Pergi ke kandungan

Wong Sau Ying

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wong Sau Ying
黃素英
Wong Sau Ying, dressed in a white shirt and wearing a bob cut, with her arms crossed
Wong (s. 1925)
Kelahirans. 1898
China
Meninggal dunia25 March 1927 (sekitar 28–9 tahun)
Penjara Pudu, Kuala Lumpur
Nama lainWong Sang
Gerakan politikAnarkisme
Motiftidak pasti
Pertuduhan jenayahCubaan membunuh
Penalti10 tahun penjara
Butiran
Tarikh23 Januari 1925
NegaraTanah Melayu
LokasiPejabat Pelindung Kaum Cina, Kuala Lumpur
Cedera2–3 orang[a]
SenjataBahan letupan binaan sendiri
Dipenjarakan diPenjara Pudu

Wong Sau Ying (juga Wong So-ying, Bahasa Cina: 黃素英pinyin: Huáng Sùyīng,[4] 1901-1925), Wong Sung atau Wong Shang ialah seorang anarkis.

Ketika beliau memulakan kehidupan baru di Tanah Melayu, beliau antara orang Cina pertama yang giat mengambil tahu hal siasah dalaman tidak seperti orang sekaumnya pada ketika itu menyendiri.[5] Beliau menjadi tumpuan paling utamanya kerana keterlibatannya sebagai seorang dalam suatu kegiatan pengganasan mengebom Pejabat Pelindung Kaum Cina di Kuala Lumpur pada tahun 1925.[6]

Awal hayat

[sunting | sunting sumber]

Wong Sau Ying lahir di Kanton pada s. 1898 semasa tanah Cina masih diperintah kerajaan Qing;[7][8] pada masa mudanya beliau sudah diedahkan dengan para anarkis yang bergiat dalam bandarnya.[1] Beliau sekeluarga berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1919.[9]

Beliau menyertai gerakan anarkis setempat di Tanah Melayu dianggotai bekas kekasihnya Mak Peng-cho[10] dan suaminya Leung Yuet-Yu[b][1]

Keterlibatan anarkis

[sunting | sunting sumber]

Wong ada mengiringi Mak Peng Cho yang dihukum buang negeri ke tanah China tahun 1923, namun beliau segera kembali ke Tanah Melayu apabila Mak terbunuh dalam suatu serangan pada akhir tahun tersebut.[6]

Pengeboman di Kuala Lumpur

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Januari 1925, beliau mengatur suatu rancangan bertujuan membunuh ketua Pelindung Kaum Cina (Chinese Protectorate) iaitu Daniel Richards di pejabatnya di Kuala Lumpur. Beliau menghasilkan sebutir bom buatan sendiri menggunakan bekas oat besi dijanakan bateri yang kemudiannya diletupkan suatu suis dari jauh.[12] Kejadian ini mencederakan diri sendiri, Richards serta seorang kerani Cina.[13][6][12] Beliau berjaya ditangkap tidak lama kemudian, beliau dibicarakan di mahkamah pada 29 Januari masih beranduh di tangannya.[12][14]

Beliau dihukum penjara di Penjara Pudu; namun beliau membunuh diri tidak lama selepas ditahan di sana.[4][15]

  1. ^ C. F. Yong says Protector Daniel Richards, his assistant Wilfred Blythe, and Wong herself were all injured.[1] Tim Harper says that both Richards and Wong were rushed to hospital because of their injuries but does not mention Blythe being injured.[2] Ummu Atiyah Ahmad Zakuan says that Richards and two of his associates were injured.[3]
  2. ^ Adakala diberi nama "Leung Man".[11]
  1. ^ a b c Yong 1997, m/s. 32.
  2. ^ Harper 2021, m/s. 508.
  3. ^ Zakuan 2022, m/s. 23.
  4. ^ a b Ou Xi (25 January 1927). "南洋無政府主義運動之概況". Minzhong (dalam bahasa Cina). 2 (1). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2012. Dicapai pada 12 February 2021.
  5. ^ Zakuan 2022, m/s. 22–23.
  6. ^ a b c Khoo Kay Kim (1973). "Gerakan Anarkis Di Tanah Melayu: 1919-1925". Jebat. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2: 69–72.
  7. ^ Harper 2021, m/s. 512.
  8. ^ Harper 2021, m/s. 511.
  9. ^ Harper 2021, m/s. 512-513; Yong 1997, m/s. 32; Zakuan 2022, m/s. 23.
  10. ^ Harper 2021, m/s. 512-513; Yong 1997, m/s. 32.
  11. ^ Harper 2021, m/s. 514–515.
  12. ^ a b c Harper, Tim (2020). Underground Asia: Global Revolutionaries and the Assault on Empire. Penguin Books. m/s. 507–520. ISBN 9780674724617.
  13. ^ Yong, C. F. (1991). "Origins and Development of the Malayan Communist Movement, 1919-1930". Modern Asian Studies. 25 (4): 625–648 – melalui JSTOR.
  14. ^ "Bomb Outrage". The Straits Times. 30 Januari 1925. m/s. 10 – melalui NewspaperSG.
  15. ^ Yong, C.F. (1997). The origins of Malayan Communism. Singapore: Strategic Information and Research Development Centre. m/s. 32. ISBN 9789672165606. OCLC 1112676175.