Pengguna berdaftar
Pengguna berdaftar ialah seseorang pengguna yang menggunakan atur cara atau laman sesawang dengan membekalkan akuan dan secara berkesan, membuktikan identitinya.
Perbezaan teknikal
[sunting | sunting sumber]Secara umum, sesiapa pun boleh menjadi pengguna berdaftar dengan membekalkan sesetengah akuan, tertakluk kepada syarat laman itu, misalnya umur atau langganan. Akuan yang biasa termasuk nama pengguna (atau e-mel) dan kata laluan. Selepas itu, seseorang pengguna dapat mencapai maklumat dan hak yang tidak diberikan kepada pengguna tak berdaftar (biasanya dikenali sebagai "tetamu"). Perbuatan memberikan akuan yang wajar kepada sesuatu laman dikenali sebagai pengelogan masuk atau mendaftar masuk.
Kelebihan mengamalkan pendaftaran pengguna
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab laman yang dicapai tahu akan identiti seseorang pengguna, ia boleh:
- Memaparkan data peribadi (caranya yang paling sederhana adalah dengan menyapa "Helo, Yosri!");
- Bertukar kepada pengesetan peribadi (misalnya "jangan paparkan gambar" ataupun menukarkan bahasa laman);
- Membenarkan pengguna melakukan perbuatan berdasarkan identitinya (misalnya, mengeposkan pesanan ke dalam forum dengan menggunakan nama samaran);
- Membenarkan pengguna mencapai data peribadi (misalnya e-mel atau pesanan peribadi); dan
- Mengawal suntingan automatik, juga dikenali sebagai penspaman.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.