Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2019
Penilaian semula kelayakan rencana sekolah
[sunting sumber]Saya ingin mengusulkan cadangan supaya kelayakan rencana-rencana sekolah yang sudah wujud di Wikipedia ini untuk dinilai semula dan pengecualian mereka dari kelayakan penghapusan segera berdasarkan tiada tanda kepentingan dibatalkan. Cadangan ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Hujah mengenai pengecualian tersebut adalah berdasarkan daripada perbincangan di Wikipedia Bahasa Inggeris (iaitu en:Wikipedia talk:WikiProject Schools/Criteria for Speedy Deletion A7 dan en:Wikipedia:Notability (schools)) namun pengecualian tersebut tidak lagi dipersetujui, dan yang lebih penting lagi pengecualian tersebut telah mansuh beberapa tahun yang lepas.
- Saya mendapati kebanyakan rencana-rencana sekolah, terutama sekali sekolah-sekolah menengah, kalau dinilai hanya atas dasar kelayakan, sangat-sangat tidak memenuhi kelayakan untuk memiliki rencana sendiri. Kebanyakan rencana-rencana sekolah tidak menjelaskan sebab ianya cukup signifikan, contohnya apakah sekolah tersebut signifikan sebab ia merupakan sekolah pertama di sesebuah negeri/negara, adakah ia melahirkan tokoh-tokoh bangsa, terdapat peristiwa penting yang pernah berlaku di sekolah tersebut, sekolah tersebut terkenal dalam budaya popular, etc etc. Kebanyakan sekolah hanya mengandungi maklumat alamat/lokasi dan jumlah penuntut. Ini bukanlah maklumat yang cukup unik untuk menentusahkan kelayakan rencana tersebut.
- Saya dapati banyak kes mengenai rencana-rencana sekolah telah diambil kesempatan dan dijadikan sebagai laman profil sekolah. Banyak maklumat-maklumat yang dimasukkan dalam rencana-rencana sekolah adalah perkara yang bukan bersifat ensiklopedik atau tidak mempunyai kepentingan kepada orang-orang di luar organisasi sekolah tersebut atau yang tiada kaitan langsung kepadanya. Contohnya, memasukkan terlalu banyak nama-nama pemimpin sekolah (bukan hanya nama guru besar atau pengetua tetapi dimasukkan juga nama timbalan/penolong, bahkan ada yang sampai memasukkan kesemua nama guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut), carta organisasi pentadbiran sekolah, nama-nama darjah, butiran tentang bilik-bilik darjah secara terperinci, nombor-nombor telefon/faks, keterangan aktiviti sekolah dan sebagainya.
Jika pengguna ingin mewujudkan profil sesebuah sekolah dengan maklumat-maklumat (terutama sekali alamat/lokasi, pengetua/guru besar, jumlah penuntut) dalam sistem Wikipedia, saya rasa boleh saja berbuat demikian di Wikidata. Cuma saya menganggap Wikipedia bukanlah platform yang sesuai untuk berbuat demikian. Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia, bukan pangkalan data, oleh itu kandungan-kandungan rencana sepatutnya mengandungi pengetahuan am bukan sekadar maklumat am. Zulfadli51 (bincang) 13:51, 2 November 2018 (UTC)
Penstrukturan semula rencana filem, drama dan yang berkaitan
[sunting sumber]Saya ingin mengusulkan cadangan supaya semua rencana berkenaan filem, drama, telefilem serta rancangan-rancangan TV yang diterbitkan supaya mempunyai nama jenis rencana. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan rencana suatu hari nanti (walau bagaimanapun sudah ada yang berlaku menyebabkan pemindahan rencana terpaksa dilakukan). Contohnya rencana Blok 404 mungkin dihujungnya boleh diletakkan "filem" iaitu Blok 404 (filem)
. Hal ini kerana Blok 404 juga mungkin boleh merujuk kepada sesuatu tempat yang rencananya "masih belum wujud" di Wikipedia. Bagi rencana filem (dan seumpamanya) yang telahpun lama tercipta, kita biarkan sahaja kerana jika kita memindahkannya, akan menjadi sedikit masalah kepada halaman-halaman yang terpaut padanya. Saya ingin memohon pandangan penyelia-penyelia serta ahli Wikipedia MsWiki berhubung cadangan ini. Bagaimanakah pendapat anda?> Yosri, Aurora, Malekhanif, Diagramma Della Verita, Kurniasan, Hezery99, Zamwan, Irfanshaharuddin, SNN95, Tofeiku, 26 Ramadan, Polar, Rachun Dunia. Secara praktikalnya, semua filem serta drama yang saya cipta telah saya letakkan jenis rencana dihujung nama rencana seperti yang kebanyakan dilakukan di EnWiki bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah tersebut. CyberTroopers (bincang) 15:44, 4 November 2018 (UTC)
- Saya setuju dengan cadangan anda dan perkara ini telahpun diperhujahkan beberapa tahun lepas. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pengguna tegar yang ingin melakukan sebaliknya, contohnya @Yosri: yang mempunyai gaya meletakkan jenis rencana di awalan tajuk termasuk filem. Mungkin Yosri juga boleh menerangkan sebab-sebab beliau melakukan hal tersebut. Polar (bincang) 21:44, 4 November 2018 (UTC)
- Ini adalah Wikipedia bahasa Melayu, oleh itu judul filem perlu menggunakan gaya tata bahasa nama Melayu, atau diterjemahkan pada bahasa tempatan sebagaimana Wiki utama yang lain (abaikan wiki kecil). Saya tidak ingin Wikipedia ini dijadikan laman bahasa bangsat dengan judul rencana Inggeris atau menggunakan tata bahasa Inggeris. Star Wars Movies = Star Wars (filem)? Miskin sangat ke bahasa Melayu terpaksa menggunakan tata bahasa Inggeris! Yosri (bincang) 14:55, 5 November 2018 (UTC)
- Saya menyokong cadangan CyberTroopers atas sebab utama bagi mengelakkan kekeliruan jika wujud dua atau lebih rencana dengan nama yang sama. Bagi saya, penggunaan kurungan "()" walaupun kelihatan seperti melanggar hukum tatabahasa, tetapi apa yang lebih penting penggunaan tatabahasa yang betul di dalam kandungan rencana bukannya pada judul. Contoh: "Filem Star Wars" dan "Star Wars (filem)". Bukankah pilihan pertama menunjukkan seolah-olah perkataan "Filem" merupakan sebahagian daripada judul rencana berbanding "Star Wars (filem)"? Cuba bandingkan dengan penggunan awalan bagi tajuk "Filem Star Wars" dengan "Filem senyap". Kita boleh lihat sekurang-kurangnya penggunaan kurungan dapat mengelakkan kekeliruan dan menunjukkan bahawa penggunaan "(filem)" itu bukanlah sebahagian daripada nama judul. Lagi satu, saya terjumpa tajuk rencana seperti Pokok Sena ini, di mana tajuk ini boleh merujuk kepada dua perkara iaitu nama sebuah bandar dan juga nama sejenis pokok. Di dalamnya, saya terlihat tajuk rencana "Pokok Sena (pokok)". Tidak rasa pelikkah dengan tajuk sebegini? Walaupun kita tahu atau sebahagian kita mungkin tahu, kita memanggil tumbuhan itu sebagai 'pokok sena', tetapi tidak salah bukan kalau gunakan judul "Sena (pokok)" sahaja dengan tujuan utama untuk mengelakkan kekeliruan. → 26 Ramadan (bincang) 17:19, 5 November 2018 (UTC)
- Penggunaan kurungan "()" bukan kelihatan, tetapi jelas' melanggar hukum tatabahasa Melayu. Tata bahasa Melayu jelas "Bandar/Kampung/Bukit Pokok Sena", tidak perlu kelihatan keliru. Yosri (bincang) 17:24, 5 November 2018 (UTC)
- saya tiada halangan atau mempunyai kecenderungan apa2. kedua-duanya sesuai digunakan berdasarkan situasi. Zamwan (bincang) 10:18, 12 November 2018 (UTC)

WikiProjek
[sunting sumber]Saya dapati WikiProjek BM tidak lagi aktif. Namun begitu, saya amat berminat untuk menghidupkan kembali fungsi kumpulan WikiProjek termasuklah termasuklah mengambil tugas menyelaras Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan kerana penyelarasnya sudah lama lesap. Saya juga ingin memohon bantuan daripada pengguna mswiki yang lain untuk turut sama membantu mengembalikan fungsinya sebagai suatu kumpulan teknikal dalam meningkatkan kualiti Wikipedia Bahasa Melayu. Sekiranya perlu mewujudkan pengundian, tiada masalah. ❯❯❯CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن)
Pemeriksaan Gelaran
[sunting sumber]Penyelia boleh memeriksa kelayakan Gelaran di laman SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT, Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa. Yosri (bincang) 18:10, 3 Disember 2018 (UTC)
Wujudkan jawatan Pemeriksa
[sunting sumber]Saya ingin menncadangkan supaya jawatan Pemeriksa diwujudkan di Wikipedia Bahasa Melayu. Tujuan utamanya adalah untuk mengenal pasti pengguna boneka serta pengguna-pengguna yang tidak berdaftar yang melakukan vandalisme di laman Wikipedia Bahasa Melayu melalui pengecaman alamat IP. Saya amat prihatin akan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia Bahasa Melayu, oleh sebab itu saya mencadangkan usul ini untuk dipersetujui oleh ahli-ahli WIkipedia. Pemeriksa boleh membantu penyelia mengurus tadbir Wikipedia terutama dalam soal suntingan gangguan dan suntingan vandalisme serta memastikan pengguna boneka yang sebenarnya disekat kerana telah melanggar garis panduan Wikipedia. Saya telah mengemaskini kebanyakan maklumat di halaman pemeriksa ini. Jawatan sebegini perlu kerana dengan kewujudan jawatan ini, kita tidak lagi perlu bergantung kepada steward untuk mengenal pasti pengguna boneka, malah komunikasi lebih berkesan berlaku kerana pertuturan bahasa yang sama. Maka, seluruh operasi pemeriksaan dapat dilakukan dengan lancar tanpa kesulitan komunikasi. Oleh itu, sila berikan undi anda terhadap cadangan ini. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 24 Oktober 2024 12:39:17 (UTC)
- Memandangkan kedai kopi agak tidak aktif dan kurang pelawat,saya terpaksa teg nama anda untuk memberitahu kewujudan cadangan saya ini. @Yosri:@Aurora: @Malekhanif: @Diagramma Della Verita: @Kurniasan: @Hezery99: @Zamwan: @Irfanshaharuddin: @SNN95: @Tofeiku: @26 Ramadan: @Polar: @Rachun Dunia: @Fandi89: @Hasrolhashim: @Anumengelamun: @Rachmat04: @*angys*:, apakah pandangan anda semua berkenaan usul ini? Maaf bagi ahli Wikipedia lain yang tidak diteg. Anda juga boleh mengujarkan pandangan anda. CyberTroopers (bincang) 03:26, 19 Disember 2018 (UTC)
- Saya setuju cadangan anda sebab untuk maklumat saya juga merupakan pemeriksa di zh.wiki. Jika ms.wiki mewujudkan jawatan ini, pasti akan mengurangkan vandalisme daripada akaun tertentu. (Seperti mencipata terjemahan yang salah maksud atau hanya mencipta satu laman yang tiada apa makna atau biodata sendiri) angys →Bincang 04:13, 19 Disember 2018 (UTC)
- Maaf. Komputer saya bermasalah, akan kurang aktif sementara. Yosri (bincang) 05:59, 19 Disember 2018 (UTC)
- Sekiranya tiada bantahan hingga minggu depan, saya akan mula buat pengundian pada minggu hadapan. Cuma buat masa sekarang saya masih sedang mengemaskini halaman-halaman yang diperlukan pemeriksa.CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 24 Oktober 2024 12:39:17 (UTC)
- Saya pun setuju --Hasrolhashim (bincang) 16:08, 19 Disember 2018 (UTC)
- Sekiranya tiada apa-apa bantahan, saya dan CyberTroopers akan melancarkan perkara ini dan berharap beberapa pengguna lain boleh memberikan kerjasama. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:00, 21 Disember 2018 (UTC)
Pembatasan sumbangan rencana baru untuk pengguna alamat IP
[sunting sumber]Saya ingin mencadangkan agar pembatasan sumbangan rencana baru untuk pengguna alamat IP dilaksanakan sebelum keadaan menjadi parah, kerana banyak rencana mengarut dan tak ensiklopedik dibuat oleh IP. Saya bersetuju dengan saudara CyberTroopers yang mencadangkan agar "rencana baru hanya dibuat oleh pengguna berdaftar dan pengguna alamat IP hanya dibenarkan menyunting sahaja". @CyberTroopers:, @SNN95:, @Rachun Dunia:, @Zamwan:, @Aurora:, @Zulfadli51:, @Tofeiku:, @26 Ramadan:, @Polar: apa kata anda mengenai perkara ini. Wikipedia BI dan Wikipedia Indonesia (tidak termasuk Wikipedia bahasa lain) sudah melaksanakannya, WBM bila lagi. Jangan biarkan perkara ini berpanjangan, kelak nanti ia boleh merosakkan imej Wikipedia. Fandi89 (bincang) 02:04, 28 Disember 2018 (UTC)
- Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini kerana pengahapusan rencana hanya boleh dilakukan oleh para penyelia berbanding undurkan di mana semua para penyunting boleh melakukannya. Zamwan (bincang) 02:15, 28 Disember 2018 (UTC)
- Dasar ini sememangnya perlu dilakukan dengan segera seawal tahun hadapan. Kelmarin sahaja sudah 4> rencana mengarut yang telah dicipta pengguna tidak berdaftar. Jika mereka benar-benar ingin menyumbang dalam Wikipedia, sudah tentu mereka akan mencipta akaun. Jadi eloklah jika ia dikuatkuasakan. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 24 Oktober 2024 12:39:17 (UTC)
- Jika pembatasan sumbangan rencana baru untuk pengguna IP dilakukan, penyelia di sini tidak perlu bazirkan masa menghapuskan rencana mengarut dan tidak ensiklopedik. -Fandi89 (bincang) 04:44, 28 Disember 2018 (UTC)
- Saya bersetuju juga. @Yosri: juga kena tahu pasal ni sebab selok-belok koding berkenaan perkara ini hanya birokrat sahaja berkuasa pegang dan edit php tersebut. Atau @Zamwan: boleh melakukannya selain Yosri? SNN95 Talk to me, beybeh! 06:19, 28 Disember 2018 (UTC)
- Biasanya coding dilakukan di meta. Lama sudah saya tidak ke sana, mungkin mengambil sedikit masa dan perubahan pada polisi penyuntingan di ms.wiki harus dibuat terlebih dahulu. Zamwan (bincang) 07:18, 28 Disember 2018 (UTC)
- Saya tidak setuju pembatasan IP dilakukan kerana Wikipedia merupakan laman bagi sumbangan orang ramai. Tidak sepatutnya ip yang tidak berdosa disekat. Bayangkan taman permainan yang hendak menggunakannya perlu mendaftar. Wikipedia bukan milik penyelia, penyelia sekadar penjaga. Wikipedia adalah milik semua, dan gelaran sebagai penyelia hanyalah sebagai tanggungjawab memeliharanya, bukan membatasi pengguna. Maaf masih berhadapan masalah internet dan tidak dapat aktif sehingga saya tukar perkhidmatan internet. Yosri (bincang) 11:53, 28 Disember 2018 (UTC)
- @Yosri: Kita hanya membataskan penciptaan rencana sahaja. Pengguna awam masih boleh membantu menyuntingnya tanpa perlu mendaftar akaun. Jadi tiada masalah untuk menyumbang. Seperti yang saya katakan, jika mereka benar-benar konsisten mahu menyumbang, sudah tentu mereka akan mendaftar akaun bagi tujuan tersebut.CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 24 Oktober 2024 12:39:17 (UTC)
- Saya tidak setuju pembatasan IP dilakukan kerana Wikipedia merupakan laman bagi sumbangan orang ramai. Tidak sepatutnya ip yang tidak berdosa disekat. Bayangkan taman permainan yang hendak menggunakannya perlu mendaftar. Wikipedia bukan milik penyelia, penyelia sekadar penjaga. Wikipedia adalah milik semua, dan gelaran sebagai penyelia hanyalah sebagai tanggungjawab memeliharanya, bukan membatasi pengguna. Maaf masih berhadapan masalah internet dan tidak dapat aktif sehingga saya tukar perkhidmatan internet. Yosri (bincang) 11:53, 28 Disember 2018 (UTC)
- @Yosri: Sekat penciptaan rencana sahaja. Dan mungkin kita boleh bubuh pesanan "hanya boleh sunting rencana tersedia sahaja". Bukan apa, betul Wikipedia ini seperti taman permainan tanpa perlu mendaftar untuk dimainkan, tetapi takkan kita bagi lepas orang datang main tiba-tiba bina alatan permainan baru yang mungkin bahaya dan membazirkan masa kita untuk membuangnya. Peciptaan alatan permainan baru mesti melalui proses mendaftar dan polisi yang perlu diikuti. Kita bebas bermain dalam taman permainan Wikipedia ini. Tapi keselamatan, kesahihan, dan pengetahuan diperlukan untuk membina taman permainan yang kita beri kemasukan percuma untuk dimainkan ini. Ramai akan merujuk WIkipedia BM ini walaupun sedikit, jadi kesahihan dan cara Wikipedia BM berfungsi sangat penting. Jika mana-mana pengguna awanama melihat rencana tidak ada konteks tercipta, mereka akan fikir WBM boleh mencipta apa sahaja tanpa ada konteks. Pembaziran masa penyelia seperti kita sangat tidak efisien sedangkan masa yang terbazir walaupun dua tiga minit itu boleh disumbangkan dalam rencana lain atau sudah mencipta dua tiga baris ayat untuk rencana baru. Jadi sekatan mencipta rencana baru sangat diperlukan bagi pengguna awanama supaya kita tidak perlu melalui pemadaman yang tidak diperlukan. SNN95 Talk to me, beybeh! 04:23, 30 Disember 2018 (UTC)
- Saya bersetuju dengan saudara @SNN95:, maksudnya hanya pengguna berdaftar sahaja mencipta rencana baru, dan pengguna alamat IP hanya boleh menyunting sahaja. Elok jika kita buat pembatasan ini bagi menjaga kesihatan WBM dan kita akan melihat hasilnya kelak.-Fandi89 (bincang) 04:55, 23 Januari 2019 (UTC)
- Biasanya coding dilakukan di meta. Lama sudah saya tidak ke sana, mungkin mengambil sedikit masa dan perubahan pada polisi penyuntingan di ms.wiki harus dibuat terlebih dahulu. Zamwan (bincang) 07:18, 28 Disember 2018 (UTC)
- Dasar ini sememangnya perlu dilakukan dengan segera seawal tahun hadapan. Kelmarin sahaja sudah 4> rencana mengarut yang telah dicipta pengguna tidak berdaftar. Jika mereka benar-benar ingin menyumbang dalam Wikipedia, sudah tentu mereka akan mencipta akaun. Jadi eloklah jika ia dikuatkuasakan. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) Khamis, 24 Oktober 2024 12:39:17 (UTC)
- Kata orang, perkara yang baik jangan ditangguh-tangguh. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 13:10, 31 Januari 2019 (UTC)
- Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini dengan alasan yang sama diberikan oleh Yosri. Kita tidak ada pilihan selain sentiasa memantau sumbangan pengguna tanpa nama. --Kurnia [ bual ] 20:17, 9 Februari 2019 (UTC)
- @Kurniasan: Alasannya? - CyberTroopers bincang/sumbangan 11:36, 14 Februari 2019 (UTC)
- Hanya ada satu ulasan daripada Yosri di atas. --12:21, 14 Februari 2019 (UTC)
- @Kurniasan: Kita tidak menyekat sepenuhnya akses untuk mereka menyumbang. Hanya perlu daftar akaun sahaja bagi mencipta rencana. Kita hanya bataskan penciptaan rencana baru sahaja bukan penyuntingan rencana. Ini adalah salah satu cara untuk tingkatkan kualiti Wikipedia Bahasa Melayu serta membuktikan Wikipedia bukan tempat untuk mencipta rencana sewenang-wenangnya. Seperti saya katakan sebelum ini, jika mereka benar-benar ingin menyumbang rencana baru, mewujudkan satu akaun bukanlah suatu masalah memandangkan pendaftarannya hanya mengambil masa kurang 5 minit. Apa kata anda? - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:29, 14 Februari 2019 (UTC)
- Mungkin pendapat pengguna anon patut diambil kira kerana kita tidak tahu apa yang ada di minda mereka. ---Kurnia [ bual ] 13:01, 14 Februari 2019 (UTC)
- Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini dengan alasan yang sama diberikan oleh Yosri. Kita tidak ada pilihan selain sentiasa memantau sumbangan pengguna tanpa nama. --Kurnia [ bual ] 20:17, 9 Februari 2019 (UTC)
- Urm, pada pandangan saya pula, mungkin kita boleh merujuk kepada Wikipedia Bahasa Inggeris mengenai masalah ini, kerana mereka telah membina satu sistem di mana pengguna berdaftar boleh mencipta laman baharu seperti cara kita mencipta rencana, namun pengguna tidak berdaftar pun boleh mencipta tetapi mereka perlu menggunakan Article Wizard untuk mencapai tujuan tersebut, supaya mereka faham akan tatacara yang betul untuk mencipta rencara baru. Pautan: Wikipedia:Rencana baru (versi bahasa Inggeris), Article Wizard (tidak pasti nama apa yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu) محمد حكيمي 04:23, 17 Februari 2019 (UTC)
- @Hakimi97: Memang sistem sebegitu yang ingin kita wujudkan. Bukannya kita ingin menyekat kebebasan menulis tetapi kita cuma mengawal apa yang ingin ditulis supaya rencana yang ditulis mengikut piawaian sebuah ensiklopedia dan polisi Wikipedia. - CyberTroopers bincang/sumbangan 04:43, 17 Februari 2019 (UTC)
- Kalau benarlah kita akan ikut sistem yang saya maksudkan, maka saya akan setuju dengan cadangan saudara @CyberTroopers:. Ini kerana sejujurnya pada pandangan saya kita sebenarnya tidak wajar untuk menyekat kebebasan dan hak pengguna baharu untuk mencipta rencana baharu, namun pengguna baharu juga perlulah bertanggungjawab untuk memastikan rencana yang diciptanya menepati garis panduan dan juga polisi-polisi Wikipedia Bahasa Melayu yang sedia ada ini. Hak dan tanggungjawab memang tidak dapat dipisahkan. Justeru, saya berpendapat bahawa lebih elok untuk pengguna alamat IP untuk mendaftarkan diri mereka sebagai ahli, banyak manfaat sebenarnya yang boleh kita perolehi dengan menjadi ahli Wikipedia. Mungkin sekarang ini kita juga perlukan suara dari pengguna yang tidak berdaftar mengenai hal ini juga, supaya berlaku adil bagi pihak mereka.محمد حكيمي 05:47, 17 Februari 2019 (UTC)
- Tepat sekali. Seperti kata saudara Kurniasan, pendapat pengguna awanama juga perlu diambil kira kerana kita tidak tahu apa yang ada di minda pengguna awanama dan apa sebenarnya masalah mereka. Saya lihat dalam hari ini sahaja sudah 5 rencana mengarut dicipta oleh pengguna tidak berdaftar.-Fandi89 (bincang) 13:03, 10 April 2019 (UTC)
- @CyberTroopers: Apa sudah jadi, pembatasan sumbangan rencana baru untuk pengguna awanama masih tidak dilakukan, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna berdaftar di Wikipedia. Saya setuju dengan Yosri yang mengatakan "lebih ramai perosak di sini daripada penyumbang berguna". Apa yang sebenarnya berada dalam fikiran pengguna tanpa nama, apa masalah mereka.?!-Fandi89 (bincang) 15:41, 23 April 2019 (UTC)
- @Fandi89: Saya rasa elok jika kita lakukan undian untuk memungut suara dan sekiranya majoriti ahli Wikipedia setuju, kita akan kuatkuasakannya.- CyberTroopers bincang/sumbangan 23:50, 23 April 2019 (UTC)
- @CyberTroopers: Bagaimana nak membuat undian?-Fandi89 (bincang) 00:30, 24 April 2019 (UTC)
- @Fandi89: Lihat contoh di sini Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul.- CyberTroopers bincang/sumbangan 00:39, 24 April 2019 (UTC)
- Saya rasa kita perlu melakukan pembatasan ini secepat mungkin. Sampai bila kita nak tangguhkannya, pengguna awanama ini semakin melampau perangai mereka.–Fandi89 (bincang) 10:28, 13 Julai 2019 (UTC)

- Salam semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu! Saya telah mewujudkan laman pengundian bagi usul untuk menyekat penciptaan rencana dalam kalangan pengguna awanama. Mohon tindakan daripada anda semua untuk mengundi!- CyberTroopers bincang/sumbangan 13:07, 1 September 2019 (UTC)
Muat naik tempatan
[sunting sumber]Saya ingin mencadangkan agar muat naik tempatan di ms.wiki diaktifkan semula selepas hampir dua tahun ia dimatikan. Selain itu, kriteria kandungan bukan bebas juga perlu dirombak semula kerana saya mengambil kira apa yang tidak boleh dimuat naik ke Wikimedia Commons. Dari apa yang saya tahu, kegunaaan wajar dibenarkan di semua projek Wikimedia, kecuali Commons, kerana mereka melarang kegunaan wajar. Selain itu, sejak kebelakangan ini banyak rencana filem (atau sebagainya) tiada fail disediakan bagi menjelaskan rencana tersebut. Fail tersebut boleh dimuat naik ke sini, namun ringkasan dan perlesenan juga perlu disertakan untuk mengelak ia dihapuskan. Daripada apa yang saya lihat di en.wiki, mana-mana fail bukan bebas yang tidak digunakan di dalam rencana dalam tempoh 7 hari, akan dihapuskan oleh penyelia di sana. Harap maklum.-Fandi89 (bincang) 06:00, 31 Mac 2019 (UTC)
- @Fandi89: Maafkan saya kerana akhir-akhir ini saya agak sibuk maka tidak sempat menjawab notis anda di sini. Saya akan sokong anda untuk mengembalikan fungsinya tetapi untuk itu berikan saya sedikit masa untuk mempelajari tentangnya. Dengan apa cara sekalipun, fungsi ini sepatutnya ada di mswiki sebagaimana ada di enwiki.- CyberTroopers bincang/sumbangan 09:15, 4 Mei 2019 (UTC)
- @CyberTroopers: Saya setuju juga, saya rasa tidak wajarlah muat naik tempatan di sini dimatikan. Kasihanilah semua pengguna di ms.wiki termasuk saya, kebanyakannya telah meninggalkan ms.wiki dan tidak dapat memuat naik fail di sini secara tempatan kerana fungsi muat naik telah dipindahkan ke Commons. Sudah lebih tiga tahun ia dimatikan tanpa sebab.–Fandi89 (bincang) 07:22, 5 Mei 2019 (UTC)
- @Fandi89: Menurut salah seorang senior WBM, sebenarnya kita ada seorang pemerhati bukan penutur BM yang sentiasa memantau fail-fail yang dimuat naik menerusi fungsi muat naik tempatan di sini. Oleh sebab pengguna memuat naik fail tanpa lesen secara bebas tanpa kawalan oleh pentadbir-pentadbir, beliau telah mengusulkan penutupan fungsi muat naik ini. Maka, fungsi itu tidak lagi dapat digunakan.- CyberTroopers bincang/sumbangan 07:30, 5 Mei 2019 (UTC)
- @CyberTroopers: Saya setuju juga, saya rasa tidak wajarlah muat naik tempatan di sini dimatikan. Kasihanilah semua pengguna di ms.wiki termasuk saya, kebanyakannya telah meninggalkan ms.wiki dan tidak dapat memuat naik fail di sini secara tempatan kerana fungsi muat naik telah dipindahkan ke Commons. Sudah lebih tiga tahun ia dimatikan tanpa sebab.–Fandi89 (bincang) 07:22, 5 Mei 2019 (UTC)
Cadangan menggantikan "ahli Wikipedia"
[sunting sumber]Salam sejahtera @Yosri:, @Malekhanif:, @Diagramma Della Verita:, @Kurniasan:, @Hezery99:, @Zamwan:, @Irfanshaharuddin:, @SNN95:, @26 Ramadan:, @Polar:, @Rachun Dunia:, @CyberTroopers:,@Zulfadli51:. Saya ingin mengusulkan untuk menggantikan istilah "ahli Wikipedia" bagi "Wikipedian" kepada "Wikipediawan" dan "Wikipediawati". Hal ini demikian kerana istilah sebegini mencerminkan lagi identiti dan keunikan bahasa kita. Pandangan dan persepsi orang luar terhadap istilah sebegini akan dipandang lebih baik dan menunjukkan yang Wikipedia ini amat menitikkan bahasa yang didukungnya. "ahli Wikipedia" masih boleh digunakan juga tetapi saya ingin melihat penggunaan meluas "Wikipediawan" dan "Wikipediawati". Wikipedia bebas mencipta istilah jika tidak terdapat dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mengharapkan saudara-saudari sekalian untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Terima kasih. -- TofeikuBincang 16:59, 1 Mei 2019 (UTC)
- @Tofeiku: Setuju. Istilah ini bukanlah bertujuan untuk mendiskriminasi atau mewujudkan apa-apa perkara kontroversi kejantinaan tetapi untuk memperkayakan penggunaan istilah Bahasa Melayu. Lagipun, bunyinya kedengaran "begitu melayu" dan moden.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:15, 1 Mei 2019 (UTC)
- Namun, pada saya perkataan "ahli Wikipedia" masih boleh digunakan untuk melambangkan kedua-dua jantina (rasanya saya patut cakap ketiga-tiga jantina kerana kalau tidak silap saya, ada suatu persidangan PBB atau apa saya pun lupa yang mengiktiraf golongan yang mempunyai kedua-dua jantina. Jadi mungkin ketiga-tiga jantina? Haha). Saya sarankan istilah ahli Wikipedia tidak digantikan tetapi diwujudkan istilah Wikipediawan dan Wikipediawati. Tapi apa yang patut dipanggil bagi mereka yang mempunyai kedua-dua jantina? Hahaha.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:21, 1 Mei 2019 (UTC)
- Cadangan yang bijak. Sama ada ahli wikipedia, wikipediawan atau wikipediawati boleh digunakan bergantung pada konteks perbinncangan. Zamwan (bincang) 12:18, 2 Mei 2019 (UTC)
Nama artikel dalam bahasa asal
[sunting sumber]- Saya lihat kebelakangan ini banyak artikel tentang perkara asing yang lain daripada Inggeris dilencongkan/dialihkan kepada artikel yang mengandungi nama dalam bahasa asal. Misalnya, Rodos(Pulau Rhodes) dan Bierkeller-Putsch (Beer Hall Putsch)
- Niat menukar nama ini saya rasa baik tetapi ia bermasalah. Ini berkaitan dengan masalah yang sudah lama dihadapi oleh ramai penulis2 buku: nak guna nama asal (yang lebih persis) atau nama yang sudah dikenali ramai? Misalnya, nak guna 'Genghis Khan' atau 'Chinghiz Khan' atau 'Temujin'? Atau 'Tentera Jerman' atau 'Wehrmacht' atau 'Bundeswehr'? Bagaimana pula dengan artikel yang berkaitan dengan Jepun, Rusia, Korea, Arab dan sebagainya? 'Divisyen ke-18 Tentera Imperial Jepun' atau 'Dai-juhachi Shidan'? Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti atau KGB? 'China' atau 'Chungkuo'? Bagaimana pula dengan 'European Union' yang mempunyai 26 nama rasmi?
- Saya rasa lebih elok jika kita ikut resam penulis2 buku ilmiah serta ensiklopedia cetak dan gunakan istilah/kata yang sudah dikenali ramai. Untuk sebuah ensiklopedia, ini akan memudahkan para pembaca mencari artikel. Ia juga dapat meringankan kerja penyunting di sini. Nama persis boleh dimasukkan ke dalam rencana.
- Kita perlu ingat yang para pembaca mencari artikel dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang telah 'diMelayukan'. Agak sukar bagi mereka untuk ingat nama asal Greece -- istilah yang digunakan Kementerian Luar Malaysia -- iaitu Eliniki Demokratia atau Ellas (ejaan transkripsi di mana huruf 'H' di awal nama tidak disuarakan). --Algazel (hubung) 01:34, 29 Mei 2019 (UTC)
- @Algazel: Pada pendapat saya, istilah-istilah Bahasa Melayu harus diimplementasikan sepenuhnya dalam semua rencana termasuklah tajuknya sendiri. Hal ini kerana kita ingin melestarikan istilah-istilah Bahasa Melayu sekaligus mempromosikan istilah yang wujud tetapi tidak diketahui oleh para pembaca. Sekiranya perlu, masukkan sahaja terjemahan bagi tajuk rencana tersebut dalam pendahuluan. Sebagai contoh;
Bandar raya New York (bahasa Inggeris: New York City ) adalah sebuah kota yang terdapat di Amerika. Berkenaan istilah yang "dimelayukan", sekiranya tidak wujud dalam Bahasa Melayu, lebih baik dikekalkan sahaja dalam Bahasa Inggeris.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:41, 30 Mei 2019 (UTC)
- @Algazel: Pada pendapat saya, istilah-istilah Bahasa Melayu harus diimplementasikan sepenuhnya dalam semua rencana termasuklah tajuknya sendiri. Hal ini kerana kita ingin melestarikan istilah-istilah Bahasa Melayu sekaligus mempromosikan istilah yang wujud tetapi tidak diketahui oleh para pembaca. Sekiranya perlu, masukkan sahaja terjemahan bagi tajuk rencana tersebut dalam pendahuluan. Sebagai contoh;
- Ke hadapan @Algazel dan CyberTroopers:
- 1. Nama "Yunani" sebagai padanan kepada "Greece" sudah ada dalam Atlas Oxford-Fajar sejak lewat tahun 1990-an ke 2000-an, bukan? Kenapa kerajaan/pemerintah Malaysia memakai istilah Inggeris "Greece" terus dengan rasminya seolah-olah duluan sedia ada tidak diendahkan? Nak kata "sebab Indonesia pakai" pun kurang tepat sebab ia hanya kebetulan semata-mata.
- 2. Kita adakah menggunapakai nama bahasa Inggeris bulat-bulat jika menulis perkara berkaitan pengetahuan am - tanpa adanya penerjemahan berpadanan ke bahasa Melayu untuk sesetengah tidak dilakukan para penulis itu sekalipun? (Saya bertanya sejujurnya, tiada niat mahu marah.)
- Sekali lagi, saya sengaja mahu mewujudkan titik rujukan sama antara negara - Wikipedia sini mewakili "Bahasa Melayu" yang mewakili pengguna superset bahasa Melayu yang juga merangkumi bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia, walaupun bahasa Indonesia ada Wikipedia sendiri sepertimana bahasa Arab jenis Mesir dan Fusha ada Wikipedia tersendiri. Setidaknya/Sekurang-sekurangnya kita lebih inklusif untuk lingkungan pembaca yang bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi di Singapura, Brunei dan sesetengah kawasan Indonesia seperti Riau dan Sumatera. Saya buat ia sebagai suatu kompromi sepertimana yang ditulis dalam alasan pemindahan saya dalam sejarah laman kadangkalanya "_____ lebih keinggerisan [seperti di Malaysia] manakala "______" lebih kebelandaan [seperti di Indonesia]..." Tajuk terjemahan dari setakat karya cereka sekalipun yang berbeza antara rantau-rantau sebahasa sudah lazim didekati di Wikipedia bahasa lain.
- --Anumengelamun (bincang) 00:57, 31 Mei 2019 (UTC)
- Salam @Anumengelamun:. Berkenaan nombor 1 itu saya tiada ulasan tentangnya tapi secara peribadinya saya juga tidak setuju dengan perkara tersebut apabila penggunaan Greece turut digunakan dalam buku teks pelajar-pelajar. Bukan itu sahaja, malah kebanyakan pemerintah Malaysia juga seringkali menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan-urusan rasmi walau bahasa Melayu telah digariskan sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan bahasa Inggeris secara berterusan mungkin akan melunturkan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu sendiri. Oleh sebab itu menjadi tugas kita untuk mengembangkan khazanah bahasa Melayu ini di Wikipedia Bahasa Melayu dengan menggunakan secara eksplisit istilah-istilah bahasa Melayu yang sedia ada. Berhubung nombor 2, komen yang sama juga seperti yang saya ulaskan di atas. Sekiranya tidak keberatan, bolehkah saudara kongsikan tajuk rencana yang dipindahkan itu untuk rujukan saya? Terima kasih kerana terus menyumbang di Wikipedia Bahasa Melayu!- CyberTroopers bincang/sumbangan 08:44, 31 Mei 2019 (UTC)
- @Anumengelamun dan CyberTroopers: Saya amat setuju yang kita harus menggunakan kata/istilah BM dalan rencana. Malah semasa menyunting saya sentiasa merujuk DBP yang juga mengandungi istilah2 MABBIM. Malah badan ini telah memberi panduan tentang bagaimana menggunakan kata/nama dalam penulisan BM iaitu:
- guna kata BM yang sedia ada --> "mutu" lebih sesuai drp "kualiti".
- --Anumengelamun (bincang) 00:57, 31 Mei 2019 (UTC)
- jika tiada, guna kata bahasa suku dialek
- jika tiada, guna B. Inggeris mis. "periscope" --> "periskop"
- jika tiada, guna kata bahasa asing lain.
- Memang ada keperluan untuk kita memelihara kosa kata dan penggunaan BM yang gramatis di sini. Tak ada keraguan tentang itu. Itu sebab kita harus merujuk kepada DBP, kerana ia berfungsi agak sama dengan (Inggeris) Académie française
- Masalah **inti** ialah ini ensiklopedia yang menjadi rujukan para pembaca BM. Pada hemat saya,
- a). Bukan tugas Wiki ini untuk menjadi pengantara antara BM dengan BM2 Nusantara. Kita tak perlu bersusah hati tentang keseragaman dengan B. Indonesia kerana ia mempunyai wikinya sendiri. MABBIM ada banyak contoh yang menunjukkan kelainan istilah yang digunakan dalam B.Indonesia dan B. Melayu Brunei. Contoh mudah ini.
- b). Pembaca akan menggunakan tetingkap gelintar untuk mencapai artikel. Disebabkan itu *Tajuk* menjadi faktor utama dalam pencarian. Agak sukar jika tajuk artikel itu Camellia sinensis berbanding dengan "Teh."
- c). Sambil kita memelihara penggunaan BM yang baik, bukan tugas wiki ini untuk menjadi advocate penggunaan kata tertentu oleh masyarakat umum atau penutur BM. Kita hanya cuba menunjukkan contoh penggunaan bahasa yang baik, itu saja.
- Dengan prinsip yang sama dengan b), kita perlu menggunakan nama yang "masyur" buat sesuatu subjek rencana. Satu contoh ialah "MRT". "Transit Deras Massa" lebih tepat tapi pengguna berkemungkinan besar menggunakan "MRT". Tak ada gunanya artikel yang ditulis dengan baik jika ia tak dapat dicapai oleh para pembaca.
- d). Kita perlukan perbincangan lanjut dan kesepakatan tentang bahasa yang digunakan untuk tajuk rencana kerana alasan2 di atas dan juga alasan2 dalam komen asal saya.
- ps. "Yunani" dan "Greece" terdapat dalam daftar kata BM mengikut DBP. Kedua2nya boleh dipakai. "Yunani" kerap ditemui dalam istilah, dan saya tak teragak2 menggunakannya dalam rencana. Tapi buat negara Greece, "Greece" lebih masyur. Dan terdapat masalah sedikit kerana ada artikel Greece di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di sini. Nampak tak kerja lebih untuk penyunting untuk membuat pelencongan dsb selain daripada ketidakseragaman?
Maaf kerana komen yang panjang. Bottomline dan inti bicara saya:
- 1. Tajuk dalam bahasa asal baik tapi perlu ada sedikit discernment dalam penggunaannya.
- 2. Kita perlu ikut resam penulis buku/ensiklopedia cetak dalam penamaan rencana tentang subjek2 bahasa asing.
- 3. Kita perlu mengambil kira kemudahan buat para pembaca dalam mencari/menggelintar rencana.
- --Algazel (hubung) 16:56, 31 Mei 2019 (UTC)
- Perihal apa yang dihujah saudara (saya sahaja mahu lanjutkan sebagai devil's advocate kerana saya tertarik topik begini):
- --Algazel (hubung) 16:56, 31 Mei 2019 (UTC)
- 1. Saya sememangnya fikir kita tidak perlu menukarkan tajuk laman topik yang sudah banyak diketahui umum...sebab itu pemindahan ini tidak begitu menyentuh laman-laman tersebut dan lebih kepada laman topik yang kurang diketahui seperti dalam bidang sejarah misalnya (kerana sumber dan bahan bacaan umum esebegini dalam bahasa Melayu sangat kurang.)
- 2. Jika kita mahu mencari sesuatu topik yang tidak diketahui perkataannya dalam bahasa Melayu, bukankah kita perlu merujuk kepada kamus terdahulu baru kita rujuk perkataan tersebut dalam Wikipedia? Walau bagaimanapun, saya fikir kita ada permasalahan dalam kamus rujukan bahasa Melayu sedia ada untuk nama tempat atau konsep dunia di mana banyak terlalu bergantung kepada skop dan sudut pandang penutur bahasa Inggeris maka ejaan bahasa Inggeris yang jelas tidak menepati sebutan sejadi Melayu digunakan terus sebagai nama rasmi tempat seolah-olah menidakkan ada kemungkinan ada penutur bahasa Melayu yang langsung tidak tahu membunyikan ejaan bahasa Inggeris.
- 3. "Kemasyhuran" pengunaan sesebuah perkataan itu tidak bermaksud ia merasmikan dan mengesahkan perkataan tersebut, bukan? Lihat sahaja perkataan "serunding" - walaupun dipakai secara umum, namun secara teknikalnya dianggap salah kerana tidak menepati ejaan yang berduluan sedia ada iaitu "serondeng"...
- Biar saya mula dengan petikan ini drp sebuah buku yang baru saya baca: "The spelling of places presents problems. In general I have used conventional English names where they exist, thus Damascus not Dimashq, Aleppo not Halab, etc....In the case of older and more obscure Arabic names, Yarmuk or Qadisiya for example, I have transliterated the Arabic...."
The Great Arab Conquests oleh Hugh Kennedy ISBN 9780306817403.
- Kennedy juga menghadapi dilema yang sama yang kita hadapi dengan tajuk rencana.
- Ini yang saya maksudkan dengan "kemasyhuran" sesuatu kata. Ia lebih mudah buat pembaca walaupun ada kalanya tak persis. Sudah tentu ia tidak mewujudkan kata yang normatif ("merasmikan dan mengesahkan kata"), tapi saya kira kita harus lepaskan tugas itu kpd DBP yang lebih arif dan memiliki kemudahan untuk tugas itu.
- Mengharapkan pembaca untuk mencari dan menyemak kamus sebelum menggelintar rencana di wiki ini suatu latihan akademik yang baik tapi tak berapa praktikal buat mereka yang mahukan maklumat dengan pantas dengan menggunakan peranti elektronik. Lagipun ia mungkin menghampakan tujuan wiki ini untuk menjadi go to reference.
- Jika kita mahu wiki ini menjadi sumber rujukan utama, kita perlu menjadi sumber rujukan yang mesra pengguna tanpa menjejaskan mutu atau kebiwaan bahasa wiki ini.
- Baiklah, saya fikir ini sudah memadai buat masa ini. Selamat Hari Raya Aidi Fitri :D --Algazel (hubung) 13:36, 3 Jun 2019 (UTC)
Pemilihan istilah di ms.wp
[sunting sumber]@Yosri:@Aurora: @Malekhanif: @Diagramma Della Verita: @Kurniasan: @Hezery99: @Zamwan: @Irfanshaharuddin: @Zulfadli51: @SNN95: @CyberTroopers: @26 Ramadan: @Polar: @Rachun Dunia: @Fandi89: @Hasrolhashim: @Anumengelamun: @*angys*: Kebelakangan ini ada beberapa pertikaian terhadap penggunaan istilah di ms.wp. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa Melayu piawai yang digunakan di Indonesia (bahasa Indonesia) dan bahasa Melayu piawai yang digunakan di Brunei, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand (bahasa Melayu) berbeza dari segi istilah yang digunakan. Istilah Indonesia digunakan di id.wp. Istilah bahasa Melayu di keempat-empat negara tersebut digunakan di ms.wp kerana tidak banyak perbezaan antara keempat-empat negara tersebut. Saya tiada masalah jika kita letak catatan bahawa di negara sebegini, istilah sebegini digunakan namun haruslah utamakan istilah yang digunakan di empat negara tersebut dan barulah sebut istilah Indonesia. Kalau tidak, takut pembaca dari negara tersebut akan lari kerana menggunakan istilah yang mereka jarang dan tidak gunakan. Sudahlah ms.wp ini masih perlu dikembangkan dan jauh ketinggalan dengan id.wp yang banyak rencananya dan ramai pembacanya. Oleh itu, untuk ms.wp lebih baiklah jika kita guna utamakan istilah DBP dan MABBIM (hanya Brunei dan Malaysia kerana hampir semua sama). Sebarang perubahan dan keputusan perlulah dibincang terlebih dahulu dengan komuniti ini. Teruskan usaha saudara-saudari semua dalam mengembangkan ms.wp Harap semua dapat ambil maklum. -- TofeikuBincang 09:13, 9 Oktober 2019 (UTC)
- Saya sokong apa yang dikatakan oleh @Tofeiku:. Masalah ini sepatutnya tidak berlaku. Saya tahu ramai penyunying daripada Indonesia di sini. Oleh itu saya amat menghargai hasil sumbangan anda. Seperti yang kita tahu, MABBIM dalam DBP memang menyatakan istilah dalam Bahasa Indonesia. Tapi seelok-eloknya istilah itu digunapakai hanya dalam id.wiki. dan bukan di ms.wiki. perkara ni sudah dibincangkan sejak Jun lalu lagi. Sepatutnya ada kesepakatan dalam hal penggunaan istilah ini. Oleh itu, saya berharap, pengguna daripada Indonesia, sila menggunakan istilah dalam MABBIM hanya Brunei dan Melayu/Malaysia. Sekian. SNN95 Talk to me, beybeh! 09:22, 9 Oktober 2019 (UTC)
- Seperti yg saya tekankan sebelum ini, ms.wiki menggunakan bahasa Melayu piawai terbitan DBP. Segelintir pengguna daripada Indonesia seringkali menggunakan istilah bahasa Indonesia dan tidak mempedulikan teguran saya. Sekiranya mereka terus berdegil, saya tidak teragak2 untuk menyekat mereka di sini. Zamwan (bincang) 14:16, 11 Oktober 2019 (UTC)
Serangan biografi dan penyebaran maklumat palsu
[sunting sumber]Sejak kebelakangan ini saya telah melihat terlalu banyak serangan biografi dan penyebaran maklumat palsu yang dilakukan oleh pengguna awanama. Saya perhatikan yang mereka ini sengaja mengubah sesuatu di laman biografi termasuk mengubah tarikh lahir selepas melaku musnah rencana-rencana bola sepak! Kita dah nasihatkan kepada pengguna awanama nakal supaya menghentikan perbuatan mereka memasukkan maklumat palsu sebelum alamat IP mereka disekat, namun mereka masih berdegil. Jika perkara ini masih berterusan, pengguna awanama boleh dikenakan tindakan atas kesalahan melakukan serangan biografi dan menyebarkan maklumat palsu. @Yosri: @Aurora: @Malekhanif: @Kurniasan: @Zamwan: @Zulfadli51: @SNN95: @CyberTroopers: @26 Ramadan: @Polar: @Rachun Dunia: @Hasrolhashim: @*angys*: @Tofeiku: @CyberTroopers: apa kata anda mengenai perkara ini?–Fandi89 (bincang) 03:00, 5 Disember 2019 (UTC)
- Bolehkah letak half protect dekat laman yg kena serang, IP Indon sering buat begini, jadi perlulah daftar baru dapat edit supaya info wiki terjamain. (hanya pandangan saya) angys →Bincang 12:33, 5 Disember 2019 (UTC)
- Setuju dengan cadangan tersebut. --Hasrolhashim (bincang) 03:30, 9 Disember 2019 (UTC)
- @Fandi89: Maafkan saya kerana kurang aktif dalam perbincangan dan penyuntingan di Wikipedia akhir-akhir ini kerana sedikit sibuk di alam realiti walau bagaimanapun saya sentiasa cuba meronda setiap hari di sini untuk memastikan keamanan di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya tak menafikan kenyataan yang dinyatakan oleh anda. Sekiranya anda mendapati ada laman biografi yang diserang oleh pengguna awanama, maklumkan sahaja kepada penyelia dan kami akan melindungi laman tersebut mengikut kewajaran tempoh dan jenis perlindungan serta menyekat individu yang melakukan vandalisme. Terima kasih kerana mengambil berat berhubung perkara berkenaan. Mohon teruskan usaha baik anda ini.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:56, 10 Disember 2019 (UTC)
- Saya setuju dengan saudara *angys*, bukan IP Indonesia sahaja, IP Malaysia pun ada buat begitu dan perkara ini perlu dibendung supaya ia tidak berulang lagi di masa depan.-Fandi89 (bincang) 10:59, 13 Disember 2019 (UTC)
- Mana-mana IP yang digunakan bagi membuat suntingan palsu boleh terus disekat kerana telah terbukti bersalah, tanpa sebarang amaran lanjut. Ini adalah lebih baik berbanding menyekat kesemua awanama. Yosri (bincang) 21:18, 13 Disember 2019 (UTC)