Tokyo Skytree
Tokyo Skytree توکيو سکايتري | |
---|---|
東京スカイツリー | |
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Menara penyiaran, restoran dan cerapan |
Gaya seni bina | Neo-futurism (en) |
Lokasi | Sumida, Tokyo, Jepun |
Alamat | 東京都墨田区押上一丁目1番1号 |
Negara | Jepun |
Koordinat | 35°42′36.2″N 139°48′38.6″E |
Pembinaan bermula | 14 Julai 2008 |
Disiapkan pada | 29 Februari 2012 |
Pembukaan | 22 Mei 2012 |
Dirasmikan pada | 22 Mei 2012 |
Pembiayaan | 40 bilion JPY (440 juta USD) |
Pemilik | Tobu Tower Sky Tree Co., Ltd. |
Maklumat ketinggian | |
Menara antena | 634.0 m (2,080 ka) |
Bumbung | 495.0 m (1,624 ka) |
Tingkat teratas | 450.0 m (1,476 ka) |
Butiran teknikal | |
Bahan | Keluli |
Bilangan tingkat | 29 |
Lif/mesin pengangkat | 13 |
Keluasan permukaan | bangunan: 31,832.6 m² keluasan lantai kasar: 229,410.3 m² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Nikken Sekkei |
Pemaju | Tobu Railway |
Jurutera penstrukturan | Nikken Sekkei |
Kontraktor utama | Obayashi Corp. |
Anugerah/hadiah | BCS Prize (en) (2014) |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tokyo Skytree (東京スカイツリー , Tōkyō Sukaitsurī), sebelum ini dikenali sebagai New Tokyo Tower (新東京タワー , Shin Tōkyō Tawā), ialah sebatang menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010[1] dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 ka) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia[2][3] dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012.[4]
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Reka bentuk Tokyo Sky Tree diperkenalkan pada 24 November 2006, berdasarkan tiga konsep yang berikut:
- Gabungan reka bentuk futuristik dan keindahan tradisional Jepun
- Pemangkin pencergasan semula kota
- Sumbangan kepada pencegahan bencana "Keselamatan dan Ketenteraman"
Tapak menara ini berstruktur serupa dengan "tripod"; dari paras tinggi 350 m (1,150 ka) ke atas, struktur menara berbentuk silinder.
Di paras 350 m (1,150 ka) dan 450 m (1,480 ka) terletaknya balai cerap.
Kalis gempa bumi
[sunting | sunting sumber]Tokyo Sky Tree dilengkapi dengan pengalisan gempa bumi yang canggih sekali, terdiri daripada syaf tengah yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat. Tiang dalaman utamanya dipasangkan pada struktur menara luaran pada paras 125 meter (410 ka) dari tanah. Dari situ sehingga paras 375 meter (1,230 ka), tiang tersebut dipasangkan pada rangka menara dengan peredam minyak yang bertindak sebagai penambat sewaktu gempa bumi. Menurut para pereka, peredam-peredam ini boleh menyerap 50 peratus tenaga dari gempa bumi.[5]
Warna
[sunting | sunting sumber]Kekisi luaran diberi warna yang secara rasminya bergelar "Sky Tree White", iaitu warna asli yang berdasarkan sejenis warna tradisional Jepun yang putih kebiruan, iaitu aijiro (藍白 ).[6]
Pencahayaan
[sunting | sunting sumber]Reka bentuk pencahayaan menara disiarkan pada 16 Oktober 2009. Dua corak pencahayaan berbeza (biru langit dan ungu) digunakan secara bersilih ganti setiap hari. Menara ini dicahayakan dengan lampu-lampu LED.
Penyiaran
[sunting | sunting sumber]Tokyo Sky Tree akan digunakan sebagai menara komunikasi untuk pelbagai media oleh pelbagai syarikat.
Penyiar televisyen
[sunting | sunting sumber]Saluran | Nama saluran | Pengenal | Kuasa isyarat | Liputan |
---|---|---|---|---|
NHK General TV / NHK G (GTV) | JOAK-DTV | 10 kW | Kantō (kecuali Wilayah Ibaraki) | |
NHK Educational TV / NHK E (ETV) | JOAB-DTV | Seluruh Jepun | ||
Nippon Television / Nittele (NTV) | JOAX-DTV | Seluruh Kantō | ||
TV Asahi / Tele-Asa (EX) | JOEX-DTV | |||
TBS | JORX-DTV | |||
TV Tokyo / Teleto (TX) | JOTX-DTV | |||
Fuji Television (CX) | JOCX-DTV | |||
Tokyo Metropolitan Television / Tokyo MX | JOMX-DTV | 3 kW | Tokyo |
Penyiar radio FM
[sunting | sunting sumber]Frekuensi | Nama stesen | Pengenal | Kuasa isyarat | Liputan |
---|---|---|---|---|
81.3 MHz | J-Wave | JOAV-FM | 44 kW | Tokyo |
82.5 MHz | NHK Tokyo FM | JOAK-FM |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Menara Tokyo
- Sky City 1000
- Senarai menara tertinggi di dunia
- Senarai struktur tertinggi di Jepun
- Senarai struktur bebas tertinggi di dunia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tokyo Sky Tree beats Tokyo Tower, now tallest building in Japan, The Mainichi Daily News, 29 Mac 2010
- ^ "Japan Finishes World's Tallest Communications Tower". Council on Tall Buildings and Urban Habitat. 1 Mac 2012. Dicapai pada 2 Mac 2012.
- ^ "Tokyo Sky Tree". Emporis. Dicapai pada 2 Mac 2012.
- ^ "事業概要". Tokyo Sky Tree Home (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2 September 2011.
- ^ Nakata, Hiroko, "Tokyo Sky Tree opener looms large", Japan Times, 21 Februari 2012, ms. 3.
- ^ "Color Design". Tokyo Sky Tree. Japan: Tobu Railway Co. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-26. Dicapai pada 7 June 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tokyo Skytree |
- Tapak web rasmi (Inggeris)