Zayan ialah sebuah stesen radio Malaysia berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh Astro Radio. Stesen radio ini bermula siarannya pada 2 Oktober 2017.[1] Frekuensi ini sebelumnya digunakan oleh Red FM pemilik Tan Sri Azman Hashim. Ia diuruskan oleh Radio Rediffusion (M) Sdn. Bhd. (dahulunya merupakan jelmaan kedua Star RFM), anak syarikat Star Media Group Berhad. Stesen radio ini berkonsepkan "Gaya Hidup Muslim Kontemporari" untuk pendengar Muslim berusia 18-35 tahun dimana lagu-lagu berunsur positif dan ketuhanan oleh penyanyi tempatan dan antarabangsa dimainkan serta pengisian kandungan Islamik.[2][3] Kebanyakan program stesen radio ini adalah semuanya rancangan agama Islam yang merupakan agama rasmi majoriti nombor satu terbesar di Malaysia. Islam adalah agama rasmi Malaysia untuk masyarakat Melayu dalam bahasa Melayu.