Pergi ke kandungan

Wau seri negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wau Seri Negeri.

Wau Seri Negeri merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Negeri Sembilan, Malaysia dan merupakan merupakan wau rasmi bagi Negeri Sembilan.[1]

Pada kebiasaannya, wau seri negeri akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau seri negeri dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau seri negeri pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]