Zainul Abidin Rasheed
Zainul Abidin Rasheed | |
---|---|
زین العابدین | |
Duta Besar Singapura ke Negara Kuwait | |
Menyandang jawatan 27 Oktober 2011 | |
Presiden | Tony Tan Halimah Yacob Tharman Shanmugaratnam |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Wong Kwok Pun[1] |
Menteri Negeri Kanan bagi Ehwal Luar | |
Dalam jawatan 30 Mei 2006 – 20 Mei 2011 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Masagos Zulkifli |
Datuk Bandar Daerah Timur Laut | |
Dalam jawatan 24 November 2001 – 30 Mei 2009 | |
Perdana Menteri | Goh Chok Tong Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Teo Ser Luck |
Ahli Parlimen Singapura bagi GRC Aljunied (Eunos) | |
Dalam jawatan 25 Oktober 2001 – 18 April 2011 | |
Didahului oleh | Sidek Saniff |
Digantikan oleh | Pritam Singh |
Majoriti | 16,225 (56.10%) |
Ahli Parlimen Singapura bagi GRC Cheng San (Punggol Timur) | |
Dalam jawatan 2 Januari 1997 – 18 Oktober 2001 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Kawasan dibubarkan |
Majoriti | 9,421 (54.80%) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tanah Jajahan Singapura | 17 Mac 1948
Kewarganegaraan | Singapura |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Anak | 4 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Singapura |
Pekerjaan |
|
Zainul Abidin bin Mohamed Rasheed (lahir 17 Mac 1948)[2] ialah seorang ahli politik dari Singapura dan bekas Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied (Aljunied GRC) dari tahun 2001 hingga 2011.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Zainul menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Daud dan Institusi Raffles. Beliau kemudian menuntut di Universiti Nasional Singapura dalam jurusan ekonomi. Sebagai seorang mahasiswa, beliau telah menerima anugerah Gold Outstanding Young Singaporean Award pada tahun 1974.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Setelah sekian lama bekerja dengan Singapore Press Holdings (Asia News Bulletin, The Sunday Times, The Straits Times, Berita Harian) beliau dilantik untuk bertugas dengan badan-badan pemerintah seperti Yayasan Mendaki (1990 - 1993) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) (1991-1996).
Beliau pernah memegang beberapa jawatan yang penting, antaranya:
- Ahli Majlis Universiti Nasional Singapura
- Ahli lembaga pemegang amanah, NTUC Healthcare Co-operative Ltd
- Ahli lembaga pengarah, Mendaki Holdings
- Ahli lembaga pengelola, Institusi Raffles
- Penasihat Singapore Port Workers Union
- Mantan pengerusi Yayasan Warisan Melayu
- Ahli National Medical Ethics Committee
Beliau bertanding buat kali pertama pada tahun 1997 di bawah Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk mewakili Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Cheng San (Cheng San GRC) dan berjaya mengalahkan calon-calon yang mapan daripada Parti Pekerja (WP) seperti J. B. Jeyaratnam dan Tang Liang Hong.
Pada tahun 2001, Zainul memenangi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied tanpa bertanding. Beliau memenangi pilihan raya di kawasan undi yang sama pada tahun 2006 dengan mengalahkan Parti Pekerja. Parti PAP berjaya merangkul 56.09% undi.
Zainul telah dilantik sebagai Setiausaha Kanan Parlimen, Kementerian Ehwal Luar dari 1998 hingga 2001. Beliau juga memegang jawatan datuk bandar Majlis Pembangunan Masyarakat Northeast dari 2001 hingga 2008. Beliau dilantik sebagai Menteri Negara di kementerian yang sama pada 2004 dan kemudian sebagai Menteri Negara Kanan pada 2006.
Dalam pilihan raya 2011, Parti Pekerja berjaya mengalahkan Zainul dan pasukannya.
Beliau kini berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Kuwait.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Zainul Abidin sudah berumahtangga dan mempunyai empat orang anak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "MFA Press Statement : Appointment of Singapore's Ambassador to The State of Israel, Singapore's Ambassador to The State of Kuwait and Singapore's Ambassador to The State of Qatar" (Siaran akhbar). Singapore: Ministry of Foreign Affairs. 28 December 2005. Dicapai pada 5 January 2016.[pautan mati kekal]
- ^ Vitae kurikulum.[pautan mati kekal] www.parliament.gov.sg, 1 Jun 2009. Retrieved 27 Jun 2011.