Kolej Vokasional Melaka Tengah
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1984, ia adalah salah sebuah sekolah aliran teknik dan vokasional yang menawarkan beberapa kursus kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Namun mulai tahun 2011 ia telah ditukarkan sepenuhnya menjadi sekolah aliran vokasional. Kini ia dikenali sebagai Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Sekolah ini dibina pada Januari 1984 di atas sebidang tanah yang keluasannya ialah 15.46 hektar melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Asian. Projek ini menelan kos sebanyak RM32 juta di mana RM24 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah. Projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Disember 1985 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama sekolah untuk jurusan vokasional telah diadakan pada 20 April 1986.
Sejak pembukaan sekolah ini, banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan pasaran industri.
Pada tarikh 1hb Disember 1995, Sekolah Menengah Vokasional ini secara rasminya telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan menawarkan aliran baru iaitu teknik dan masih mengekalkan aliran vokasionalnya. Semenjak penukaran ini, kursus sijil asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya.
Kini, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah mempunyai seramai 800 orang pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus aliran teknik dan vokasional, manakala staf akademiknya telah menjangkau seramai 100 orang. Selain daripada pencapaian keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sekolah ini juga melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sehingga pelajarnya dipilih untuk mewakili daerah, negeri dan kebangsaan dalam acara-acara yang dianjurkan.
Falsafah
[sunting | sunting sumber]Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar bagi menghasilkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Membentuk insan berkemahiran yang mampu menghadapi cabaran globalisasi. Melayani setiap pelanggan sekolah.
Visi
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah Cemerlang 2010
Misi
[sunting | sunting sumber]Warga Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah untuk :-
- Menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar bagi menghasilkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
- Membentuk insan berkemahiran yang mampu menghadapi cabaran globalisasi
- Melayan setiap pelanggan sekolah
Akronim PRIME
[sunting | sunting sumber]Performance | Mempertingatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang |
---|---|
Respectability | Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya |
Image | Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berkhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta |
Man power | Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai ethika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai wawasan 2020 |
Expectation | Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatupadu |
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Menjadikan sekolah ini sebagai “ pusat ilmu “ bagi memburu kecemerlangan pencapaian pelajar dalam berbagai bidang dengan cara memberi mereka pendidikan yang paling bermutu.
- Membina nilai serta kepakaran guru bagi mewujudkan pandangan positif terhadap Sistem Pendidikan Teknikal & Vokasional supaya dihormati oleh masyarakat.
- Melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang teknikal dan separa teknikal bagi memenuhi keperluan gunatenaga negara.
- Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut serta memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi.
- Menerapkan ciri-ciri budaya kecemerlangan di sekolah ini bagi memenuhi aspirasi dan hasrat agama, bangsa dan negara iaitu untuk melahirkan generasi yang produktif dan berdaya maju.
Budaya Kerja Gemilang SMTMT
[sunting | sunting sumber]- Memahami dan menghayati
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
- Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian pelajaran setiap masa.
- Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
- Menentukan objektif (setiap tugas.
- Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
- Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah.
- Mengamalkan sikap Jujur, Ikhlas, Amanah serta Adil.
- Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
- Kepimpinan melalui teladan.
- Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
- Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
- Kerja adalah Ibadah.
Lapan Prinsip Pengurusan Berkualiti
[sunting | sunting sumber]- Tumpuan kepada pelanggan - Pelanggan merupakan sebab wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi harapan pelanggan.
- Kepimpinan - Pengurursan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ia masih sesuai dan berkesan.
- Penglibatan anggota organisasi - Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepaa peningkatan prestasi organisasi.
- Pendekatan proses - Pendekatan proses bermaksud input, proses transformasi input-input ini dan output kepada proses transformasi itu dikenalpasti. Hasil yang dihasratkan, iaitu output daripada proses trasformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat duruskan mengikut pendekatan proses.
- Pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem - Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.
- Penambahbaikan secara berterusan - Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara trusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.
- Pendekatan membuat keputusan berdasarkan fakta - Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan ini berkesan.
- Hubungan dengan pelanggan untuk faedah bersama - Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]S.M.T MELAKA TENGAH
GURUNYA MENDIDIK MEMIMPIN
KE ARAH MAJU JAYA
USAHA YAKIN DAN JAYA
ITULAH HASRAT KITA
BERUSAHA MENINGKATKAN MUTU
HASILAN KERJA
RAJIN BERUSAHA
ITULAH DASAR KITA
TERUS BEKERJA
DEMI NEGARA
PENUH YAKIN DAN IKHLAS
DAULATKAN NILAI BANGSA
BERGANDING BAHU
Sejarah Pengetua SMTMT
[sunting | sunting sumber]- Tn Hj Nordin Mantan — Pengetua SMTMT (1988)
- Tn Hj Omar Bin Man — Mantan Pengetua SMTMT
- Tn Hj Sariman Bin Sharif — Mantan Pengetua SMTMT
- Tn Hj Mohamad Bin Samad — Pengetua SMTMT 2007
- Dr Hj Abdul Aziz b. Sahat
- Tn Hj Abdul Aziz b. Omar
Pelajar Terbaik SMTMT
[sunting | sunting sumber]Aliran Teknik
[sunting | sunting sumber]11 Tahun | aidah wani Nama | Kursus aidah wani | Pencapaian | Agregat |
---|---|---|---|---|
1997 | MOHD HAYRIEL B. SALIM | 5PKE1 | 4A1 + 3A2 | 8 |
1998 | HAZIFF B. ACHIM | 5PKE1 | 4A1 + 2A2 | 8 |
1999 | ROSNIZAM B. MAAROF | 5PKE1 | 3A1 + 3A2 | 9 |
2000 | MOHD NAZAFAT B. KASSIM | 5PKE1 | 5[1A] + 1[2A] | 6A |
2001 | HAZANARIAH BT. HASSAN | 5PKA3 | 3[1A] + 5[2A] | 8A |
2002 | ONG SWEE KHAI | 5PKE1 | 8[1A] + 1[2A] | 9A |
2003 | HASRUL B. HALIMOON | 5PKM1 | 4[1A] + 4[2A] | 8A |
2004 | MOHD ATHIR BIN MAMAT | 5PKE1 | 7[A1] + 2[A2] | 9A |
2005 | MOHD AZIZUL RAHMAN B MOHD AZIZI | 5PKE1 | 9[A1] + 2[A2] | 11A |
2006 | NUR AQILAH BTE HAIRUDIN | 5PKE1 | 7[1A] + 2[2A] | 9A |
2007 | CHE SAIFUL HARIS BIN CHE MAHTAR | 5 BESTARI | 4(1A)+4(2A) | 8A |
Aliran Vokasional
[sunting | sunting sumber]Tahun | Nama | Kursus | Pencapaian | Agregat |
---|---|---|---|---|
1997 | MOHD NAZRI B. MOHD ALI | 5EN | 1A1+5A2 | 11 |
1998 | ADIB B. SUKIMAN | 5ABM | 4A1+2A2 | 10 |
1999 | ABD FARUF B. MUSTAFA | 5EK | 4A1+1A2 | 11 |
2000 | MOHAMED HARTH B. ABDUL KADIR | 5PPU | 2[1A]+5[2A] | 7A |
2001 | MOHD NASHRIMAN NOOR B. NAWI | 5EN | 4[1A]+2[2A] | 6A |
2002 | AHMAD FAIZAL B. RAHIM | 5EN | 2[1A] + 3[2A] | 5A |
2003 | MOHD HAIRIL BIN YAAKUB | 5KFL | 9[1A] | 9A |
2004 | KAU CHOON HONG | 5PPU | 5[1A] | 5A |
2005 | ZAMHAMIDI BIN ZAMANI | 5EK | 4[A1] + 1[A2] | 5A |
2006 | MUHAMMED ARIF BIN MOHD SARIF | 5EK | 4[1A] + 1[2A] | 5A |
2007 | MUHAMMAD HAFIZI BIN MD JALIL | 5ABM | 3(1A)+3(2A) | 6A |
Sinopsis Kursus
[sunting | sunting sumber]Aliran Teknik |
Aliran Vokasional |
Aliran Kemahiran |
Pengajian Kejuruteraan Awam |
Binaan Bangunan [BB] |
Pembuat Perabot [Ting. 5] |
Pengajian Kejuruteraan Elektrik |
Kimpalan & Fabrikasi Logam [KFL] |
Juruelektrik [Ting. 4] |
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal |
Automotif [AU] |
Jurukimpal Arka [Ting. 4] |
Elektrik [EK] |
Mekanik Kenderaan Motor [Ting. 4] |
|
Elektronik [EN] |
||
Amalan Bengkel Mesin [ABM] |
||
Penyejukan & Penyamanan Udara [PPU] |
Aliran Teknik
[sunting | sunting sumber]Syarat Utama : |
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut: |
a. Bahasa Melayu =C |
|
b. Matematik = C & Sains = B atau Sains = C & Matematik = B |
|
c. Kemahiran Hidup = C |
|
Syarat Tambahan: |
Mendapat pencapaian minimum Peringkat C dalam 1 mata pelajaran dan Peringkat D dalam 2 mata pelajaran lain. |
Aliran Vokasional
[sunting | sunting sumber]Syarat Utama [untuk kursus EN, EK dan AU] |
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut: |
a. Bahasa Melayu = d |
|
b. Sains = C |
|
c. Matematik = D |
|
d. Kemahiran Hidup = C |
|
Syarat Utama [untuk kursus ABM, KFL, BB & PPU] |
Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut: |
a. Bahasa Melayu = D |
|
b. Sains = D |
|
c. Matematik = D |
|
d. Kemahiran Hidup = D |
|
Syarat Tambahan |
Mendapat pencapaian minimum di Peringkat D dalam 1 mata pelajaran lain. |
Aliran Kemahiran
[sunting | sunting sumber]Syarat Utama : |
Pencapaian rendah dalam PMR dengan lulus tidak lebih daripada 4 mata pelajaran. |
Mata Pelajaran Aliran Teknik
[sunting | sunting sumber]Mata Pelajaran Teras |
Mata Pelajaran Elektif |
Bahasa Melayu |
Fizik |
Bahasa Inggeris |
Kimia |
Matematik |
Matematik Tambahan |
Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral |
Lukisan Kejuruteraan |
Sejarah |
Pengajian Kejuruteraan Awam |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal |
Pengajian Kejuruteraan Elektrik |
Mata Pelajaran Aliran Vokasional
[sunting | sunting sumber]Mata Pelajaran Teras |
Mata Pelajaran Elektif |
|||
Bahasa Melayu |
Kursus Elektrik:
|
|||
Bahasa Inggeris |
Kursus Elektronik:
|
|||
Matematik |
Kursus Amalan Bengkel Mesin:
|
|||
Pendidikan Islam/Pengetahuan Moral |
Kursus Kimpalan & Fabrikasi Logam:
|
|||
Sejarah |
Kursus Automotif:
|
|||
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan |
Kursus Binaan Bangunan:
|
|||
Sains |
Kursus Penyejukan & Penyamanan Udara:
|
Mata Pelajaran Aliran Kemahiran
[sunting | sunting sumber]Bahasa Melayu |
Bahasa Inggeris |
Pendidikan Islam |
Kemahiran Komputer |
Enrolmen Pelajar
[sunting | sunting sumber]Tingkatan | Melayu | Cina | India | Jumlah | Jumlah Besar | |||||
L | P | L | P | L | P | L | P |
|
||
Aliran Teknik |
4 | 150 | 102 | 252 | ||||||
5 | 152 | 112 | 0 | 0 | 4 | 0 | 156 | 112 | 268 | |
Jumlah | 152 | 112 | 0 | 0 | 4 | 0 | 306 | 214 | 520 | |
Aliran Vokasional |
4 | 226 | 49 | 275 | ||||||
5 | 194 | 53 | 1 | 0 | 6 | 0 | 201 | 53 | 254 | |
Jumlah | 194 | 53 | 1 | 0 | 6 | 0 | 427 | 102 | 529 | |
Aliran Kemahiran |
4 | 0 | 0 | 0 | ||||||
5 | 20 | 1 | 21 | |||||||
Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 20 | 1 | 21 | |
JUMLAH KESELURUHAN | 346 | 165 | 1 | 0 | 10 | 0 | 753 | 317 | 1070 |
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Jenis kemudahan | Bilangan |
---|---|
Bangunan Blok Pentadbiran | 2 |
Bilik darjah | 38 |
Bengkel kejuruteraan | 3 |
Bengkel pertukangan | 7 |
Makmal sains | 4 |
Makmal fizik | 2 |
Makmal kimia | 2 |
Makmal komputer PIBG | 1 |
Makmal komputer AutoCAD | 1 |
Perpustakaan | 1 |
Bilik Lukisan Kejuruteraan | 1 |
Bilik Alat Pandang Dengar | 1 |
Pusat Sumber Asrama | 1 |
Gimnasium | 1 |
Gelanggang tenis | 2 |
Gelanggang Sepak Takraw | 4 |
Gelanggang Bola Keranjang | 1 |
Gelanggang Bola Tampar | 2 |
Gelanggang Bola Jaring | 2 |
Padang Bola | 1 |
Astaka | 1 |
Kedai Koperasi Sekolah | 1 |
Kedai Syarikat PUM | 1 |
Dewan Bunga Raya | 1 |
Dewan Makan Asrama | 1 |
Surau Asrama | 1 |
Blok Asrama Putera | 4 |
Blok Asrama Puteri | 2 |
Kediaman Guru (Warden) | 12 |
Kediaman Pengetua | 1 |
Kediaman Penolong Kanan 1 | 1 |
Kediaman Pekerja | 8 |
Bas | 2 |
Van | 1 |
Makmal Siber | 1 |
Makmal Komputer | 1 |