Hari Barah Sedunia
Hari Barah Sedunia | |
---|---|
Also called | WCD |
Observed by | Ahli-ahli PBB |
Observances | Kesedarah terhadap barah dan menggalakkan pencegahannya |
Date | 4 Februari |
Next time | Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka |
Frequency | tahunan |
Hari Barah Sedunia atau Hari Kanser Sedunia ialah hari antarabangsa ditandakan pada 4 Februari untuk meningkatkan kesedaran terhadap barah dan menggalakkan pencegahan, saringan, dan rawatannya. Hari Barah Sedunia dipimpin oleh Kesatuan untuk Kawalan Barah Antarabangsa (UICC) untuk menyokong matlamat Perisytiharan Barah Sedunia yang ditulis pada tahun 2008. Matlamat utama Hari Barah Sedunia adalah untuk mengurangkan penyakit dan kematian disebabkan oleh barah dengan nyata sekali[1] dan merupakan peluang untuk menghimpunkan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan ketidakadilan terhadap penderitaan yang boleh dicegah daripada barah.[2] Hari tersebut diraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[3]
Hari Barah Sedunia menyasarkan salah maklumat,[4] meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan stigma.[5] Pelbagai daya usaha dijalankan pada Hari Barah Sedunia untuk menunjukkan sokongan bagi mereka yang terjejas dengan barah. Salah satu gerakan ini ialah #NoHairSelfie (#SwafotoTiadaRambut), suatu gerakan sejagat untuk ada "pesertambut" (hairticipant) mencukur kepala mereka secara fizikal atau hampir-hampir untuk menunjukkan simbol keberanian untuk mereka yang menjalani rawatan barah.[6] Imej peserta kemudian dikongsi di seluruh media sosial. Beratus-ratus acara di seluruh dunia juga berlangsung[7].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hari Barah Sedunia diwujudkan pada 4 Februari 2000 di Sidang Kemuncak Barah Sedunia Menentang Barah untuk Alaf Baru yang telah diadakan di Paris.
Piagam Paris Menentang Barah, yang dicipta untuk menggalakkan penyelidikan, mencegah barah, menambah baik perkhidmatan pesakit, juga memaskkan sebuah rencana menubuhkan ulang tahun penandatanganan rasmi dokumen tersebut sebagai Hari Barah Sedunia, telah ditandatangani di Sidang Kemuncak tersebut oleh Ketua Pengarah UNESCO pada masa itu, Kōichirō Matsuura, dan Presiden Perancis pada masa itu Jacques Chirac di Paris pada 4 Februari 2000.[8]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Hari Kesedaran Barah Payudara Kebangsaan (Oktober di Amerika Syarikat)
- Hari Kesihatan Prostat Kebangsaan (September di Amerika Syarikat)
- Hari Kesedaran Limfoma Sedunia (15 September)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "World Cancer Day 2013 One-Pager (English)". UICC. Dicapai pada 2 February 2013.
- ^ "World Cancer Day". World Health Organization (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-31. Dicapai pada 2018-09-09.
- ^ https://www.un.org/en/sections/observances/international-days/
- ^ Szabo, Liz (3 February 2013). "World Cancer Day targets myths, spreads message". USA Today. Dicapai pada 4 February 2016.
- ^ Gander, Kashmira (4 February 2016). "World Cancer Day: Why is the disease still a taboo?". The Independent. Dicapai pada 4 February 2016.
- ^ Wheeler, Brad (27 January 2016). "Three international productions, including Scotland's The James Plays, to headline Luminato 2016". The Globe and Mail. Dicapai pada 4 February 2016.
- ^ "WCD | We Can. I Can". www.worldcancerday.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-09.
- ^ https://connection.asco.org/magazine/features/world-cancer-day-why-fourth-february