Wikipedia:FAQ Pembaca
Pembaca merujuk kepada mereka yang mencari maklumat dalam Wikipedia dan juga mereka yang membaca rencana Wikipedia untuk keseronokan semata-mata. FAQ ataupun soalan lazim ditanya ini adalah soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh pembaca.
Bagaimana saya mencari maklumat dalam Wikipedia?
[sunting sumber]Anda boleh melakukannya dengan memasukkan kata kunci dalam kotak carian yang terletak di bahagian kanan atas laman dan kemudian menekan gambar "kanta pembesar" untuk pergi ke rencana yang berjudulkan kata kunci yang anda masukkan. Atau tekan "Cari" untuk mencari semua rencana yang berkaitan dengan kata kunci yang anda masukkan tadi. Lihat Wikipedia:Mencari untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh menggunakan Google untuk mencari dengan mengikuti pautan ini. Indeks Google mungkin agak lambat, dan tidak akan dapat memberikan perubahan terkini.
Bolehkan saya memetik rencana Wikipedia?
[sunting sumber]Boleh. Anda juga boleh mencerminkan Wikipedia jika anda mahu. Cuma pastikan teksnya kekal di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Lihat Wikipedia:Hak cipta
Bagaimana jika memaut kepada Wikipedia? Perlukan saya menggunakan GFDL?
[sunting sumber]Tidak. Satu perkataan atau dua tiga ayat tidak mengapa.
Mengapa bila saya gunakan pautan halaman rawak, saya mendapat banyak rencana tarikh dan tumbuhan?
[sunting sumber]Kerana terdapat banyak rencana seperti ini. Teruskan menekan pautan tersebut sehingga anda jumpa sesuatu yang menarik.
Apakah yang saya harus buat jika saya menjumpai kesalahan dalam rencana?
[sunting sumber]Anda harus membaikinya serta-merta. Anda tidak perlu mengadu perkara ini kepada sesiapa khususnya media massa kerana tindakan ini tidak dapat membaiki kualiti Wikipedia. Untuk membaiki sesuatu rencana, dari segi teknikal anda harus mengetahui: cara menyunting. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada semangat berani mengemaskini laman untuk mengetahui kepentingan pembaikian rencana serta merta.
Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia |
Halaman FAQ... |
Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain |
Lihat juga... |