Pergi ke kandungan

Blok 404

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blok 404
PengarahAzma Aizal Yusoof
PenulisAdza Emie
Dihasilkan olehBoy Iman
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
DBI Entertainment
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
28 Jun 2018 (Malaysia)
Masa tayangan
82 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM700,000
Pecah panggungRM220 ribu

Blok 404 merupakan filem seram Malaysia 2018 arahan Azma Aizal Yusoof terbitan DBI Entertainment yang diketuai oleh Boy Iman.[1] Ia merupakan pembikinan semula daripada telefilem dengan judul sama arahan Silver Chung lakonan Zamarul Hisham dan Nabila Huda yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 2004 hingga mengangkat barisan pelakon asalnya ke puncak populariti dalam bidang lakonan. Filem ini dibintangi oleh Nur Risteena, Nadia Brian, Amar Asyraf, dan Aedy Ashraf serta barisan pelakon asal termasuk Zamarul Hisham, Boy Iman, Raja Azrey dan Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 28 Jun 2018.[2]

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Blok 404 sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[3]

DBI Jalan terus!!!!! Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh juga, hubungan mereka semakin renggang.

Lalu kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang ‘pengaman’ hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan.

Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ. Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Giena. Giena adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Dwan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Dwan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi semakan mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang tidak kena menyebabkan sentiasa tak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ. Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon.

Yang ada hanyalah alam untuk diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Giena yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda. Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Dwan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2017, pelakon asal Blok 404, Norul Iman Abd Rahman (Boy Iman) mengumumkan bahawa telefilem ini bakal difilemkan ke layar perak sebagai usaha bagi menyatukan kembali barisan pelakon asalnya.[4] Beliau menegaskan filem ini masih mengekalkan genre sama dengan jalan cerita yang berbeza. Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Saya terpanggil untuk menghasilkan semula filem ini kerana percaya Blok 404 masih mempunyai pengikut serta peminat yang ramai. Judul Blok 404 itu sendiri sudah menjadi satu kekuatan untuk menarik peminat tempatan menonton filem ini nanti,".[5] Penerbit Eksekutif, Kam Abdul Manap menghargai usaha menyatukan kembali barisan pelakon asal dengan disokong pelakon lain sambil berkata: "Impak cerita ini sangat bagus suatu ketika dulu, jadi kenapa tidak kita kumpulkan semula pelakon yang masih ada."[6] Majlis pelancaran filem ini diadakan pada 18 Julai 2017 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.[7] Pelakon, Azma Aizal Yusoof yang pernah memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh di Anugerah Tribute P Ramlee 2014, menggalas tugas sebagai pengarah, manakala Adza Emie menulis skrip.[8]

Nabila Huda yang merupakan pelakon asal telefilem Blok 404 terpaksa menarik diri dari membintangi filem ini kerana jadual kerjanya yang padat.[9] Boy Iman yang merangkap sebagai penerbit meluahkan perasaan kecewa atas ketiadaan Nabila dalam projek filem ini dan sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan khidmatnya, tetapi tidak kesampaian.[10] Zamarul Hisham kembali menjayakan peranannya sebagai Hisham, bersama sama dengan Raja Azrey dan Boy Iman yang masing-masing membawakan semula watak masing-masing.[11] Risteena Munim yang terkenal dengan lakonannya dalam Playboy Itu Suami Aku dan Demi Cinta Ain, memegang watak sebagai Misha, Blok 404 ialah filem seram kedua lakonannya selepas Hantu Wangan.[12]

Penggambaran dijalankan selama 14 hari, dari 8 hingga 21 Jun 2017 di Hulu Langat, Selangor, Kuala Lumpur dan Cheras.[13]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem Blok 404 telah dimuat naik di akaun YouTube EmpireFilm Solutions pada 29 Mei 2018 dan telah mencatat melibihi 50,735 tontonan.[14] Blok 404 pada mulanya akan ditayangkan pada April 2018, namun ia ditunda ke musim Hari Raya Aidilfitri,[15] filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 28 Jun 2018.

Blok 404 menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menulis "...apakah dengan cita rasa penonton hari ini yang sukar diduga mampu memberikan impak luar biasa terhadap filem Blok 404 yang dibintangi barisan pelakon yang memiliki pengikut tersendiri.".[16]

Pada September 2018, Blok 404 disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Busker, Bidong: The Boat People dan Hantu Wangan serta enam lagi filem.[3]

  1. ^ Angelin Yeoh (3 Julai 2018). "Director Isma Yusoof's daring approach for slasher flick 'Blok 404'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  2. ^ "Blok 404 bakal cetus impak baru". Sinar Harian. 22 Julai 2017. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ a b "Top 10 filem Melayu dengan kutipan terendah". Sinar Harian. 9 September 2018. Dicapai pada 11 September 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (18 April 2017). "Blok 404 bakal difilemkan". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  5. ^ "Blok 404 ke layar perak". Utusan Malaysia. 15 Julai 2017. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  6. ^ Nannie Isa (29 Jun 2018). "Blok 404 kembali". Kitepunye. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  7. ^ "Ramai Dah Tak Sabar Tunggu Blok 404". Malaysian Digest. 20 Jun 2017. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  8. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (23 Julai 2017). "Filem Blok 404 jauh lebih seram". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Julai 2017). "Kenapa Nabila Huda Tak Berlakon 'Blok 404'?". mStar Online. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  10. ^ "Boy terkilan Nabila Huda terlepas dari Blok 404". Malaysiakini. 2 Ogos 2017. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  11. ^ "Setelah 15 Tahun, Zamarul Hisham Bersyukur Akhirnya Filem Blok 404 Bakal Ditayangkan". Astro Gempak. 28 Jun 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  12. ^ "Risteena Munim antara pelakon utama Blok 404". Utusan Malaysia. 2 Julai 2018. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  13. ^ Zaidi Mohamad (12 Jun 2017). "Filem Blok 404 mulakan penggambaran". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  14. ^ "Official Trailer Filem Blok 404 - 28 June 2018". YouTube. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (26 Mei 2018). "Blok 404 ditayang musim raya". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  16. ^ Shazryn Mohd Faizal (4 Julai 2018). "'Blok 404 - Hidup Sampai Mati' terperangkap dalam acuan barat". mStar Online. Dicapai pada 5 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]