Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumber rujukan/ pautan luar dari majalah gosip

[sunting sumber]

Assalamualikum dan salam Wikipedia kepada semua Wikipedist. Saya mahu menarik perhatian semua tentang kewajaran laman atau majalah gosip hiburan seperti mangga, ohartis, budiey dan lain-lain. Adakah sumber atau penyataan dari majalah sebegini boleh dimasukkan atau dikira sebagai sumber rujukan absah untuk diselitkan dalam ruang sumber rujukan atau pautan luar dalam sesuatu rencana di Wikipedia. Kita kini sedang dilanda limpahan rencana artis-artis dan selebriti yang kelayakan ciptaan rencana biografi mereka di Wikipedia boleh dipersoalkan.

Memandangkan dalam Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai dan Wikipedia:Pautan luar tidak menekan isu ini secara jelas. Mohon pihak penatia dasar dan garis panduan yang terdiri dari para Ahli Wikipedia berdaftar berikan pandangan, supaya kita dapat wujudkan ketetapan yang lebih telus. Harap maklum.--Smim90 (bincang) 14:10, 16 Januari 2012 (UTC)[balas]

Tengok keadaan. Kalau sekadar gosip & berita panas, sepatutnya tak perlu. Tapi kalau ulasan filem, temu bual artis dan yg sepertinya, pernah juga saya guna. ...Aurora... (b) 14:48, 16 Januari 2012 (UTC)[balas]
Setuju. Jika sekadar menyatakan artis A intim dengan B tapi tiada pengesahan atau menghubungi tuan punya badan tidak perlu. Selain dari itu, rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability,_not_truth Yosri (bincang) 14:50, 16 Januari 2012 (UTC)[balas]

Saya rasa sekiranya rujukan tersebut menumpukan kepada penulisan biografi, ianya boleh digunapakai asalkan bukan picisan dan gosip-gosip semasa.

Konsensus dan Pendirian Komuniti Wikipedia Bahasa Melayu tentang SOPA dan PIPA

[sunting sumber]

Komuniti Wikipedia telah mengumumkan keputusan untuk menghentikan versi Bahasa Inggeris Wikipedia selama 24 jam, seduia bermula dari 05:00 UTC pada Rabu, Januari 18. Penghentian ini merupakan bantahan terhadap perundangan Stop Online Piracy Act (SOPA) yang sedang dibahaskan di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan PROTECT IP Act (PIPA) yang sedang dibahaskan di Senate Amerika Syarikat - seandainya perundangan ini diluluskan, impak terhadap kebebasan dan keterbukaan Internet termasuk Wikipedia akan terjejas.

WP Bahasa Inggeris dan WP German menyokong usaha untuk menentang segala perundangan yang meghalang keterbukaan dan kebebasan Internet. Apakah pandangan dan pendirian komuniti WP Bahasa Melayu tentang perkara ini? Sila berikan pandangan anda tentang perkara ini. Konsensus ini membolehkan WP MS bertindak dengan mudah apabila membuat sebarang keputusan berkaitan dengan perkara ini. Perbincangan berikut melibatkan tentang keterbukaan dan kebebasan Internet dan bukanlah tentang pandangan tentang penghentian WP EN. Berikan pandangan anda dan undian sama ada anda bersetuju atau menentang perundangan untuk menghalang keterbukaan dan kebebasan Internet. --Diagramma Della Verita (bincang) 17:29, 17 Januari 2012 (UTC)[balas]

SOPA ternyata akta yang zalim kerana mengetepikan peruntukan "kegunaan wajar" yang diperuntukkan dalam Akta Hakcipta Alaf Digital. Ia menampakkan seolah-olah pemilik hakcipta sebagai gila kuasa hendak menyaman orang sesuka hati. SOPA ini lebih kurang sama macam polis atau DBKL menyaman kereta yang parkir menghalang atas alasan menghalang lalu lintas tetapi dalam masa yang sama pula langsung tiada petak parkir sah yang ada. Memanglah hak cipta perlu dilindungi tetapi SOPA bukanlah cara yang wajar. Ia samalah seperti marahkan nyamuk, kelambu dibakar. - Hezery99 (bincang) 17:48, 17 Januari 2012 (UTC)[balas]
Menyokong usaha Wikipwdia Inggeris menentang SOPA. Yosri (bincang) 23:20, 17 Januari 2012 (UTC)[balas]
Berita terbaru "Over the weekend, the Stop Online Piracy Act was dealt a major blow as the legislation was delayed until "outstanding concerns" have been addressed. . . . ." Bagaimanapun tiada jaminan ia tidak akan kembali. Yosri (bincang) 02:27, 18 Januari 2012 (UTC)[balas]
Lagi temu bual tentang isu SOPA diantara CNN dan Pengasas Wikipedia, Jimmy Wales boleh dibaca melalui laman ini: CNN Global News Online - Why Wikipedia is going down at midnight--Smim90 (bincang) 02:44, 18 Januari 2012 (UTC)[balas]

Nota: Memandangkan dah ada notis di atas tu, saya tukar supaya lebih serasi dengan Wikipedia lain. ...Aurora... (b) 07:31, 18 Januari 2012 (UTC)[balas]

Setuju dan terima kasih.--Smim90 (bincang) 07:33, 18 Januari 2012 (UTC)[balas]

Tamat. ...Aurora... (b) 06:53, 19 Januari 2012 (UTC)[balas]

Rencana pilihan

[sunting sumber]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Wikipedia, mohon selepas ini, pihan penyelia khususnya dapat meletakkan rencana yang telah mendapat persetujuan untuk menjadi rencana pilihan, tolong kemaskini senarai rencana pilihan tersebut di Wikipedia:Rencana pilihan mengikut kategori akademik rencana tersebut masing-masing. Mohon kerjasama semua. Terima kasih--Smim90 (bincang) 02:30, 1 Februari 2012 (UTC)[balas]

Amaran untuk Ujian

[sunting sumber]

Saya lihat templat {{ujian}} perlu dikemaskini. Harap boleh lihat di ruang perbincangan Ujian untuk keterangan lanjut. i wong (bincang) 16:41, 4 Mac 2012 (UTC)[balas]

Template dalam bahasa asing

[sunting sumber]

Saya ingin tahu pandangan penyelia lain mengenai template dalam bahasa asing yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, adakah perlu dikekalkan (template bahasa asing tersebut)? Masih ada pengguna yang kelihatannya ingin mempertahankan kegunaan template dalam bahasa asing ini di sini. Yosri (bincang) 09:15, 13 Mac 2012 (UTC)[balas]

Kekalkan templat asal sebagai lencongan apa salahnya. Boleh mengelakkan templat tersebut dicipta sekali lagi. ...Aurora... (b) 14:29, 13 Mac 2012 (UTC)[balas]

Clean up in and/or check of files

[sunting sumber]

There is a growing focus on "bad files" (files without a license, non-commercial files and files tagged as fair use that do not follow the Wikimedia Foundation Resolution) on especially smaller wikis.

Smaller wikis can opt in for global sysops but it is not the job of global sysops to find copyvios and talk to local users. Global sysops can delete tagged files and block abusive users. So global sysops have reduced problems on some wikis but it has not solved the problem.

At the moment there is a discussion on meta what to do. A few of the suggestions is to:

  • close for local uploads as default unless the local wiki directly asks that upload is not closed
  • have someone check the wikis to see if they clean up files and live up to the EDP
  • close for local uploads for wikis that do not clean up files themselves.

It is my opinion that ms-wiki should be able to pass a "quality check" with a moderate amount of work.

Ms-wiki has an EDP in place and it is similar to the one on en-wiki so it should pass without problems.

According to Khas:Statistik ms-wiki has 13.034 files (difference of 40 files):

  • All free media‎: 1.193 files
  • All non-free media‎: 10.275 files
  • Imej yang tidak diketahui status hakcipta (Imej ini tidak memiliki kategori lesen): 1.418 files
  • Imej yang tidak diketahui status hakcipta (Penyumbang yang memuat naik media ini tidak pasti status hak ciptanya): 108 files

The files in Kategori:All free media should be ok but it would be nice if all files was checked once more because some users may have taken a file from the Internet and added a license, taken a photo of a unfree statue, painting, book or whatever and uploaded that. Another problem could be files uploaded with a comment that someone gave me a permission. It is impossible to verify and perhaps the uploader did not inform the person who gave the permission that uploading files to Wikipedia also allow commercial usage. So the best would be to delete files without a proper permission (in m:OTRS).

The files in Kategori:All non-free media could be a problem because you can often discuss if a file could be used as fair use or not. I have noticed a few discussions about files uploaded as fair use but I’m not aware of a large scale check.

The files in Kategori:Imej yang tidak diketahui status hakcipta (Imej ini tidak memiliki kategori lesen) The files in Kategori:Imej yang tidak diketahui status hakcipta (Penyumbang yang memuat naik media ini tidak pasti status hak ciptanya) is a problem. All new files should be deleted after 7 days unless a valid license is added. All old files should be checked and deleted soon unless a valid license is added. So something needs to be done.

So I think the structure is ok. But it would perhaps be nice if we had a systematic check to verify all files. What do you think? Should we do something? And if yes; what? --MGA73 (bincang) 17:33, 10 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Hmm... setahun yg lepas ada 2,500 imej yang tidak diketahui status hakciptanya, hingga sekarang baru menurun seribu. Ayuh rakan2, marilah membantu. ...Aurora... (b) 15:51, 11 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Disclaimer (Seksyen 114A Akta Keterangan)

[sunting sumber]

Berikutan dengan akta baru yang diluluskan saya cadangkan kita meletak penafian tambahan seperti berikut: "PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA". Yosri (bincang) 03:19, 9 September 2012 (UTC)[balas]

Setuju -- i wong (bincang) 04:26, 9 September 2012 (UTC)[balas]
Setuju --Smim90 (bincang) 05:02, 9 September 2012 (UTC)[balas]
Setuju SpartacksCompatriot (bincang) 07:46, 9 September 2012 (UTC)[balas]
Tetapi, akta baru manakah yang Anda maksudkan? SpartacksCompatriot (bincang) 10:44, 9 September 2012 (UTC)[balas]
Sila rujuk laman berikut
* http://amanz.my/2012/05/akta-keterangan-pindaan-2012-berkuat-kuasa-mulai-esok-1-jun-2012/
* http://www.kl-today.com/2011/01/akta-internet-akan-dibentang-mac/
* http://www.theborneopost.com/2012/08/24/akta-keterangan-perlu-tafsiran-lebih-jelas/
"Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan pada 31 Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau nama samarannya tertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia adalah pemilik, hos, pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang, yang dalam apa jua cara menyebabkan penyiaran atau penyiaran semula sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
Pindaan itu juga merujuk kepada sesiapa sahaja, yang mempunyai kuasa atau kawalan terhadap komputer yang menjadi sumber asal tersiarnya sesuatu penerbitan itu, dianggap orang yang menerbitkan atau menerbitkan semula kandungan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya." Yosri (bincang) 10:59, 9 September 2012 (UTC)[balas]

Ok. Nak letak di mana ya? ...Aurora... (b) 14:07, 10 September 2012 (UTC)[balas]

Rasanya sudah ada dalam ringkasan Terma Penggunaan. Lihat syarat Responsibility dan Lawful behaviour. --Kurnia [ bual ] 17:06, 12 September 2012 (UTC)[balas]
Mengikut link saudara Kurniasan tadi, sekiranya hal tersebut telah termaktub di Terms of Use di Wikimedia Foundation, buat apa kita harus letak penafian tambahan? Apa syarat 'Responsibility' dan 'Lawful behavior' tersebut tak cukup? SpartacksCompatriot (bincang) 15:21, 13 September 2012 (UTC)[balas]
Saya bukan peguam, tetapi setahu saya Malaysia tidak pernah menjadi sebahagian dari Amerika dan tidak terikat dengan perundangan Amerika, seperti yang dinyatakan di situ. Saya merujuk kepada perundangan tempatan di Malaysia/ Asia umumnya. Yosri (bincang) 23:47, 13 September 2012 (UTC)[balas]
Baiklah kalau begitu hujahnya. Merujuk kepada tema awal, iaitu meletakkan penafian "Pihak kami tidak bertanggungjawab atas komen yang menyalahi undang-undang Malaysia", bukankah itu akan menggambarkan komuniti seakan bersikap "lepas tangan"? SpartacksCompatriot (bincang) 15:17, 14 September 2012 (UTC)[balas]
Bukankah itu yang ingin disampaikan? Bahawa komuniti tidak bertanggungjawab untuk memoderate sebarang maklumat yang diletakkan di sini. Jika tidak, ada yang akan berhujah bahawa penyelia Wikipedia berkuasa dan ada membuat pemadaman bagi pernyataan pengguna. Oleh itu penyelia/wikipedia bertanggung jawab ke atas mana-mana kenyataan yang tidak dipadamkan.
Atau saya salah faham? Yosri (bincang) 15:22, 14 September 2012 (UTC)[balas]
Atau pihak pendakwa boleh menyatakan bahawa "penyelia membuang kenyataan pengguna lain, oleh itu mana-mana kenyataan yang tidak dibuang merupakan pendapat penyelia/wikipedia." Ini lagi teruk. Yosri (bincang) 15:24, 14 September 2012 (UTC)[balas]
Errrr.......Tak tahulah saya -____- SpartacksCompatriot (bincang) 23:00, 14 September 2012 (UTC)[balas]
Secara asasnya, Wikipedia Bahasa Melayu tertakluk kepada peraturan Amerika kerana server Wikipedia terletak di Amerika. Jadi tidak perlu dibincangkan hal ini sebegitu lanjut. Cadangan Yosri sesuai untuk memberi peringatan kepada pembaca WBM. -- i wong (bincang) 11:42, 21 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Mahkamah Malaysia memerintah i wong ditahan kerana rencana Wikipedia. Rencana lanjut lihat http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2012-09-26/internet/34100584_1_fabio-jose-silva-coelho-law-bans-campaign-ads-mayoral-candidate

Laman rasmi WBM di Facebook

[sunting sumber]

Salam, ini adalah web bagi laman rasmi Wikipedia Bahasa Melayu di Facebook. [1]. --Aplikasi (bincang) 11:43, 20 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Adakah ia dikendalikan anda? Atau oleh pihak yang juga tidak diketahui identitinya? -- i wong (bincang) 13:52, 20 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Selama saya aktif dahulu di sini, tiada sebarang web rasmi WBM. SpartacksCompatriot (bincang) 00:03, 21 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Saya pun tidak tahu, kemungkinan ada orang lain yang mengendalikannya.--Aplikasi (bincang) 04:35, 21 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Saya tidak tahu siapa yang mengendalikannya, dan hal ini tidak pernah dibincangkan oleh para penyelia. Yosri (bincang) 13:29, 21 Oktober 2012 (UTC)[balas]
Kalau tiada siapa yg mengetahui, tak boleh dikatakan rasmi. Sebelum ini pun pernah ada orang mempromosi "facebook ms.wiki" yg mereka buat sendiri. ...Aurora... (b) 04:23, 22 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Facebook group itu saya lihat tidak aktif. Nampaknya komuniti WBM kurang aktif menggunakan FB sebagai medium promosi memperkenalkan WBM kepada rakyat Malaysia khususnya. Mungkin satu bengkel kenali Wikipedia boleh dikendalikan nanti. -- i wong (bincang) 01:33, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]

Sebenarnya ini kerana hal ini tidak pernah dibincangkan, dan tiada siapa tahu siapa moderatornya. Mungkin boleh dibincangkan di sini dan mederator membuktikan bahawa dia seorang penyelia dengan seseorang mengemail kata unik yang dia poskan pada laman facebook tersebut, sebagai bukti dia pengendali sebenar. (Saya bukan pengguna/tidak berminat facebook, dengan itu tidak masuk campur). Yosri (bincang) 02:48, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya faham orang yang suka akan 'instant notification' sahaja suka guna FB (termasuk saya). Dan bukan semua editor di sini suka bersosial secara 'FB'. Ia satu trend yang baik untuk merekruit lebih banyak editor di WBM. Idea saya banyak untuk promosikan WBM melalui FB tetapi adakah ia akan mendapat sokongan dan sambutan komuniti atau saya hanya bercakap di hadapan cermin sahaja? Apapun, kita lihat dan tunggu sahajalah. -- i wong (bincang) 03:45, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Kalau kita nak bekerjasama dengan kumpulan Facebook itu, kenalah kenal dulu siapa mereka. ...Aurora... (b) 13:32, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]

Tak perlu rasanya. Ia dikendalikan oleh orang kurang matang. Lihat sahaja post admin tersebut. Tidak melambangkan langsung seorang editor WBM. Buat sahaja laman rasmi lain yang dikendalikan oleh editor yang aktif di sini. -- i wong (bincang) 15:15, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]

Buat lagi satu? Dah ada banyak. Yg itu wujud Nov 2010. Ada juga yg wujud Jan 2010 dan Nov 2011. Ini yg saya jumpa, tak tahu ada lagi ke tak. Kalau boleh ambil alih satu lagi bagus. ...Aurora... (b) 15:47, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Untuk page, saya rasa buat yang baru dan nyatakan di WBM. Untuk group, saya lihat Kurniawan ada terlibat di dalam group itu. Jadi satu masalah selesai. Yang penting page WBM. Lagipun jumlah like di page itu masih kurang. Tidak salah membuat yang baru. -- i wong (bincang) 23:28, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Bernas juga cadangan anda. Saya serahkah hal ini kepada anda dan Kurnia (dan sesiapa lagi yg aktif FB). ...Aurora... (b) 10:41, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]

Jika mendapat sokongan, saya usulkan fungsi WBM Facebook:

  • Post artikel tahukah anda setiap hari. (ini perlukan bot. Saya tak tahu nak buat bagaimana)
  • Aktif menjawab soalan-soalan berkaitan WBM yang dikemukakan di FB.
  • Pos gambar-gambar terbaik Wikipedia sekali seminggu.
  • Pos rencana terpilih WBM.

Untuk setakat ini, itulah sahaja idea saya. Jika ada editor yang tahu membuat bot Facebook, atau tahu sesiapa yang boleh saya pelajari, boleh maklumkan di laman perbincangan saya. -- i wong (bincang) 10:51, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]

m:Syndication feeds mungkin membantu. ...Aurora... (b) 13:42, 2 Januari 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih. Insya-Allah saya cuba memahaminya. -- i wong (bincang) 14:22, 2 Januari 2013 (UTC)[balas]
Mungkin juga boleh rujuk laman FB Wikipedia Bahasa Indonesia dan bagaimana ia bekerja. Salam, SpartacksCompatriot (bincang) 14:27, 2 Januari 2013 (UTC)[balas]

Sebelum melakukan tindakan lanjut, saya cuba menghubungi kedua-dua page WBM tersebut untuk tindakan lanjut. Jika tiada respon dalam tempoh satu bulan, tindakan lain mungkin boleh diambil seperti mencipta page baru dengan tajuk "Wikipedia Bahasa Melayu (rasmi)".

Pihak Facebook boleh menutup laman WBM tersebut jika perlu. - Orcaz (bincang) 17:14, 2 Januari 2013 (UTC)[balas]
Terdapat beberapa masalah perlu dibincangkan dahulu sebelum idea ini boleh berjalan lancar. SpartacksCompatriot ada memberi saya pautan [di Kedai Kopi WBI. Harap boleh dibincangkan editor sekalian. -- i wong (bincang) 06:36, 3 Januari 2013 (UTC)[balas]
Saya lihat masalahnya penggunaan sitenotice Wikipedia. Jadi tak perlu guna itu. Selain itu masalah ketelusan. Ya, memang kena tahu siapa tuan punya laman FB itu. Nanti umumkanlah bila dah wujud. ...Aurora... (b) 14:21, 3 Januari 2013 (UTC)[balas]

Rekord labels

[sunting sumber]

Sepatutnya ini diterjemahkan sebagai "syarikat rakaman" bukan? Saya baru sedar tentang ini, dan akan melakukan pembetulan jika betul andaian saya. --Kurnia [ bual ] 15:20, 10 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan istilah syarikat rakaman. Yosri (bincang) 15:35, 10 Disember 2012 (UTC)[balas]
Merujuk Label rakaman. Misalnya J-Pop, mempunyai banyak label di bawah satu syarikat rakaman, lebih kepada jenama -- Orcaz (bincang) 15:42, 10 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya yang cipta rencana itu, mungkin saya salah menterjemahkannya. Jika dicari di dalam DBP, tiada istilah "label rakaman", yang ada hanyalah "syarikat rakaman". Lagi pula, dinyatakan dalam rencana tersebut bahasa "label rakaman ialah syarikat yang menguruskan jenama dan tanda dagangan, menguruskan penerbitan, mengilang, pengedaran, pemasaran serta promosi, dan penguatkuasaan perlindungan hak cipta bagi rakaman bunyi dan video muzik". --Kurnia [ bual ] 15:47, 10 Disember 2012 (UTC)[balas]

Setelah saya selidik sedikit, istilah itu tepat. Nampak gayanya, istilah "record label" bagi J-Pop telah terpesong maksudnya -- Orcaz (bincang) 16:02, 10 Disember 2012 (UTC)[balas]

Buat masa ini, saya cuma boleh selesaikan pembetulan untuk kategori, tentang rencana, rasanya kita hanya boleh tukar jika terjumpa. --Kurnia [ bual ] 03:45, 11 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya rasa fungsi carian boleh digunakan. Label rakaman. Banyak juga perlu ditukarkan. -- i wong (bincang) 12:59, 11 Disember 2012 (UTC)[balas]

Nama orang Jepun

[sunting sumber]

Salam. Boleh kita dapat kata sepakat bagaimana mahu menulis nama orang Jepun? Nak ikut susunan Jepun (Abe Shinzo atau sebaliknya (Renya Mutaguchi)? Terima kasih. Algazel (bincang) 00:07, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya sokong penggunaan [nama] [keluarga]. -- i wong (bincang) 01:09, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]
Kenapa pula nama Jepun perlu mengikut sistem barat ([nama] [keluarga])?. Saya lihat nama orang Korea dan nama orang Cina tidak disusun sedemikian rupa. -- Orcaz (bincang) 01:42, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]
Nama keluarga sepatutnya didahulukan, kemudian nama sendiri. Kerana bahasa Melayu tidak tetapkan penyusunan nama, maka kita ikut susunan seperti di negara asalnya. --Kurnia [ bual ] 02:05, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya hanya ikut gaya Wikipedia Inggeris. Jika ada yang lebih baik, dialukan. -- i wong (bincang) 07:33, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]
Gaya en.wiki sebenarnya lebih kompleks, lihat en:WP:JTITLE. ...Aurora... (b) 14:30, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]

Terima kasih sekalian kerana memberi maklum balas. Jadi boleh kita jadikan polisi bahawa nama orang Jepun dalam format [keluarga] [nama], atau perlu diundi? Algazel (bincang) 10:44, 28 Disember 2012 (UTC)[balas]

Rasanya tak perlu. Ia boleh digunakan sekadar panduan. Yosri (bincang) 11:28, 28 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya cadang semasa pengarkiban, bahagian ini disertakan dalam dasar-dasar terpilih supaya isu ini tidak muncul lagi di masa akan datang. --Kurnia [ bual ] 12:02, 28 Disember 2012 (UTC)[balas]
Satu cadangan yang baik. Sekurang-kurangnya ada garis panduan, macam pedoman buat nama Arab. Juga, saya perhatikan bahawa enjin gelintar wiki ini mencari kata pertama sahaja — mengguna nama keluarga akan memudahkan pencarian rencana tentang personaliti-personaliti Jepun yang lazimnya dikenali dengan nama keluarga. Salut. Algazel (bincang) 00:23, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Garis panduan bererti rencana tidak perlu dialihkan dan pencipta rencana bebas memilih mana-mana antara keduanya kerana ia bukanlah satu dasar. Laman lencongan sudah memandai. Yosri (bincang) 00:48, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
OK, akan diperhatikan pada masa hadapan. Tapi saya nak tanya sikit (ini soalan am, tiada berkaitan dengan nasihat saudara):Dari sudut penyunting, mengalihkan rencana lebih mudah daripada membuat lencongan kerana pelencongan dibuat secara automatik apabila pengalihan dibuat. Adakah terdapat "cost" tersorok kepada penyelia, misalnya menggerakkan fail, dll, sekiranya pengalihan/pemindahan dibuat? Saya bertanya ini kerana saya tak nampak banyak perbezaan antara operasi2 tersebut. Salut Algazel (bincang) 02:49, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Sebenarnya tiada kos, kerana ia sememangnya bagi membantu pengguna. Cuma kebiasaan bagi saya, saya hanya memindahkan laman yang saya cipta, dan melencong bagi laman ciptaan orang lain. Sesemua aktiviti tersebut dijejak, anda boleh lihat cartanya di http://stats.wikimedia.org/EN/ChartsWikipediaMS.htm Yosri (bincang) 03:02, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]

Berbalik kepada soalan asal, apa keputusannya? Saya sokong ikut susunan seperti di negara asal: nama keluarga + <ruang> + nama sendiri. ...Aurora... (b) 03:34, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya menyokong ikut susunan seperti di tempatan, nama sendiri + <ruang> + nama keluarga. Sama seperti di Wiki Indonesia. Yosri (bincang) 03:39, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya sokong [nama sendiri] [nama keluarga] seperti susunan tempatan. -- i wong (bincang) 03:52, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Susunan tempatan tu di mana? ...Aurora... (b) 03:54, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Bukankah nama ikut bahasa Melayu contohnya, Ali Bin Abu? Ali nama sendiri, Abu nama ayah (keluarga)? -- i wong (bincang) 04:13, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Oh jadi tempatan tu maksudnya Malaysia. Saya keliru kerana kita bercakap mengenai Jepun. Bagaimana pula dengan Lee Chong Wei? Tiada siapa memanggil dia Chong Wei Lee. ...Aurora... (b) 04:19, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Itu, saya juga keliru. Ada yang memanggil beliau Lee. Ada yang memanggil beliau Chong Wei. Tapi jika penuhnya, mestilah ikut gaya Cina, [nama keluarga] [nama sendiri] iaitu untuk beliau, Lee Chong Wei. -- i wong (bincang) 04:23, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya cuma agak pelik dengan contoh anda sahaja. Bak kata Kurnia, bahasa Melayu tidak tetapkan penyusunan nama. ...Aurora... (b) 04:28, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya rasa kekeliruan ini timbul kerana pada mulanya orang Barat tidak berapa faham tentang budaya orang Timur, justeru mengatur nama orang Timur mengikut susunan nama Barat. Ini masih dapat dilihat dalam media Barat. Mereka lagi pening bila orang itu menggunakan hanya satu nama, misalnya Suharto. Ini ulasan yang saya dapat daripada laman BBC (via Metafilter) Was his name really "Mohammed Suharto"? I've always just heard "Suharto", and his Wikipedia page and the Wikipedia page on Indonesian naming customs seems to verify that.

Walau apapun, saya sudahpun memilih susunan ([keluarga] [nama]) dengan satu pemindahan rencana . Rasionalnya sama dengan rasional Kurniasan. Algazel (bincang) 18:36, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]

Kerana jarang membaca dan mengetahui budaya Jepun, pandangan saya agak bias ke arah sistem penamaan Barat. Saya menukar pandangan ke [keluarga] [nama] berdasarkan bukti yang telah dinyatakan di atas iaitu gaya penamaan negara Oriental (China, Korea, Jepun). Lalu, perbincangan ini sudah mencapai kata muktamad. Sekian. -- i wong (bincang) 01:30, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya sokong perbincangan ini ditutup dan susunan yang dipilih (berdasarkan jumlah sokongan) ialah susunan negara asal iaitu nama keluarga mendahului nama sendiri. --Kurnia [ bual ] 06:22, 30 Disember 2012 (UTC)[balas]
Setuju ditutup memandangkan dah ada sepersetujuan. ...Aurora... (b) 10:43, 31 Disember 2012 (UTC)[balas]