"... bahawa hanya 4 % aksara Cina diperolehi dari piktograf, yang lainnya diperolehi daripada agregat logik dan piktofonetik?"
"... bahawa beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti amok, bamboo dan cockatooberasal dari bahasa Melayu?"
"... Hukum D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan?"
"... bahawa bahasa baku ialah sejenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, dan boleh dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa?"
"... bahawa perkataan banglo berasal dari perkataan Hindibangla yang bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal"?"
"... bahawa kefahaman menyaling adalah ciri suatu set bahasa apabila penutur satu bahasa dalam set tersebut mampu memahami bahasa lain tanpa belajar bersungguh-sungguh?"