Pergi ke kandungan

Kemusnahan habitat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kehilangan habitat)
Hutan onak duri Chaco ditebang begitu dashyat sekali semata-mata untuk memberi laluan kepada pertanian kacang soya.

Kemusnahan habitat ialah proses yang menyebabkan sesebuah habitat semula jadi hilang keupayaannya untuk menampung spesies-spesies yang sedia ada. Dalam proses ini, organisme-organisme yang pernah menggunakan tapak habitat ini kehilangan tempat tinggal atau dimusnahkan, maka berkuranganlah biodiversitinya. Kemusnahan habitat akibat kegiatan manusia, terutamanya bertujuan meneroka sumber alam untuk pengeluaran industri dan pembandaran. Pembersihan habitat untuk tujuan pertanian ialah punca utama kemusnahan habitat, di samping juga kegiatan perlombongan, pembalakan, penundaan dan rebakan bandar. Kemusnahan habitat kini merupakan punca kepupusan spesies yang paling utama di seluruh dunia.[1] Beginilah proses perubahan alam sekitar yang penting dalam pemahaman evolusi dan biologi pemuliharaan. Punca-punca lain termasuk fragmentasi habitat, proses geologi, perubahan iklim, spesies penceroboh, perubahan khasiar ekosistem dan kegiatan manusia.

Istilah "kehilangan habitat" dan "pengurangan habitat" juga digunakan untuk erti yang lebih luas, termasuk kehilangan habitat akibat faktor-faktor lain seperti pencemaran air dan bunyi.

Kesan terhadap hidupan

[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya, apabila musnahnya sesebuah habitat, maka berkurangnya keupayaan muatan bagi tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan, dan hidupan-hidupan lain yang menduduki habitat tersebut, maka bilangan hidupan-hidupan tersebut semakin berkurangan dan kian pupus.[2] Mungkin sekali, ancaman terbesar terhadap organisme dan biodiversiti ialah proses kemusnahan habitat.[3] Temple (1986) mendapati bahawa 82% daripada spesies burung terancam amat terancam oleh kehilangan habitat. Hidupan-hidupan endemik yang tinggal dalam kawasan terhad juga paling teruk terjejas oleh kemusnahan habitat, terutamanya kerana hidupan-hidupan tersebut tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia, oleh itu lebih sukar untuk pulih, tidak lupa juga kebanyakan hidupan endemik agak cerewet keperluannya untuk bermandiri, oleh itu hanya boleh ditemui dalam sebuah ekosistem yang tertentu, maka pupuslah hidupan itu. Kemusnahan habitat juga boleh mengurangkan liputan kependudukan hidupan yang tertentu, maka boleh mengakibatkan berkurangnya kepelbagaian genetik dan mungkin sekali penghasilan anak hidupan yang mandul, kerana hidupan-hidupan induknya mungkin berkemungkinan lebih besar mengawan dengan saudara-saudari sendiri dalam spesiesnya, atau spesies yang berlainan.

Kegiatan manusia

[sunting | sunting sumber]
Penebangan hutan di Eropah.

Kemusnahan habitat yang berpunca dari kegiatan manusia termasuk penggunaan tanah untuk tujuan pertanian, rebakan bandar, pembangunan prasarana, dan bermacam-macam lagi perubahan buatan manusia kepada kecirian tanah. Degradasi, fragmentasi dan pencemaran habitat merupakan aspek-aspek pencemaran akibat manusia yang tidak semestinya melibatkan pemusnahan habitat terang-terangan, namun tetap mengakibatkan keruntuhan habitat. Penggurunan, pembasmian hutan, dan penjejasan terumbu karang masing-masing merupakan jenis-jenis kemusnahan habitat yang boleh dialami oleh gurun, hutan, dan terumbu karang.

Geist dan Lambin (2002) mentaksir 152 kajian kes mengenai kehilangan bersih liputan hutan tropika untuk menentukan apa-apa corak dalam punca-punca langsung dan tidak langsung bagi pembasmian hutan tropika. Hasilnya, yang diberi sebagai peratusan kajian kes yang mana setiap parameter mewakili faktor penting, memberikan pengutamaan kuantitatif bagi punca-punca langsung dan tidak langsung yang mana paling penting. Punca-punca langsung diguguskan menjadi kategori-kategori am iaitu perluasan pertanian (96%), perluasan infrastruktur (72%), dan pengekstrakan kayu (67%). Justeru, menurut kajian ini, penukaran hutan kepada tanah pertanian ialah perubahan kegunaan tanah utama yang menyebabkan pembasmian hutan tropika. Kategori-kategori khas pula memperluaskan pandangan terhadap punca-punca pembasmian hutan tropika yang terperinci, iaitu: perhubungan pengangkutan (64%), pengekstrakan kayu komersik (52%), pertanian tetap (48%), penternakan lembu (46%), pertanian tebas dan bakar (41%), pertanian sara diri (40%), dan pengekstrakan kayu api untuk kegunaan peribadi (28%). Daripada itu, nampaknya pertanian pindah bukan punca utama pembasmian hutan di seluruh dunia, sebaliknya perhubungan pengangkutan (termasuk pembinaan jalan raya baru) merupakan faktor langsung tunggal terbesar yang mengakibatkan kemusnahan hutan.[4]

  1. ^ Pimm & Raven, 2000, pp. 843-845
  2. ^ Scholes & Biggs, 2004
  3. ^ Barbault & Sastrapradja, 1995
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Geist
  • Barbault, R. and S. D. Sastrapradja. 1995. Generation, maintenance and loss of biodiversity. Global Biodiversity Assessment, Cambridge Univ. Press, Cambridge pp. 193–274.
  • Burke, L., Y. Kura, K. Kassem, C. Ravenga, M. Spalding, and D. McAllister. 2000. Pilot Assessment of Global Ecosystems: Coastal Ecosystems. World Resources Institute, Washington, D.C.
  • Cincotta, R.P., and R. Engelman. 2000. Nature's place: human population density and the future of biological diversity. Population Action International. Washington, D.C.
  • Geist, H. J., and E. E. Lambin. 2002. Proximate causes and underlying driving forces of tropical deforestation. BioScience 52(2): 143-150.
  • Kauffman, J. B. and D. A. Pyke. 2001. Range ecology, global livestock influences. In S. A. Levin (ed.), Encyclopedia of Biodiversity 5: 33-52. Academic Press, San Diego, CA.
  • Laurance, W. F. 1999. Reflections on the tropical deforestation crisis. Biological Conservation 91: 109-117.
  • McKee, J. K., P.W. Sciulli, C. D. Fooce, and T. A. Waite. 2003. Forecasting global biodiversity threats associated with human population growth. Biological Conservation 115: 161-164.
  • MEA. 2005. Ecosystems and Human Well-Being. Millennium Ecosystem Assessment. Island Press, Covelo, CA.
  • Primack, R. B. 2006. Essentials of Conservation Biology. 4th Ed. Habitat destruction, pages 177-188. Sinauer Associates, Sunderland, MA.
  • Pimm, Stuart L. and Peter Raven (2000) Biodiversity: Extinction by numbers Nature 403: 843-845 doi:10.1038/35002708.
  • Ravenga, C., J. Brunner, N. Henninger, K. Kassem, and R. Payne. 2000. Pilot Analysis of Global Ecosystems: Wetland Ecosystems. World Resources Institute, Washington, D.C.
  • Sanderson, E. W., M. Jaiteh, M. A. Levy, K. H. Redford, A. V. Wannebo, and G. Woolmer. 2002. The human footprint and the last of the wild. Bioscience 52(10): 891-904.
  • Scholes, R. J. and R. Biggs (eds.). 2004. Ecosystem services in Southern Africa: a regional assessment. The regional scale component of the Southern African Millennium Ecosystem Assessment. CSIR, Pretoria, South Africa.
  • Stein, B. A., L. S. Kutner, and J. S. Adams (eds.). 2000. Precious Heritage: The Status of Biodiversity in the United States. Oxford University Press, New York.
  • Temple, S. A. 1986. The problem of avian extinctions. Ornithology 3: 453-485.
  • Tibbetts, John. (2006). Louisiana's Wetlands: A Lesson in Nature Appreciation. Environ Health Perspect. January; 114(1): A40–A43.
  • Tilman, D., J. Fargione, B. Wolff, C. D’Antonio, A. Dobson, R. Howarth, D. Schindler, W. H. Schlesinger, D. Simberloff, and D. Swackhamer. 2001. Forecasting agriculturally driven global environmental change. Science 292: 281-284.
  • White, R. P., S. Murray, and M. Rohweder. 2000. Pilot Assessment of Global Ecosystems: Grassland Ecosystems. World Resources Institute, Washington, D. C.
  • WRI. 2003. World Resources 2002-2004: Decisions for the Earth: Balance, voice, and power. 328 pp. World Resources Institute, Washington, D.C.
  • Erin Risdal, 2009,, blackle.com saves energy