Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/24 Oktober
Penampilan
24 Oktober: Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1945); Hari Kemerdekaan di Zambia (1964).
- 1260 – Katedral Chartres di Chartres, Perancis (gambar) ditahbiskan di hadapan Raja Louis IX.
- 1648 – Perjanjian kedua Perdamaian Westfalen ditandatangani, menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun dan Pemberontakan Belanda.
- 1929 – Bursa Saham New York mula jatuh pada "Khamis Hitam", menyebabkan rentetan kemuflisan dan mencetuskan kemelesetan ekonomi dunia.
- 1945 – Piagam PBB, perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mula berkuatkuasa.
- 1960 – Satu prototaip peluru berpandu balistik antara benua Soviet meletup di pelantar pelancar di Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, membunuh lebih 90 orang.
Hari-hari sebelum: 23 Oktober – 22 Oktober – 21 Oktober