Pergi ke kandungan

Wikipedia:Memainkan sistem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wikipedia:GAME)


Memainkan sistem bermaksud menggunakan polisi dan garis panduan Wikipedia dengan sengaja dan dengan niat tidak ikhlas untuk menghalang pencapaian matlamat Wikipedia. Memainkan sistem boleh merangkumi salah guna proses, penyuntingan yang mengganggu ataupun tindakan yang mengelak daripada tercapainya kesepakatan. Para penyunting secara tipikalnya memainkan sistem untuk menggambarkan pendapat, melanjutkan perang sunting, ataupun untuk mengenakan pandangan berat sebelah.

Jika seseorang itu terjumpa sesuatu helah yang membolehkan mereka mengelak piawai komuniti, ia tidak seharusnya dianggap sebagai kesilapan ikhlas. Walau bagaimanapun, sekatan bertujuan untuk mencegah dan bukan menghukum. Amaran daripada Penyelia selalunya cara yang paling baik untuk mencegah sistem daripada dimain kerana amaran yang jelas seharusnya dapat membetulkan kesilapan tak disengajakan dan permainan yang disengajakan. Sekiranya seseorang penyunting itu tidak mengendahkan amaran atau mengulangi perbuatan, ataupun mencara cara yang lebih kreatif bagi mengganggu sistem, berkemungkinan besar dia memainkan sistem.

Maksud "memainkan sistem"

[sunting sumber]

Seorang penyunting yang memainkan sistem berniat untuk mengguna polisi-polisi dengan niat buruk, dengan mencari alasan dalam penyataan-penyataan yang terkandung dalam polisi bagi menyokong tindakan-tindakan serta pendirian-pendirian yang diambilnya, yang sebenarnya tidak disokong polisi. Seseorang penyunting itu berniat untuk memisahkan polisi dan garis panduan daripada perbincangan kesepakatan dan mencuba menggunakan polisi-polisi serta garis panduan secara selektif bagi memajukan agendanya sendiri. Seseorang penyunting itu dikira mengganggu jika ia menggunakan beberapa perkataan polisi bagi mendakawa bahawa polisi itu menyokong tindakan atau pendiriannya, menyerang pendirian yang berlandaskan polisi ataupun sengaja mengendalakan proses-proses Wikipedia.

Polisi berkaitan

[sunting sumber]