Wikipedia:FAQ Menyunting
Menyunting di sini bermaksud menulis ataupun mengubah penulisan yang terdapat dalam wikipedia. Senarai soalan di bawah adalah berkenaan dengan menyunting di wikipedia
Bagaimanakah saya mula menyunting?
Segala kerja menyunting harus dilakukan di dalam laman menyunting, tempat ini boleh sampai dengan menekan tab sunting yang terletak di atas rencana. (lihat gambar). Selepas itu anda akan menemui satu ruangan yang boleh ditaip.(lihat gambar)
Bagaimanakah saya boleh memadam sesuatu rencana?
Di sini, perlu diingatkan bahawa memadam itu tidak bermaksud memadam semua tulisan yang terdapat di bawah sesuatu rencana menerusi fungsi penyuntingan. Tindakan ini tidak dapat menghapuskan tajuk rencana itu sendiri dan juga sejarah penyuntingan di bawah tajuk rencana ini.
Pada dasarnya hanya penyelia sahaja yang mempunyai kuasa untuk menghapuskan sesuatu rencana secara total, iaitu memadam segala isi, sejarah penyuntingan dan juga tajuknya sama sekali. Sekiranya anda mendapati sesuatu rencana itu perlu dihapuskan sama sekali, anda boleh melaporkan perkara ini kepada penyelia. Cara melapornya adalah meletak teg {{Padam}} pada rencana.
Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia |
Halaman FAQ... |
Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain |
Lihat juga... |