Wikipedia:Pertemuan/Bulanan/Januari 2023
Pertemuan bulanan Wikipedia Bahasa Melayu Januari 2023 ialah pertemuan bulanan Wikipedia Bahasa Melayu pertama pada tahun 2023. Acara ini telah diadakan pada:
- Tarikh: Ahad, 29 Januari 2022
- Masa: 2:00–3:15 petang
- Tempat: Dalam talian (Zoom)
- Medium komunikasi: Bahasa Melayu
Peserta
[sunting sumber]- Tofeiku (bincang · sumbangan) (penyampai)
- PeaceSeekers (bincang · sumbangan) (penyampai)
- P-Tanah (bincang · sumbangan)
Minit Perbincangan
[sunting sumber]WikiTemu pada hari ini adalah berdasarkan soal selidik yang dijalankan dan diedarkan beberapa hari sebelum pertemuan diadakan.
Bahagian 1: Hal Semasa
[sunting sumber]Topik apa (cth. isu semasa, pengetahuan am) yang kamu rasa patut diberi perhatian di Wikipedia Bahasa Melayu sepanjang bulan depan?
- Rencana kritikal
Daripada Disember, rencana kritikal menunjukkan sedikit penambahan (+0.04 mata, senarai 10,000). Dengan itu, usaha ini perlu diteruskan, terutamanya dalam: penciptaan rencana yang masih tiada, dan; pengembangan/penambahbaikan rencana tunas.
Dalam kajian senarai rencana kritikal, kami terjumpa di Wikipedia bahasa Inggeris, di mana para penyunting boleh memberi ganjaran kepada mana-mana penyunting yang menambah baik rencana atau melakukan penyelenggaraan secara ketara, termasuk, tetapi tak terhad kepada bayaran wang. Kita berbincang, dan berkeputusan bahawa dalam jangka masa panjang, sistem ini boleh dibuat di sini juga.
- Rencana sukan
Tumpuan perihal sukan di Wikipedia bahasa Melayu kini perlu mencapah daripada bola sepak, terutamanya sukan-sukan popular serantau, termasuk: badminton, hoki, bola tampar, persilatan dan lain-lain. Tumpuan perlu dilihat terhadap acara-acara sukan semasa.
- Rencana sejarah
Penambahbaikan rencana sejarah seeloknya memerlukan bantuan pakar, dan oleh itu, usaha penjalinan kerjasama patut dilakukan oleh pihak Wikipedia/Wikimedia dengan para sejarawan untuk menyemak dan menambah baik rencana-rencana sejarah, terutamanya perihal sejarah Malaysia dan negara-negara serantau. Sebagai contoh: rencana Bukit Nanas yang ditambah baik dengan bantuan pakar, Saufy Jauhary ([sini]).
- Fair Usage Policy
Secara umumnya, kami kurang faham konteks yang ditulis di sini. Mungkin ia bermaksud rencana berkenaan hak cipta di sini, atau kebimbangan tentang hak cipta bahan-bahan Wikipedia; hal ini boleh disemak di bahagian bawah laman web: Teks disediakan dengan [Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa]; terma tambahan mungkin digunakan. Lihat [Penggunaan] untuk butiran lanjut.
- Topik-topik lain
Jawapan | Bilangan | ||||
---|---|---|---|---|---|
Hari Wilayah Persekutuan | 2 | ||||
Thaipusam | 1 | ||||
Israk dan Mikraj | 1 | ||||
Lain-lain | 1 | ||||
Jumlah | 5 | ||||
Pilih topik yang kamu rasa patut diberi perhatian di Wikipedia Bahasa Melayu sepanjang bulan depan.
Secara am, tumpuan perlu diberikan berdasarkan mana-mana isu semasa yang berlaku. Satu cadangan menangkap perhatian kami: Hari Barah Sedunia yang diraikan pada 4 Februari. Beberapa perihal boleh dilakukan berkenaan hal ini:
- Menyelesaikan isu penyelarasan antara istilah kanser dengan barah di Wikipedia bahasa Melayu;
- Sesi gotong-royong dengan kerjasama WikiProjek Perubatan.
Bahagian 2: Kualiti Rencana
[sunting sumber]Jawapan | Bilangan | ||||
---|---|---|---|---|---|
Gaya penulisan yang tidak betul | |||||
Rencana kekurangan maklumat | |||||
Kekurangan rujukan | |||||
Pautan merah | |||||
Vandalisme | |||||
Lain-lain | |||||
Jumlah | 5 | ||||
Apakah isu-isu kualiti Wikipedia Bahasa Melayu yang patut diberi perhatian?
Gaya penulisan (cth isu tatabahasa, ejaan, pemformatan) merupakan antara suntingan-suntingan Wikipedia yang paling mesra pemula, dan pengajaran terhadap penyunting baharu boleh ditumpukan kepada suntingan-suntingan ini sebelum berkecimpung dalam penulisan/suntingan yang lebih berat dan kompleks.
Secara lebih khusus, rencana topik manakah yang kamu lihat patut diberi perhatian daripada aspek kualiti? (Contoh: rencana biografi, petempatan dll.)
- Rencana berkenaan Nusantara
Seperti biasa, rencana-rencana Nusantara perlu diselia dan dikemas kini secara berterusan.
- Rencana petempatan
Satu contoh diberikan Taufik yang boleh dijadikan sebagai contoh tulisan rencana petempatan yang baik: rencana . Cabaran utama termasuk kekurangan akses kepada rujukan-rujukan berkenaan bandar-bandar bukan utama, dan mungkin memerlukan penjalinan kerjasama dengan pihak luar.
Perkara-perkata berbangkit lain
[sunting sumber]- Pemantapan penyelia
Dua perkara dicadangkan berkenaan pemantapan gerak kerja penyelia Wikipedia bahasa Melayu, iaitu penambahan bilangan penyelia yang aktif, dan pengkhususan gerak kerja penyelia (cth menanangi vandalisme, penyelenggaraan, semakan sifat berkecuali).
- Program-program Wikipedia
Program-program yang sedang/bakal dijalankan termasuk:
- 100 Hari Wiki (sedang berjalan)
- Wiki Loves Folklore in Malaysia (bermula 1 Februari, Commons)