Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib5/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Kueh makmur

Wei, wei, wei! Kan ini kedai kopi? Mengapa tak ada orang layan! kuih makmur satu (gua makan, lu makmur,... lagi manyak gua makan, lagi miskin gua menjadi), hmmmm... flie lice satu, dan teh tarik kurang manis satu. Tengok! semua merah! Apa laaaa... — PM Poon 06:39, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

Makan nasi lemaklah. ...Aurora... 15:36, 13 Mei 2006 (UTC)[balas]
Silap lah, tatak faham loo.... Sudah sampai ini.... Yosri 05:36, 15 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rakan Baru

Saya merupakan rakan baru anda tetapi belum tahu cara untuk mendaftar. Namun saya telah menyumbang artikel tentang tanah kelahiran saya di Tanjung Sedili. Selain itu, saya juga berminat mengkaji tentang masyarakat madura dan bawean(boyan) di Malaysia kerana saya berpengalaman bersama mereka. Harap dapat bersama-sama anda semua menyumbang dan berkongsi maklumat. Ciklee219.93.14.126 15:42, 11 Mei 2006 (UTC)[balas]

* * * * *
Hai Ciklee, selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu! Untuk mendaftar, anda cuma perlu mencapai halaman Laman Utama dan memasukkan dua butiran sahaja, iaitu:

Bilangan penutur bahasa Melayu

Betul ke bahasa Melayu mempunyai 7–18 juta orang penutur asli, dan 200–300 juta pada semuanya? BOHONG KOT! Semalam, rupanya seolah-olah saya seorang je dalam dunia ini, dan saya bertutur dalam bahasa Melayu seolah-olah enjin yang rosak, hehehe. — PM Poon 23:00, 15 Mei 2006 (UTC)[balas]

Secara peribadi saya lebih menyokong pandangan yang mengatakan bahawa bahasa yang dituturi di Malaysia bernama Bahasa Melayu tetapi bahasa yang dituturi di Indonesia adalah Bahasa Indonesia. Kedua-dua bahasa ini adalah seperate atau berlainan, dan tidak harus disamakan. Bahasa Indonesia bukanlah Bahasa Melayu kerana ia berasal daripada dialek Kepulauan Riau yang dimodifikasikan mengikut acuan mereka. Hatta, ia tidak haruslah dilihat sama lagi. Mutual intelligebility (memahami antara satu sama lain) pun bukanlah alasan kerana Bahasa Portugal dan Bahasa Sepanyol pun kedengaran lebih kurang sama dan penuturnya memahami percakapan diantara mereka tetapi bahasa-bahasa Eropah ini tidak pula "dianggap satu". Saya telah menaikkan objeksi yang sama di perbincangan laman utama tentang kotak "Are you unable to converse in Malay?" di laman utama. Bahasa Melayu tidak mempunyai 250 juta penutur, tetapi hanyalah 14 juta (estimate) dan memandangkan bilangan penuturnya rendah dan kepantasan lingua franca dunia Bahasa Inggeris "menelan" bahasa-bahasa lain (seperti yang ditulis dalam satu buku English as a Global Language, saya lupa nama pengarangnya) bahasa Melayu haruslah dipelihara. Alistair 阿力斯特伊儿 15:42, 16 Mei 2006 (UTC)[balas]
14 juta? Begitu rendah? Saya berpendapat jika kita mengecualikan Bahasa Indonesia, jumlah penutur BM mesti lebih daripada 20 juta - jumlah penduduk Malaysia kira-kira 25 juta, dan saya fikir kebanyakan penduduknya mestilah kalau bukan fasih, masih boleh mengguna sedikit Bahasa Melayu/Malaysia. Johnleemk 07:58, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]
Kalau menurut pandangan tersebut, penutur Bahasa Inggeris adalah Queen English, tak sama dengan Inggeris Australian, atau Inggeris Amerika.. tu tak masuk lagi Manglish, Singlish dan berbelas-belas Iblis lain. Setiap satu bahasa Inggeris, mempunyai selang, loghat, t'elor masing-masing tetapi masih boleh difahami dan dianggap bahasa Inggeris. Di England sendiri terdapat berbagai slang yang penduduk Landon sendiri tak faham, tetapi masih dikenali sebagai bahasa Inggeris. Kenapa pula kita hendak membezakan bahasa Melayu dengan terperinci. Bahasa Melayu adalah dari kepulauan Riau, sama seperti bahasa Indonesia, jadi saya berpendapat tidak perlu dipisahkan keluarga yang satu. Saya tidak tahu sejauh mana Mutual intelligebility antara Bahasa Portugal dan Bahasa Sepanyol yang Alistair dakwa, tetapi sepanjang yang saya biasa dengan bahasa Sepanyol (semasa belajar dahulu), berlainan dengan bahasa Portugal. Apa buktinya yang dikatakan kedua bahasa itu sama? Yosri 05:41, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]
Satu perbezaan adalah tiada tulisan Inggeris Australia; mereka masih guna "Commonwealth English" dalam menulis. Ada sedikit perbezaan antara Inggeris UK dengan Inggeris AS dalam menulis, tetapi bukan besar sangat. Saya fikir perbezaan ini sama sahaja dengan perbezaan antara BM dan Bahasa Indonesia. Tetapi, ada satu Wikipedia Inggeris sahaja. Di sini kita ada Wikipedia BM dan Wikipedia Bahasa Indonesia. Oleh itu, saya fikir lebih tepat untuk guna jumlah penutur bagi Bahasa Melayu sahaja, tetapi juga menyatakan bahawa ada banyak persamaan antara BM dan Bahasa Indonesia. Johnleemk 07:58, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya berpendapat bahawa bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia ialah dua spesies bahasa Melayu yang utama, tetapi bukannya merupakan bahasa Melayu sendiri. Sebagai perbandingan dengan taksonomi tumbuhan, bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia merupakan spesies dan bahasa Melayu merupakan genusnya. Oleh itu, nama binomial bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu Indonesia, dan bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu Malaysia.

Saya tidak tahu tentang keasalan bahasa Melayu. Yang saya cuma tahu ialah bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia merupakan dua adik beradik, satu berkahwin dengan orang Belanda, dan satu lagi berkahwin dengan orang Inggeris. Bahasa Indonesia masih mengekalkan pengaruh bahasa Belanda, sedangkan bahasa Malaysia sengaja mengikut bahasa Inggeris. Umpamanya, semua perkataan pinjaman bahasa Malaysia mendasarkan bahasa Inggeris, dan bukannya mendasarkan bahasa asalnya. Sebagai contoh, nama benar Jacques Cartier, seorang penjelajah Perancis, ialah Jakez Karter. Mengapakah kita tidak menggunakan "Jakez Karter", tetapi menggunakan "Jacques Cartier"? Kan ejaan "Karter" lebih dekat dengan sistem ejaan bahasa Melayu Malaysia?

Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan kilang bahasa Melayu Malaysia. Apa yang dihasilkan, tiada orang di dunia ini tahu, kecuali orang Malaysia. Sebenarnya, banyak orang Malaysia pun tak tahu, sebab Dewan Bahasa pun sendiri keliru. Ini boleh dilihat daripada halaman Kamus Istilah Dewan Bahasa yang mempunyai dua lajur, satu untuk istilah baru, dan satu untuk istilah lama.

Untuk kepentingan kejujuran, saya berasa kita harus mengatakan bahawa bahasa di portal ini ialah bahasa Melayu Malaysia bagi mengelakkan salah faham bahawa portal kita ini dapat memperolehi penyumbang daripada Afrika Selatan yang mempunyai 496,000 penutur bahasa Melayu spesies Afrika Selatan. — PM Poon 09:32, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]


Sebenarnya sebab utama saya mendaftarkan Wikipedia ini sebagai Wikipedia Bahasa Melayu dan bukannya Wikipedia Bahasa Malaysia adalah kerana saya tidak ingin mengongkong kepada istilah DBP semata-mata. Sebaliknya lebih terbuka kepada seluruh ceruk rantau Melayu - ASEAN dan mana-mana penutur Melayu. Terdapat penutur bahasa Melayu di Afrika Selatan yang mempunyai pertubuhan mereka sendiri. Tentang kenapa mereka tidak menyumbang, anggaplah sebegini, 25 juta rakyat Malaysia, berapa kerat yang mendaftar, lagi sedikit yang menyumbang. Tetapi itu bukanlah masaalahnya, yang penting adalah berapa pengguna yang membacanya. Kenapa hendak dibezakan bahasa Indonesia dari rumpun bahasa Melayu. Kalau macam tu, kena buat bahasa Kelantan Wikipedia, Bahasa Terengganu Wikipedia, Kedah Wikipedia, Penang Wikipedia, Pahang Wikipedia, sebab semuanya tak bunyi sama... Tulispun tak sama. Apa gerek-gerek.... Apa gocoh-gocoh... "Mu kecek tok paham wee susoh nok royat..." tak fahamlah, sebab bahasa bukan bahasa Melayu kot mengikut takrifan baru..... Apa itu Bahasa Melayu Malaysia. Adakah ianya loghat KL, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang? Siapa pula yang bakal menentukan yang mana bahasa Malaysia, yang mana bukan. Kena panggil polis ni? Yosri 12:00, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

==Apakah itu Bahasa Melayu Malaysia?== Kan senang sahaja? Bahasa Malaysia ialah bahasa yang diisytiharkan dan digunakan oleh kerajaan, dan makhamah Malaysia, serta untuk surat menyurat rasmi, akhbar nasional, dan karya-karya oleh sasterawan utama di Malaysia. Tak kan perkara ini menimbulkan perbalahan?

Berbeza dengan bahasa Indonesia yang mempunyai sedikit pengaruh bahasa Belanda, Bahasa Melayu Malaysia merupakan kelainan bahasa Melayu yang MUNGKIN mengandungi lebih banyak perbendaharaan bahasa Inggeris, berbanding perbendaharaan bahasa Melayu. Oleh sebab bahasa Melayu Malaysia seolah-olah merupakan bahasa buatan Dewan Bahasa, mana-mana satu penutur "bahasa Melayu" yang tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu Malaysia tidak akan memahami bahasa Melayu Malaysia lagi, kecuali dia memahami bahasa Inggeris.

Pernahkah satu percubaan dibuat (melalui alamat IP; satu sampel kecil dah mencukupi) untuk menentukan beberapa pengguna di portal ini merupakan orang asing (jangan masukkan orang Indonesia kerana mereka memang datang untuk membantu kita, walaupun mereka mempunyai portal sendiri), khususnya, orang Afrika Selatan (500,000 penutur) dan orang Thailand (3,200,000 penutur)?. Bolehkah orang Afrika Selatan faham kelainan bahasa Melayu kita?

Saya kini cuba menterjemahkan rencana bahasa Indonesia untuk portal ini, kerana saya berfikir ini adalah cara yang lebih cepat untuk meningkatkan bilangan rencana di portal ini. Tetapi nampaknya, tak banyak perbezaan berbanding penterjemahan daripada bahasa Inggeris (tatabahasa masih salah, kerana mereka nampaknya jarang makan i-kan, hehehe), kerana sewaktu saya tidak tahu satu dua perkataan dalam satu ayat, sumber dalam talian untuk menentukan makna perkataan itu tidak ada. Apakah maksud "resor" dalam bahasa Indonesia? Indonesia dan Malaysia amat dekat dan kita masih mengalami masalah ini, apalagi dengan Afrika Selatan yang terletak di sebelah tengah malam (The Other Side of Midnight), hehehe. — PM Poon 12:58, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

sunnah

jelaskan apa itu sunnah dengan terperinci.

Susah sedikit kerana ianya terlalu luas. Secara ringkasnya lihat sunnah. Untuk terperinci, saya cadangkan saudara membeli buku keagamaan yang bersesuaian, terutamanya ada terdapat di Wisma Yakin, KL. Yosri 12:11, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Setakat manakah bahasa Malaysia dipengaruhi oleh bahasa Inggeris?

Saya telah membuat satu kajian yang mudah tentang persoalan ini, melalui pengambilan kata masukan dalam Kamus Dwikbahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu Melayu-Inggeris) Cetakan Ke-12 ISBN 967-933-988-2 melalui halaman rawak. Saya mendapati bahawa antara 160 kata masukan yang dipilih menurut kaedah tersebut, 80 perkataan adalah daripada bahasa Inggeris. (Oleh itu, tanggapan saya bahawa perbendarahaan bahasa Malaysia mungkin mengandungi lebih banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris berbanding bahasa asli adalah salah, hehehe.)

Disebabkan keputusan yang diperoleh ini, saya menyimpulkan bahawa bahasa Malaysia bukannya bahasa Melayu, tetapi bahasa Serani, iaitu salah satu daripada ibu bapannya ialah Melayu, dan salah satu lagi ialah Inggeris. Oleh itu, saya mengisytiharkan bahawa bahasa Malaysia kini digelarkan bahasa Alistair, hehehe.

Untuk melihat perkiraan, sila tekan pautan ini. — PM Poon 14:38, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia

Saya dapati kedai kopi sedang membincangkan satu perkara yang menarik, jadi izinkanlah saya memberi sedikit pendapat.

Pada pendapat saya, perbezaan bahasa melayu dengan bahasa indonesia yang paling ketara adalah dari segi diksi, yakni pemilihan kata. Bahasa indonesia dan bahasa melayu sebenarnya menggunakan satu sistem bahasa yang sama, yanki berkongsi satu tatabahasa yang sama. Tetapi walaupun demikian, orang indonesia dan orang malaysia cenderong untuk menggunakan perkataan yang berbeza untuk menyampaikan satu maksud yang sama.

Contohnya, orang indonesia akan cenderong menggunakan perkataan meskipun, sedangkan orang malaysia cenderong untuk menggunakan walaupun. Suatu perkara yang harus diperhatikan ialah, perkataan yang sama mungkin membawa makna yang berbeza dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Contohnya:

  • Melayu: Tewas = kalah
  • Bahasa Indonesia: Tewas = mati

Selain itu perbezaan antara bahasa indonesia dengan bahasa malaysia termasuklah:

  • Orang Indonesia sangat suka menggunakan perkataan Akronim, tetapi orang malaysia tidak.
  • Bahasa Indonesia menggunakan lebih banyak bahasa pinjaman asing khususnya bahasa inggeris.
  • Orang malaysia suka menggunakan penjodoh bilangan, orang indonesia tidak.Contoh:
    • BM: Ada dua puluh buah kereta di situ.
    • BI: Ada dua puluh kereta di situ.
  • Orang Indonesia bertutur dengan lebih cepat berbanding dengan orang malaysia.(kesimpulan yang dibuat selepas saya menontont TV indonesia)
:)

Ychmatematik 16:10, 17 Mei 2006 (UTC)[balas]

Lagi sedikit... orang Indonesia suka berkata "kurang lebih", sedangkan kita suka berkata "lebih kurang". Mereka "karena", "kita kerana". Sebagai rasa hormat, mereka memanggil anda "dong". Tapi kalau anda menggunakan "dong" sebagai rasa hormat untuk penutur bahasa Inggeris, anda akan didongkan, hehehe. Bagi setiap orang Malaysia, terdapatnya 10 orang Indonesia. Oleh itu, baik kita jangan cakap banyak. Nanti kena dibutuhkan, hehehe. (Kesimpulan yang dibuat selepas mengunjungi Wikipedia bahasa Indonesia.) — PM Poon 16:47, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]
Pendek kata, orang Malaysia melihat satu gelas sebagai "half full" orang Indonesia melihat gelas sebagai "half empty" :D Alistair 阿力斯特伊儿 16:58, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya tetap dengan pendirian bahawa Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia merupakan bahasa berasingan, dan harus diiktiraf as such. Benar, mungkin mereka mempunyai "asal" yang sama, tetapi sebagaimana yang telah dikatakan sendiri oleh sesetengah pengguna (seperti PM Poon yang berhujah mengenai istilah persamaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris as opposed to Bahasa Indonesia dengan Bahasa Belanda) kedua-duanya telah berpecah dan mengikut arah haluan masing-masing, sebagaimana kata Inggeris drifting further apart. Arah Bahasa Melayu ditentukan DBP dan rakyat Malaysia manakala arah Bahasa Indonesia ditentukan rakyat Indonesia. Kedua-dua bahasa ini telahpun memilih istilah mereka sendiri untuk panggilan konsep, seperti perkataaan polisi umpamanya, apakah maksudnya? Police atau policy? Dan sejak bila perkataan pejabat bermaksud tokoh, bukankah maksudnya sama dengan ofis? Kepala pusing! Adalah dengan perbezaan ketara ini, kedua-dua bahasa ini masih boleh dianggap satu?

Yosri, walaupun anda sangsi akan dakwaan saya, hakikatnya saya pernah menjumpai satu laman web dimana anda boleh belajar bahasa Portugis melalui bahasa Sepanyol (malang sekali saya tidak dapat menjumpainya semula untuk dijadikan pautan di sini). Saya juga ingat bahawa laman web berkenaan berkata bahawa 70% daripada kedua-dua bahasa itu sama dari segi peraturannya dll(laman web lain yang saya cari pun ada yang mengatakan ia setinggi 85%). Sebenarnya, bahasa Portugis dan Sepanyol termasuk bahasa Perancis dan Itali berasal daripada bahasa sama iaitu Bahasa Latin. Lihat Romance languages. Meskipun begitu sejak sekian lama berevolusi, mereka secara beransur-ansur menjadi lain dan mendapat identiti sendiri. Keadaan inilah juga hakikatnya dengan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia. Kedua-duanya harus dibiarkan berevolusi menjadi bahasa berasingan, janganlah kita menipu diri kita sendiri dengan masih menanggap keduanya sama.

Semasa saya berada di Rusia untuk menghadiri forum orang muda Asia dua tahun yang lalu, saya sempat juga berkenalan dengan seseorang lagi participant Indonesia. Pada mulanya saya gembira, ada juga orang "serumpun" boleh dijadikan kawan. Saya komen akan perkara ini dengan berkata kepadanya "Baguslah, kita boleh berbincang antara sama kita. Lagipun kita kan sama..." dia menghabis "..mengerti.". Muka saya menjadi pilu, saya fikir, tak mungkin penutur bahasa Melayu akan menggunakan perkataan "erti" (biasanya kan kita gunakan "faham", apa yang perlu diertikan pula?) untuk merujuk sesuatu secetek ini. Sejak daripada itu, saya tahu, bahasa Melayu dan Indonesia memang lain. Alistair 阿力斯特伊儿 16:00, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Lagi satu saya tidak bersetuju dengan pendapat Ychmatematik yang berkata percakapan Bahasa Indonesia lebih cepat daripada Bahasa Melayu, yang sebenarnya adalah sebaliknya. Saya masih ingat akan rencana temuramah satu suratkhabar New Straits Times mengenai Filem Puteri Gunung Ledang dahulu pada wakil aktor Indonesia mereka. Menurut seorang, filem-filem Malaysia di Indonesia perlu disubtitle manakala tidak perlu disini (walaupun bukan kata langsung tiada, TV3 pun ada mengsubtitle sesetengah drama Indonesia, setakat saya ingat) Alasan yang diberikan adalah kerana loghat orang Malaysia berlainan dan "terlalu cepat" Alistair 阿力斯特伊儿 16:41, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]
Saya ingin memberi maklumat sedikit...apa yang saya tahu adalah medium yang kita guna dan pelajari adalah berasal daripada kepulauan melayu riau...jadi bahasa yang kita gunakan adalah bahasa melayu riau...dan mengikut sidang antara Malaysia dan Indonesia MABBIM ..pakar bahasa mengatakan bahawa bahasa rasmi adalah bahasa Melayu....yang kita gunakan sekarang ini...jadi pada saya tak perlu kita gabungkan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia...sebab bahasa Melayu ini difokuskan kepada rantau sebelah sini secara khusus dan daerah nusantara secara umum...che 18:12, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Portal Sukan

Sempena Piala Dunia yang hangat berlangsung ini..saya terfikir nak buat portal sukan ..terutama bolasepak..ada sesiapa yang ingin menolong...? che 18:15, 18 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kamus

Disini bukan niat untuk iklan atau apa, sekadar ingin bagi tahu, saya ada membuat projek masa lapang (sekadar suka2) iaitu Kamus Multi http://kamus.artakus.net/ Data berasaskan dari hompej DBP (mungkin ini salah dari segi undang2) tapi ia hanyalah projek sambilan untuk belajar AJAX (Asynchronous Javascript and XML) dan tiada sebarang maksud komersil. Ia masih lagi dalam pembinaan. Sesiapa yg ada masa terluang atau tidak berjaya mengakses laman DBP (yang selalu down) sila lah kelaman kamus multi saya, dan jika ada sebarang bug untuk dilapor atau komen sila tulis di perbualan saya. — Artakus 16:33, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]


Terima kasih banyak banyak, Artakus. Memang saya memerlukan portal alternatif untuk kamus Dewan yang entah mengapa menghidapi penyakit yang amat teruk dan selalu kena ambik MC (surat sakit), hehehe.

Sepatutnya Dewan Bahasa harus mengamalkan lesen bebas bukan komersil, supaya banyak lagi orang dapat menyebarkan bahasa Melayu. Memang tiada orang yang suka sewaktu orang lain menggunakan peluh darah mereka untuk memperoleh untung. Oleh sebab anda tidak berbuat demikian, dan jika matlamat DBP adalah benar-benar untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, maka apa yang anda buat ini ialah membantu pencapaian matlamat mereka.

Oleh itu, katalah anda bersalah dari segi undang-undang, anda tidak harus dituduh. Sebaliknya, anda harus menerima anugerah negara disebabkan usaha anda untuk mengembangkan bahasa rasmi Malaysia, hehehe. — PM Poon 16:55, 19 Mei 2006 (UTC)[balas]


Tip: jika anda ingin menggunakan carian cepat, hanya highlight perkataan di dalam kotak keputusan dan carian akan terus dibuat. Untuk highlight anda boleh menggunakan kursor tetikus atau dwiklik di atas perkataan tersebut. — Artakus 12:04, 20 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengumuman Kemunculan Negara Baru

Mengikut Pautan Wikipedia Inggeris ini pengundi Montenegro telah mengundi untuk menamatkan kesatuan Serbia dan Montenegro dan merdeka.

Secara langsungnya, kita di sini perlulah mendaftarkan dua rencana baru, iaitu Serbia dan Montenegro secara berasingan Alistair 阿力斯特伊儿 03:00, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Berita terbaru, mengikut Berita Yahoo ini, mengatakan Montenegro sudahpun memilih untuk merdeka. Alistair 阿力斯特伊儿 10:55, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Mereka ini asyik berpisah saja. Dulu Yugoslavia, lepas tu Serbia dan Montenegro, sekarang pisah pulak. — Master2841 11:10, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Lagi baiklah mereka berpisah. Puak Serb telah lama melakukan keganasan keatas bangsa-bangsa lain dalam negara Yugoslavia yang mereka dakwa "sama-rata" itu, dan sesetengahnya memang merupakan acts of terror dan unforgivable crimes against humanity sebagai contoh di Bosnia dan Kosovo, dan saya rasa anda pun maklum akan perkara ini. Dahlah tu, mari kita menyambut negara baru ini ke pentas dunia <pergi mencari kawan Montenegro> :P Alistair 阿力斯特伊儿 15:04, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan Alistair...iaitu Bosnia dan Kosovo..etnik Bosniak dan Albania dalam Yugoslavia..memang kompleks...che 04:37, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana 100% tidak diterjemah

Saya dapati ada pengguna copy rencana terus daripada Wikipedia BI tanpa langsung menterjemah walau sedikit pun rencana itu ke dalam Bahasa Melayu. Jika mereka mengalih bahasa walaupun sedikit ke dalam BM maka rencana itu dapat dimasukkan ke dalam kategori stub. Dengan itu saya mencadangkan sekirannya sesuatu rencana itu 100% dalam bahasa lain maka tindakan pemadaman boleh dibuat 3 hari selepas itu. Apa gunanya mempunyai sehingga 1 juta rencana jika 60-80 % rencana itu dalam bahasa lain. Saya rasa satu garis panduan mengenai permasalahan ini harus diwujudkan. — Master2841 17:05, 22 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sokong. Yosri 00:23, 23 Mei 2006 (UTC)[balas]
Sokong dengan sedikit pindaan. Saya rasa tempoh tiga hari adalah terlalu pendek dan seharusnya dilanjutkan ke satu minggu. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham yang timbul sebagai contoh senario, seorang yang baru hendak menterjemah tetapi terpaksa pergi disebabkan ada hal. Tentu kecewa dia jika kembali melihat rencananya telah dipadam dan terpaksa disumberkan kembali. Dan dengan Internet penetration rate yang masih rendah di negara majoriti penutur Melayu iaitu Malaysia, tiada jaminan seseorang itu dapat kembali dalam masa tiga hari, oleh itu, tempoh satu minggu merupakan tempoh yang lebih adil dan sesuai. Alistair 阿力斯特伊儿 05:39, 23 Mei 2006 (UTC)[balas]
Garis panduan sudah ada. Sila lihat Wikipedia:Memadam Laman. Sela masanya ialah seminggu. ...Aurora... 06:27, 23 Mei 2006 (UTC)[balas]
Sokong. Apa ertinya jika kita mempunyai rencana yang sama dalam dua ensklopedia yang berbeza? Rencana seperti ini membazir ruang sahaja. Ychmatematik 13:09, 24 Mei 2006 (UTC)[balas]

Mohon Bantuan

Assalamaualaikum...

Saya ingin memohon bantuan untuk mendapatkan maklumat untuk membuat permohonan permit masuk.

Masalah saya:

1. Dilahirkan dimalaysia pada tahun 1978, ibubapa berasal dari indonesia dan datang pada 1977 dan mereka tidak mempunyai kad pengenalan sewaktu saya dilahirkan. kini saya memegang kad pengenalan Hijau. 2. Perkawinan di luar negara tidak didaftarkan. 3. Suami telah menceraikan saya. 4. Tiada surat cerai kerana perkahwinan tidak didaftarkan. 5. Mempunyai seorang anak. 6. Apabila saya ingin membuat permohonan Permit Masuk, maklumat diri yang perlu saya nyatakan adalah saorang ibu tunggal namun saya tidak mempunyai surat cerai.

Pada ketika ini saya tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara anak lelaki saya, tolonglah saya untuk menyelesaikan masalah ini. sekian terima kasih.

Era herman 071-6737358

Lesen imej

Saya telah mengaktifkan ciri "lesen hak cipta" di laman muat naik. Sila-silalah gunakan ciri tersebut dan nyatakan sumber fail anda. Jika fail anda berlesenkan GFDL, Creative Commons atau domain umum, anda boleh juga memuat naik di Commons. Silalah juga menambahkan teg yang sesuai pada imej yang pernah anda muat naik di sini. Selamat menyumbang. ...Aurora... 03:07, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Hai Aurora..! Terima kasih kerana mengaktifkan lesen hak cipta tu...boleh ke gambar2 dulu boleh didapati di commons...che 04:42, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Rencana bahasa Inggeris dan rencana stub

Hai, saya telah membaca pertikaian antara Yusran dan Master2841, dan tengah berfikir tentang cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Saya berasa bahawa alasan Master2841 memang kukuh dan berlogik. Sebenarnya, saya kekadang juga menghadapi perasaan yang sama dengan Yusran. Niat Yusran memang suci, tetapi kaedah mungkin salah. Ini disebabkan bahawa pendapat Yusran mendasarkan pengguna lain akan menterjemahkan rencana yang disalin.

Dulu, saya juga berpendapat bahawa jika saya menggunakan warna yang terang untuk menonjolkan templat stub dalam rencana, mungkin templat itu akan menarik perhatian pengguna untuk mengembangkannya. Hasil gerak balas sehingga hari ini amat mengecewakan. Kini saya sedar bahawa pendapat saya itu salah. Kalau kita menggunakan sepuluh spotlight yang paling kuat pun tak guna... jangan cakap cuma warna terang, hehehe. Ini bukan masalah pengguna kita. Masalah yang benar terdiri daripada bilangan pengguna yang tidak mencukupi. Nampaknya, tidak ada banyak pertindanan dalam minat masing-masing.

Oleh itu, saya telah mencipta Templat: stub-bi untuk mereka yang menyalin rencana bahasa Inggeris ke dalam portal ini. Saya berasa cadangan Master2841 untuk menterjemahkan perenggan pendahuluan rencana bahasa Inggeris adalah berpatutan. Yang tinggal, kita boleh menyembunyikannya melalui perintah komen, iaitu <!<---   --->. Templat yang baru dicipta itu akan memberitahu pengguna bahawa rencana itu mengandungi bahan-bahan bahasa Inggeris tersirat yang boleh diterjemahkan untuk mengembangkan rencana itu. Sumber-sumber kamus dan perisian penterjemah juga diberikan untuk membantu penterjemahan.

Disebabkan warna templat stub yang amat terang itu tidak dapat mencapai matlamat asalnya, tetapi sebaliknya menyakitkan mata, templat terkini dibentukkan supaya tidak begitu ketara. Sebenarnya, idea ini dicuri daripada Wikipedia bahasa Indonesia kerana templat mereka lagi canggih berbanding templat Wikipedia bahasa Inggeris. — PM Poon 04:55, 25 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pengaruh Bahasa Indonesia dan penterjemahan dari bahasa lain

Sebagai lanjutan kepada perbincangan mengenai perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dan cadangan Master2841 berkenaan mereka yang tidak menterjemah rencana, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyuarakan rasa kebimbangan saya berkenaan pengaruh dan tinggalan bahasa-bahasa lain di Wikipedia versi Bahasa Melayu ini.

Saya mendapati bahawa rencana Indonesia ditulis dengan menggunakan bahasa Indonesia dengan sebahagian besar, kalau tidak kesemuanya. Saya tidak pasti, tetapi saya membuat andaian bahawa masalah pengaruh ini wujud di rencana-rencana berkenaan Indonesia serta rencana lain yang disumbangkan oleh penyumbang daripada Indonesia.

Kehadiran penyumbang daripada Indonesia amat dialu-alukan, tetapi saya rasa mereka haruslah memahami bahawa Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia meskipun kedengaran sama, adalah berbeza, seperate, independent of each other dan mutually exclusive (maaf tetapi hanya istilah Bahasa Inggeris dapat memberi gambaran yang saya ingin sampaikan). Hubungan inter-wiki haruslah digalakkan, tetapi bukan diperbelanjaan kedaulatan Wikipedia versi Bahasa Melayu sebagai satu ensiklopedia Bahasa Melayu piawai. Semua petukaran dan penyumbang maklumat antara kedua-dua Wikipedia Melayu dan Indonesia mesti disertakan kearifan mengenai perbezaan kedua-dua bahasa ini. Seseorang dari Wikipedia Indonesia tidaklah harus menyumbang di sini kalau dia tidak tahu the finer points of Bahasa Melayu dan begitu jugalah sesorang penyumbang Melayu di Wikipedia Indonesia. Sebagai contoh daripada apa yang saya lihat, Pengguna:PM Poon mempelajari juga perbezaan antara kedua-dua bahasa ini dan tidaklah melibatkan dirinya dalam Wikipedia Indonesia secara membabi-buta. Dengan ini, adakah terlalu berat permintaan supaya pengguna dari sana juga berbudi begitu juga?

Lagi satu, saya rasa adanya rencana disini yang tidak habis penterjemahannya daripada Wikipedia lain, meskipun kotak terjemahannya telah dibuang.

Sebagai satu jalan penyelesaian, saya cadangkan penubuhan satu pasukan petugas atau task force untuk meronda Wikipedia ini. Pasukan ini sebaiknya hanya dianggotai penyelia ataupun diketuai oleh seorang penyelia bagi membetulkan situasi ini dan menguatkuasakan Bahasa Melayu piawai di seluruh pelosok Wikipedia ini. Alistair 阿力斯特伊儿 08:02, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya berasa penyertaan orang Indonesia harus dialu-alukan. Nampaknya, mereka lagi berminat dengan portal kita berbanding kebanyakan orang Malaysia. Bagaimanapun, kebimbangan Alistair adalah sah.

Selain daripada menghalang mereka daripada penyertaan dalam portal ini, mungkin kita boleh mengatasi masalah itu dengan membantu mereka dalam bahasa Melayu jenis Malaysia. Saya pernah mencadangkan penciptaan sebuah kamus bahasa Melayu-bahasa Indonesia, tetapi cadangan itu tidak menerima sebarang sokongan.

Mungkin, kita boleh membuat suatu usaha sama dengan pihak Wikipedia bahasa Indonesia untuk kamus tersebut, iaitu kita mencipta kamus Bahasa Indonesia-Bahasa Melayu dan mereka mencipta kamus Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia supaya kami boleh saling membantu satu sama lain.

Kaedah yang kedua ialah untuk membubuh teg bahasa Indonesia. Saya berasa penggunaan bahasa Indonesia dalam portal ini tidak merupakan masalah yang terlalu besar, walaupun memang terdapat perbezaan yang nyata. Ini disebabkan terdapat pertindanan yang agak besar juga dalam kedua-dua bahasa, berbanding bahasa Inggeris. Mungkin dengan ini, kita boleh menjalinkan perhubungan dan persahabatan yang lebih baik antara kita dengan jiran kita. — PM Poon 09:30, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]

(P/S: Jika saya tidak silap, pengguna-pengguna Indonesia telah amat membantu dalam perkembangan portal ini pada tempoh yang awal. Oleh itu, kebanyakan penyelia yang awal merupakan pengguna Indonesia. Pada lewat 2005, ketika saya menyertai portal ini, saya bertanggapan bahawa terdapat lebih banyak penyumbang Indonesia berbanding penyumbang Malaysia di portal ini. Hanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, baru nampak orang Malaysia lebih aktif.) — PM Poon 12:18, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya tidak menyokong penghalangan mereka daripada menyertai portal ini, namun saya menolak pati hujah PM Poon kerana ia terlalu renggang. Saya lebih suka pendekatan yang lebih ketat. Bagaimanapun, ada idea PM Poon yang boleh diterima.

Misalnya, projek kamus Bahasa Melayu-Indonesia dan Bahasa Indonesia-Melayu adalah cadangan yang baik dan saya menerimanya. Saya juga berpendapat bahawa cadangan PM Poon ini bukannya ditolak pada dasarnya, tetapi cuma tiada yang sanggup membantu melakukannya. Saya tidak pasti apa sumbangan yang saya boleh buat kerana saya tidak fasih berbahasa Indonesia, namun, jika perkhidmatan saya diperlukan, saya sudi menawarkan diri demi mengekalkan kualiti dan standard Wikipedia versi Bahasa Melayu ini.

Saya bukan apa, cuma ini merupakan satu perkara yang melibatkan prinsip (matter of principle), Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia adalah bahasa kebangsaan dua negara berdaulat yang berasingan. Hubungan antara mereka hendaklah berdasarkan prinsip sama taraf, dan bukan apa-apa "hubungan istimewa" (walau "abang dengan adik" sekalipun, kerana walaupun ini kedengaran mesra, ia masih ada unsur subversif). Mutual respect adalah kata kunci di sini. Secara langsung, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia tidaklah sama sebagaimana Bahasa Cina dan Bahasa Jepun tidak sama walaupun bangsa Jepun berasal daripada China, dan tulisan Jepun didasarkan tulisan China. Semua budaya pun ada masanya harus berpisah, dan begitu juga dengan kita di sini.

Mengenai penglibatan orang Indonesia disini yang kononnya lebih aktif, saya berpendapat bahawa itu merupakan suatu perbandingan yang tidak adil sama sekali. Masakan boleh satu negara yang mempunyai 220 juta penduduk boleh dibandingkan dengan satu lagi negara 26 juta penduduk, yang mana sebahagian substantif mereka tidak menerima bahasa Melayu meskipun ia merupakan bahasa kebangsaan negara mereka sendiri? Saya rasa Wikipedia versi ini telah berbuat baik setakat ini apabila faktor kemerosotan meluas penggunaan bahasa Melayu di merata-rata tempat saya pergi di Malaysia ini difaktorkan.

Lagi satu perkara yang penting. Saya tahu sesetengah pengguna disini mahu menanggap kedua-dua bahasa Melayu dan Indonesia adalah satu kerana "mahukan" angka besar 260 juta sebagai jumlah penutur bahasa mereka dan seterusnya dengan penglibatan orang Indonesia, bilangan rencana di Wikipedia versi Bahasa Melayu dapat ditambah. Bilangan rencana tidak penting, yang penting adalah kualiti. Saya tak kisah tak banyak rencana, asalkan rencana yang ada lengkap dan berkualiti. Kekurangan rencana Bahasa Melayu di Wikipedia tidak akan memberi kesan kepada rasa cinta saya kepada bahasa kebangsaan.

Tiba masa kita ambil Wikipedia bahasa kita dan perkasakannya sendiri Alistair 阿力斯特伊儿 13:48, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]


Apa yang saya mengatakan ialah: "Saya pernah mencadangkan penciptaan sebuah kamus bahasa Melayu-bahasa Indonesia, tetapi cadangan itu tidak menerima sebarang sokongan." Walaupun saya tidak menggunakan perkataan "menolak", kesan bersihnya sama saje. Cadangan itu dikemukakan secara langsung kepada orang-orang besar Wikipedia bahasa Melayu yang tertentu, bukan secara umum. Jika jawapan ialah "Saya menyokong tetapi saya takut saya tidak ada masa", ceritanya lain daripada langsung tiada bunyi". Bagi saya, "tiada bunyi" bermaksud "langsung tidak minat sehingga nak jawab pun malas".

Kini, kita mungkin amat bertuah mendapat pengguna Artakus. Mungkin, dia boleh tolong membuat kerja asas supaya semua pengguna, baik orang Malaysia ataupun orang Indonesia mudah menyumbang masukan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Saya pun tidak faham tentang bahasa Indonesia, akan tetapi terdapatnya beberapa kamus bahasa Indonesia-bahasa Inggeris dalam talian yang baik, umpamanya:

tetapi tiadanya kamus bahasa Malaysia-bahasa Indonesia (dan sebaliknya) dalam talian di dunia ini. Mungkin, kita boleh menjadi perintis dalam penjalinan persahabatan jiran-jiran atas nama kemanusiaan.

Sudut pandangan saya berbeza dengan Alistair hanya dari segi matlamat. Bagi Alistair, dia amat ketat pada matlamat penciptaan sebuah portal yang terunggul dari segi mutu; dalam bahasa Inggeris, "singleness of purpose". Ini tidak salah. Bagaimanapun, saya berasa bahawa selain daripada tahap kegiatan dalam portal ini, portal ini juga dapat dipergunakan sebagai alat untuk menjalinkan persahabatan. Oleh itu, keperluan bolehlah dilonggarkan sedikit untuk menerima sumbangan daripada mereka yang bukannya pelaku musnah, tetapi berniat baik.

Dengan kata yang lain, saya melihatkan tiga matlamat, iaitu, bilangan rencana, mutu rencana, dan persahabatan yang kena diimbangkan. Ini menyebabkan percanggahan idea dengan Alistair yang menumpukan satu maklumat, iaitu mutu rencana. — PM Poon 16:16, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]

Memang. PM Poon mengatakannya dengan sempurna sekali. Touché! Alistair 阿力斯特伊儿 16:50, 28 Mei 2006 (UTC)[balas]


Pada pendapat saya, masalah ini sama sahaja dengan pembanjiran rencana yang tidak diterjemahkan dari wiki-en. Sekurang-kurangnya bahasa Indonesia ini agak terhad kepada rencana berkaitan Indonesia, tapi rencana bahasa Inggeris boleh dijumpai di mana-mana topik atau tajuk. ...Aurora... 02:49, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]


Saya tidak tahu bagaimana tanggapan "banyak rencana yang tidak diterjemahkan dari wiki-en" tertimbul. Saya biasa mencapai berpuluh-puluh halaman rawak dalam suatu sesi dan hampir tidak nampak rencana tersebut. Yang selalu nampak ialah rencana tarikh, pokok, masjid, dan "stub" yang patut dihapus. Ini bermakna bahawa perkadaran jenis rencana tersebut tidak sebegitu meluas (bukan langsung tiada).

Bagi tanggapan saya, fenomena ini tidak perlu dihalangkan. Baik mempunyai sedikit rencana tersebut berbanding tidak (asalkan tidak keterlaluan) kerana:

  • jika seorang pembaca mencari dalam portal ini dan tidak mendapat rencana yang dikehendaki, sekurang-kurangnya ada rencana yang belum diterjemahkan (bagaimanapun, teg terjemahanan harus dibubuh kerana kalau tidak, ia akan memberi tanggapan bahawa portal ini merupakan portal dwibahasa;
  • jika seorang pengguna mencapai halaman sebegini, dia mungkin akan menterjemahkan; umpamanya, saya tidak akan menterjemahkan rencana Dirian tangan jika saya tidak melihat rencana itu telah diterjemahkan separuh dan "dibiarkan". Setiap orang menterjemahkan sedikit, akhirnya sebuah rencana yang sempurna akan dicipta sebagaimana dengan rencana stub.

Bagi saya, amalan yang paling baik untuk rencana yang belum diterjemahkan ialah untuk mendedahkan sebahagian kecil bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, dan yang lain disembunyikan. Ini mungkin akan mendorong pengguna menterjemahkannya. Jika tidak, semasa melihat banyak yang kena diterjemahkan, memang tak minat. — PM Poon 11:59, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]

kronologi malayan union

tolong carikan kromologi malayan union ..... ramai student perlukan nya

Kepada yang menulis mesej diatas, sila ke Wikipedia:Memohon rencana. Tempat untuk meminta rencana bukan disini. Namun sila notakan juga bahawa permintaan anda mungkin tidak ditunaikan, sekurang-kurangnya tidak secara terus, kerana kami disini menghadapi masalah kekurangan penyumbang (sungguhpun saya melihat begitu ramai - beratus-ratus - pengguna yang mendaftar setiap hari dalam log, namun 98% daripada mereka (pada anggaran saya) langsung tidak menyumbang sepatah perkataan pun. Sama ada sumbangan mereka 0% atau paling bagus pun hanya ada pengguna daripada Wikipedia lain yang mahukan "pengkalan" di sini. Kalau boleh dilakukan, saya cadangkan akaun mereka ditarik balik. Buat apa mereka mendapat nama log masuk yang mereka suka jika enggan menyumbang?)
Berbalik kepada perbincangan yang sedang berlangsung, sekali lagi saya tidak bersetuju dengan pendapat PM Poon kerana again, ia terlalu longgar (namun ini adalah dijangka bukan? he he)
Respons saya kepada 2 hujahnya;
  • Pengguna yang mahukan maklumat dalam bahasa lain akan mencarinya dalam bahasa lain. Wikipedia Melayu bukannya satu-satunya Wikipedia, jauh lagi satu-satunya ensiklopedia bebas, di Internet. Namun, Wikipedia Melayu adalah satu-satunya ensiklopedia bebas bahasa Melayu di Internet. Pada pendapat saya yang merendah diri, tujuan penyediaan satu ensiklopedia berkualiti tinggi dan dihormati kepada penutur bahasa Melayu mestilah terus menjadi fokus tunggal (bayangkan, jika perkara itu dapat dicapai, ia akan menjadi kali pertama dalam sejarah).
  • Sifat "tidak habis kerja, tidak mengapa" bukanlah, pada pendapat saya, suatu amalan yang baik. Semua orang harus habiskan apa yang mereka lakukan. Secara peribadinya saya merasa, jika seseorang itu tidak habiskan suatu rencana, dia tidak patut dibenarkan memulakan suatu lagi yang baru kerana tidak, semua kualiti semua rencananya secara langsung direndahkan kualiti secara automatik. Bak kata pepatah Melayu, "Hangat-hangat tahi ayam" dan "Dikejar dua arnab, akhirnya satu pun tak dapat". Kita harus patuhi ingatan nenek moyang kita.
Sudah tentu PM Poon tidak akan bersetuju perkara ini dan sebabnya seperti kita berdua sedia maklum, iaitu perbezaan matlamat. Namun saya menghargai bahawa dari permulaan kita berdua mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk melihat suatu Wikipedia yang baik. Cuma makna perkataan "baik" itu sahaja yang berbeza dalam kedua minda kita. Maka secara keseluruhan, saya percaya kita boleh berunding mengenai hal ini dan mencapai kata sepakat sekali lagi.
PM Poon tidak menyokong (dan saya rasa Yosri juga mungkin begini), tetapi bagaimana pula dengan pendapat Pengguna:Master2841 dan Ychmatematik? Saya mungkin salah besar, tetapi saya sanggup roll the dice dan membuat andaian bahawa mereka akan bersetuju dengan saya terutama Master2841 oleh kerana saya perhatikan dia juga seperti saya memberi premium besar kepada kualiti rencana. Hujahnya "Apa gunanya mempunyai sehingga 1 juta rencana jika 60-80 % rencana itu dalam bahasa lain" memang bergema dengan saya. Jadi saya melihat kepadanya untuk sokongan, bagaimana, bolehkah? :D
Fasal masalah ramai rencana dalam Bahasa Inggeris tidak diterjemah pula, saya bersetuju dengan Aurora bahawa masalah ini sama seriusnya dengan pengaruh Bahasa Indonesia, namun saya (walaupun ada menyebutnya) gagal untuk berhujah panjang mengenai perkara ini juga mungkin disebabkan berat sebelah yang ada dalam diri saya (Bahasa Indonesia adalah asing bagi saya, manakala Bahasa Inggeris pula tidak). Kedua-dua masalah ini patut diberi penekanan dan cadangan saya untuk satu pasukan peronda masih terbuka.
Akhir sekali terima kasih kerana sudi membaca hujah-hujah yang panjang ini. ありがとう御座いました ^ ^ Alistair 阿力斯特伊儿 15:00, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya saya bukan tidak bersetuju dengan Alistair. Sebaliknya, jika wawasan Alistair dapat dicapai, memang saya menyokong. Tetapi bagi pendapat saya, wawasan itu amat sukar dicapai, khususnya dengan masalah bilangan dan mutu penyumbang yang dihadapi oleh Wikipedia bahasa Melayu ini. Bukan semua orang yang amat berdisiplin ataupun berupaya menulis seperti Alistair. Bukan juga bahawa saya tidak mengutamakan kualiti dalam pengarangan saya, cuma penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi, seperti boleh dilihat dalam senarai rencana yang saya telah menyumbang. Jika saya cuma mengutamakan kuantiti, tak kan saya hendak menterjemahkan rencana-rencana seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Coca-Cola yang terlalu panjang sehingga kena dipecah dua. Dengan masa yang digunakan untuk menterjemahkan kedua-dua rencana itu (yang menjadi empat disebabkan keperluan), mungkin saya dapat menulis 200 buah rencana stub.

Oleh sebab bilangan penyumbang yang setaraf dengan Alistair pada waktu ini masih boleh dikira dengan satu tangan, saya lebih bersikap pragmatis, iaitu dalam bahasa Cina, "tiada ikan, udang pun terima juga" (adakah saya tertulis salah? Tak, cuma peribahasa ini dah ketinggalan masa kerana kini, udang lebih dihargai berbanding ikan, hehehe).

Memang saya berasa kecewa pada suatu masa tentang sikap pengguna di sini. Tetapi kini, dah biasa. Oleh sebab saya tidak boleh menukarkan sikap pengguna, maka terimalah saje kenyataan keadaan dan tengok apa yang boleh dibuat terhadap kelemahan-kelemahan tersebut.

Terdapat berbagai-bagai jenis orang di dalam dunia ini. Umpamanya, lihat pesanan seorang "pengguna" yang bertulis:

Kesudian Membantu
Aurora, Ingin saya menawarkan diri saya sebagai pembantu tatabahasa secara tidak langsung. Maksud saya, tidak rasmi. Saya lebih ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang agak tidak peminjam. Ya, betul bahawa Bahasa Melayu bahasa gabungan tetapi kita berpendirian sendiri, maka tidak perlulah kita TERLALU meminjam bahasa asing. Harap Aurora dapat menimbang perkara ini. Saya bukanlah pakar Bahasa Melayu tetapi saya mahu menjadi pemantap. Sila ambil kira bahawa saya tidak selalu menggunakan Wikipedia Bahasa Melayu. Miracynonix 14:34, 8 Februari 2006 (UTC)

Entah ahli bahasa itu tahukah apa yang dimaksudkan dengan perkataan "kesudian membantu". Sebagaimana yang saya tahu, sehingga hari ini, ketua NATO (No Action Talk Only) itu tidak pernah menulis satu huruf, bahkan sepatah perkataan, dalam portal ini kecuali dalam halaman perbualan sendiri. Bacalah halaman perbualannya ketika saya cuba mendapat penyertaanya dan anda akan menemui seekor udang raksasa di sebalik batu. (Jika dilihat dengan jarak yang lebih dekat, haiwan itu bukan udang, tetapi buaya, iaitu buaya darat, hehehe). Sememangnya, ini adalah kes kerterlaluan, tetapi sejak penyertaan saya dalam tempoh setengah tahun ini, saya telah bertemu dengan banyak kes lagi yang saiznya separuh daripada ini.

Sebenarnya, pada hari-hari kebelakangan ini, sebelum anda mengemukakan persoalan ini, saya sedang berfikir tentang keperluan untuk membentuk sebuah pasukan peronda untuk menandakan rencana-rencana yang lebih piawai. Bilangannya memang tidak banyak. Tak sampai 5% rasanya. Mana ada 667 buah rencana yang piawai di sini? Dengan menandakan rencana-rencana itu dengan suatu templat bintang yang kecil di sudut atas-kanan, mungkin kedua-dua jenis rencana (iaitu yang piawai dan yang nyah piawai, hehehe) boleh wujud bersama-sama (co-exist). Satu kategori yang mungkin digelarkan "rencana piawai" dimasukkan supaya mereka yang cuma hendak membaca rencana yang baik akan mencapai halamanan kategori rencana piawai itu. Mungkin dengan pelaksanaan idea ini, lebih banyak pengguna akan digalakkan untuk berusaha supaya rencana mereka dapat dimasukkan ke kategori itu.

Sebagai kesimpulan, saya cenderung menggunakan pengukuhan positif (positive reinforcement) berbanding pengukuhan negatif (negative reinforcement). — PM Poon 16:53, 29 Mei 2006 (UTC)[balas]

Pembikinan Satu Lagi Garis Panduan

Berdasarkan perbincangan di atas berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan.

Ychmatematik 08:00, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Cadangan saya yang mungkin lebih baik untuk garis panduan baru ialah:

  • Jangan masukkan rencana yang tidak masuk akal.
  • Jangan masukkan rencana bagi pengguna yang tidak berdaftar.
  • Jangan masukkan sebarang unsur vandalisme dengan sengaja.
  • Jangan masukkan sebarang unsur penipuan dalam Wikipedia.

Jika ada lagi nama lebih baik, sila teruskan cadangan.

Emrrans 15:06, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]


Dari menggunakan perkataan "Jangan", saya mencadangkan untuk meletakkan perkataan "Larangan" untuk menunjukkan sebagai satu polisi rasmi, seperti:

  • Larangan Bagi Menyalin Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Larangan Menyalin Rencana Bahasa Asing.....

Polar 17:06, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya kurang jelas, adakah polisi dan garisan panduan merupakan senarai utama undang-undang di Wikipedia ini? Hmm, menarik. Saya juga telah membantu menterjemah sedikit yang tinggal dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan saya harap ia sesuai.
Saya setuju dangan perkataan "Larangan" bagi menggantikan "Jangan" kerana ia lebih formal dan secara langsung lebih sesuai jika ia hendak menjadi undang-undang. Pendirian saya adalah Sokong bagi semua cadangan Ychmatematik dan tiga daripada empat cadangan Emrrans. Bantah bagi satu cadangan Emrrans iaitu "Jangan masukkan rencana bagi pengguna yang tidak berdaftar" jika maksudnya adalah bahawa pengguna tidak berdaftar tidak boleh menyumbang kerana ada ramai juga penyumbang tidak berdaftar menyumbang dengan baik dan ramai (termasuk saya) bermula sebagai penyumbang tidak berdaftar.
Sekiranya garisan-garisan panduan diatas diluluskan sebagai polisi, maka cadangan saya untuk satu pasukan peronda tidak perlu kerana polisi mengikat semua dan semua berhak dan mesti menguatkuasakannya pada setiap masa.
Berkenaan kata-kata PM Poon, saya menerimanya tampa mengubah pendirian saya. Saya fikir, gabungkan kedua-dua positive and negative reinforcement menjadi "pendekatan lobak dan kayu" (carrot and stick approach) Hukuman bagi mereka yang melanggar polisi tidak boleh dikompromi dalam pembikinan suatu ensiklopedia unggul. Namun tidak dinafikan bahawa dalam penguatkuasaan, beberapa insentif perlu diggubal bagi memudahkan penyumbang mematuhi peraturan. Jadi pada masa yang sama saya cadangkan satu manual gaya penulisan bagi mereka yang berlatarbelakangkan Indonesia dan Inggeris (dua bahasa sumber utama). Manual-manual ini perlu dilakar oleh mereka yang fasih bahasa target dan bahasa Melayu dan saya boleh membantu bagi yang Inggeris, tapi malangnya saya tidak bertutur bahasa Indonesia. Mungkin Pengguna:Hayabusa future boleh membantu? Kepada ulasan PM Poon yang lain, saya akan menjawabnya dalam laman perbualannya kemudian.
Recap, sebagai sedia kini;
  • Larangan bagi menyalin atau menulis dalam Bahasa Indonesia secara bulat-bulat/Patuhi perbezaan bahasa Melayu-Indonesia
  • Larangan salinan tampa penterjemahan dari bahasa lain, sama ada keseluruhan atau tidak
  • Larangan merosakkan rencana secara sengaja ataupun tidak sengaja (Sengaja:Vandalisme/Penipuan, Tidak Sengaja: Rencana tidak masuk akal)

Alistair 阿力斯特伊儿 20:14, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]


Cadangan saya:

  • Wikipedia:Terjemahkan bahasa asing - cukup satu garis panduan untuk semua bahasa. Kalau nak tekankan bahasa Indonesia, boleh tekankan dalam laman tersebut. Tiada siapa yang akan akan baca panduan berjela2. Lagipun, kalau banyak sangat panduan, makin susah dicari.
  • Untuk cadangan Emrrans, dah ada tajuk yang sesuai:
  • Saya juga sama seperti Alistair mengenai pengguna tak berdaftar itu.

...Aurora... 02:26, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Saya sudah menggubal satu garis panduan yang baru: Jagan menciplak rencana wikipedia Indonesia Ychmatematik 08:47, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Analisis panjang rencana dalam Wikipedia bahasa Melayu

Satu lagi kajian telah dibuat untuk menentukan ciri-ciri rencana di dalam portal ini. Menurut statistiks, saiz sampel sekurang-kurangnya mesti mengandungi 30 unsur untuk memperoleh keputusan yang bermakna. Oleh itu, saya telah menggunakan saiz sampel sebanyak 100 unsur supaya bilangan untuk setiap kategori adalah sama dengan perkadarannya, selain daripada fakta bahawa keputusan kajian ini adalah lebih tepat. Saya hendak membuat perbandingan dengan kajian-kajian yang saya pernah buat sebelum ini tetapi malangnya, kajian-kajian lama tidak dapat dicari, baik dalam arkib Kedai Kopi mahupun dalam Meja Rujukan. Entah dulu, saya memaparkannya di mana.


Panjang rencana Bilangan
Kurang daripada 3 ayat 48
3 - 10 ayat 23
Melebihi 10 ayat tetapi kurang daripada 1 skrin¹ 8
1 -2 skrin¹ 14
Melebihi 2 skrin¹ 7
Jumlah 100
¹Resolusi skrin = 1024 x 768


Jika kita mengikut garis panduan Wikipedia:Rencana stub, rencana stub biasanya mengandungi sekurang-kurang tiga ayat. Namun demikian, 48% daripada rencana-rencana dalam portal ini harus dipadam :(. Dengan jumlah sebanyak 13,343 rencana pada masa ini, ini bermakna bahawa 6,405 rencana kena dikebumikan.

23% atau 3,069 merupakan rencana stub. Dengan itu, kita cuma mempunyai 3,869 rencana yang boleh dikatakan rencana benar. Bilangan rencana sempurna ialah 7% atau 934. Oleh itu, tanggapan saya bahawa rencana yang sempurna tidak melebihi 5% adalah salah.

NOTA: Analisis ini tidak termasuk rencana tarikh (yang telah dikeluarkan jika ditemui). — PM Poon 21:44, 30 Mei 2006 (UTC)[balas]

Kajian lama anda ada dalam arkib perbualan Yosri. ...Aurora... 02:26, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih, Aurora, how can I be as efficient as you!, hehehe.


Panjang rencana Peratus
30 Mei 2006 11 Jan 2006
Kurang daripada 3 ayat 48 70
3 - 10 ayat 23
Melebihi 10 ayat tetapi kurang daripada 1 skrin¹ 8 8
1 -2 skrin¹ 14 16
Melebihi 2 skrin¹ 7 6
Jumlah 100 100
¹Resolusi skrin = 1024 x 768

Nampaknya, keputusan lebih kurang saje. Perkadaran rencana benar adalah dalam lingkungan 21-22%. Mungkin, ini adalah sesuatu yang biasa, menurut Kesan Pareto (atau Aturan 80-20).

Perkadaran rencana benar mungkin akan naik hanya jika kita mencapai titik ketepuan (saturation point) dari segi bilangan rencana seperti di Wikipedia bahasa Inggeris. — PM Poon 07:55, 31 Mei 2006 (UTC)[balas]