Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/29 Januari
Penampilan
29 Januari: Tahun Baru Qamari (2025)
- 1845 – Puisi naratif The Raven oleh Edgar Allan Poe diterbitkan buat pertama kali, dalam akhbar New York Evening Mirror.
- 1856 – Ratu Victoria dari United Kingdom mengeluarkan waran yang mewujudkan Salib Victoria, bagi menghargai tindakan berani anggota tentera British semasa Perang Krimea.
- 1891 – Liliʻuokalani, ratu dan pemerintah terakhir Kerajaan Hawaiʻi turun takhta.
- 1886 – Karl Benz memfailkan paten untuk Motorwagen (gambar), kereta berkuasa petrol pertama yang berjaya.
- 2001 – Ribuan penunjuk perasaan mahasiswa di Indonesia menyerbu Bangunan MPR/DPR, meminta Presiden Abdurrahman Wahid mengundurkan diri kerana tuduhan rasuah.
Hari-hari sebelum: 28 Januari – 27 Januari – 26 Januari