Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib6/2006
Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi
Panjang rencana | Peratus | |
---|---|---|
30 Mei 2006 | 11 Jan 2006 | |
Kurang daripada 3 ayat | 48 | 70 |
3 - 10 ayat | 23 | |
Melebihi 10 ayat tetapi kurang daripada 1 skrin¹ | 8 | 8 |
1 -2 skrin¹ | 14 | 16 |
Melebihi 2 skrin¹ | 7 | 6 |
Jumlah | 100 | 100 |
¹Resolusi skrin = 1024 x 768
Daripada 100 buah rencana yang dikaji, 69% mempunyai kategori, baik kategori betul ataupun kategori salah. 31% tidak mempunyai sebarang kategori. — PM Poon 10:33, 1 Jun 2006 (UTC)
Pembatalan Beberapa Garis Panduan
Garis Panduan(GP) yang disenaraikan di bawah dianggap tidak sesuai. Oleh itu ia akan dihapuskan sekiranya tiada bantahan:
GP mubazir
GP yang isi kandungannya bertindih dengan GP lain dianggap yang mubazir. Kehadirannya akan mengelirukan pembaca dan melemahkan "kuasanya".
- Jelaskan perkara-perkara yang ditinggalkan
Bertindih dengan Berani dalam mengemaskini laman - Jangan guna pautan luar dimana pautan Wikipedia mencukupi
Bertindih dengan Letak pautan yang releven sahaja - Elakkan rujukan diri-sendiri
Bertindih dengan Nyatakan sumber rujukan dan gunakan sumber yang sesuai
GP Kabur
GP yang dimaksudkan adalah GP yang tidak dapat dikenal pasti maksud sebenarnya. Ia akan dihapuskan sekiranya tiada siapa-siapa yang dapat menjelaskannya.
- Pengharaman dan halangan
- Perang balik asal dianggap memudaratkan
- Elakkan Maklumat yang Cepat Lapuk
- Nyatakan sekalipun jelas
- Elakkan kenyataan menyeluruh
- Ikut tonjolan biasa
GP Jahat
GP ini dianggap memudaratkan. Dicalonkan untuk penghapusan segera.
- Jangan menghirau peraturan
Jagan menghirau peraturan??? Jadi lebih baik semua GP dihapuskan. GP ini anti GP, memang tak lojik. - Pertimbangankan penulisan anda dalam gaya berita
Gaya berita memang tak sesuai kerana wikipedia ialah ensiklopedia, bukan surat berita.
GP yang dinyatakan diatas semuanya telah dikeluarkan daripada halaman Garis Panduan. Sekiranya tiada bantahan dalam 1 minggu, semuanya akan dipadam. Ychmatematik 16:37, 1 Jun 2006 (UTC)
- Ha ha. Tak bolehlah saya gunakan GP itu nanti :P . Anyway, daripada selidikan saya, GP "Jangan hirau peraturan" itu datangnya daripada polisi Ingnore all rules Wikipedia Inggeris yang memberi lesen kepada mereka yang rasa bahawa jika ada peraturan Wikipedia yang menghalang pembikinan mutu rencana lebih baik, maka peraturan itu bolehlah tidak dihiraukan. Laman peraturan itu mengakui bahawa sekalipun itu bersifat paradoks, ia tetap kekal wujud disebabkan "tradisi" (bukanlah satu alasan yang baik). Lagipun, GP ini dibuka untuk penyalahgunaan mereka yang mahu melakukan kekacauan dan bertentangan dengan budaya hormati peraturan amalan orang Asia seperti kita. Orang Barat bolehlah kerana mereka memang punyai tradisi tidak menghirau peraturan pun. Jadi saya sokong penghampusan GP ini. Mereka yang rasa adanya peraturan yang bersifat menghalang cukuplah setakat menjelaskan sebabnya di Kedai Kopi (mungkin patut diganti oleh Dapatkan persetujuan sebelum tidak menghirau peraturan?
- Fasal GP gaya berita itu pula, mungkin patut diganti dengan gaya ensiklopedia
- Penerangan kegunaan GP kabur (pada fikiran saya);
- Pengharaman dan halangan - Kabur pada saya juga. Sokong penghampusannya.
- Perang balik asal dianggap memudaratkan - Ini sebenarnya berkait dengan Perang Sunting (Edit Wars) dan sepatutnya berbaca "Perang sunting balik asal dianggap memudaratkan". Dalam satu senario perang sunting, mungkin ada satu pihak enggan menerima versi baru sesuatu rencana dan menukarnya kembali kepada statusnya sebelum itu dengan mengubahnya pada halaman sejarah. Namun saya tidak pasti aplikasi GP ini di sini kerana dengan kadar sumbangan yang begitu rendah, kebarangkalian ini berlaku amatlah jarang. Berkecuali dalam penghampusannya.
- Elakkan maklumat yang cepat lapuk - Iaitu mengatakan bahawa para penyumbang hendaklah memastikan bahawa maklumat yang mereka menyumbang hendaklah tahan lama, iaitu boleh digunapakai untuk satu tempoh yang reasonable. Peraturan paling menampakkan kerelevanannya dalam rencana berkait berita terbaru. Perlu dalam sustainability dan pembikinan ensiklopedia berkualiti. Bantah penghampusannya.
- Nyatakan sekalipun jelas - Dalam pengarangan sesuatu rencana, kita tidak boleh menanggap bahawa penjelasan sesuatu fakta itu secara sendiri adalah given. Apa yang nampak mudah kepada kita sendiri mungkin tidak kepada orang lain. Contohnya pengaplikasiannya adalah dalam rencana berkait matematik, sains dan lain-lain cabang pengetahuan yang "susah" kepada sesetengah orang. Perlu untuk memastikan kefahaman. Bantah penghampusannya.
- Elakkan kenyataan menyeluruh - Iaitu berkait Pandangan Berkecuali. Kenyataan menyeluruh tidak berkecuali kerana ia boleh bersifat berat sebelah dengan terlalu meninggi atau terlalu merendah. Contoh kenyataan menyeluruh: "Semua orang sukakannya". Tidak pasti bahawa semua orang memang sukakannya, jadi kenyataan "Ramai orang sukakannya" atau "Dia disukai ramai" cukup. Perlu untuk memastikan keberkecualian rencana. Bantah penghampusannya.
- Ikut tonjolan biasa - Dalam pengarangan suatu rencana, fakta-fakta yang diperkenalkan mesti mengikut tonjolan yang lazim. Mungkin sebagai contoh, dalam suatu rencana berkait penyanyi popular, gaya penulisan tidak boleh terlalu bercirikan kehebatan penyanyi itu menyanyi, ataupun menggunakan teks tebal untuk menggariskan kehebatannya? :P (entah, saya pun tak dapat fikirkan contoh yang baik!). Namun apa yang "biasa" ditonjol boleh dipertikai. Berkecuali dalam penghampusannya.
- GP "mubazir" (mubazir atau membazir?) Nampak semua pertindanan dengan jelas, bersetuju dengan pandangan Ychmatematik dan sokong penghampusan mereka. Alistair 阿力斯特伊儿 02:52, 2 Jun 2006 (UTC)
Saya telah mencipta suatu garis panduan baru Jangan menciplak rencana Wikipedia bahasa Inggeris untuk diaplikasi pada rencana yang daripada Wikipedia Inggeris. Saya rasa tindakan saya ini tidaklah melampau kerana berdasarkan perbincingan yang baru selesai dan keperluan untuk satu GP untuk diaplikasi pada situasi begini. Alistair 阿力斯特伊儿 13:37, 3 Jun 2006 (UTC)
- GP kabur:
- Wikipedia:Pengharaman dan halangan = Wikipedia:Bans and blocks = Wikipedia:Polisi sekatan - gantikan
- Wikipedia:Bagaimana menukar laman balik asal = Wikipedia:Kembali asal - gantikan
- Wikipedia:Elakkan maklumat yang cepat lapuk = en:Wikipedia:Avoid statements that will date quickly - simpan
- Wikipedia:Nyatakan sekalipun jelas - lihat Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik#Fikirkan pembaca, buang kerana lapuk
- Wikipedia:Elakkan kenyataan menyeluruh - lihat Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik#Semakkan fakta anda, buang kerana lapuk
- Wikipedia:Ikut tonjolan biasa = Wikipedia:Follow highlighting conventions --> Wikipedia:Manual gaya penulisan, buang kerana lapuk
- Untuk GP membazir, saya setuju dengan cadangan Ychmatematik.
- Untuk GP jahat, saya juga setuju dengan cadangan Ychmatematik. Tak perlu gaya berita/ensiklopedia, dah ada Wikipedia:Manual gaya penulisan.
...Aurora... 11:41, 4 Jun 2006 (UTC)
- Saya telah baca tulisan Aurora mengenai perkara ini dan kini bersetuju dengan beliau. Alistair 阿力斯特伊儿 15:08, 4 Jun 2006 (UTC)
Tajuk yang bertindih
Hai, Saya ingin bertanya tentang kata sepakat kepada garis panduan mengenai tajuk yang bertindih kerana semasa tugas penterjemahan saya, saya telah menghadapi beberapa kes yang serupa dan ingin mengetahui apakah format yang diguna pakai dalam wikipedia melayu?
Contohnya: [[Sel (biologi)|Sel]] [[Sel (kimia)|Sel]] seperti dalam wikipedia Inggeris atau ada format yang lain?
Maafkan saya sekiranya soalan ini telahpun diperbincangkan, kerana buat satu tempoh masa yang panjang, saya tidak berada dalam wikipedia melayu. Terima kasih. --Coljames 10:16, 5 Jun 2006 (UTC)
- Saya tidak tahu setakat mana ada garis panduan rasmi mengenai perkara ini, tetapi secara sendirinya saya juga mengamalkan sebagaimana di Wikipedia Inggeris, seperti di rencana Negara (politik) yang telah saya terjemah sedemikian kerana Bahasa Melayu sendiri pun tiada perkataan khusus untuk perkataan State dalam Bahasa Inggeris. Untuk mengetahui tentang gaya penulisan, anda boleh rujuk Wikipedia:Manual gaya penulisan atau bertanyakan Pengguna:Aurora atau Pengguna:PM Poon, iaitu dua penyelia Wikipedia Melayu yang kompeten. Alistair 阿力斯特伊儿 14:16, 5 Jun 2006 (UTC)
Terdapat beberapa format:
- Georgetown, Pulau Pinang, Kampar, Indonesia - untuk tempat
- Bulan (satelit), Kelas (biologi) - umum
- Logam perak & Negeri Perak - umum
Selain untuk tempat, belum ada format khusus. Pilihlah antara dua yg umum itu. Jangan lupa buat halaman nyahkekaburan. ...Aurora... 09:34, 6 Jun 2006 (UTC)
FAQ Wikipedia
Hai, kawan-kawan. Saya sebenarnya juga sentiasa dimarahi oleh teman wanita kerana menghabiskan banyak masa untuk "permainan" wikipedia. Soalan yang lazim dilemparkan kepada saya ialah:
- Kenapakah u mau menyumbang kepada wikipedia walaupun wikipedia tidak pernah membayar gaji kepada awak?
Di sini saya pusingkan soalan ini kepada semua dan jawaban anda akan dirumuskan ke dalam Wikipedia:FAQ Menyumbang Ychmatematik 09:11, 7 Jun 2006 (UTC)
Haa... Haa...
Sebenarnya sumbangan ini secara sukarela. Janganlah sampai gaduh dengan teman wanita. Kalau dah kawin, bolehlah lebih sedikit. Katakan sahaja, sumbang ini bagi generasi masa hadapan, anak kita berdua (awak dan isteri ya.. bukan dengan saya.)
Bagaimanapun, saya juga terpaksa menyatakan bahawa saya kini terpaksa mengurangkan sedikit keaktifan kerana ada tanggung jawab lain. Bagaimanapun saya akan masih login sekejab-sekejab, cuma tidak dapat menyumbang rencana panjang. Teruskan menyumbang.... Yosri 04:36, 8 Jun 2006 (UTC)
- Anda juga boleh melihat laman pengguna beberapa orang di sini :) ...Aurora... 06:47, 8 Jun 2006 (UTC)
Sebentar!
Nanti sekejap! Sebelum meneruskan perkara ini;
Petikan: Saya rasa perkataan FAQ di laman utama patut ditukar kepada perkataan "Soalan-soalan lazim". Perkataan FAQ ialah berasal dari perkataan Bahasa Inggeris. — (Master2841)
Benar sekali. Saya setuju. (__earth) -Sumber: Laman perbincangan laman utama
Dengan ini, kenapa kita masih menggunakan perkataan "FAQ" dalam semua laman jawap pertanyaan lazim? Sudah tiba masanya kita menggunakan Bahasa Melayu yang betul selaras dengan fasa pengukuhan Wikipedia ini sebagaimana yang dikatakan oleh PM Poon. Jika hendak memendekkan istilah "Soalan-soalan lazim", kita wajar menggunakan singkatan "SSL". Maka dengan ini, "FAQ Menyumbang" seharusnya berbaca "SSL Menyumbang". Alistair 阿力斯特伊儿 08:24, 11 Jun 2006 (UTC)
- Jangan marah, tapi saya lebih suka FAQ. Sudah sinonim digunakan dalam laman web/popular. Semua orang sebut UMNO, tak ada siapa sebut PKMB :) ...Aurora... 04:42, 12 Jun 2006 (UTC)
Saya masih tidak sehaluan. Tetapi saya akan mengaku kalah dan tidak akan memperisukan perkara ini lagi dengan syarat ada tiga lagi undian serupa dengan Aurora. (Tetapi hanya jika ada tiga lagi undian, saya tidak akan menganggap ketiadabalasan sebagai suatu undian. Dan ini hanya beraplikasi kepada rencana FAQ Menyumbang, bukan semua rencana dengan perkataan "FAQ". Alistair 阿力斯特伊儿 13:46, 12 Jun 2006 (UTC)
Polisi baru
Seperti Aurora, saya juga telah "memberanikan diri" meletakkan garis panduan walaupun tiada polisi mengenai keberanian meletakkan polisi baru, he he. Polisi ini adalah Wikipedia:Anggaplah niat baik. Dalam perletakkan polisi ini saya memilih untuk cara "letak dulu jika ada bantah buang kemudian" berbanding pendekatan biasa iaitu pengundian kerana saya rasa polisi ini cukup semulajadi dalam pembikinan projek Wikipedia yang baik. Semua dipersilakan membacanya. Jika terdapat bantahan, saya akan mengeluarkannya. Alistair 阿力斯特伊儿 14:03, 12 Jun 2006 (UTC)
Rencana pilihan
Saya melihat rencana pilihan di laman utama sudah agak lama tidak bertukar. Rasa saya kerana kekurangan penyumbang dan kekurangan rencana. Jadi saya memberanikan diri mengubah sistem rencana pilihan kita:
- Frekuensi pertukaran: dari 8 sebulan kepada 3 sebulan (setiap 1, 11 dan 21 hb) (tak siap lagi-akan sambung esok)
- Jenis: Rencana tokoh dan sukan sahaja kepada apa2
- Rupa: Dari 4 perkara kepada 3
Saya juga mengubahsuai laman pencalonan. Pencalonan yg telah saya "buang" itu akan saya arkibkan jika cadangan saya ini dipersetujui. Jika tidak, saya akan kembalikan semua kepada sedia kala. ...Aurora... 09:31, 12 Jun 2006 (UTC)
- Saya setuju. Polar 09:53, 12 Jun 2006 (UTC)
- Juga setuju. — Master2841 11:37, 12 Jun 2006 (UTC)
- Setuju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan semula idea saya mengenai "Sudut Berita" (atau mungkin kita boleh menamakannya "Berita Terkini"). Format yang saya cadangkan tidak susah, cuma mengikut gaya Wikipedia Inggeris iaitu beberapa baris perkara terbaru diikuti link ke Wikipedia:Hal Semasa. Ini membolehkan para pembaca mendapat terus maklumat terkini mengenai rencana-rencana hal semasa yang kita sedang usahakan, seperti umpamanya, rencana Piala Dunia FIFA 2006 terus dari Laman Utama. Para pembaca tentu akan menghargai convenience yang diberikan dengan ini. Alistair 阿力斯特伊儿 13:40, 12 Jun 2006 (UTC)
- Ada banyak ke berita terkini yg ingin dimuatkan? Saya rasa kita tiada banyak sangat rencana berita ini. Dan saya tidak berapa minat tulis rencana seperti ini (jadi awal2 lepas tangan :)). Tapi kalau ada berita dan ada sokongan, boleh diletakkan. ...Aurora... 09:04, 13 Jun 2006 (UTC)
- Setuju. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan semula idea saya mengenai "Sudut Berita" (atau mungkin kita boleh menamakannya "Berita Terkini"). Format yang saya cadangkan tidak susah, cuma mengikut gaya Wikipedia Inggeris iaitu beberapa baris perkara terbaru diikuti link ke Wikipedia:Hal Semasa. Ini membolehkan para pembaca mendapat terus maklumat terkini mengenai rencana-rencana hal semasa yang kita sedang usahakan, seperti umpamanya, rencana Piala Dunia FIFA 2006 terus dari Laman Utama. Para pembaca tentu akan menghargai convenience yang diberikan dengan ini. Alistair 阿力斯特伊儿 13:40, 12 Jun 2006 (UTC)
Pandangan peribadi
Saya tidak bersetuju dengan pemerhatian Aurora bahawa "laman utama sudah agak lama tidak bertukar". Kan "Peristiwa Hari Ini" tiap-tiap hari bertukar? Sampai hati pengakuan tidak diberikan kepada saya, sedangkan saya penat-penat "memasukkan" rencana "Peristiwa Hari Ini" setiap hari, hehehe.
Bagaimanapun, saya faham akan apa yang dimaksudkan serta bersetuju dengan alasan Aurora bahawa ini disebabkan "kekurangan penyumbang". (Jika beliau mengatakan "kekurangan pengguna", saya pasti mengetuk kepalanya. Setiap hari, saya mengucap "selamat datang" kepada berpuluh-puluh pengguna baru sehingga tangan pun sakit, hehehe.)
Walau bagaimanapun, saya selaku "Lim Kit Siang Wikipedia bahasa Melayu" tidak bersetuju bahawa portal ini "kekurangan rencana". Dengan 13,464 rencana, kenyataan itu seolah-olah mengatakan bahawa kesemua rencana dalam portal ini cuma menelan ruang cakera keras pelayan dan oleh itu, harus dipadam. Kan kenyataan itu merupakan satu tamparan pada muka semua penyumbang?
Bagi pendapat saya, apa yang kekurangan ialah usaha sama serta sikap kerjasama. Sesiapa yang ingin mempertikaikan kesimpulan saya ini hanya perlu melihat "Rencana Minggi Ini" (dalam Laman Portal Masyarakat) yang diperkenalkan oleh Khairul Khalid pada 13 Julai 2004. Tujuan "Rencana [Kerjasama] Minggu Ini" adalah seperti yang dinyatakan dalam halaman itu, iaitu: "Bantulah menyunting [rencana ini]...! Sila bantu dalam membaikinya supaya mencapai piawai rencana pilihan." Rencana PBB yang dicadangkan oleh Khairul hampir tidak diperkembangkan sehingga 8 Mac 2006 (iaitu hampir dua tahun kemudian) ketika Pengguna:60.48.19.122 (pengguna ini mungkin Yosri) memasukkan sebahagian isi.
Kejadian ini memang tidak merupakan sesuatu yang terlepas perhatian pengguna. Sebaliknya, pengabaian ciri ini hanya membayangkan keutamaan dan sikap kita semua (termasuk saya) terhadap keperluan untuk bekerjasama. Ini adalah ketara jika kita mempunyai masa untuk ciri yang lain, seperti "Rencana pilihan" dan "Peristiwa hari ini", tetapi tidak ada masa untuk "Rencana Minggu Ini". Kini, kita masih seakan-akan satu crowd of users (and even so, a really small crowd at that), bukannya sebuah "kommuniti", walaupun terdapat sedikit perkembangan dengan kemunculan pengguna-pengguna baru seperti Master2841 (resurrected), Alistair dan Ychmatematik.
Bagi maklumat untuk semua pengguna, "Senarai rencana semua bahasa perlu ada" kini mengandungi sekurang-kurang 118 buah rencana yang cukup panjang (kajian dibuat pada 10 April 2006 dan oleh itu, bilangannya harus naik).
Perkara | Bilangan | ||
---|---|---|---|
Yang harus ada | Yang lengkap* | Peratus | |
Biografi | 115 | 24 | 21% |
Sejarah | 45 | 6 | 13% |
Geografi | 277 | 7 | 3% |
Masyarakat | 69 | 10 | 14% |
Budaya | 118 | 23 | 19% |
Sains | 145 | 34 | 23% |
Teknologi | 30 | 6 | 20% |
Domestik | 24 | 8 | 33% |
Matematik | 9 | 0 | 0 |
Subjumlah | 832 | 118 | 14% |
Fasa ke-2 | 168 | t/k | t/k |
Jumlah | 1,000 | 832 | 12% |
Tak kan antara 118 buah rencana itu, tidak terdapat 20%, iaitu 24 rencana, yang boleh digunakan sebagai rencana pilihan? Jika kita menggantikan rencana sekali seminggu pun, sumber daripada senarai itu masih boleh tahan enam bulan (andaian 20%), apa lagi dalam tempoh enam bulan itu, kita masih boleh mendapat rencana baru, dan bilangan tersebut tidak termasuk rencana-rencana yang tidak tersenarai dalam Senarai rencana semua bahasa perlu ada.
Mungkin rencana-rencana dalam senarai itu tidak cukup piawai bagi pemilihnya. Dalam hal demikian, kita cuma mempunyai tiga pilihan:
- memperbaiki rencana-rencana itu secara kerjasama (jika boleh diperbaiki); atau
- menghapuskan rencana-rencana itu (jika tidak boleh diperbaiki); atau
- membiarkannya sahaja, seolah-olah rencana-rencana itu tidak wujud. — PM Poon 17:37, 12 Jun 2006 (UTC)
Alamak, tak jelas. Maksud saya "tidak bertukar" ialah mengenai rencana2 yg perlu dicalonkan setiap minggu. Peristiwa Hari Ini memang bertukar setiap hari. "Kekurangan rencana" pula maksudnya kekurangan pencalonan rencana. Saya ambil 21% dari 13,400 rencana = 2,814, tapi saya pun tak tahu mengapa tiada pencalonan kebelakangan ini. Apa-apapun pendapat anda mengenai "kekurangan usaha sama serta sikap kerjasama" memang tidak boleh dinafikan. ...Aurora... 09:04, 13 Jun 2006 (UTC)
Penempatan (localisation) Senarai rencana semua bahasa perlu ada
Senarai rencana semua bahasa perlu ada mengandungi 832 cadangan yang disalin bulat-bulat daripada Wikipedia bahasa Inggeris, ataupun Wikipedia bahasa Inggeris mudah.
Sebagai sebuah portal yang terletak di Timur, saya berasa senarai itu harus diubahsuai untuk membayangkan kedudukan kita di sebelah tengah malam ini. Oleh sebab senarai masih mempunyai 168 tempat kosong, saya mencadangkan bahawa baki ini diperuntukkan untuk rencana-rencana Asia, khususnya Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Mungkinnya, kita boleh mencipta beberapa garis panduan tentang apa yang harus diperuntukkan. Sebagai contoh, saya berasa rencana-rencana yang berikut perlu ada:
- Perdana Menteri/Presiden pertama untuk semua negara di ASEAN+3;
- Ibu negara untuk semua negara di ASEAN+3;
- Syarikat-syarikat besar untuk semua negara di ASEAN+3, umpamanya PNB, Proton, Telekom, Tenaga Nasional, dan sebagainya;
- Sejarah-sejarah ASEAN+3.
Hehehe, nampaknya tak perlu peruntukan untuk 168 rencana. — PM Poon 17:51, 12 Jun 2006 (UTC)
- Saya cukup tertarik dengan pemerhatian dan kajian astute yang dilakukan oleh PM Poon dan bersetuju dengan semua kesimpulan yang dibuat olehnya. Biarlah saya juga berkongsi pendapat dan renungan diri saya sendiri juga mengenai ini.
- Pengalaman peribadi:Mengenai hal tidak cukup usaha, bagi pihak saya sendiri saya boleh katakan saya telah lakukan segala usaha yang mungkin. Apabila log masuk, biasanya perkara pertama yang saya akan buat adalah pergi ke rencana yang saya usahakan dan menterjemah sekurang-kurangnya sedikit daripadanya (Buat masa sekarang, cara utama saya dalam penyumbangan adalah penterjemahan kerana difikirkan paling senang. Rencana yang dicipta sendiri lebih susah kerana perlunya penyelidikan sendiri untuk menyokong fakta, namun demikian saya tentunya akan memulai rencana sebegini pada masa hadapan, atau sekurang-kurangnya menambah kualiti rencana sedia ada dengan penyelidikan sendiri). Saya jarang melakukan perkara lain selain mengikuti perkembangan "berita terkini" di Kedai Kopi dan laman perbualan "The Rich and Famous" di sini, hehe. Oleh itu adalah selamat untuk berkata bahawa walaupun adalah mungkin bagi PM Poon bagi perkara di Portal Masyarakat tidak terlepas daripada perhatian pengguna, ia sudah tentu kes begitu bagi saya. Maklumlah, saya masih menanggap diri baru disini, dan masih learning the ropes. Laman Perubahan Terkini pun baru beberapa minggu saya mula perhatikan (dan cuba membantu dengan menyambut pengguna baru dan sebagainya) dan saya baru mula mengenali Laman Peristiwa Semasa. Satu masalah perkara yang tersenarai di sebelah kiri skrin ini adalah bahawa mereka tidak cukup menonjol. Lagipun, jika saya menjumpainya pun, saya tidak boleh berbuat apa-apa seperti menggantikan rencana minggu ini dengan rencana lain kerana saya bukan penyelia. Laman-laman istimewa disini hanya terbuka kepada suntingan penyelia, oleh itu satu kesimpulan yang dapat dibuat melalui pemerhatian ini adalah untuk menyalahkan penyelia (Janganlah marah atau protes ya, saya cuma sedang menggunakan pendekatan prinsip Sherlock Holmes iaitu jika 'p' maka 'q' dengan p sebagai bukti dan q sebagai apa yang bukti menyatakan. Dalam kes ini 'p1'=Laman Portal Masyarakat sudah sekian lama tidak dikemaskini, 'p2'=Hanya penyelia boleh mengemaskinikannya; maka 'q'=Penyelia tidak menjalankan tanggungjawab pengemaskinian. Perkara ini tidak tertakluk kepada laman Portal Masyarakat sahaja, malah juga berlaku di Wikipedia:Pengumuman dimana suatu penyelia meminta maaf kerana tidak mengemaskini laman itu selama beberapa bulan. Segala kritikan ini bertujuan membina.) Lagi satu, semasa saya mencadangkan kerjasama antara saya dan seorang penyelia lain mengenai sudut "Berita Terkini" di laman utama, saya hanya mendapat satu balasan dan kemudiannya tidak diikuti apa-apa perkembangan. Sepatah ayat seperti "Maaflah tak minat" iaitu ayat dengan tiga perkataan sahaja pun tidak diberi, dan indikasi yang saya dapat mengenai ketidakminatan penyelia itu hanya saya dapati daripada membaca laman perbualan seorang penyelia lain.
- Namun pada belah yang positif pula, penyelia yang sama kini saya lihat giat dengan pengusahaan rencana Piala Dunia FIFA 2006 bersama dengan pengguna-pengguna lain, dan ini bagus. Seperti yang kita lihat pada rencana itu, masalah kurang usaha dan kerjasama di Wikipedia ini bukanlah total, tetapi terbatas kepada rencana yang tidak berkait dengan minat masing-masing. Oleh kerana perkara yang tidak diminati merangkumi sebahagian besar cabang ilmiah, maka walaupun masalah ini "terbatas", batasan sudah tentu amatlah besar.
- Sebab itulah saya sudah katakan semasa saya tidak menyetujui falsafah PM Poon yang "tak salah pentingkan diri sendiri". Jika pentingkan diri sendiri sahaja, seorang hanya cenderung majukan rencana yang berkait dengan minatnya sahaja, dan perkara yang termasuk dalam minat seseorang amatlah kecil. Falsafah begini bertentangan dengan prinsip asas Wikipedia iaitu sebagai tempat simpanan kelpebagaian ilmu untuk seluruh masyarakat. Saya ingin bertanya kepada semua, masakan suatu projek yang mempunyai preskripsi kemasyarakatan boleh dimajukan oleh orang-orang yang tidak punyai jiwa masyarakat? Falsafah ini lagilah tidak boleh diamalkan di Wikipedia Melayu ini kerana penyumbangnya sedikit. Mungkin di Wikipedia banyak penyumbang seperti Inggeris bolehlah kerana orangnya ramai dengan minat pelbagai. Jika seorang tidak berminat pada sesuatu, sentiasa ada orang lain untuk menggantikannya. Demikian bukan kesnya disini. Saya menghargai penyelidikan PM Poon sebagai sesuatu yang memberi indikasi kepada poin yang saya buat ini.
- Penempatan Senarai rencana semua bahasa mesti ada:Dalam ini saya juga bersetuju dengan PM Poon. Kita memang tidak boleh menjadi klon mana-mana Wikipedia dalam mana-mana aspek termasuk senarai ini, dan perlaksanaan cadangannya merupakan titik tolak ke arah Wikipedia Melayu yang berasingan, bebas dan merdeka serta punyai identiti sendiri. Satu lagi, jika kita hendak pelbagaikan rencana yang ada dalam senarai, kita juga perlukan penutur bahasa lain untuk pergi ke Wikipedia yang diusahakan oleh tamadun lain bagi melihat-lihat senarai rencana yang dianggap penting oleh tamadun itu. Penyelia seperti Ychmatematik yang mempunyai kefasihan bahasa lain seperti bahasa Cina memang berharga dalam aspek ini. Mungkin beliau boleh menolong memantau perkembangan Wikipedia Cina untuk manafaat kita semua. Secara ringkas, campuran Timur dan Barat yang berhasil daripada ini hanya akan menghasilkan faedah.
- Cadangan penyelesaian:Untuk menyelesaikan masalah yang diperbincangkan ini, kesimpulannya adalah beberapa cadangan;
- 1. Falsafah pentingkan diri dihampuskan dan diganti dengan falsafah ingin mewujudkan Wikipedia yang unggul bersama. A Wikipedia whose contributors are selfish will only result in a generally substandard portal with sporadic good articles contributed as such only because they pertain to a contributor's interests. On the other hand, a Wikipedia whose contributors subscribe to a philosophy of mutual understanding and respect in the joint production of articles will create a most vibrant portal indeed.
- 2. Setiap laman istimewa yang perlukan pengkemaskinian semasa dipertanggungjawabkan kepada seorang penyelia dan ini diberitahu kepada semua pengguna dengan jelas supaya pengguna tahu kepada siapa untuk "pergi membantah".
- 3. Mengenai penempatan senarai rencana semua bahasa perlu ada, cadangan PM Poon dilakukan untuk penempatan, cadangan saya dilakukan untuk kelbepagaian, iaitu kebolehan linguistik pengguna aktif dipakai.
- P/S: Untuk mengurangkan apa-apa rasa terkilan yang mungkin timbul kerana kritikan diatas, saya juga mahu menyatakan di sini beberapa sifat penyelia yang baik, seperti keselaluan membuang laku musnah, sudi memantau laku musnah pada lewat malam, sudi mengerjakan rencana pada lewat malam. Terdapat satu penyelia disini yang tidak jemu memastikan kelancaran proses di Wikipedia ini dengan membuat pelbagai perkara seperti memajukan bidang ilmu yang membosankan dengan giat serta melakukan pelbagai penyelidikan untuk pengetahuan kita semua. Saya rasa penyelia itu tahu siapakah dirinya. :D
- Saya setuju baki 168 tempat kosong diperuntukkan untuk rencana2 Asia, Asia Tenggara, ketimuran dan sepertinya.
Komen "Laman-laman istimewa disini hanya terbuka kepada suntingan penyelia" ini saya tidak setuju. Ia tanggungjawab semua, bukan penyelia sahaja. Saya akui sebahagian laman2 tersebut dilindungi, jadi salahkan orang yg melindunginya. Saya mencipta Wikipedia:Pengumuman, tapi saya tidak pernah melindunginya, bahkan ayat pertamnya ialah "Sila letakkan pengumuman untuk pengguna Wikipedia Bahasa Melayu di laman ini", sesiapa sahaja boleh mengemaskini laman tersebut. Saya meminta maaf kerana Aphaia (yg tidak tahu BM) pernah meminta saya mengemaskininya tapi saya tidak buat pada masa itu. Jika sesiapa ingin mengemaskini mana2 laman tetapi ia dilindungi, silalah beritahu saya. ...Aurora... 09:19, 13 Jun 2006 (UTC)
- Saya setuju baki 168 tempat kosong diperuntukkan untuk rencana2 Asia, Asia Tenggara, ketimuran dan sepertinya.
Memanglah pemeliharaan Wikipedia ini adalah tanggungjawab semua. Tetapi apa yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang itu mestilah dalam bidang kuasanya, ataupun jurisdictionnya. Sebagai contoh, suatu laman biasa yang sesiapa pun boleh menyunting, dan jika ia tidak disunting menjadi piawai, maka salahnya semua penggunalah, termasuk saya. Tetapi jika sebuah laman itu istimewa dengan gelaran "istimewa" bermaksud ia adalah "khas" dalam suatu aspek dan dilindungi, maka pengguna yang bukan penyelia tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya, dan tidak adil salahkan mereka. Tanggungjawab semua laman yang dilindungi adalah kepada semua penyelia (bukan sahaja orang yang menciptanya, kerana mana-mana penyelia pun boleh mengambil-alih pentadbiran laman itu selaras GP mengenai laman maka sebarang neglect laman dilindungi terletak pada semua penyelia. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kerana merujuk Wikipedia:Pengumuman secara tidak adil kepada Aurora, tetapi kebanyakan hujah saya diatas berkisar kepada Portal Masyarakat yang diungkitkan PM Poon yang saya lihat kali terakhir dilindungi Emrrans. Memandangkan Emrrans telah pergi, masakan boleh salahkannya lagi? —Alistair 阿力斯特伊儿 12:00, 13 Jun 2006 (UTC)
Jika tidak berkenan Berita Terkini, apa kata kita adakan Gambar Pilihan pula?
Semasa menalaah (betul ke perkataan ini? hehe) laman portal masyarakat yang telah kini dinyahlindungi, saya terserempak dengan satu laman khas Wikipedia yang kosong disebelah Wikipedia:Rencana pilihan iaitu Wikipedia:Gambar pilihan. Jelas ia diletak disitu daripada pengaruh sudut featured pictures Wikipedia Inggeris. Jadi apa kata kita adakan sudut Gambar Pilihan sahaja? Lamannya telah ada cuma menunggu untuk diisi, lagipun senang berbanding berita, kerana hanya perlukan satu gambar, dan sedikit penerangan mengenainya, itu sahaja! — Alistair 阿力斯特伊儿 18:08, 13 Jun 2006 (UTC)
- Boleh juga, tapi kena pastikan gambar itu tidak melanggar hak cipta, mempunyai teg dan sumber (barulah boleh jadi gambar contoh/piawai). ...Aurora... 04:57, 14 Jun 2006 (UTC)
Ruangan "Rencana bulan ini" dibuka semula!
Diumumkan yang ruangan "Rencana minggu ini" telah kembali beroperasi sebagai "Rencana bulan ini". Marilah cadangkan rencana! Rencana yang dicadangkan tidak perlu piawai kerana ruangan ini hanya bertujuan pembaikian rencana sahaja! Mari, mari! Alistair 阿力斯特伊儿
Untuk rencana pilihan, saya pernah mencadangkan kepada Master2841 bahawa kita boleh mengikut cara akhbar untuk memudahkan tugas ini. Untuk akhbar, mereka cuma mengambil ayat-ayat depan sehingga had ruang mereka. Tak payah baca pun, penyuntingnya cuma gunting mengikut had ruang itu.
Bagi kita, kita kekadang perlu menggugurkan tajuk bahagian, jika ada. Gugurkan sahaja. Selepas ayat terakhir, kita cuma membubuhkan pautan "Lebih..." Sesiapa yang hendak membaca seterusnya boleh tekan pautan itu. Tak perlulah kita mengambil terlalu banyak masa untuk meringkaskannya. Baik gunakan masa untuk mengembangkan rencana. — PM Poon 05:39, 14 Jun 2006 (UTC)
- Saya setuju dengan saranan PM Poon untuk menggunakan pautan berbanding meringkaskan. Lazimnya, pembaca akan pergi ke laman rencana yang sebenar juga walaupun diringkaskan. Lebih baik kita jangan buang masa, kita ikut cara muka depan akhbar. — Polar 09:46, 14 Jun 2006 (UTC)
- Saya setuju bahagian "tahukah anda?" kita letakkan cuma satu dua ayat seperi wiki-en. ...Aurora... 05:19, 15 Jun 2006 (UTC)
Perbandingan "kualiti" antara Wikipedia bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia
Panjang rencana | Pewajaran | Bahasa Melayu | Bahasa Indonesia | Bahasa Inggeris | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bil. | Markah | Bil. | Markah | Bil. | Markah | ||
Kurang daripada 3 ayat | 0% | 48 | 0 | 39 | 0 | 10 | 0 |
3 - 10 ayat | 5% | 23 | 1.15 | 33 | 1.65 | 33 | 1.65 |
11 ayat - 1 skrin¹ | 20% | 8 | 1.6 | 10 | 2.0 | 23 | 4.6 |
1 -2 skrin¹ | 30% | 14 | 4.2 | 11 | 3.3 | 17 | 5.1 |
Melebihi 2 skrin¹ | 45% | 7 | 3.15 | 7 | 3.15 | 17 | 7.65 |
Jumlah | 100% | 100 | 10.1 | 100 | 10.1 | 100 | 19.0 |
Suatu kajian telah diadakan untuk membandingkan "kualiti" rencana antara Wikipedia bahasa Melayu dan Wikipedia bahasa Indonesia dari segi panjang rencana. Secara kebetulan, keputusan di jadual atas menunjukkan bahawa "kualiti" kedua-dua portal adalah sama. Saya selalu berfikir bahawa "kualiti" kita adalah lebih baik daripada mereka, kerana sewaktu saya hendak mencuri rencana dari halaman sembarangan mereka, saya selalu bertemu dengan rencana stub sahaja. Sememangnya, kita tidak dapat mengejar bilangan rencana yang dicapai oleh mereka, kerana mereka mempunyai bilangan penduduk yang kira-kira 9 kali lebih daripada kita. Tetapi tak kan kita pun tidak boleh menang juga dari segi kualiti, sedangkan negara kita dianggap lebih maju dari segi ekonomi dan pendidikan?
Markah yang diberikan untuk setiap kategori rencana adalah lebih kurang seperti berikut:
Panjang rencana | Mata |
---|---|
Kurang daripada 3 ayat | 0 mata |
3 - 10 ayat | 10 mata |
10 ayat - 1 skrin | 45 mata |
1 - 2 skrin | 65 mata |
Melebihi 2 skrin | 100 mata |
Oleh itu, persamaan adalah lebih kurang seperti berikut:
Mungkin terdapat sedikit pertikaian tentang pewajaran yang dirumuskan sebab sememangnya, pemberian markah adalah sesuatu yang subjektif. Bagaimanapun, terdapat lebih banyak rencana dalam setiap kategori yang menghampiri had bawah berbanding had atas, umpamanya, untuk "kategori rencana 1 -2 skrin", lebih banyak rencana yang kurang daripada 1.5 skrin, berbanding yang lebih. Serupa juga dengan "kategori 3-10 ayat" yang banyaknya hanya mempunyai 3-4 ayat dan bukannya 8-10 ayat. Tambahan pula, keberkesanan tidak mempunyai hubungan yang linear dengan panjangnya. Sebenarnya, sebuah rencana yang tidak melebihi satu skrin biasanya tidak memberikan banyak manfaat kepada para pembaca.
Suatu perbandingan dengan Wikipedia bahasa Inggeris akan diadakan ketika ada angin. Bagaimanapun, kini kelihatan musim kemarau, hehehe.
NOTA: Perbandingan tidak mengambil kira rencana tarikh, senarai, dan halaman nyahkekaburan. — PM Poon 03:02, 15 Jun 2006 (UTC)
- Hmm, menarik juga. Saya pun dahulunya sangkakan kita lebih baik daripada mereka dari segi kualiti. Apapun, baguslah juga kalau sama kerana dari kuantiti pula Wikipedia kita jauh lebih kurang. Ini bermakna bahawa jika bilangan rencana kita serupa dengan mereka, kualiti kita secara langsung lebih baik daripada mereka. Saya fikir kajian di atas harus memotivasikan semua untuk mengarang rencana yang lebih berkualiti selaras dengan fasa pengukuhan. Saya rasa perbezaan antara kita dengan Wikipedia Indonesia hanyalah berkisar kepada perbezaan nombor penduduk dan secara langsung pengguna aktif, itu sahaja.
- Jika saya dibenarkan menyatakan sesuatu yang berkontroversi, sebenarnya kekurangan kualiti dan kuantiti ini juga boleh dikaitkan dengan faktor luaran, iaitu kecenderungan sesebuah masyarakat kepada ilmu. Wikipedia adalah mengenai keilmuwanan, maka kemajuannya juga berkait dengan mereka yang sukakan ilmu dan menjumpai portal ini. Hal ini dapat kita lihat misalnya, dalam perbandingan antara Wikipedia bahasa Jepun dan Indonesia. Saya tertarik dengan fakta bahawa meskipun penduduk Jepun hanya ada 120 penduduk, bilangan rencana Wikipedia mereka antara yang tertinggi, dan rencana mereka lengkap selengkap-lengkapnya, hehe dan ini jauh lebih banyak dan hebat daripada Wikipedia Indonesia yang, walaupun mempunyai 220 juga penduduk untuk membantu, berkongsi kedudukan heiraki Wikipedia dengan kita. Hal ini disebabkan memang orang Jepun terkenal dengan sifat sukakan ilmu, sehinggakan jika anda mengetahui bahasa Jepun anda dikatakan tidak perlu mengetahui bahasa Inggeris sekurang-kurangnya apabila mahu mendapat maklumat kerana mereka mempunyai buku bahasa mereka dalam semua cabang, daripada bioteknologi hinggalah ke seni Islam. Negara mereka sendiri pun punyai 1,000 universiti dengan sendirinya (berbanding campuran jumlah universiti semua negara Islam yang hanya berjumlah lebih kurang 350) dengan jumlah penduduk 55.5% mempunyai kelulusan universiti (tertinggi di dunia). Semasa saya selalu membelit Wikipedia Inggeris pun, saya dapati amat jarang ada rencana yang tiada interwiki ke Wikipedia Jepun. Dalam perbandingan, negara Indonesia mahupun kita tiada budaya mengejar ilmu sebegini.
- Saya rasa selain daripada Wikipedia bahasa Inggeris, kajian antara kita dan Wikipedia bahasa Jepun juga harus diadakan. Merekalah satu-satunya bahasa Asia yang punyai ranking among the top. Hasil kajian daripadanya juga tentu menarik untuk dikongsikan bersama kita semua dan kita boleh lihat adakah tanggapan saya ini betul atau salah. — Alistair 阿力斯特伊儿 04:36, 15 Jun 2006 (UTC)
Tentang rencana pilihan dan gambar pilihan
Saya sedang mengusahakan bakal ruangan di laman utama iaitu Wikipedia:Gambar pilihan. Jelas apa yang perlu dilakukan adalah menubuhkan rencana-rencana Wikipedia yang mencerminkan Wikipedia:Rencana pilihan tetapi berkait gambar. Bolehkah minta tolong sesiapa berkerjasama mengerjakannya jika sudi? Saya banyak yang tidak mengerti, terutama yang berkait penciptaan templat. Lagi satu saya cadangkan laman-laman tidak terguna seperti Wikipedia:Penyinkiran rencana pilihan dan Wikipedia:Ulasan rencana pilihan dihampuskan kerana kesemua itu sudah dilakukan terus dalam laman perbincangan Wikipedia:Calon rencana pilihan terus semasa rencana itu dicalon sendiri. Usahlah ada rencana khas yang terlalu banyak memandangkan pengguna aktif sangat sedikit. Seperti satu syarikat, kita pun perlu downsize operasi kita juga kerana tak guna mengikut cara perkara dilakukan di Wikipedia Inggeris kerana penyumbang kurang. Alistair 阿力斯特伊儿 06:47, 15 Jun 2006 (UTC)
- Beginilah, saya dah naik pening mengenai kesemua perihal rencana pilihan ni. Apa kata kita gabungkan saja semua perihal rencana pilihan ke dalam satu laman khas, Wikipedia:Rencana pilihan aje? Kriteria, rencana pilihan lepas, dll boleh dimasukkan sekali dalam rencana itu. Pencalonan pun boleh dibuat di laman perbincangannya seperti diamalkan sekarang di rencana bulan ini, kan senang cerita? Bagi sudut gambar pilihan nanti pun kita buatlah macam itu. Kita amalkan format yang mudah dan kecil aje, tak perlu besar-besar kerana portal kita pun kecil. Alistair 阿力斯特伊儿 08:42, 15 Jun 2006 (UTC)
- Setuju, tapi tiga laman yg dah ada tu biarlah. Yang lain saya tolong hapuskan :) ...Aurora... 09:39, 15 Jun 2006 (UTC)
- Baik, terima kasih. Saya hargainya :) Alistair 阿力斯特伊儿 10:42, 15 Jun 2006 (UTC)
Perbandingan "kuantiti" antara Wikipedia bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia
Panjang rencana | Bahasa Melayu | Bahasa Indonesia | ||
---|---|---|---|---|
Peratus | Bilangan | Peratus | Bilangan | |
Kurang daripada 3 ayat | 48% | 6,480 | 39% | 10,413 |
3 - 10 ayat | 23% | 3,105 | 33% | 8,811 |
11 ayat - 1 skrin¹ | 8% | 1,080 | 10% | 2,670 |
1 -2 skrin¹ | 14% | 1,890 | 11% | 2,937 |
Melebihi 2 skrin¹ | 7% | 945 | 7% | 1,869 |
Jumlah | 100 | 13,500 | 100 | 26,700 |
Hai Alistair, anda telah salah mentafsirkan keputusan kajian saya itu kerana "kualiti" tidak akan naik jika bilangan rencana kita naik. Sememangnya ketika membuat analisis, kita harus mengasingkan semua faktor supaya "all things being equal" untuk mencapai perbandingan yang adil. Oleh itu, saya dah asingkan faktor bilangan rencana supaya ia tidak kacau-mengacau keputusannya. Dengan kata yang lain, jika kita mengambil secara rawak 100 rencana daripada rencana bahasa Melayu dan 100 rencana daripada rencana bahasa Indonesia, kualiti mereka (dari segi panjang rencana) sama sahaja dengan kita. Tetapi kalau kita mengambil 100 rencana daripada Wikipedia bahasa Inggeris, ahem.... memang tak sama. Mereka lagi teruk, hehehe (hmmmm, dalam khayalan....)
Sebenarnya, saya juga meninjau rencana bahasa Jepun kerana hendak membuat kajian. Tetapi saiz askara mereka berbeza dengan huruf Rumi dan oleh itu, sebarang perbandingan tidak akan menghasilkan keputusan yang benar. Serupa juga dengan askara Cina, askara Korea, askara Thailand, dan askara India. Sebenarnya, saya hendak membuat perbandingan dengan negara-negara yang besar seperti India, atau Filipina supaya si mata juling dapat nampak bagus di kalangan si-buta, hehehe.
Bagaimanapun, pada pendapat saya, portal Jepun tidak sebegitu canggih berbanding apa yang anda anggap. Sebenarnya, banyaknya tak sampai satu halaman, dan jika Wikipedia bahasa Inggeris tidak ada gambar, mereka juga turut tidak ada gambar. Saya selalu berfikir, kalau Wikipedia bahasa Inggeris tidak ada gambar, mungkin bahasa Jepun mesti ada, sebab mereka amat inovatif. Malangnya, tanggapan saya salah! — PM Poon 10:26, 15 Jun 2006 (UTC)
- Maksud saya semasa menulis pesanan itu adalah berkait dengan kebarangkalian (probability). Walaupun kualiti tidak semestinya berkait dengan kualiti, tetapi apa yang dimaksudkan adalah jika lebih banyak rencana, kemungkinan rencana yang berkualiti dalam himpunan rencana pun lebih tinggi. Maaf kerana tidak jelas. — Alistair 阿力斯特伊儿 10:45, 15 Jun 2006 (UTC)
Untuk penukaran pendapat saja: Saya mempunyai pendapat peribadi yang bertentangan. Jika bilangan rencana naik, kualiti akan turun, seperti dalam pengilangan besar-besaran, atau ketika masak banyak makanan. Sebenarnya, bilangan rencana Indonesia berganda pada tiga empat bulan kebelakangan ini, iaitu daripada 15,000 (Mac 2006) hingga hampir 27,000 sekarang. Penambahan rencana sebegitu pesat memang menyebabkan saya berasa kagum. Bagi tanggapan saya, mungkin mereka cuma mengilang rencana stub. Tetapi walaupun jika penambahan sepuluh ribu rencana pada dua tiga bulan ini benar-benar merupakan penambahan rencana stub, pada hakikatnya, "kualiti" mereka tidak "turun". Dengan kata yang lain, sebelum itu, kemungkinan "kualiti" mereka lagi tinggi sehingga penambahan rencana stub hanya menurunkan kualiti mereka ke tahap kita.
Saya tadi pergi melawat portal mereka dan tengok adanya beberapa hal yang saya boleh bantu dari segi gambar dan reka letak. (Sememangnya, orang Indonesia dah banyak membantu portal ini pada tempoh permulaan.) Tak pasti mereka tidak ada templat TOCleft! Saya dah membantu menciptanya, dan selepas membantu mereka memasukkan atau menaik turun lebih kurang sepuluh gambar daripada Wikimedia Commons dan en:Wikipedia, saya berasa saya akan lebih berkesan jika saya pergi mengunjungi wikipedia-wikipedia yang lain (Wikipedia kelas ketiga) untuk membantu mereka. Kan gambar merupakan bahasa antarabangsa, sedangkan saya memang suka gambar, hehehe. Saya tak akan menyumbang rencana di Wikipedia bahasa Indonesia. Mana tahu nanti temu Alistair versi Indonesia?!! hehehe. Tapi tadi, saya masih dapat membantu membetulkan sebilangan kesilapan menaip. — PM Poon 19:53, 15 Jun 2006 (UTC)
Tentang rencana-rencana Laman Utama
Saya rasa lebih baik kita buat bahagian Laman Utama seperti Laman Utama Wikipedia Inggeris tetapi kita punya buat dalam versi Melayu. Iaitu kita buat seperti berikut:
Wikipedia Inggeris:Today's featured articles | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Melayu:Rencana pilihan hari ini (patut ada) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Inggeris:Did you know... | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Melayu:Tahukah anda... (patut ada) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Inggeris:In the news | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Melayu:Dalam berita (jika perlu) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Inggeris:On this day... | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Melayu:Pada hari ini... (patut ada)
dan yang akhir... | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Inggeris:Today's featured picture | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wikipedia Melayu:Gambar pilihan hari ini (patut ada)
Jadi seperti yang saya tunjukkan diatas merupakan contoh rencana-rencana bahagian yang kita patut ada mengikut perbandingan antara Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Melayu yang saya telah tunjukkan. — Lokey3310 11:02, 15 Jun 2006 (UTC)
Tak bersetuju. Penyumbang portal kita terlaku kurang untuk menukar rencana secara harian. Pasal "Dalam berita" pula saya telah cadangkannya tetapi tiada sambutan, dan saya telah belajar melalui pengalaman di sini bahawa tiada sambutan bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Saya bersetuju dengan bagaimana cara diamalkan kini dan kata sepakat lalu iaitu
Hanya ini sahaja pendekatan realistik kini. Pada masa saya mula-mula sertai portal ini, Lokey3310, saya pun idealis seperti anda juga, tetapi kita kena hadapi realiti. Tak guna ada grandiose ideas jika perkara paling asas seperti rencana piawai pun kurang di portal ini. Alistair 阿力斯特伊儿 11:18, 15 Jun 2006 (UTC) Jalan pintas dan garis panduanJalan pintas merupakan suatu cara yang mudah untuk melompat daripada satu laman ke laman yang lain daripada Wikipedia. Kemudahan ini disediakan untuk kemudahan pengguna mencari laman, khususnya laman khas Wikipedia, untuk manfaat mereka. Ha ha, bunyi macam permulaan satu rencana kan? Anyway, Jalan pintas, iaitu satu kemudahan yang tidak kurang dari sering digunakan di Wiki-en, nampaknya tidak diamalkan penggunaannya di portal kita ini. Semasa menemui WP:JP, saya hairan melihat hanya laman itu sendiri dan Kedai Kopi diberikan kemudahan itu. Memandangkan ia mudah, kenapa kita juga tidak mahu amalkannya? Dengan pengembangan senarai oleh saya seperti di bawah, saya berharap ia akan digunakan dengan lebih mulai sekarang. Senarai jalan pintas
Senarai tidak perlu berhenti setakat itu sahaja. Secara idealnya, kesemua laman khas Wikipedia mesti mempunyai satu jalan pintas untuk mempermudahkan perkara, misalnya penguatkuasaan garis panduan. Misalnya jika saya temui rencana ciplak bahasa Inggeris saya akan memesan kepada pengguna yang melakukannya, umpamanya "Anda dikesan melanggar [[WP:EN|polisi larangan ciplakan rencana Wikipedia Inggeris]]. Sila pastikan pematuhan anda." Marilah kembangkan senarai dan bilangan Jalan pintas bersama! Alistair 阿力斯特伊儿 11:06, 15 Jun 2006 (UTC) Perbandingan "kualiti" antara Wikipedia bahasa Melayu, Indonesia, dan Inggeris
Kesilapan dalam analisis dahulu terdiri daripada fakta bahawa mata maksimum ialah 45 mata, dan bukan 100 mata. Ini telah dibetulkan ketika saya berasa hairan mengapa mata untuk bahasa Inggeris hanya 22 mata. Bagaimanapun, keputusannya adalah sama sahaja, iaitu kualiti Wikipedia bahasa Melayu adalah sama dengan Wikipedia bahasa Indonesia. Perbezaan yang sedikit itu tidak boleh dikira disebabkan kita hanya menggunakan sampel 100 butiran. Bagaimanapun, keputusan bahasa Inggeris menunjukkan bahawa mereka hanya mencapai 41.7%. Dengan itu, kita mendapat gambaran yang lebih jelas, iaitu Wikipedia bahasa Inggeris masih belum penuh (saturated). Saya selalu salah menganggap bahawa dengan satu juta lebih rencana, tiada banyak lagi sumbangan yang boleh diberikan oleh sesiapa. Kesimpulan:Analisis ini menunjukkan bahawa:
Analisis ini hanya dihadkan kepada "kualiti" dari segi lengkapnya rencana sahaja. Kalau nak berbincang tentang bilangan rencana, kita adalah jauh di belakang Wikipedia bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, iaitu kuantiti rencana kita adalah:
Sebagai kesimpulan untuk kesimpulan:
Penyeragaman Rencana pilihan, Gambar pilihan dan Rencana bulan ini serta perlaksanaan ruangan Gambar pilihanDengan sukacitanya diumumkan bahawa penyeragaman antara ketiga-tiga ruangan Sumbangan Pilihan pada portal kita yang utuh ini, iaitu Rencana pilihan, Gambar pilihan dan Rencana bulan ini hampir selesai. Ketiga-tiganya kini mengunapakai format yang sama, iaitu satu laman untuk keterangan am berserta arkib, satu untuk menghuraikan kriteria dan satu untuk mencalon. Saya juga telah menghidupkan Wikipedia:Ulasan sebaya (jalan pintas WP:US atau WP:PR) supaya kita boleh meletakkan rencana atau gambar untuk mendapat peer review sebelum mencalon. Adalah digalakkan untuk sentiasa menggunakan ruangan ulasan sebaya untuk memperdebat rencana atau gambar supaya portal kita dapat kritikan membina dan profesional selaras sebagai portal himpunan ilmu. Penyeragaman antara ketiga-tiga ruangan pilihan ini tidak sempurna, tetapi sekarang cukup sebagai dasar untuk digunakan. Ruangan sumbangan terbaru, iaitu "Gambar pilihan" dijangka terlaksana mulai bulan depan iaitu pada 1 Julai. Pencalonan pertama sudah dibuat dan boleh disokong/ditentangi. Disamping itu, pencalonan tarikh seterusnya iaitu pada 11 Julai juga boleh dibuat sekarang. Penukaran gambar pilihan dijangka menjadi 3 kali sebulan iaitu sama seperti Rencana pilihan. Semasa meneliti Wikipedia:Apakah itu gambar pilihan? sambil menterjemahkannya, saya dapati bahawa lazimnya gambai piawai itu didapati daripada koleksi seorang penyumbang itu sendiri, kerana ia amat ketara bahawa sumber paling mudah gambar lesen bebas adalah daripada pemyumbang. Oleh sebab ini, bagi sesiapa yang minat fotografi itu, inilah peluang anda mengasah bakat fotografi anda! :D Tangkaplah gambar yang cantik/menarik dll. dan muatnaikkannya, gunakan ia untuk memperlengkap suatu rencana dan kemudian calonkannya. Manalah tahu, gambar yang anda ambil itu akan terpilih untuk pameran seterusnya! Ruangan gambar pilihan juga merupakan peluang kita yang tinggal di negara Malaysia bumi bertuah ini untuk mempamerkan kecantikan negara kita. Saya sendiri amat galakkan pencalonan gambar yang berorientasikan tempatan. Saya juga ingin mengatakan rasa gembira saya bahawa ruangan Rencana bulan ini telah mendapat sambutan hangat (namun saya tidak tahu adakah ia kebetulan kerana semua orang minat bola?) tetapi setakat ini masih tiada pencalonan rencana bulan ini seterusnya. Calon-calonkanlah rencana yang difikirkan boleh diusahakan bersama menjadi piawai. Ini kan portal kita, kita hendaklah berbangga akannya :) Secara ringkasan, kini terdapat tiga ruangan sumbangan pilihan, iaitu Rencana pilihan, Gambar pilihan dan Rencana bulan ini. Sudut "Tahukah Anda?" bakal kehilangan status sumbangan pilihannya selepas perlaksanaan format baru yang mengikuti format di Wikipedia Inggeris. Saya cadangkan penghampusan format lama Tahukah Anda dan perlaksanaan Gambar pilihan diadakan serentak, iaitu pada 1 Julai bulan depan. Sekian, saya yang menjalankan tugas (Cewah), — Alistair 阿力斯特伊儿 14:33, 18 Jun 2006 (UTC)
KedutaanSelepas berterima kasih kepada Pengguna:Ji-Elle kerana menolong membetulkan bahasa Perancis di laman pengguna saya, hehe, saya sedar bahawa portal kita belum mendirikan kedutaannya untuk perihal InterWiki lagi. Apa kata kita dirikannya sekarang? Cuma perlu ciptakan templat yang serupa macam di Kedai Kopi ini dan letakkan pautan di Laman Utama sahaja. Saya juga cadangkan satu templat khas untuk mengucapkan selamat datang kepada "orang asing" yang datang untuk perihal InterWiki. Alistair 阿力斯特伊儿 07:02, 19 Jun 2006 (UTC)
Hai Semua, Selain itu terdapat beberapa perkara penting lain, iaitu:-
Yosri 09:46, 19 Jun 2006 (UTC) Sebarang pengguna yang aktif boleh mendaftar sebagai Duta. Pencalonan penyelia agak perlahan, tidak cukup sokongan bagi perlantikan. Semoga penyelia lain sila melawat Wikipedia:Penyelia bagi mendaftar sokongan atau bantahan anda. Yosri 10:09, 19 Jun 2006 (UTC) StatistikSesiapa yang berminat dengan statistik Wikipedia Melayu boleh melawat di sini : http://stats.wikimedia.org/EN/TablesWikipediaMS.htm Yosri 13:55, 19 Jun 2006 (UTC)
Nak jadi CheckUser bukan senang. Ada banyak syarat:
Ada orang lain lagi? Cukup pengundi? ...Aurora... 06:30, 20 Jun 2006 (UTC)
Kedutaan sudah didirikan
Bukan sahaja mat salleh tetapi berbagai-bagai bangsa di dunia. Harap portal ini aktif supaya Wikipedia BM mendapat reputasi yang baik. — Master2841 08:52, 20 Jun 2006 (UTC) Tahniah. Benarkan saya untuk mencadangkan pihak duta mendaftarkan diri di Translator available di Wikipedia Inggeris. Pendaftaran tersebut mungkin akan meluaskan lagi pengaruh serta fungsi duta bahasa Melayu. __earth 14:37, 20 Jun 2006 (UTC)
Atas dasar niat baik, saya telah mendaftarkan Emrrans sebagai salah seorang duta kita. Semoga Emrrans mengambil peluang kedua ini untuk memadamkan sejarahnya yang malap di portal kita dan bertukar menjadi seorang penyumbang yang baik. Bah kata Polar dan Master2841, sebagai orang Melayu dan Islam, dan selaras dengan peribahasa "buang yang keroh, ambil yang jernih", kita mesti saling bermaafan. Akan tetapi Emrrans saya rasa saya berucap bagi semua apabila mengatakan ini peluang yang terakhir. Selepas ini tiada lagi. Saya juga telah mendaftarkan Hayabusa future kerana sememangnya selama ini dia adalah penghubung kita dengan Wikipedia Indonesia. Saya rasa cukuplah 5 orang duta rasmi pada satu masa. Lagipun kebanyakan kedutaan hanya ada 1, tak pun hanya 2 orang sahaja. Kedutaan kita sudah ada lebih daripada cukup duta rasmi. Yang lainnya kalau hendak boleh jadi duta tak rasmi. Lagipun sebenarnya kita semua mewakili portal kita :) Alistair 阿力斯特伊儿 18:42, 20 Jun 2006 (UTC)
Terjemahan mingguanHai nampaknya tindak balas yang pantas mengenai isu-isu yang ditimbulkan. Dengan ini saya ingin mengusulkan satu lagi projek yang baik, memandangkan jumlah penyumbang di sini sudah meningkat. Setiap minggu sebuah rencana akan dipilih bagi diterjemah oleh semua Wikipedia. Sesiapa yang berminat boleh merujuk di sini Terjemahan mingguan. Kita turut boleh mencadangkan rencana mengenai Malaysia / ASEAN diterjemahkan oleh Wikipedia lain, tetapi perlu diterjemah kepada bahasa Inggeris dahulu. Sekian untuk dipertimbangkan. Yosri 13:11, 21 Jun 2006 (UTC) Polisi lanjutanSatu lagi "pemberanian" dalam mencipta polisi, iaitu Wikipedia:Polisi lanjutan. Terlalu kompleks dihuraikan, jadi sila bacakan terus polisi berkenaan. Polisi ini memang perlu (bukan suka-suka buat polisi) untuk 1) Memastikan polisi dan garis panduan mempunyai pelengkap dengan membenarkan aplikasi polisi dan garis panduan Inggeris di mana yang Melayunya tiada dan 2) Membenarkan aplikasi polisi dan garis panduan Inggeris di Kedutaan untuk keselesaan tetamu asing. Alistair 阿力斯特伊儿 08:28, 22 Jun 2006 (UTC) Rencana bulan ini?Pencalonan rencana pilihan nampaknya terus mendapat sambutan, dan nampaknya juga gambar pilihan, tetapi bagaimana pula dengan rencana bulan ini? Sudah 22 Jun, mengapa masih tiada yang mencalon? Alistair 阿力斯特伊儿 13:00, 22 Jun 2006 (UTC) Kes EmrransRujukan: Wikipedia:Penyelia, serta lain-lain halaman berkaitan sebelumnya. Umumnya kita iaitu komuniti Wikipedia Melayu mengetahui akan tindak-tanduk seorang bekas penyelia baru-baru ini membuat beberapa kesalahan di portal Melayu baru-baru ini, kesalahan berikut adalah:
Emrrans juga menyalah gunakan kuasanya sebagai penyelia sebelum dia dilucutkan jawatan itu, iaitu dengan mengkhianati seorang lagi pengguna (breach of trust) dan cuba untuk memberi akaun penyelianya kepada orang lain yang tidak dikenali. Atas sebab permintaannya sendiri, beliau telah dilucutkan jawatan penyelia tetapi kini beliau mahu memohon semula menjadi penyelia (bahkan sanggup juga meminta status birokrat) dan terus tetap dengan pendiriannya itu, meskipun kepercayaan yang berbekalnya selama ini telah hilang. Umumnya semua mengetahui bahawa kepercayaan itu, apabila hilang, sukar untuk dikembalikan. Atas sebab ini, pada pendapat saya sebagai seorang ahli komuniti Melayu yang turut tekilan bersama kesemua ahli komuniti yang lainnya, berasa bahawa tindakan Emrrans yang lepas harus dihukum. Ini bukan untuk "membalas dendam" tetapi setiap yang dilakukan seorang itu haruslah dibalas, atau every action one makes must be met with the appropriate consequences. Lagipun kita punyai undang-undang iaitu polisi dan garis panduan yang mesti dikuatkuasakan jika mereka mahu diberi kredibiliti dan kesan dalam mengawal pentadbiran. Jika saya sendiri menjadi Emrrans dan saya benar-benar menyesal pun, saya akan menerima hukuman sebagai sesuatu yang wajar oleh sebab kesalahan yang saya lakukan. Syoran hukuman saya adalah;
Namun ini hanyalah apa yang saya cadang, dan ia masih terbuka untuk perdebatan ahli komuniti yang lain. Bagaimana dengan anda semua sekalian? Alistair 阿力斯特伊儿 12:35, 23 Jun 2006 (UTC) Saya setuju dengan cadangan anda di atas, Alistair. Tapi Alistair anda memang boleh jadi hakim Wikipedia kerana anda mengesyorkan hukuman. Acah saja. Didie 13:44, 23 Jun 2006 (UTC)
Saya rasa syaitan menguasai anda, AlistairHai semua pengguna, untuk makluman anda semua, Alistair telah mencemuh saya secara peribadi dan ini amat menyakitkan hati saya. Sila lihat perbuatannya: Di Wikipedia:Penyelia....
Di kedai kopi kata anda seperti berikut.... Kes EmrransRujukan: Wikipedia:Penyelia, serta lain-lain halaman berkaitan sebelumnya. Umumnya kita iaitu komuniti Wikipedia Melayu mengetahui akan tindak-tanduk seorang bekas penyelia baru-baru ini membuat beberapa kesalahan di portal Melayu baru-baru ini, kesalahan berikut adalah:
Emrrans juga menyalah gunakan kuasanya sebagai penyelia sebelum dia dilucutkan jawatan itu, iaitu dengan mengkhianati seorang lagi pengguna (breach of trust) dan cuba untuk memberi akaun penyelianya kepada orang lain yang tidak dikenali. Atas sebab permintaannya sendiri, beliau telah dilucutkan jawatan penyelia tetapi kini beliau mahu memohon semula menjadi penyelia (bahkan sanggup juga meminta status birokrat) dan terus tetap dengan pendiriannya itu, meskipun kepercayaan yang berbekalnya selama ini telah hilang. Umumnya semua mengetahui bahawa kepercayaan itu, apabila hilang, sukar untuk dikembalikan. Atas sebab ini, pada pendapat saya sebagai seorang ahli komuniti Melayu yang turut tekilan bersama kesemua ahli komuniti yang lainnya, berasa bahawa tindakan Emrrans yang lepas harus dihukum. Ini bukan untuk "membalas dendam" tetapi setiap yang dilakukan seorang itu haruslah dibalas, atau every action one makes must be met with the appropriate consequences. Lagipun kita punyai undang-undang iaitu polisi dan garis panduan yang mesti dikuatkuasakan jika mereka mahu diberi kredibiliti dan kesan dalam mengawal pentadbiran. Jika saya sendiri menjadi Emrrans dan saya benar-benar menyesal pun, saya akan menerima hukuman sebagai sesuatu yang wajar oleh sebab kesalahan yang saya lakukan. Syoran hukuman saya adalah;
Namun ini hanyalah apa yang saya cadang, dan ia masih terbuka untuk perdebatan ahli komuniti yang lain. Bagaimana dengan anda semua sekalian? Alistair 阿力斯特伊儿 12:35, 23 Jun 2006 (UTC) Yosri, cuba anda lihat bahawa saya memang sudah bertaubat sepenuhnya. Dan, saya boleh menjadi penyelia yang dihormati. Yosri, anda perlu memujuk mereka terutama Alistair dan Didie supaya mereka berhenti mengancam saya. — Emrrans 16:24, 23 Jun 2006 (UTC) P/S: Jika anda Alistair cuba mahu lagi menyusahkan saya. Buatlah, andalah yang sepatutnya bertaubat. Bukan saya. Tak mengapa, kalau anda sakitkan hati saya anda yang susah bukan saya, Alistair. Saya tiada apa-apa kaitan dengan pengguna lain di sini dan termasuk juga anda, Alistair.
Kenapa dengan kamu ni Emrrans, sebelum ini PM Poon, sekarang Aurora dengan saya pulak yang menjadi sasaran kamu juga Alistair. Saya tidak bermaksud untuk mengancam kamu, Emrrans. Saya juga ingin mengesyorkan supaya Emrrans tidak diberi peluang langsung untuk menjadi penyelia dan birokrat juga disekat akaun penggunanya selama setahun dengan segera kerana perbuatannya menjadi-jadi dan masih tidak insaf lagi juga untuk mengelak daripada pengguna lain menjadi sasarannya. Yosri, diharap pertimbangan ini diterima kerana Emrrans sudah melanggar peraturan penyelia mahupun Wikipedia. Mungkin pengguna lain juga setuju dengan cadangan ini. Hai Alistair, setelah saya mendapati apa yang ditulis oleh anda, saya lihat anda sering menggunakan perkataan niat ditulis kepada nait. Harap maklum Didie 14:23, 24 Jun 2006 (UTC)
Ancaman spamSaya rasa Alistair dan Polar sudah dapat membaca maksud di sebalik penulisan tajuk ini. Sejak kebelakangan ini, terdapat aktiviti spamming oleh seorang spammer yang sering menulis link-link spam di laman-laman universiti di Indonesia dan pada hari ini spammer ini juga telah membuat perkara yang serupa dengan menggunakan ip-ip yang berbeza (Alistair telah memperbetulkannya). Semalam Polar telah memperbetulkan perkara yang sama dan sehari sebelum itu saya telah membetulkan perkara yang sama. Barang kali spammer itu akan membuat perkara yang sama keesokkan harinya. Oleh kerana spammer ini sering mensasarkan perbuatan buruknya pada laman universiti-universiti Indonesia saya cadangkan laman ini dilindung (secara separa) daripada diedit oleh pengguna tidak berdaftar. Saya tak pasti sama ada cara ini akan berkesan tetapi ia mungkin dapat menghalang sementara spammer itu. — Master2841 17:17, 23 Jun 2006 (UTC)
Saya telah cipta rencana sebenar ketiga-tiga universiti berkenaan dan melindungi mereka. Alistair 阿力斯特伊儿 05:16, 27 Jun 2006 (UTC)
Penggunaan perkataan "Malaysia"Hai para pengguna, saya mendapati bahawa sering kalinya, kita terlupa menggunakan perkataan "Malaysia" ketika merujuk kepada negara Malaysia dan kekadang juga, kita menggunakan perkataan "tempatan". Janganlah lupa bahawa Wikipedia bahasa Melayu adalah sebuah portal antarabangsa, dan bukannya portal Malaysia. Oleh itu, tempatan untuk pembaca Afrika ialah Afrika dan bukannya Malaysia, hehehe. — PM Poon 06:58, 26 Jun 2006 (UTC)
Sebenarnya, saya merujuk kepada rencana-rencana yang berkaitan dengan Malaysia, dan bukannya rencana berkenaan dengan pengurusan Wikipedia. Umpamanya, ketika menulis rencana Bukit Cina, kita tidak boleh menganggap bahawa para pembaca memang tahu mana tempat itu Melaka. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa kita kena masukkan nama Malaysia, iaitu "Melaka, Malaysia" dan bukannya hanya "Melaka". Lagi satu contoh: "Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat Johor" menganggap bahawa pembaca antarabangsa tahu mana itu Johor. Terdapat banyak contoh lagi yang menggunakan perkataan "tempatan" sebagai pengganti untuk perkataan "Malaysia", dan terdapat sekurang-kurang satu rencana Indonesia yang menggunakan "tempatan" untuk negara Indonesia, tanpa menerangkan konteks penggunaan perkataan "tempatan" itu. — PM Poon 10:20, 26 Jun 2006 (UTC) Apa itu kemelayuan?Hmmm, ini memang merupakan satu persoalan yang begitu peka, hehehe. Sebenarnya sehingga hari ini, saya masih keliru. Jika orang Indonesia yang merupakan golongan Melayu yang terdekat dan terbesar di dunia tidak boleh dianggap sebagai Melayu dalam konteks portal ini, siapakah selain daripada kaum Melayu Malaysia, Brunei, Singapura dan mungkin Thailand Selatan yang boleh dianggap sebagai orang Melayu? Tak kan yang dekat tak boleh dianggap sebagai sebahagian portal ini, sedangkan yang jauh, seperti di Madagascar dan Turki, boleh? Lagi satu perkara yang saya keliru. Adakah portal ini Wikipedia Melayu ataupun Wikipedia bahasa Melayu? — PM Poon 10:37, 26 Jun 2006 (UTC)
PM Poon, setelah membaca penerangan anda, saya pun nak kata "oh, begitu rupanya" :D. Kalau begitulah konteksnya, saya pun sokong apa yang anda katakan. Mengenai kemelayuan pula, saya fikirkan masalahnya cukup kompleks, sedangkan cendakiawan-cendakiawan pun bertikai antara sesama sendiri tentang apanya itu Melayu, masakan kita orang biasa boleh mendefinasikannya dengan tepat. Buat masa kini rasanya saya, semua orang punyai takrifan tersendiri mengenai apakah yang menyifatkan bangsa yang termuda di dunia ini. Saya sendiri punyai takrifan yang akan saya kongsikan untuk renungan semua disamping sebahagian daripada sumbangan untuk menggalakkan perbincangan bersifat interlektual di portal ini. Sebelum mula, biarlah saya memperbetulkan suatu tanggapan yang silap, hehe. Yosri telah berkata kalau ini Wiki Melayu, maka saya bersama dengan PM Poon akan susah untuk masuk menulis - dan ini adalah indikasi jelas bahawa saya telah disalah anggap sebagai seorang Cina. Kesilapan ini saya akui mungkin disebabkan saya yang menggunakan tulisan Cina dalam tandatangan saya serta menghias laman pengguna dengan tulisan Cina, hehe (saya dah agak ini akan berlaku dan oleh sebab itu saya telah cipta teg pengguna Melayu, tak sangka berlaku juga!) tetapi ini hanya disebabkan saya sedang pelajari bahasa Cina dan minat dengan budaya Cina sahaja. Saya sebenarnya berbangsa kacukan, iaitu separuh Wales dan separuh lagi Melayu (malangnya saya tidak tahu berbahasa Wales :( ) tetapi itu sebenarnya tidak penting kerana saya telah diterima masyarakat Melayu sebagai seorang Melayu, dan telah menanggap diri sebagai seorang Melayu. Saya bersetuju dengan Dr. Mahathir dalam bukunya Dilema Melayu, di mana dia berkata orang Melayu memang mudah mengasimilisasikan bangsa lain. Misalnya, sebelum kedatangan Islam, masyarakat India dan Cina yang datang ke Nusantara ini yang telah berkahwin dengan orang Melayu diasimilisasikan dengan mudah sehinggakan anak-anak mereka tak fikirkan lagi asal-usul mereka dan meskipun mereka telah mewarisi kebolehan nenek moyang mereka (seperti kebolehan berniaga dengan baik), mereka beranggapan diri sendiri sebagai Melayu. Apabila orang Arab telah datang perkara yang sama berlaku, cuma perbezaannya adalah semua orang Melayu menganuti agama Islam, iaitu agama yang dibawa oleh mereka. Meskipun begini, orang Melayu tetap tidak mengambil identiti bangsa Arab (tak seperti di Sudan, yang walaupun sebenarnya kebanyakan penduduknya adalah orang Afrika berkulit hitam, tetapi yang Islamnya telah terus menganggap diri mereka sebagai Arab) dan umumnya semua maklum bahawa orang Melayu yang berketurunan Arab di negara ini, sebagai contoh yang memakai gelaran "Syed", tetap beridentiti Melayu dan tak pula mengatakan diri mereka adalah "Arab", bukan? Orang Indonesia dan orang Melayu Malaysia adalah serumpun, tetapi kini, telah berbeza meskipun mempunyai asal sama. Satu analogi yang boleh diperbandingkan dengan situasi ini adalah hubungan Arab dengan Yahudi. Yang mengaji agama mengetahui bahawa sebenarnya orang Yahudi bani Israil dan orang Arab pun serumpun, iaitu mempunyai bapa pengasas (patriach) yang sama iaitu Nabi Ibrahim a.s. (Abraham). Bezanya cuma ibu yang berbeza dan seterusnya keturunan telah berpisah daripada anak-anak yang dilahirkan kedua ibu-ibu itu. Sarah yang merupakan isteri pertama Nabi Ibrahim melahirkan Ishaq (Issac) dan Hajar yang merupakan isteri kedua meskipun telah melahirkan anaknya lebih awal daripada Sarah iaitu Ismail (Ishmael). Orang Arab berketurunan daripada Ismail manakala orang Yahudi berketurunan daripada Ishaq. Kedua-dua bangsa yang terhasil ini merupakan Semetik iaitu orang yang berasal daripada Timur Tengah, kalau anda lihat pun bahasa mereka iaitu bahasa Arab dan bahasa Ibrani tidak banyak berbeza (misalnya manakalah bahasa Arab punyai huruf "Alif" = ا, bahasa Ibrani punyai huruf "Aleph" = א) tetapi kini mereka tetap berbeza. Israel kini sebagai satu negara adalah negara yang berbeza sekali budayanya dan pegangannya berbanding negara-negara lain di Timur Tengah yang berbangsa Arab. Begitulah juga kita dengan Indonesia, asal serupa tetapi kini kami berdua mempunyai negara bangsa (nation-state) yang berbeza dan mahu berevolusi membentuk identiti tersendiri yang merdeka antara satu sama lain dan berlainan. Mengenai hubungan bahasa Melayu Malaysia-Indonesia pula, saya sokong pendekatan yang diambil oleh para penyokong kemerdekaan Taiwan, iaitu "special state-to-state ties" (hubungan istimewa dua negara dengan China) tetapi tetap sebagai "one state on each side of the Taiwan straits" (satu negara di setiap sempadan bertentangan selat Taiwan, iaitu negara China pada satu belah, dan negara Taiwan yang berasingan pada belah yang satu lagi). Begitulah juga dengan bahasa kita berdua, ada "special language-to-language ties" tetapi bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia adalah bahasa berasingan pada dua-dua belah selat Melaka, hehe. Sebagai kesimpulan, mengenai bangsa, kita dan Indonesia mempunyai asal sama tetapi kini berasingan, dan bahasa pun telah berpecah berasingan, dan mesti dibiarkan berasingan. Itulah tanggapan saya. Alistair 阿力斯特伊儿 13:18, 26 Jun 2006 (UTC)
Selamat menyunting di Wikipedia Melayu kepada para pengguna dan juga para penyeliaHai semua pengguna, selamat menyunting di Wikipedia Melayu kepada semua para pengguna dan penyelia. Saya berharap agar Wikipedia Melayu menjadi maju. Saya rasa tidak perlu saya mencari salah orang lain kerana Wikipedia Melayu bukan milik saya. Jadi kepada para penyelia, terutamanya Alistair, Yosri dan Aurora, selamat menyunting! — Emrrans 13:09, 26 Jun 2006 (UTC) Interwiki dan KategoriSemasa "rondaan" kepenyeliaan hehe, saya perhatian adanya pengguna berdaftar yang sering lupa dua perkara yang penting dalam rencana ciptaan mereka. Meskipun rencanya yang dicipta mereka cukup bagus, tetapi perkara yang sering dilupakan adalah perletakan Interwiki ke Wikipedia bahasa lain (dan juga perletakan Interwiki di Wikipedia lain ke rencana bahasa Melayu) serta kategori rencana. Perletakan kedua-dua ini adalah penting untuk pengelasan rencana. Pesanan ini hanya setakat ingatan. Harap maklumlah sesiapa yang ada buat itu. — Alistair 阿力斯特伊儿 08:48, 27 Jun 2006 (UTC) |