Wikipedia Bahasa Latvia
Wikipedia Bahasa Latvia | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | lv |
Jenis | Ensiklopedia dalam talian |
Tersedia dalam | Latvia |
Ditubuhkan | 6 Jun 2003 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Kandungan dan sokongan | |
Keluaran | Ensiklopedia internet |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Pengguna | 126,363 akaun berdaftar 2,192 penyumbang[a] (Dis 2018) 14 pentadbir |
Dilancarkan pada | 6 Jun 2003 |
Lesen | CC Attribution / Share-Alike 3.0 Sebilangan besar teks juga berlesen dua di bawah GFDL. Pelesenan media berbeza-beza. |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Wikipedia Bahasa Latvia (Bahasa Latvia: Vikipēdija latviešu valodā) adalah edisi berbahasa Latvia untuk ensiklopedia dalam talian percuma Wikipedia. Ia dicipta pada 6 Jun 2003.[2][3][4] Dengan lebih dari 131,000 rencana, kini Wikipedia Bahasa Latvia adalah yang ke-67 terbesar diukur dengan jumlah rencana[5] dan Wikipedia kedua terbesar dalam bahasa Baltik.[6]
Pada Jun 2020, ia adalah Wikipedia bahasa ketiga yang paling banyak dikunjungi di Latvia dengan paparan lebih 2 juta pembaca laman.[7] Ia berada di bawah Wikipedia Bahasa Rusia dan Wikipedia Bahasa Inggeris (setiap 4 juta paparan laman di Latvia[8][9]).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Wikipedia Bahasa Latvia dicipta bersama Wikipedia Bahasa Serbia, Kannada, Walloon, Wolof, dan Xhosa.[3] Rencana tertua adalah "Psihologija", yang diterbitkan pada 6 Jun 2003 dan dialihkan ke "Psiholoģija" (psikologi) pada 7 Disember 2004.[10] Laman utama ditambahkan empat bulan selepas terbitan rencana pertama, pada 6 Oktober 2003.[11]
Pertumbuhan awal edisi ini bergerak perlahan dan beberapa rencana mengenai aspek penting dalam budaya Latvia tiada pada mulanya.[2] Rencana mengenai Jāņi, misalnya, tidak ditulis sehinggalah pada Mac 2008.[12] Kadar pertumbuhan Wikipedia Bahasa Latvia mula menjadi stabil sejak 2006.[13]
Pada 30 September 2013, VisualEditor disediakan untuk pengguna yang masuk, dan pada 7 Oktober 2013, ia tersedia untuk semua pengguna di Wikipedia Bahasa Latvia.[14]
Wikipedia Bahasa Latvia berumur 10 tahun pada 6 Jun 2013. Logo peringatan telah dimuat naik untuk sambutan itu dan pesta kecil di kalangan "Wikiholics" masyarakat berlaku, seperti kebiasaan setiap kali pencapaian baharu dicapai.[15] Edisi ini melebihi 50,000 rencana pada 17 Ogos 2013.[4]
Nama dan logo
[sunting | sunting sumber]Pada 22 September 2004, logo "Wikipēdija" Bahasa Latvia pertama kali dimuat naik, dan pada 1 Jun 2005 nama itu ditukar menjadi "Vikipēdija".[16] Di media Latvia, kata-kata "Wikipedia" dan "Vikipēdija" digunakan secara bergantian untuk merujuk kedua-dua Wikipedia secara umum dan edisi Latvia secara khusus, tetapi "Vikipēdija" lebih biasa.[17][18]
Sebagai tindak balas kepada bencana keruntuhan bumbung pasar raya Zolitūde pada 21 November 2013, Wikipedia Bahasa Latvia seperti beberapa laman sesawang Latvia yang lain, mengubah logo selama tiga hari. Logo peringatan ini bewarna hitam dan mempunyai lilin disebelah kanan bawah.
Tonggak pencapaian
[sunting | sunting sumber]Statistik
[sunting | sunting sumber]Setakat November 2020, 131,000 rencana Wikipedia Bahasa Latvia[5] menyumbang kira-kira 32% daripada semua rencana yang ditulis dalam bahasa Baltik. Ia meningkat dari 24% pada 2014. Ini menjadikannya edisi kedua terbesar dalam keluarga bahasa berkenaan setelah Bahasa Lithuania, yang menyumbang 62%.[6] Pada 2018, rencana yang paling popular adalah "Latvija" (Latvia), "2018. gada Pasaules čempionāts hokejā" (Kejuaraan Dunia IIHF 2018), dan "Rīga", ibu kota Latvia.[19]
Komuniti
[sunting | sunting sumber]Walaupun masih belum ada cawangan Wikimedia di Latvia, Yayasan Wikimedia secara rasmi mengiktiraf Wikimedians of Latvia User Group (Bahasa Latvia: Latvijas vikimedisti) pada 5 Mac 2015.[20] Ini adalah kumpulan pengguna aktif yang mewakili semua ahli Wikimedia di Latvia.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Logo asal Wikipedia Latvia. Perhatikan bahawa "Wikipēdija" dieja dengan huruf 'W' dari 22 September 2004 hingga 1 Jun 2005
-
Logo peringatan 50,000 rencana Wikipedia Bahasa Latvia (17 Ogos 2013)
-
Logo yang dipamerkan untuk mengenang mangsa keruntuhan bumbung pasar raya Riga (23–26 November 2013)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Wikipedia Statistics — Tables — Contributors" (dalam bahasa Inggeris). stats.wikimedia.org. Dicapai pada 9 November 2019.
- ^ a b ""Vikipēdijas" latviešu versijai jau desmit gadi" (dalam bahasa Latvia). Neatkarīgā Rīta Avīze. 5 Jun 2013. Dicapai pada 21 Julai 2014.
- ^ a b Zachte, Erik. "Creation history / Accomplishments". stats.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2014.
- ^ a b "Vikipēdija:Aktualitātes". Vikipēdija (dalam bahasa Latvia). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 11 Mei 2014.
- ^ a b "List of Wikipedias". Meta-Wiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 11 November 2024.
- ^ a b "List of Wikipedias by language group". Meta-Wiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 9 Mei 2014.
- ^ Page views by country - Latvian Wikipedia, Wikimedia Statistics, read on July 13th 2020
- ^ Page views by country - Russian Wikipedia, Wikimedia Statistics, July 13th 2020
- ^ Page views by country - English Wikipedia, Wikimedia Statistics, July 13th 2020
- ^ "Raksta "Psiholoģija" vēsture" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 9 Mei 2014.
- ^ "Raksta "Sākumlapa" vēsture" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 9 Mei 2014.
- ^ "Links — Reference" (dalam bahasa Inggeris). Latvians Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2014. Dicapai pada 12 Mei 2014.
Incidentally, seeing as Jāņi is fast approaching, we searched Vikipēdija but came up with nothing. The English version, though, does have quite a comprehensive section on the subject of "Midsummer," covering the whole region of Northern Europe and the way it celebrates this time of the year.
- ^ Zachte, Erik. "Wikipedia Statistics — Europe — Contributors" (dalam bahasa Inggeris). stats.wikimedia.org. Dicapai pada 12 Mei 2014.
- ^ "VisualEditor". MediaWiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 12 Mei 2014.
- ^ Elīna, Zalāne (7 Jun 2013). "Latviešu Vikipēdija svin 10 gadu jubileju" (dalam bahasa Latvia). Diena. Dicapai pada 12 Mei 2014.
- ^ "Aizvien par "Wikipēdija" / "Vikipēdija"" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 12 Mei 2014.
- ^ "Vikipēdijas krievu valodas versija pārtrauc darbu, protestējot pret interneta cenzēšanu" (dalam bahasa Latvian). Kasnotiek.com. 10 July 2012. Dicapai pada 13 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Pirmā persona, kas iegūst savu "Wikipedia" lapu vēl pirms piedzimšanas" (dalam bahasa Latvia). DELFI.lv. Dicapai pada 12 Mei 2014.
- ^ "Topviews Analysis". tools.wmflabs.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 November 2019.
- ^ "Wikimedians of Latvia User Group - Meta". meta.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 November 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipedia Wikipedia Bahasa Latvia, ensiklopedia bebas |
Meta mempunyai sebuah laman tentang ini di:
Tell us about Latvian Wikipedia |
- Kategori berkenaan Wikipedia Bahasa Latvia di Wikimedia Commons
- Wikipedia Bahasa Latvia (dalam bahasa Latvia)
- Laman Twitter Wikipedia Bahasa Latvia (dalam bahasa Latvia)
- Kedutaan Wikipedia Bahasa Latvia (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Poland dan Rusia)