Wong Sai Kong
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Wong Sai Kong | ||
Ketinggian | 1.79 m (5 ka 10 1⁄2 in) | ||
Posisi permainan | Tengah | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
1999 2000-2001 2002-2004 2005 2006-2007 2007- |
ATM Negeri Sembilan Sarawak Selangor Public Bank Perak Sabah |
(3) (11) (0) (1) (3) (1) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2004 | Malaysia | 2 (0) | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Wong Sai Kong (lahir pada 19 September, 1978) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Sabah.
Sai Kong sebelum ini pernah mewakili Negeri Sembilan dan bergelar naib juara Piala Malaysia bersama pasukan itu pada musim 2000. Dia kemudian bermain untuk Sarawak dan membantu Sarawak melayakkan diri ke Liga Super setelah menundukkan Melaka. Selepas tiga musim bersama Sarawak, Sai Kong mewakili kelab Selangor Public Bank.
Pada musim 2006, dia berpindah ke Perak selepas Public Bank menarik diri dari saingan liga.Sai Kong hanya bermain semusim bersama Perak. Dia kemudian menandatangani kontrak bersama Sabah.
Sai Kong turut mewakili Malaysia pada 2004 dan membuat penampilan sulung ketika bertemu Indonesia pada 17 Mac, 2004. Penampilan kedua dan terakhirnya bersama Malaysia ketika bertemu Thailand dalam saingan Piala Tiger 2004. Sekarang mewakili N9.