Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Media dan Hiburan
Merangkumi fakta berkenaan media cetak dan elektronik termasuk bacaan, perisian, saluran, rancangan dan tontonan yang mengandungi unsur hiburan.
"... bahawa komik cuma tersebar ke Asia pada Perang Dunia II ?"
"... bahawa YouTube dinobatkan sebagai "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME ?"
"... bahawa pelayar web Mozilla Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corporation dengan bantuan satu komuniti besar dari luar?"
"... bahawa Windows Vista cuma dipasarkan lima tahun selepas Windows XP ?"
"... bahawa rancangan permainan televisyen awal diturunkan daripada rancangan-rancangan serupa di radio ?"
"... bahawa masukan blog biasanya menurut urutan kronologi terbalik?"
"... bahawa akhbar Tambahan Pendidikan Tinggi Times terkenal akibat jadual perbandingan universiti dunianya?"
"... bahawa watak-watak dalam Baby Blues semakin membesar dengan masa, tidak seperti kebanyakan komik lain?"
"... bahawa konsol Wii berbeza dengan konsol segenerasinya kerana Wii Remote uniknya?"
"... bahawa Al Jazeera English merupakan saluran berita berbahasa Inggeris pertama yang berpangkalan di Timur Tengah ?"
"... bahawa Windows Live merupakan peningkatan dan penjenamaan semula khidmat MSN ?"
"... bahawa manga Shōnen adalah versi manga yang paling laris di Jepun ?"
"... bahawa Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi Windows yang lain?"
"... bahawa Walkman bermula kerana pengerusi Sony ingin mendengar lagu di dalam kapal terbang ?"
"... bahawa Winamp adalah pemain media bebas paling popular?"
"... bahawa terdapat banyak rasional untuk penapisan maklumat ?"
"... bahawa CNN International adalah saluran berita kedua terbesar selepas BBC World ?"
"... bahawa kebanyakan kad penala TV juga berfungsi sebagai radio FM?"
"... bahawa semasa penciptaannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kakitangan Microsoft ketika itu iaitu Whistler, British Columbia, Kanada ?"
"... bahawa sistem PAL dimajukan kerana piawaian NTSC Amerika tidak serasi dengan frekuensi AC 50 Hz dalam grid tenaga Eropah ?"
"... bahawa e-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet ?"
"... bahawa Microsoft menjangkakan dapat mengeluarkan pengganti Windows Vista , digelar Windows 7 , pada 2010 ?"
"... bahawa LaTeX digunakan secara meluas oleh ahli-ahli matematik , sains , falsafah , kejuruteraan dan ahli-ahli profesional yang lain?"
"... bahawa siaran langsung televisyen paling banyak digunakan untuk berita televisyen ?"
"... bahawa Windows Genuine Advantage adalah sistem anti-cetak rompak Microsoft untuk Microsoft Windows ?"
"... bahawa setiap cakera DVD-Video mengandungi kod rantau?"
"... bahawa Windows Mobile direka untuk menjadikannya kelihatan serupa dengan versi biasa Windows dari segi estetik?"
"... bahawa Nintendo Entertainment System merupakan konsol permainan video Nintendo paling laris sehingga kini?"
"... bahawa H.264/MPEG-4 AVC ialah satu piawaian pemampatan video yang berusaha menghasilkan mutu video yang bagus pada kadar bit yang jauh lebih rendah berbanding piawaian terawal?"
"... bahawa piawaian MPEG-1 merupakan format audio /video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia?"
"... bahawa dalam dunia Harry Potter , Posyen Polijus sangat jarang digunakan?"
"... bahawa animasi Avatar: The Last Airbender banyak mengambil seni dan mitologi Asia meskipun dihasilkan di Amerika Syarikat ?"
"... bahawa 1080i ialah satu mod video televisyen definisi tinggi ?"
"... bahawa scanlation lazimnya diedarkan secara percuma melalui Internet ?"
"... bahawa halang penyalinan merupakan teknologi bagi menghalang penyalinan atur cara , wayang , muzik , dan media lain yang berhakcipta tanpa kebenaran?"
"... bahawa pencipta Mutiara Naga , Akira Toriyama dikreditkan dengan menetapkan aliran popular manga Shōnen ?"
"... bahawa banyak pratonton episod anime baharu kini telah dikeluarkan sebagai ONA dahulu?"