Pergi ke kandungan

Kamus Kangxi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamus Kangxi
Kamus Kangxi: Edisi cetakan semula 2005
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina康熙字典
Japanese name
Kanji康熙字典
Hiraganaこうきじてん

Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19. Maharaja Kangxi Dinasti Qing menitah penyusunan kamus tersebut pada tahun 1710 dan kamus itu pun diterbitkan pada tahun 1716. Kamus ini dinamakan sempena nama zaman Maharaja tersebut.

Para penyunting Kamus Kangxi, termasuk Zhang Yushu (張玉書) dan Chen Tingjing (陳廷敬), mendasarkan sebahagian Kamus Kangxi pada kamus-kamus Dinasti Ming: Zihui (字彙 "Himpunan Aksara", 1615) oleh Mei Yingzuo (梅膺祚), dan Zhengzitong (正字通 "Penguasaan Aksara Tepat", 1627) oleh Zhang Zilie (張自烈). Oleh sebab titah maharaja mewajibkan Kamus Kangxi disusun dalam masa lima tahun, maka timbulnya sebilangan kesilapan. Maharaja Daoguang menubuhkan lembaga penyemakan semula, maka 1831 Zidian kaozheng (字典考證 "Kaji Selidik Teks Kamus Aksara") mereka telah membetulkan 2,588 kesilapan, kebanyakan dalam petikan dan penyedutan. (Teng and Biggerstaff 1971: 130)

Kamus yang disemak semula ini mengandungi 47,035 lema aksara, serta 1,995 lainan grafik, maka jumlahnya 49,030 aksara berlainan. Aksara-aksara ini disusun di bawah 214 radikal dan disusun menurut bilangan garis tambahan dalam aksara.

Lema-lema aksara ini memberi apa-apa bentuk lainan (jika ada), sebutan dalam ejaan fanqie tradisi dan bacaan homofon moden, pelbagai erti maksud, dan petikan dari buku-buku dan kamus-kamus Cina. Kamus ini juga mengandungi jadual rima di mana aksara-aksaranya disusun mengikut kelas rima suku kata, nada, permulaan suku kata awalan.

Kamus Kangxi terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada edisi-edisi Dinasti Qing lama dalam cetakan blok, cetakan semula dalam penjilidan buku Cina tradisional, edisi semakan moden yang disertakan esei dalam kulit keras gaya Barat, dan versi Internet digital.

Kamus Kangxi ialah salah satu kamus bahasa Cina yang digunakan oleh Kumpulan Pelapor Ideografik untuk piawaian Unikod.

Struktur kamus

[sunting | sunting sumber]
  • Prakata oleh Maharaja Kangxi : ms. 1-6 (御製序)
  • Catatan mengenai penggunaan kamus : ms. 7-12 (凡例)
  • Petunjuk sebutan aksara : ms. 13-40 (等韻)
  • Jadual komprehensif aksara mengikut radikal : ms. 41-49 (總目)
  • Kandungan rujukan dimudahkan: ms. 50-71 (检字)
  • Kamus sebenar: ms. 75-1631
    • Teks utama : ms. 75-1538
    • Kandungan tambahan : ms. 1539-1544 (補遺)
    • Teks tambahan : ms. 1545-1576
    • Kandungan amsendix (aksara tanpa sumber) : ms. 1577-1583 (備考)
    • Teks amsendix : ms. 1585-1631
  • Catatan tambahan : ms. 1633-1635 (後記)
  • Kajian teks : ms. 1637-1683 (考证)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]