Wikipedia:Calon rencana pilihan/Mei 2017
Soeara Berbisa ([suˈara bərˈbisa]; Ejaan yang Disempurnakan: Suara Berbisa) ialah sebuah filem tahun 1941 dari Hindia Timur Belanda. Dihasilkan oleh Ang Hock Liem untuk Union Films dan diarahkan oleh R Hu, filem hitam putih ini dibintangi oleh Raden Soekarno, Ratna Djoewita, Oedjang dan Soehaena. Kisah yang ditulis oleh Djojopranoto ini, menceritakan tentang dua lelaki muda yang bersaing untuk mendapatkan kasih sayang seorang wanita sebelum mengetahui bahawa mereka adalah saudara kandung yang telah lama hilang.
Disiapkan antara September dan Oktober 1941, Soeara Berbisa menampilkan muzik keroncong dan difilemkan sebahagiannya di Jawa Barat. Ia dikeluarkan bertepatan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri, dan dinilai untuk semua peringkat umur. Iklannya menekankan bahawa filem ini sesuai ditonton untuk penonton peribumi dan Belanda. Satu ulasan positif diterima oleh filem ini melalui De Indische Courant. Walaupun filem ini merupakan penerbitan kedua terakhir Union - yang ditayangkan selewat-lewatnya tahun 1949, ia kini dianggap hilang. (Rencana penuh...)