Pergi ke kandungan

When Love Was Around

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
When Love Was Around
EP oleh
Dilancarkan pada20 Julai 2018
Dirakamkan padaMac – Jun 2018
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenreRock alternatif, rock indie
Panjang26:04
BahasaBahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSony Music Malaysia
Kronologi Midnight Fusic
When Love Was Around
(2018)
Caramel Cream
(2019)
Single daripada When Love Was Around
  1. "Heart of May"
    Dikeluarkan: 22 September 2017
  2. "Lovesick"
    Dikeluarkan: 18 Januari 2018
  3. "When Love Was Around"
    Dikeluarkan: 31 Julai 2018
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

When Love Was Around ialah EP sulung oleh kumpulan rock alternatif Malaysia, Midnight Fusic,[1][2] dikeluarkan pada 20 Julai 2018 oleh Sony Music Malaysia.[3] EP ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik muzik dan didahului oleh dua single utama, iaitu "Heart of May" dan "Lovesick".[4]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama JUICE Online, vokalis Midnight Fusic, Arif berkata:

"Harapan dan jangkaan kami boleh menjadi berlebihan sedikit, namun kami tidak mahukannya dengan cara lain kerana tekanan mendorong kami menjadi yang lebih baik setiap hari. Kami akan cuba menjadi yang terbaik 100% peratus untuk pendengar dan peminat kami. Kami terhutang budi kepada peminat yang sentiasa menyokong perjuangan kami,".[3]

Promosi dan single

[sunting | sunting sumber]

Single pertama yang dikeluarkan untuk EP ini ialah "Heart of May" pada September 2017, ia berjaya menduduki tangga teratas di carta Malaysian Top 10 HITZ.fm. Single kedua, "Lovesick" dikeluarkan pada Januari 2018 dan menerima sambutan positif dengan separuh juta penstriman di Spotify.[5]

Versi demo lagu "Heart of May" dikeluarkan pada Mei 2018.[6] Tajuk runut EP ini, "When Love Was Around" dikeluarkan sebagai single ketiga pada 31 Julai 2018. "Heart of May" dan "Lovesick" kemudiannya diberikan susunan muzik baharu dan dimuatkan dalam album sulung senama Midnight Fusic yang dikeluarkan pada 2021.

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

When Love Was Around mendapat ulasan positif daripada pengkritik muzik. Surej Singh dari Bandwagon Asia berkata: "When Love Was Around menghadirkan semangat langkah ke depan dengan nuansa tenor bunyi serantau".[7] Bandwagon turut menyenaraikan EP ini sebagai salah satu keluaran terbaik di Asia bagi tahun 2018.[7] Nabil Kamal dari Masses menyifatkan When Love Was Around sebagai sebuah "EP yang menarik untuk didengar".[8] Satu ulasan oleh stesen radio Suria menjelaskan bahawa When Love Was Around ialah "katarsis yang nyata, penzahiran kebenaran yang berbuah daripada kesedihan dan kekecewaan".[9]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh Midnight Fusic.

No.TajukMasa
1."When Love Was Around"4:14
2."Off My Mind"4:22
3."Heart of May"3:58
4."Flowers"3:55
5."Lovesick"4:13
6."Time Machine"5:22
Jumlah masa: 26:04


Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 20 Julai 2018 Muat turun digital[10]
Penstriman digital[11]
Piring hitam[12]
Sony Music Malaysia
  1. ^ Georgie Joseph (19 Ogos 2018). "Midnight Fusic bagai bermimpi". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ Georgie Joseph (19 Ogos 2018). "Terkejut, bagaikan bermimpi". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ a b Karissa Lund (16 Julai 2018). "LISTEN: Midnight Fusic "When Love Was Around" EP is dropping on 20 July" [DENGAR: EP Midnight Fusic "When Love Was Around" bakal menjengah pasaran pada 20 Julai] (dalam bahasa Inggeris). JUICE Online. Dicapai pada 1 September 2018.
  4. ^ Jehoo (Ogos 2018). "Ngobrol seru dengan Midnight Fusic baru rilis EP, When Love Was Around" [Bersantai bersama Midnight Fusic baru sahaja melancarkan EP, When Love Was Around] (dalam bahasa Indonesia). Creative Disc. Dicapai pada 6 September 2018.
  5. ^ Meriem Arif (22 Ogos 2018). "Malaysian band Midnight Fusic aims for greater heights" [Kugiran Malaysia, Midnight Fusic ingin melangkah lebih jauh] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 1 September 2018.
  6. ^ "Midnight Fusic on Instagram: "to end the month of May, we decided to release this old demo of "Heart of May" acoustic..."" [Midnight Fusic di Instagram: "pada penghujung Mei ini, kami akan melancarkan demo lama akustik "Heart of May"..."] (dalam bahasa Inggeris). @midnightfusic. 25 Mei 2018. Dicapai pada 5 September 2018 – melalui Instagram.
  7. ^ a b "Regional Roundup: Best Releases of 2018" [Bulatan Serantau: Keluaran Terbaik 2018] (dalam bahasa Inggeris). Bandwagon Asia. 26 Disember 2018. Dicapai pada 5 September 2019.
  8. ^ Nabil Kamal (14 Ogos 2018). "Album Review: 'When Love Was Around' Midnight Fusic" [Ulasan Album: 'When Love Was Around' oleh Midnight Music] (dalam bahasa Inggeris). Masses. Dicapai pada 5 September 2018.
  9. ^ "Midnight Fusic kembali dengan When Love Was Around". Suria. 20 Julai 2018. Dicapai pada 6 September 2018.
  10. ^ "When Love Was Around - EP by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). 20 Julai 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
  11. ^ "When Love Was Around, EP by Midnight Fusic" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. 20 Julai 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
  12. ^ "Midnight Fusic - "WHEN LOVE WAS AROUND" EP vinyl out now" [Midnight Fusic: Piring hitam EP "WHEN LOVE WAS AROUND" kini di pasaran] (dalam bahasa Inggeris). Midnight Fusic. 9 Februari 2019. Dicapai pada 5 September 2019 – melalui Facebook.