Tanah Suci
Penampilan
Tanah Suci (Arab: أراضي مقدسة ; bahasa Ibrani: Ereṣ HaQodhesh/Eretz HaKodesh) ialah istilah merujuk pada ke kawasan geografi merangkumi rantau Syam di utara Timur Tengah tanpa sempadan mutlak yang memiliki kepentingan keagamaan untuk Agama Yahudi, Islam, Kristian dan Bahai. Hari ini, kawasan ini merangkumi wilayah Israel, Palestin, Jordan dan sebahagian Lubnan. Antara sebab kepentingannya ialah kepentingan keagamaan Baitulmaqdis, bandar paling suci Agama Yahudi, bandar ketiga tersuci Islam dan tempat kelahiran Kristian. Rasa kesucian tanah ini merupakan antara faktor terjadinya Perang Salib pada zaman dahulu, dan terjadinya Konflik Israel-Palestin kini.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tanah Suci |