Wikipedia:Calon rencana pilihan/Singa/arkib1
Singa (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: Malurian123 (bincang) 03:45, 2 September 2019 (UTC)
Singa (Panthera leo ) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.
Sudah lama saya tidak mencalonkan sebarang rencana kerana dapati cara pencalonan baharu ini agak rumit. Tetapi setelah faham caranya, saya mengambil keputusan untuk mencalonkan rencana yang lengkap ini. — Malurian123 03:45, 2 September 2019 (UTC)
@Malurian123: Maaf kerana cara ini agak rumit bagi anda. tetapi dengan cara ini, pencalonan tidak akan terkait dengan bulan seperti yang dilakukan oleh pencalonan-pencalonan lepas. Jika tiada apa-apa bantahan dari pengguna lain:
- Setuju - Rencana kelihatan lengkap dan tiada pautan merah dalamnya. Cuma rujukan sahaja ada lagi istilah dalam bahasa Inggeris seperti "p." dan "pp." yang boleh ditukar menjadi "ms." atau "m/s." yang boleh disunting kemudian. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:03, 3 September 2019 (UTC)
Dipilih oleh kerana tiada undian bantahan. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:47, 4 Oktober 2019 (UTC)