudi.[10][11]

Bahkan, ada juga sebilangan tempat kecil yang ada pentingnya dalam agama ini melibatkan tempat bermakamnya para orang alim (tzadikim) terkenal di serata dunia termasuk Hebron; Bethlehem; Mt. Meron; Netivot; Uman, Ukraine; Silistra, Bulgaria; Damanhur, Mesir dan sebagainya.[12]

Tanah Suci terutamanya merupakan tumpuan utama direbut para penziarah dari ketiga-tiga agama samawi di atas. Menurut kajian Universiti Stockholm pada tahun 2011, penziarah ini mengunjungi Tanah Suci untuk menyentuh dan melihat manifestasi fizikal iman mereka, mengesahkan kepercayaan mereka dalam konteks suci dengan pengujaan kolektif, dan menghubungkan secara langsung diri mereka ke Tanah Suci.[13]

Agama Hindu

[sunting | sunting sumber]

Agama Buddha

[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat tempat yang menjadi tumpuan ziarah para penganut agama Buddha:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 177. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Cleft, Jean Darby; Cleft, Wallace (1996). The Archetype of Pilgrimage: Outer Action With Inner Meaning. The Paulist Press. ISBN 0-8091-3599-X.
  3. ^ Long, Matthew (2011). Islamic Beliefs, Practices, and Cultures. Marshall Cavendish Corporation. m/s. 86. ISBN 978-0-7614-7926-0. Dicapai pada 2 September 2014.
  4. ^ Nigosian, S. A. (2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices. Indiana: Indiana University Press. m/s. 110. ISBN 0-253-21627-3.
  5. ^ "Islamic Practices". Berkley Center for Religion, Peace & World Affairs. Dicapai pada 7 April 2017.
  6. ^ Mosher, Lucinda (2005). Praying: The Rituals of Faith. Church Publishing, Inc. m/s. 155. ISBN 9781596270169. Dicapai pada 18 September 2014.
  7. ^ Ruiz, Enrique (2009). Discriminate Or Diversify. PositivePsyche.Biz Corp. m/s. 279. ISBN 9780578017341.
  8. ^ Katz, Andrew (16 October 2013). "As the Hajj Unfolds in Saudi Arabia, A Deep Look Inside the Battle Against MERS". Time. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  9. ^ Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin (2005). Architectural conservation in Islam: case study of the Prophet's Mosque (ed. 1st). Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. ISBN 9835203733. Dicapai pada 30 Oktober 2016.
  10. ^ "The Western Wall". mosaic.lk.net. Dicapai pada 6 June 2017.
  11. ^ "The Western Wall: History & Overview". www.jewishvirtuallibrary.org. Dicapai pada 27 March 2018.
  12. ^ See David M. Gitlitz and Linda Kay Davidson, Pilgrimage and the Jews (Westport, CT: Praeger, 2006) for history and data on several pilgrimages to both Ashkenazi and Sephardic holy sites.
  13. ^ Metti, Michael Sebastian (2011-06-01). "Jerusalem – the most powerful brand in history" (PDF). Stockholm University School of Business. Dicapai pada 1 July 2011.[pautan mati kekal]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • al-Naqar, Umar. 1972. The Pilgrimage Tradition in West Africa. Khartoum: Khartoum University Press. [includes a map 'African Pilgrimage Routes to Mecca, ca. 1300–1900']
  • Coleman, Simon and John Elsner (1995), Pilgrimage: Past and Present in the World Religions. Cambridge: Harvard University Press.
  • Coleman, Simon & John Eade (eds) (2005), Reframing Pilgrimage. Cultures in Motion. London: Routledge.
  • Davidson, Linda Kay and David M. Gitlitz (2002), Pilgrimage: From the Ganges to Graceland: An Encyclopedia. Santa Barbara, Ca.: ABC-CLIO.
  • Gitlitz, David M. and Linda Kay Davidson (2006). Pilgrimage and the Jews. Westport, CT: Praeger.
  • Jackowski, Antoni. 1998. Pielgrzymowanie [Pilgrimage]. Wroclaw: Wydawnictwo Dolnoslaskie.
  • Kerschbaum & Gattinger, Via Francigena – DVD – Documentation, of a modern pilgrimage to Rome, ISBN 3-200-00500-9, Verlag EUROVIA, Vienna 2005
  • Margry, Peter Jan (ed.) (2008), Shrines and Pilgrimage in the Modern World. New Itineraries into the Sacred. Amsterdam: Amsterdam University Press.
  • Sumption, Jonathan. 2002. Pilgrimage: An Image of Mediaeval Religion. London: Faber and Faber Ltd.
  • Wolfe, Michael (ed.). 1997. One Thousands Roads to Mecca. New York: Grove Press.
  • Zarnecki, George (1985), The Monastic World: The Contributions of The Orders. pp. 36–66, in Evans, Joan (ed.). 1985. The Flowering of the Middle Ages. London: Thames and Hudson Ltd.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Ziarah di Wikimedia Commons