Wau helang
Penampilan
Wau Helang (jika berekor dikenali Wau Merak ) yang dimainkan oleh kanak-kanak.
Wau Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Perlis, Malaysia. Ia mempunyai rupa yang sama dengan wau merak, kecuali tidak berekor panjang. Ia tergolong dalam kategori wau burung. Way Helang merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Perlis.[1]
Pada kebiasaannya, wau helang akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau helang adalah burung helang atau burung pemangsa yang lain.