Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/12 Februari
Penampilan
- 1502 – Penjelajah Portugis Vasco da Gama mula berlayar dari Lisbon, dalam pelayaran keduanya ke India dengan tujuan memperkukuh kepentingan Portugal di Timur Jauh.
- 1855 – Universiti Negeri Michigan diasaskan sebagai Kolej Pertanian Negeri Michigan, kolej pertanian pertama di Amerika Syarikat.
- 1912 – Revolusi Xinhai: Maharaja China terakhir, Puyi (gambar) turun dari takhta, secara rasminya menamatkan Dinasti Qing.
- 2010 – Gencatan senjata yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- 2013 – Krisis pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah menyebabkan 10 orang anggota keselamatan maut.
Hari-hari sebelum: 11 Februari – 10 Februari – 9 Februari