Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib4/2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Bantuan diperlukan

Salam semua, nak minta bantuan sedikit.

Perdana Menteri (Malaysia) = Presiden (Indonesia) = Pemerintah
Raja (Malaysia) = Jabatan tidak wujud (Indonesia)

Soalan saya, siapa yang memilih/melantik raja di Malaysia? Adakah ia dipilih oleh rakyat ataupun melalui perebutan kuasa dan sebagainya? Apakah fungsi sebenar raja dalam pemerintahan negara Malaysia? Pancaragam 22:31, 1 April 2008 (UTC)[balas]

Sistem Malaysia ialah monarki berperlembagaan dan Raja/Yang di-Pertuan Agong Malaysia tidak dipilih oleh rakyat tetapi dipilih oleh raja-raja atau para sultan setiap negeri tertakluk kepada perlembagaan dan rakyat tiada hak terhadap takhta tersebut. Kalau dilihat sejarah salasilah raja di Malaysia, ada yang menjangkau ratusan tahun. Peranan atau kedudukan baginda seperti juga King atau Queen di United Kingdom atau Maharaja di Jepun. Raja/Yang di-Pertuan Agong berfungsi sebagai ketua negara/negeri manakala perdana menteri hanya mengetuai kerajaan. Kerajaan boleh dibubarkan tetapi negara tidak. Raja merupakan satu identiti atau kedudukan paling terhormat dan teratas dalam hierarki yang di bawah baginda terletaknya badan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Apabila baginda tidak berkenan terhadap sesuatu, Perdana Menteri sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kerana Perdana Menteri juga dilantik atas perkenan baginda. Walau bagaimanapun, berbeza dengan dahulu, baginda kini lebih kepada ketua bagi sistem ketenteraan dan agama manakala kuasa memerintah rakyat kini telah diserahkan kepada sistem demokrasi berparlimen sejak merdeka. Maka, di Malaysia, Perdana Menteri bukanlah ketua segalanya tetapi hanya ketua kepada rakyat dan menguruskan rakyat untuk baginda. Harap boleh faham. Kalau ada silap, minta ampun dahulu. Apapun, ada banyak info tentang Yang di-Pertuan Agong di Malaysia di laman http://www.malaysianmonarchy.org.my/ - Polar 00:10, 2 April 2008 (UTC)

Banyak terima kasih atas info itu! Jadi, bisa tak omong raja-raja di Malaysia lebih merupakan suatu simbol yang tidak mempunyai kuasa seperti Maharaja kesultanan silam atau dinasti-dinasti Tionghoa? Salam. Pancaragam 01:19, 2 April 2008 (UTC)[balas]

Menurut buku Majlis Raja-raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, tulisan Abdul Aziz Bari, terdapat hubungan yang mana YDP Agong dilantik dan dipilih oleh Majlis Raja-raja yang terdiri daripada 9 org raja Melayu. Dari sudut kuasa perlantikan, kedudukan Majlis Raja-raja lebih kurang sama dengan hubungan antara majlis2 melantik raja dengan raja2 di peringkat negeri. Yang berbeza dengan majlis2 peringkat negeri ialah Majlis Raja2 mempunyai kuasa yang lebih mutlak kerana YDP Agong tidak seperti raja2 yang tidak boleh menundukkan Majlis Raja2. Pemilihan pertama adalah menerusi kekananan raja (bermaksud yang mana dulu bertakhta di sesebuah negeri). Pada 1957, selepas Malaysia merdeka dalam menentukan Agong, YDPB Negeri Sembilan dipilih walaupun mula bertakhta pada 1933. Sepatutnya sultan paling kanan, Sultan Pahang (bertakhta pd 1895) tapi baginda menolak, kemudian diserah kpd Sultan Pahang (bertakhta pd 1932). Sultan Pahang pun enggan. Oleh itu Negeri Sembilan dipilih. Kesemua ini dibuat atas kuasa Majlis Raja2. Hehe, kalau nak tau lebih lanjut bacala buku tu. Kurosagi7 02:55, 2 April 2008 (UTC)[balas]

Siapa kata Raja/Sultan tiada kuasa? Lihat saja Perak, Perlis dan Terengganu. ...Aurora... 15:22, 2 April 2008 (UTC)[balas]
Saya rasa kuasa yang dimiliki raja/sultan di Malaysia agak terhad dan batasan kuasanya telahpun ditetapkan. — Didie (bincang) 15:26, 2 April 2008 (UTC)[balas]
Toksah rasa, dah memang, dah la memang sikit, pas Tun Dr.M kurangkan pulak, aku rasa lepas ni, Sultan tak ada kuasa langsung sebab sultan Perlis dan Terengganu berani sangat. PuteraLuqman Tunku Andre 16:24, 2 April 2008 (UTC)[balas]
Memanglah Sultan/Raja berhak memilih Menteri Besar, PM Malaysia memang berani untuk membantah keputusan yang dibuat. Patutlah pembangkang monang lbih sikit kali ini. Kelly Ho 14:06, 5 April 2008 (UTC)[balas]

Ehem ehem...

Perdana Menteri (Malaysia) = Prime Minister (United Kingdom)
Presiden (Indonesia) = President (Amerika Syarikat)
Raja (Malaysia) = King/Queen (United Kingdom)

izzudin 09:12, 6 April 2008 (UTC)[balas]

What? Kenapa tanya soalan macam ini? Kalau ada kekeliruan lagi, penyelesaiannya senang sahaja: Malaysia mengamalkan sistem "raja berpelembagaan". Yang Dipertuan Agong ialah pemerintah tertinggi negara, akan tetapi kuasa Baginda tertakluk di bawah Perlembagaan. Perdana Menteri bukan pemerintah, sebaliknya dianggap pentadbir atau pemimpin. Lebih tepat, Perdana Menteri ialah ketua Kabinet (badan eksekutif). Tugas PM hanya melaksana. Parlimen, Mahkamah Tinggi Negara, Polis, Angkatan Tentera tidak berada di bawah pengaruh Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari kalangan Dewan Rakyat atas budi bicara Baginda YDP. Itu untuk kerajaan Persekutuan. Untuk kerajaan negeri pula, bergantung atas undang-undang negeri masing-masing.

Raja tidak semata-mata simbol. Raja ialah lambang perpaduan rakyat. Setiap orang boleh berbeza pendapat tentang siapa yang layak jadi pemimpin (UMNO/PAS/dll.), tapi semua orang mesti taat kepada Raja yang satu. Tak taat kepada Raja bererti derhaka kepada negara. Tak taat kepada pemimpin bererti hakikat demokrasi.—Aviator, 19:49, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Sistem Beraja di Malaysia

Saya buka tajuk baru lah ye. Supaya lebih mudah dibaca. (sekadar menokok tambah penerangan di atas). Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan 'demokrasi berparlimen raja berperlembagaan'. Sebelum kedatangan penjajah, sultan atau raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Ertinya semua kuasa iaitu penggubalan undang-undang (legislatif), pentadbiran (eksekutif), dan pengadilan/kehakiman menjadi milik sultan/raja sesebuah negeri. Ketika itu kerajaan persekutuan belum wujud. Setiap raja/sultan berkuasa mutlak atas negeri/kerajaan masing-masing. Apabila penjajah Inggeris ingin menubuhkan persekutuan di Tanah Melayu yang disebut Malayan Union, sultan-sultan/raja dianggap telah menyerahkan kuasa mereka kepada kerajaan Inggeris dan tunduk kepada baginda Queen (Britain). Orang Melayu membantah dan akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan. Jika kita lihat tadi, sultan/raja telah menyerahkan kuasa mereka kepada Inggeris. Erti merdeka di sini juga bermaksud rakyat (Melayu) berjaya mengembalikan kuasa raja/sultan Melayu. Oleh kerana rakyat yang berusaha mengembalikan kuasa tersebut maka kuasa tersebut dibahagi dua atau dikongsi bersama oleh raja dan rakyat.

Dalam kerajaan persekutuan (Malaysia), ketua negara ialah Yang Dipertuan Agung (YDA) yang dilantik dari kalangan sembilan orang raja/sultan Melayu sebagaimana dijelaskan oleh Polar dan Kurosagi7 tadi. Bagi mengelakkan kesilapan 'seseorang raja' dalam membuat keputusan maka kuasa tersebut (eksekutif, legislatif, pengadilan) telah diserahkan kepada tiga pihak yang bernaung di bawah YDA selaku ketua negara.

Ketua eksekutif ialah Perdana Menteri (sekarang: Pak Lah). Kuasa menggubal undang-undang diserahkan kepada rakyat melalui wakil-wakil mereka di parlimen (digelar wakil rakyat). Manakala kuasa pengadilan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara. Setiap bahagian tersebut masing-masing tidak boleh campur tangan dalam kuasa pihak lain. Contohnya PM (ketua eksekutif), tidak boleh masuk campur urusn kehakiman, begitu juga sebaliknya. (Inilah antara isu yang sedang diungkit dan cuba diatasi oleh menteri berkenaan baru-baru ini).

Meskipun demikian, PM masih berpengaruh terhadap YDA kerana PM adalah penasihat kepada baginda. Selepas pindaan 1993 (betul ke?), YDA boleh dikatakan tidak mempunyai kuasa langsung dalam menolak sesuatu undang-undang yang telah diputuskan oleh parlimen. Sebelum itu YDA masih boleh menolak mana-mana undang-undang yang telah diputuskan di parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara). Eh, dah panjang sangat lak... Penerangan saya tu hanya berpandukan ingatan saya sahaja. Sekadar untuk memahami secara kasar sistem pentadbiran di Malaysia. Untuk tujuan rasmi sila rujuk sumber lain. Oh ya, jawatan Perdana Menteri (PM) dengan Presiden tu bukan sama 100%. Cuma ada persamaan sahaja. cheguman 15:12, 2 April 2008 (UTC)[balas]

Cadangan

Ingatan capaian rawak ialah arktikel tentang RAM. Aktikel ini lebih baik ditukarkan kepada Modul Ingatan Capaian Rawak. RAM pada pandangan saya lebih kepada cip RAM itu sendiri, dan banyak digunakan pada kad grafik, kamera, dan banyak lagi.

Unit pemprosesan grafik pula tidak sesuai dilencongkan daripada kad grafik kerana GPU ialah sebuah cip. GPU itu sendiri tidak berguna jika tidak digabungkan dengan RAM, Digital to Analog Converter, BIOS dan port output. Artikel itu lebih kepada kad grafik. Kad grafik menggunakan interface motherboard untuk berhubung. Ada GPU yang terus dipasangkan kepada Papan Ibu (Motherboard) dan dipanggil On-board graphic card.

Harap jangan marah dengan komen ini.--Kekacang 19:30, 3 April 2008 (UTC)[balas]

Humm... Ini adalah komen yang baik, kenapa perlu marah. Anda kelihatannya lebih arif mengenai hal-hal perkomputeran. Mungkin anda boleh menyumbang lebih banyak rencana mengenai perkomputeran agar lebih ramai boleh memanafaatkannya. Yosri 00:46, 4 April 2008 (UTC)[balas]
Mengenai RAM, tambah saja isinya apa yg patut. Susah nak pisahkan cip dengan ingatan. Mengenai kad grafik, saya dah lencongkan ke kad video (benda yg sama), silalah kembangkan. ...Aurora... 13:55, 4 April 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih atas pemantauan penyelia sekalian. --Kekacang 16:06, 4 April 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan kekacang. Pertambahkanlah lagi artikel mengenai komputer. Kurosagi7 05:45, 6 April 2008 (UTC)[balas]

Maksud dalam Bahasa Melayu

Sebagai contoh, Russian Air Force bermaksud Angkatan Tentera Udara Rusia atau hanya ditulis sebagai Tentera Udara Rusia. Apa cadangan saudara? -- Tebu.an 12:53, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Tentera Udara Polar 12:56, 7 April 2008 (UTC)

Istilah Angkatan Tentera Udara adalah lebih sesuai. Tentera Udara merujuk kepada seorang tentera udara sahaja, sedangkan angkatan menunjukkan sebuah kumpulan yang dipanggil Tentera Udara.--Kekacang 15:29, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Bandingkan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). ...Aurora... 15:34, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Betul juga kata saudara Aurora. Apabila saya melihat Tentera Udara Diraja Malaysia, baru saya dapati bahawa istilah Angkatan digunakan untuk keseluruhan anggota tentera. Jadi, letakkan sahaja Tentera Udara Rusia, dan dibawah Angkatan Tentera Rusia.--Kekacang 15:45, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Istilah Byte

Saya merujuk kepada perkataan BYTE yang banyak digunakan dalam kamus ini. Apabila saya merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka mengatakan bahawa BAIT adalah istilah yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Apakah pandangan pengguna-pengguna sekalian?--Kekacang 15:45, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Gunakan ejaan dalam bahasa Melayu.—Aviator, 19:22, 7 April 2008 (UTC)[balas]

PutraBikes

Para penyelia, gue mencadangkan agar artikel ini dihapuskan atas alasan ia tidak bersifat ensiklopedik. Perhatikan bahawa ia bukan suatu jenama motosikal seperti Yamaha atau Honda dan bukannya suatu perusahaan yang terkenal. Salam. Pancaragam 21:54, 7 April 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan saudara Pancaragam. Satelah membaca laporan BH tersebut dan saya dapati syarikat tersebut hanya sebuah syarikat biasa yang menjual motorsikal, bukan pengeluar motorsikal. Oleh yang demikian, saya berpendapat rencana itu patut dipadamkan. — kurnia[binc|sumb] 23:11, 7 April 2008 (UTC)[balas]
Sudah dihapus. — Didie (bincang) 01:15, 8 April 2008 (UTC)[balas]
Kenapa dipadamkan...saya betul-betul...tak setuju ....senang-senang aje hapus...kalau ada pembetulan...betulkan ..jangan dihapuskan...!Che 02:11, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Saya bersetuju artikel ini dipadamkan. Saya berpendapat syarikat ini belum boleh dimasukkan ke dalam kamus ini. Jika tidak, akan lebih banyak syarikat akan menggunakan wikipedia untuk publisiti. Bagi saya, taraf syarikat tersebut mestilah seperti francais KFC, Honda, Schlumberger, Texas Instrument dan banyak lagi. Jika dimasukkan kesemua syarikat didalam wikipedia ini, bukankah ini akan membuat wikipedia ini seperti YellowPages sahaja?--Kekacang 08:39, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Huh!

Pak Lah memang suka tidur. Tapi janganlah sampai masuk dalam artikel Pak Lah takut-takut beliau tengok kita punyer rencana, habis dia block-out laman web ini dan suruh Tan Sri Musa Hassan dan konco-konconya cari korang (merujuk kepada siapa yang tulis) terutama orang tu ada menyatakan nama sebenar dan maklumat lain dalam halaman pengguna sehingga ke lubang cacing sekalipun.

Tambahan, Pak Lah bukannya tidur sampai meleleh air liur basi. Dia separuh tidur (maknanya tidur kejap) je... Cuba ko fikir kalau Anwar jadi PM, dia tidur sampai berdengkur. Korang mesti kata aku niee fanatik Pak Lah tapi sebenarnya tidak sama sekali. Hidup Najib Razak. Pilihan raya dah lama berlalu jadi apa yang aku kata tak ada mengena dengan politik. -- Tebu.an 12:09, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Yup Pak Lah memang suka tido, tapi tuh maknanya dia pnat, sambil memikir masalh rakyat termasuk kita sumer. Aku rasa Pak Lah tak marah punyalah kalau kita buat ayat yang betul. Dia pun ada otak dan akal.As-sabr minnal iman. Dia faham ragam rakyat Malaysia.Dia x akan suh Tan Sri Musa punyalah, dya mest lantik badan bebas dan kesan kita sampai alamat umah kita. Tunggu Datuk Seri datang k! Kidding,ahakz....

Cam mustahil jerk, Anwar akan jadi PM. Haha. Dia x akan tertido sampai berdengkur sbb dya mest lantik bodyguard ngan PA.Aku neutral. Mesti ar, aku kecik g. PuteraLuqman Tunku Andre 12:20, 8 April 2008 (UTC)[balas]

Normal lah tido... ko sorang je tak penah tido wahai daniash... asyik online malam-malam buta izzudin 13:01, 10 April 2008 (UTC)[balas]

Banyak la ko pnya normal, tu kan majlis rasmi, aq x pnah tertido wlupun itooo hanya mesyuarat pengawas! Ari2 pun aq ampir tertido tp slamat penolong setiausaha smpt tendang kaki aku, mana taknya ketua pengawas dan pnolong gi kursus kepimpinan, jd time 2 aku arr berkuasa,haha, best gak wlupun 3 ari jer diorang x da. Dn pling best mrh org arrr, tp saranan aku be profesional, klu ngantuk bek x yah ada,bukan kata kat Datuk Seri, tapi nasihat aku utk sume org. PuteraLuqman Tunku Andre 16:13, 10 April 2008 (UTC)[balas]

Babi

Gue mendapati sesuatu yang merupakan NPOV dalam artikel babi:

Babi juga merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam semua bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Ini menunjukkan babi dianggap hina secara sejagat sungguhpun ia dimakan.

Semua bangsa? Dianggap hina secara sejagat? Buktinya? Suka gue mengingatkan para Wikipedian agar tidak menjeneralasikan sesuatu pandangan yang hanya didukung ugama atau ras sendiri karena Wikipedia ms turut dibaca oleh pengguna lain yang berbagai ras dan ugama.

Oleh karena ia telah dikunci, bisa tak para penyelia sunting artikel itu dengan membuang bahagian tersebut. Salam. Pancaragam 21:24, 9 April 2008 (UTC)[balas]

PS Ada yang mungkin berdebat bahawa babi itu tidak hina karena ia ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Pancaragam 22:14, 9 April 2008 (UTC)[balas]

Sila lakukan perbincangan ini di laman perbincangan. Terima kasih.Che 02:40, 10 April 2008 (UTC)[balas]

Berkenaan dengan referensi yang dibekalkan bagi gelaran Abdullah Badawi, gue rasa ia tidak cukup konvinsing . Yang pertama, Koh Tsu Koon hanya kata Abdullah telah diberi gelaran "Bapa Pembangunan Insan" sebetulnya. Yang kedua, Puteri UMNO hanya memberikan cadangan agar ia dinobatkan Bapa Pembangunan Modal Insan. Bisa tak penulis yang mendefenkan gelaran tersebut memberikan referensi yang lebih konvinsing? Ia harus diingatkan gelaran tersebut mestilah sesuatu yang dikenali umum (macam dengan gelaran keempat-empat mantan) dan diiktiraf resmi. Salam. Pancaragam 21:41, 9 April 2008 (UTC)[balas]

Sekali lagi ditulis di sini. Gelaran itu telah diberikan ketika sambutan hari kemerdekaan ke-50 dan dipaparkan secara langsung di TV. Berulang kali digunakan. Gelaran itu juga jelas terpampang di Stadium Merdeka ketika Malam Sambutan Raksasa. Polar 02:40, 10 April 2008 (UTC)

Benar juga kata Polar dan juga kata Pancaragam. Gelaran diberikan, tetapi tidak kena kepada tempatnya. Lebih kepada publisiti. Ke empat-empat Perdana Menteri sebelumnya, saya boleh nampak sebab gelaran tersebut diberikan. Perdana Menteri yang ini saya kabur sedikit.--Kekacang 17:55, 10 April 2008 (UTC)[balas]

Biasanya gelaran sebegitu diberi selepas orang itu telah meninggal atau melepaskan jawatan. Rasionalnya ialah dia kena selesai tugas dulu baru boleh diiktiraf. cheguman 07:59, 11 April 2008 (UTC)[balas]

Wikipedia hanya melapor apa yang telah diiktiraf, bukan kerja Wikipedia membuat ulasan semberono. Yosri 10:57, 11 April 2008 (UTC)[balas]
Masalahnya sekarang. Apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh Pak Lah sekarang yang layak diiktiraf sebagai "Bapa Pembangunan Modal Insan" bagi dirinya. Islam Hadhari? Saya rasa dasar tersebut tunggang-langgang dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Saya tak rasa dasar Islam Hadhari yang diwar-warkan oleh Pak Lah membentuk peribadi yang mulia ke atas insan. Saya lihat selepas Islam Hadhari diperkenalkan, lagi menjadi-jadi pulak perangai yang tak berakhlak dilakukan. Saya rasa Islam Hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah atas tujuan politik saje(rasa-rasanya Pak Lah bukannya berdakwah mengenai syiar Islam pun). Sebab itu, George W.Bush sokong sebab Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah tidak mengubah apa-apa pun. Cuma Pak Lah nak melawan pengaruh Anwar Ibrahim yang dikatakan berunsurkan Islamik. Sebab itu, Pak Lah takut akan pengaruh Anwar Ibrahim. Namun, usaha yang dilaksanakan Pak Lah tak menjadi setelah dijahanamkan teruk dalam pilihan raya Mac 2008 yang lalu. Ini satu petunjuk yang bagus kerana pengaruh Pakatan Rakyat hampir setaraf dengan pengaruh BN. Ini membuktikan Malaysia terbukti terang-terangan mengamalkan sistem demokrasi dan tidak dikuasai satu pihak saje. Rasa-rasanya, apa pulak pengiktirafan gelaran yang akan diberikan kepada bakal PM Malaysia iaitu Najib Tun Razak nanti ye. Adakah semua individu Malaysia nanti akan dikerah menjadi tentera?? Saya rasa untuk melatih generasi muda, tak perlulah dilatih melalui Program Latihan Khidmat Negara. Saya rasa lebih baik anak-anak muda dihantar ke Unit Forensik setiap hospital. Di situ timbul kesedaran anak-anak muda selepas melihat mayat-mayat di situ. Ataupun anak-anak muda melihat tengkorak manusia yang terdapat di sana. Jika ada yang bersemangat kental, cuba latih mereka tidur dengan mayat-mayat itu. Rasanya insaflah mereka tu.(tak sampai 1 hari pun macam nak lari!) hehehe... Maaf jika saya ada menyentuh isu sensitiviti mengenai politik secara mendalam. — Didie (bincang) 12:26, 11 April 2008 (UTC)[balas]

Ya, Islam Hadhari memang tunggang langgang. Mana ada Islam moden. Makna Islam moden ialah boleh berpegangan tangan bukan muhrim seperti Datuk Seri buat, isterinya serta menteri wanita terkecuali daripada menutup aurat, mengamalkan undang2 British walaupun cuba menggubal untuk disesuaikan dengan ideologi Islam Hadhari??? Saya rasa falsafah Islam Hadhari ini ilham Datuk Seri daripada Confucius dalam agama Buddha. Tapi ingat saya masih neutral, x der terlibat dengan parti politik. Saya rasa jika Datuk Seri Najib mahu kelainan daripada PM lain, dya cuba perkenalkan pula hukum hudud atau undang2 syariah. Mesti parti erm......modal diorang kurang punyalah.... PuteraLuqman Tunku Andre 14:56, 11 April 2008 (UTC)[balas]

Bla. bla. bla. Aduhai. Benda remeh pun nak dimasukkan hal politik dan dipanjangkan lagi. Banyak lagi rencana yang perlu dirisaukan berbanding sesuai atau tak Pak Lah dengan gelaran Bapa Ketiduran atau Bapa Tak Tahu Nak Buat Apa. Kita pun sibuk sama ada dasar atau manifesto Parti Botol lebih baik dari Parti Kicap. Benda tu mereka yang buat. Anda di wiki hanya perlu tulis apa yang fakta dan telah tersedia. Kalau benda tu dah nyata, tak guna lagi persoal sama ada dia datang dari langit ke atau kolam renang ataupun dia baik untuk Kaum Batu berbanding Kaum Pokok. Kita hanya menyediakan wadah ilmu dan maklumat berbanding berborak tentang tepi kain orang walaupun ini Kedai Kopi. Bukankah lebih elok kedai kopi wikipedia ini dibanyakkan lagi membincangkan masalah tentang bagaimana nak tambahkan rencana ke, tolong kembangkan rencana ke, perbaikkan rencana ke, mengatasi masalah spam ke, baikkan lagi sistem kita ni ke... Banyak lagi rencana yang perlu dikembang dan dirisaukan berbanding hal orang lain. Kalau betul-betul nak borak tentang politik, jom kita borak di tempat lain (dan saya tak berminat pun. hehe). Gunakan wadah yang betul di tempatnya dan jangan bertindak zalim kepada wiki ini. Majukanlah ilmu pengetahuan yang berguna demi kepentingan manusia sejagat (bukan untuk Pak Lah, Najib, Anwar atau politik). Salam buat semua! :) Polar 15:21, 11 April 2008 (UTC)
Pembukaan bahagian ini memang tidak berniat untuk bicara politik, cuma mau dapatkan referensi yang tidak misleading. Itu saja. Salam. Pancaragam 15:30, 11 April 2008 (UTC)[balas]
Tak salahkan anda untuk mengetahui fakta yang sebenar... Cuma saya harap agar semua beringat selepas ini kerana kita ada banyak tugas untuk dilakukan di wiki ini. Tak perlu meleret-leret pada satu perkara yang boleh dijawab secara objektif. :) Polar 18:03, 11 April 2008 (UTC)

Haha, betul cakap Polar. Tapi mengenai perkara ini, rasa-rasanya, Pak Lah belum ada apa-apa gelaran. Kalau adapun mungkin bukan rasmi lagi. Sebab selalunya Perdana Menteri mendapat gelaran selepas mereka meletakkan jawatan. Jadi, sekiranya belum ada fakta yang kukuh, saya rasa gelaran bagi Ahmad Badawi dalam rencana patut dibuangkan, atau jangan diletakkan. Takut akan mengelirukan pembaca. Cuma pendapat — kurnia[binc|sumb] 03:40, 12 April 2008 (UTC)[balas]

setuju dengan polar...Che 03:13, 13 April 2008 (UTC)[balas]
Saya juga setuju dengan Polar & Che ! --Kekacang 07:15, 13 April 2008 (UTC)[balas]

Cuma saya agak hairan, apabila ada pengguna yang kelihatan bersimpati dengan kerajaan, sering disindir dan dipandang serong. Sebaliknya tiada siapapun pun mahu menegur seorang remaja yang mempersendakan Perdana Menterinya secara wewenang. Agaknya remaja sekarang sudah tidak faham maksud menghormati pemimpin dan tidak tahu maksud kurang ajar. Cuba renungkan kata-kata ini: "aku yakin pendapat aku betul walaupun aku sedar bahawa pendapat orang lain juga mungkin betul". Ingatlah, sebijak manapun IQ anda dalam usia remaja masih terlalu banyak yang anda tidak faham antara yang tersirat di sebalik yang tersurat. cheguman 17:01, 14 April 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju. Pendapat orang sentiasa berlainan dan mungkin lebih benar dan lebih tepat tetapi LAMAN INI BUKAN LAMAN PENDAPAT! Di sini bukan juga tempat untuk bersimpati dan di sini bukan tempat untuk menyindir mahupun mengesyaki sesiapa jua di dalam dunia hatta yang di langit jua. Ingatlah. Apabila anda menjadi pengguna di sini, anda akan ditanya kelak, adakah anda menyumbang dengan tepat dan adakah anda menghabiskan masa dengan betul ketika anda berada di sini. Adakah anda memberikan ilmu atau anda hanya menghabiskan masa untuk merisaukan hal orang lain. Adakah anda menggunakan wadah ini seperti yang sepatutnya atau meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya.
Memang benar kita harus menjaga kepentingan negara dan bangsa, merisaukan pemimpin yang memimpin negara ke tunggak dunia dan berjasa hingga ke akar umbi supaya berada di jalan yang benar, dan saya juga arif dengan sesetengah perkara, di dalam mahupun di luar parlimen, tetapi itu bukan alasan untuk seseorang menyibukkan hal orang lain dan menggunakan wiki sebagai perkara yang bukan haknya. Perdana Menteri adalah ketua yang memimpin negara kita yang patut disanjungi, ditaati dan dihormati tetapi di sini bukanlah tempat untuk mengata mahupun berbual tentang baik buruk orang.
Ingatlah, ensiklopedia ialah koleksi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan. Laman ini pula adalah untuk pengguna Wikipedia berbincang mengenai Wikipedia serta mencadang, meminda atau memansuhkan polisi melalui proses pengundian. Mujur saya tidak padam kerana kandungan yang tidak berkaitan boleh dipadam sebenarnya. Gunakan hak kebebasan bersuara di tempat dan saluran yang betul. Saya juga mengelakkan kita berbual tentang orang lain di sini kerana risau jika kita akan mula memasuki ke lembah fitnah yang memakan saudara sendiri dan tiada siapa yang sebenarnya menyedari. Ingatlah. Jari kita yang akan menjadi saksi dan menjawab di sana... Dan saya agak kecewa dengan mereka yang enggan bersama membetulkan keadaan atau melihat dengan hanya sebelah mata. Nak tunggu wiki kena saman atau diharamkan baru nak terngadah ke? Polar 01:49, 15 April 2008 (UTC)

Untuk pengetahuan sekalian, kenyataan panjang lebar oleh saya bukannya mengata/mengumpat/memfitnah/mendustakan/memburuk-burukkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Pak Lah. Akan tetapi, mengolahkan keadaan sebenar yang sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Setiap insan perlu berani mendedahkan kebenaran yang sebenar. Jika ada yang menyembunyikan kebenaran sebagai saksi kerana takut akan seseorang/menerima sogokan wang mungkin Hari Kiamat semakin hampir. Tak sangka isu ini akan didebatkan begitu hangat sekali. Wikipedia akan disekat/diharamkan/disaman gara-gara teguran ke atas Pak Lah? Rupa-rupanya Pak Lah tidak mahu ditegur dan saya pernah terdengar pernyataan ini iaitu "Saya pantang dicabar" oleh Pak Lah. Mungkin ada segilintir pengguna di Wikipedia ini menyokong parti UMNO. Akan tetapi, mana yang buruk ditegur dan mana yang baik dipuji. hehehe Saya memohon maaf jika saya telah menghuraikan huraian mengenai Pak Lah sehingga dikritik begitu lantang sekali. Selepas ini, tak perlulah kecoh2 lagi ye mengenai perkara ini. Apapun, saya harap sekalian terus berbakti dengan menyumbang di Wikipedia. Jika ada yang mahu menyertai forum mengenai politik atau apa jua bidang(yang bersesuaian), saya syorkan anda ikuti forum [1] atau [2]. Saya bukan promosi ye tapi hanya syorkan pendekatan yang terbaik saje. Harap kerajaan Malaysia pimpinan BN sedia mendengar pendapat rakyatnya dan tidak cepat melatah. Jika melatah jugak maka keputusan pilihan raya nanti jugaklah akan menunjukkan rakyat melatah. — Didie (bincang) 02:16, 15 April 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih Didie kerana memberikan pautan untuk memudahkan pengguna di sini mengutarakan pendapat mereka berkenaan politik dan lain lagi di tempat lain. Harap tiada lagi sambungan di sini. Dah! Buat kerja semua. Polar 04:40, 15 April 2008 (UTC)

-TOPIK INI DIHENTIKAN-

"Dolar", "bilion", "profesional"

Saya cuma nak bagi tahu dalam ejaan bahasa melayu tiada "dollar", atau "billion". Ejaan betul selalunya hanya menggunakan satu "l", "f", dll. Kamalzack 04:03, 13 April 2008 (UTC)[balas]

Profesional ejaan betul bukan professional. Kamalzack 04:07, 13 April 2008 (UTC)[balas]
Yang betul: Dolar, Bilion, Profesional. izzudin 10:27, 13 April 2008 (UTC)[balas]

Penyumbang baru

Salam! Saya penyumbang baru untuk Wiki Bahasa Melayu. Saya telah sumbangkan bahan untuk kategori Sejarah dan Astronomi namun saya tidak membubuh sebarang tanda pautan atau suntingan lanjut kerana masih mentah dalam bidang sumbangan ini. Harap orang lama dapat kongsi idea dan tunjuk ajar. --Irsam

Selamat datang sekali lagi saya ucapkan. Untuk penerangan ringkas, lihat Wikipedia:Tutorial, untuk lebih lanjut, lihat Wikipedia:Menyunting. Kedua2 pautan terdapat di ucapan selamat datang di laman perbincangan anda. ...Aurora... 14:57, 16 April 2008 (UTC)[balas]

Selamat datang. Setiap orang ada idea dan ilmu yang berbeza. Sumbangan anda amat dialu-alukan!--Kekacang 15:32, 16 April 2008 (UTC)[balas]

Tuan-tuan dan puan-puan, sila ambil perhatian. Kini Unified login telah dibuka kepada para penyelia (sysop). Rancangan ini adalah untuk membenarkan kita menggunakan nama dan kata laluan yang sama di semua Projek Wikimedia tanpa berdaftar satu demi satu. Pada masa yang akan datang, rancangan ini juga akan terbuka kepada semua orang. Sesiapa yang mempunyai kuasa penyelia di mana-mana Projek Wikimedia, dan ingin menyertai Unified login ini, sila memastikan bahawa anda menggunakan nama, kata laluan, dan alamat e-mel yang sama di semua tempat. Para pengguna yang bukan penyelia juga dinasihatkan bersiap sedia. Jika anda mendapati bahawa ada orang lain di Projek Wikimedia lain yang menggunakan nama yang sama dengan anda di sini, sila menyelesaikan masalah anda dengan berunding dengan orang itu atau menukarkan nama anda sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila tekan pautan tajuk bahagian ini. Terima kasih kerana sudi mendengar. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:46, 3 April 2008 (UTC)[balas]

Alat memeriksa penggunaan nama: http://tools.wikimedia.de/~vvv/sulutil.php . Jangan lupa guna huruf besar bagi huruf pertama. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:17, 4 April 2008 (UTC)[balas]

Tambahkan butang di laman penyutingan

Saya bercadang untuk menambahkan butang berkut pada laman penyuntingan

Imej Kegunaan Kedudukan
Memasukkan kod <code></code> Selepas butang

Apa pendapat anda? kurnia[binc|sumb] 20:31, 16 April 2008 (UTC)[balas]

Teruskan cadangan anda itu. Saya sokong pendapat anda(Kurniasan). — Didie (bincang) 12:05, 17 April 2008 (UTC)[balas]

Telah ditambahkan, terima kasih atas sokongan anda. Selain teks kod, saya juga telah tambahkan butang rujukan () untuk kemudahan para pengguna. Sekiranya wujud sebarang typo, sila maklumkan saya (bagi bukan penyelia) atau bantu saya betulkannya. Selamat menyunting kurnia[binc|sumb] 12:40, 17 April 2008 (UTC)[balas]

Bagus2. Sila teruskan menyumbang2. Saya sokong apa yang anda buat tu. Kurosagi7 13:21, 17 April 2008 (UTC)[balas]

Saya lihat maklumat yang sepatutnya ada pada Templat:Olympic_bid di laman ini tidak muncul. Jadi, saya harap pihak komuniti dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Bantuan sekalian amat saya hargai. — Didie (bincang) 06:32, 19 April 2008 (UTC)[balas]

Masalah ini disebabkan oleh tajuk laman. Di dalam kod templat, terdapat beberapa baris kod seperti berikut: {{#ifeq:{{PAGENAME}}|{{{1}}} {{{2}}} Olympics bids| akibat1 | akibat2 }}
Ianya menghasilkan pepijat kerana rencana adalah bertajuk "Pembidaan Sukan Olimpik 2008" sedangkan untuk mematuhi syarat kod, rencana harus bertajuk "Sukan 2008 Olympics bids". Untuk menyahpijat, kod-kod rencana harus diterjemah. Terutamanya kode {{{1}}} {{{2}}} Olympics bids (harus ditukarkan kepada Pembidaan {{{1}}} Olimpik {{{2}}}). Maaf, saya tidak akan membantu menterjemahkannya kerana kodnya memeningkan, harap anda yang lain boleh menolong. Haha. kurnia[binc|sumb] 07:33, 19 April 2008 (UTC)[balas]
Akhirnya saya terjemah juga. Haha. Rasa-rasanya telah selesai masalah ini. Kalau saya lakukan typo harap maklumkan atau betulkannya sendiri. Selamat maju jaya. kurnia[binc|sumb] 07:57, 19 April 2008 (UTC)[balas]

Masalah selesai. Terima kasih kepada Kurniasan atas bantuan anda. Sekian. — Didie (bincang) 09:02, 19 April 2008 (UTC)[balas]

Cristiano Ronaldo

Nampaknya saya tersalah buat. Ejaan sebenar adalah Cristiano Ronaldo bukan Christiano Ronaldo, dan rupanya sudah ada laman tersebut. Bagaimana hendak memadam laman tersebut iaitu Christiano Ronaldo. Kurosagi7 09:03, 20 April 2008 (UTC)[balas]

Minta bantuan para penyelia. Nak hubungi stward cam tak perlu lak. Nanti diorang tau lah lepas ni. PuteraLuqman Tunku Andre 09:09, 20 April 2008 (UTC)[balas]

OK. Lain kali saya akan berhati2. Minta Maaf.hehe Kurosagi7 09:16, 20 April 2008 (UTC)[balas]

Anda boleh meletakkan #redirect [[nama baru]] di laman lama bagi melencongkannya. Yosri 00:43, 21 April 2008 (UTC)[balas]
Terima kasih Syukran, Yosri. Saya akan ingat lain kali. Kurosagi7 06:45, 21 April 2008 (UTC)[balas]

Kategori

Saya ada 2 soalan

  1. Macam mana kita nak tau kategori ape yang perlu diletak pada pengakhiran setiap artikel?
  2. Di mana kita boleh tengok senarai kategori yang berkaitan?

Terima kasih. Kurosagi7 06:45, 21 April 2008 (UTC)[balas]

Hee..Hee.. Soalan yang baik. Perlukan pengalaman. Bagaimanapun, untuk lihat kategori yang sedia ada, buat carian, "kategori" dan klik Kategori dalam Cari dalam ruang nama:. Yosri 07:10, 21 April 2008 (UTC)[balas]
oo ye ke. Nampaknya saya memang kurang pengalaman. Kadang2 tak tau nak letak di bawah kategori ape. Ok Trimas Yosri.
Saya fikir kena lihat pada artikel tu..berkisar mengenai apa ..baru boleh buat kategori..

Che 08:08, 21 April 2008 (UTC)[balas]

Hari Bumi

Mulai 22 April, apa kata laman utama Wikipedia ini mengisahkan Hari Bumi sebagai tanggungjawab kita sebagai penghuninya. Satu lagi, artikel Hari Bumi tak wujud lagi jadi sebagai manusia yang mengambil beral pasal alam sekitar, mari kita mulakan artikel ini. -- Tebu.an 09:35, 21 April 2008 (UTC)[balas]

Bagus jugak tu, apa kata anda mulakan. Kurosagi7 09:38, 21 April 2008 (UTC)[balas]

Lebih baik saudara mulakan dahulu. Hari nie aku sibuk sket. Jika saudara menyuruh aku jugak, maknanya esoklah baru aku tulis pasal Hari Bumi. -- Tebu.an 09:55, 21 April 2008 (UTC)[balas]

dah ada pun... cepat tul Polar, Kurosagi7 & Tebu.an bertindak. TQ. Sebelum ni sy pun tak perasan ada Hari Bumi nie. cheguman 06:07, 23 April 2008 (UTC)[balas]

Bekas Menteri raba punggung gadis

Cerita politik skit. sori kalau citer ni x patut tersiar kat Kedai Kopi. Betul ke DSJJ ni meraba punggung gadis? Banyak berita tersiar cerita ni. Utusan ngan BHarian xdak, NST dan Star ada cerita, HMetro (hanya mengatakan seorang Datuk Seri, skg kat luar negara), Harakahdaily (mengatakan Ahli Parlimen, bekas Menteri)dan Tranungkite (kata bekas Menteri dari pahang, ada jambang). kalau betul dia, saya nak masukkan dalam artikel beliau. Kurosagi7 07:58, 23 April 2008 (UTC)[balas]

Ensiklopedia bukan tempat khabar angin. Biar masuk dalam akhbar, baru letakkan. Blog peribadi bukan sumber tepat. Yosri 10:26, 23 April 2008 (UTC)[balas]
Saya sokong Yosri. Saya harap kita pentingkanlah dulu mengenai biografi berbanding kontroversi. Kebanyakan rencana mengenai tokoh di Malaysia mempunyai bahagian kontroversi lebih panjang berbanding biografi tokoh berikut. Ada juga yang hanya mempunyai bahagian berkaitan kontroversi manakala biografi tidak ada. Rencana berkenaan tokoh adalah rencana biografi bukan rencana kontroversi. Sekadar pendapat — kurnia[binc|sumb] 10:41, 23 April 2008 (UTC)[balas]
Hee... Hee.. Ada orang cuba naikkan nama dengan memburukkan orang lain. Saya pula menilai orang dengan apa sumbangannya, bukan apa keburukan musuhnya. Yosri 10:56, 23 April 2008 (UTC)[balas]
setuju dgn Yosri dan kurnia. cheguman 16:17, 23 April 2008 (UTC)[balas]
Baik saya takkan letak selagi ia x conform lagi. Kurosagi7 16:41, 23 April 2008 (UTC)[balas]

Huruf besar vs huruf kecil

Saya dapati penggunaan huruf besar dan huruf kecil boleh menyebabkan sesuatu pautan menjadi merah. Ada tak cara untuk kita selesaikan masalah ini? Contohnya, peneroka felda, peneroka FELDA dan peneroka Felda. Atau; kita perlu menyemak semua perkataan tersebut dan membetulkan ejaannya satu persatu secara manual? Terima kasih. cheguman 16:39, 23 April 2008 (UTC)[balas]

oh, case sensitive rupanya wikipedia ini. Biasanya uppercase FELDA menunjukkan abbreviation. --Kekacang 18:44, 23 April 2008 (UTC)[balas]

Alihkan laman ke Peneroka FELDA kerana "FELDA" adalah singkatan. Atau gunakan tajuk Peneroka LKTP kerana FELDA adalah singkatan untuk versi Inggeris (rujuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). — kurnia[binc|sumb] 20:24, 23 April 2008 (UTC)[balas]
FELDA mesti sentiasa dieja huruf besar kesemuanya. Bagaimanapun, untuk ejaan lain boleh dilencongkan kepada laman rencana utama sebagai #redirect [[nama baru]]. Saya rasa FELDA lebih baik digunakan kerana ia bersifat neutral, lebih dikenali, telah lama digunakan, boleh digunakan dalam kedua bahasa Melayu/Inggeris. Yosri 01:21, 24 April 2008 (UTC)[balas]
Hal ni sama macam PETRONAS, saya lihat kadang2 Petronas. Cuba lihat pula Menara Berkembar PETRONAS. Ada terdapat perbezaan huruf besar-kecil. Kurosagi7 02:47, 24 April 2008 (UTC)[balas]
PETRONAS juga perlu dieja semua huruf besar. Rujuk laman rasmi mereka dan iklan rasmi mereka. Semua singkatan perlu dieja huruf besar. Yosri 04:47, 24 April 2008 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan... FELDA. Terima kasih. cheguman 06:04, 24 April 2008 (UTC)[balas]

Ok, siap. Tapi, macamana korang buat bila taip 'felda' dalam 'kotak gelintar', kita akan dibawa terus ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan? Ajaib tu... err, yang tu lom belajau lagi.cheguman 06:17, 24 April 2008 (UTC) cheguman 06:17, 24 April 2008 (UTC)[balas]

Letakkan kod berikut: #REDIRECT [[Tajuk sebenar]] pada laman peralihan. Laman peralihan adalah laman yang isi kandungannya cuma ada kod yang dinyatakan di atas. Sebagai contoh, apabila anda taip FELDA pada laman peralihan, anda akan dibawa terus ke laman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. Pada laman tersebut, anda dapat perhatikan di bahagian atas laman ada terdapat baris berikut: (Dilencongkan dari FELDA). Apabila anda klik pada pautan FELDA pada laman tersebut, anda akan dibawa kepada laman peralihan, dan apabila anda klik sunting anda akan dapati hanya terdapat kod berikut: #REDIRECT [[Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan]] pada sumber laman tersebut. — kurnia[binc|sumb] 06:55, 24 April 2008 (UTC)[balas]

Update on the localisation at Betawiki

Templat

Saya telah mencipta Templat:Pengguna Wikipedia/Daftar masa yang berfungsi sebagai tempoh masa pendaftaran sebagai pengguna Wikipedia Bahasa Melayu. Apa pendapat saudara/saudari tentang templat ini di mana sumber templat tersebut berasal dari Hebrew Wikipedia (Wikipedia Bahasa Ibrani)? -- Tebu.an 08:44, 26 April 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya templat ini ada di dalam wiki en, wiki id dan mungkin di kebanyakan wikipedia lain. Saya tidak perlukan templat ini rasanya, kerana saya telah meletakkan ParserFunction pada laman pengguna saya yang akan memberitahu saya sekiranya hari tersebut adalah hari saya mula menyunting serentak dengan mengira berapa lama telah saya berada di Wikipedia. Tapi ia mungkin berguna untuk pengguna lain.

kurnia[binc|sumb] 08:49, 26 April 2008 (UTC)[balas]

Sinusitus kronik

Disebabkan saya menghidap sinusitus kronik yang berlangsung berdekad-dekad, dengan pembedahan serta rawatan perubatan yang mahal tidak berkesan, kakak saya baru-baru ini memberitahu saya tentang rawatan pengairan hidung selepas menonton The Oprah Winfrey Show.

Saya telah mencuba selama seminggu dan mendapati ia amat berkesan. Namun dengan itu, saya menulis rencana Pengairan hidung supaya mereka yang menghidap sinusitus boleh mencubanya atau berkongsi dengan saudara atau kawan mereka yang menghidap sinusitus. Rawatan ini bukannya rawatan baru, cuma saya dan mungkin juga banyak orang lain tidak tahu. Cara menggunakannya boleh dilihat dalam sebilangan video Youtube.

Saya mempergunakan bekas plastik untuk sos tomato sebagai ganti untuk neti pot dan memotong separuh muncungnya supaya hidung tidak tertikam. Harganya murah, cuma 90 sen. Walaupun saya menggunakan garam biasa, adalah baik jika pengguna menggunakan garam tanpa iodin kerana ia tidak mengakibatkan sebarang ketidakselesaan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 10:11, 30 April 2008 (UTC)[balas]

Saya ada tonton episod itu ketika sesi temu bual Oprah bersama Dr. Oz. :) Ia ternyata memang berkesan. Polar 16:14, 30 April 2008 (UTC)
Saya tidak mahu menambah apa-apa di dalam artikel tersebut, tetapi sebagai seorang yang mengidap "rhinosinusitis" dan blocked nose (telahpun membuat pembedahan (removal of deviated septum - septoplasty), penggunaan yang lain dari air garam ialah normal saline atau Nasal spray. Penggunaan air garam ataupun saline boleh memberi masalah lebih teruk kepada sesiapa yang allergic kepada penggunaan air bergaram. Ianya akan membuatkan sinus bertambah teruk dan gatal-gatal (bintik-bintik merah) pada sekitar muka terutama di pipi, dahi dan belakang telinga - seterusnya demam panas + infection. Saya rasa bahagian ini perlu dinyatakan di dalam artikel untuk mengelakkan masalah kepada sesetengah orang. This is a known symptom to many people, kebiasaannya ENT akan menasihatkan pesakit untuk mengenal daya tahan diri sendiri dahulu sebelum membuat "percubaan". Sekiranya ternyata air garam memudaratkan para pesakit, ENT akan memberi pesakit Steriod nasal spray seperti contohnya yang mengandungi "mometasone furoate" dan dalam masa yang sama meneruskan pengambilan "antihistamine" seperti Clarinase, piriton, actified etc.. - Jay 16:49, 30 April 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya hanya menterjemahkan sebahagian rencana Nasal irrigation yang saya berasa penting. Bagi saya, saya kini berasa sihat selepas mencuba selama seminggu (dah menderita berbulan-bulan). Yang lain, saya kurang pasti kerana ini adalah kali pertama saya tahu tentang rawatan tersebut dan saya cuma menggunakan garam biasa (walaupun tidak sangat disyorkan). — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:03, 30 April 2008 (UTC)[balas]

Tolong wikikan rencana ini. Terutamanya jadual-jadual di dalam rencana. Setiap usaha anda didahului dengan ucanap terima kasih. kurnia[binc|sumb] 12:34, 30 April 2008 (UTC)[balas]

{{tunas}}

Saya telah melakukan perubahan pada templat ini, bukan dari segi rupa tetapi fungsi. Selain untuk templat {{tunas}} sahaja, saya telah meletakkan PF ringkas agar ia menjadi pelbagai fungsi yakni boleh digunakan untuk templat tunas lain. Contohnya seperti {{Tunas-sekolah}}, {{Tunas-Anime}} dan sebagainya. Ianya berfungsi dengan memberikan parameter pada templat tunas seperti berikut {{tunas|xxx}}. Sekiranya anda perasan, setiap templat tunas dinamakan seperti berikut {{tunas-xxx}}. Ini untuk menyesuaikannya dengan PF templat {{tunas}}. Maka saya berharap, sekiranya sebuah templat tunas baru diciptakan, penamaannya adalah di dalam format Templat:Tunas-xxx. Sekian, SMJ. — kurnia[binc|sumb] 18:16, 30 April 2008 (UTC)[balas]

Setuju. ...Aurora... 03:59, 1 Mei 2008 (UTC)[balas]