Zain Alexander
Zain Alexander | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Zain Alexander Mohamed Derris 30 Januari 1982 |
Nama lain |
|
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2013 - kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Ibu | Sara Abrahman |
Bapa | Mohamed Derris |
Mohamed Zain Alexander Mohamed Derris , lebih dikenali sebagai Zain Alexander (lahir di Bachok, Kelantan, 30 Januari 1982; umur 43 tahun) adalah seorang pelakon, penyanyi, model dan usahawan berketurunan Kelantanese and Melayu.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan secara tidak sengajakan pada usia 19 tahun, ketika terlibat dengan sebuah drama televisyen bertemakan kekeluargaan bersama ibu dan abangnya.
Kehidupan Peribadi
[sunting | sunting sumber]Zain Alexander dilahirkan pada 30 Januari di Kelantan, Malaysia. Beliau menerima pendidikan awal di negeri kelahirannya sebelum berpindah ke Terengganu. Namun, akhirnya beliau kembali ke Kelantan untuk menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij.
Beliau merupakan anak kepada Sara Abrahman dan Mohamed Deris. Selepas menamatkan pendidikan menengah, Zain memilih untuk terus membina kerjaya.
Langkahnya berubah secara tidak diduga apabila beliau menemani seorang rakan menghadiri temu duga bagi jawatan pramugara. Tanpa disangka, Zain sendiri ditawarkan jawatan tersebut, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hidupnya sebagai pramugara di Malaysia Airlines, sebuah syarikat penerbangan bertaraf lima bintang.
Meskipun bertugas sebagai pramugara, Zain menerima pelbagai tawaran dalam dunia hiburan, termasuk lakonan, peragaan, dan nyanyian. Namun, kerana komitmennya dalam bidang penerbangan, beliau terpaksa menolak tawaran berlakon dan menyanyi, tetapi tetap menerima peluang sebagai model sambilan ketika waktu lapang. Walaupun tidak pernah merancang untuk terlibat dalam industri hiburan, minat terhadap bidang ini sebenarnya sudah berakar sejak zaman kanak-kanaknya.
Selain aktif dalam dunia penerbangan dan hiburan, Zain juga menceburi bidang perniagaan. Pada tahun 2017, beliau melancarkan jenama pakaian sendiri, Pessak yang pada mulanya memfokuskan kepada fesyen kasual. Kini, jenama tersebut telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pakaian tradisional dan moden seperti Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kurta, serta Hijab.
Zain Alexander merupakan seorang individu yang sentiasa berusaha memanfaatkan setiap peluang yang hadir dalam hidupnya. Selain menjelajah dunia sebagai seorang pramugara dan meneroka dunia hiburan, beliau juga membuktikan kebolehannya sebagai seorang usahawan dalam industri fesyen, menunjukkan bahawa dengan keazaman dan kerja keras, kejayaan dalam pelbagai bidang boleh dicapai.
Pada peringkat awal kerjaya lakonannya, Zain Alexander terlibat dalam beberapa projek, termasuk membawakan watak Sultan Mahmud Shah dalam Malacca: Unwritten bersama Haeryanto Hassan dan Zain Hamid. Namun, kemunculan yang benar-benar memperkenalkan namanya dalam industri adalah menerusi drama bersiri 26 episod, Selamat Malam Tan Sri. Dalam karya ini, beliau bergandingan dengan barisan pelakon berkaliber seperti Eizlan Yusuf, Marisa Yasmin, Haliza Misbon, Julia Zeigler, Reen Rahim, Idris Khan, dan lain-lain. Sekali lagi, beliau berpeluang berkongsi layar bersama Haeryanto Hassan. Dalam drama ini, Zain Alexander memegang watak antagonis, Hadi, seorang wartawan yang penuh dengan muslihat dan konflik dalaman.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Model - Muzik Video
[sunting | sunting sumber]
- Bertemumu - Shiha Zikir (2013)
Docu-drama | Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Malacca : Unwritten (2015) sebagai Sultan Mahmud Shah
Siri TV
[sunting | sunting sumber]- Selamat Malam Tan Sri (2018) sebagai Hadi (26 Episod) (RTM)
Film for TV
[sunting | sunting sumber]- Tahyul (2018) as Daniel (Astro Citra)
Penampilan Istimewa
[sunting | sunting sumber]- Spices Across Borders (2020)(RTM) sebuah rancangan masakan sebagai selebriti undangan (Episod 10)
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- https://www.myinfotaip.com/2018/09/selamat-malam-tan-sri.html}}
- https://www.myinfotaip.com/2019/01/tahyul-astro-citra.html