Walt Disney World Resort
Koordinat: 28°25′7″N 81°34′52″W / 28.41861°N 81.58111°W
Templat:DWR Walt Disney World Resort ialah tempat peranginan rekreasi terbesar di dunia yang meliputi kawasan seluas 47 batu persegi (122 km2) dan merangkumi empat taman tema, dua taman air, 24 hotel bertema, dan berbilang-bilang tempat beli-belah, kedai makan, hiburan dan rekreasi. Kompleks resort ini dimiliki dan dikendali oleh Walt Disney World, Disney World, Walt Disneyland, Disneyland, Walt Disney Parks And Resorts, sebuah divisi Syarikat Walt Disney, dan terletak di bandaraya Lake Buena Vista, Florida, sebuah kawasan pelancongan di barat daya bandaraya Orlando. Kawasan ini juga dikenali dengan singkatan Disney World atau WDW.
Walt Disney World, Disney World,Walt Disneyland, Disneyland, Walt Disney Parks The Resorts Walt Disney World Resort dibuka pada 1 Oktober 1971, dengan taman tema Magic Kingdom, kemudian ditambahnya Epcot (pada 1 Oktober 1982), Disney's Hollywood Studios, Disney MGM Studios (pada 1 Mei 1989), dan Disney's Animal Kingdom (pada 22 April 1998).
Tarikan
[sunting | sunting sumber]Taman tema
[sunting | sunting sumber]Walt Disney World Resort menampilkan empat taman tema. Setiap taman mempunyai mercu tanda tersendiri:
- Magic Kingdom – Cinderella Castle
- Epcot – Spaceship Earth
- Disney's Hollywood Studios – The Sorcerer's Hat
- Disney's Animal Kingdom – The Tree of Life
Taman air
[sunting | sunting sumber]Beach
[sunting | sunting sumber]Tarikan lain
[sunting | sunting sumber]- Downtown Disney
- Disney's BoardWalk
- Disney's Wedding Pavilion
- ESPN Wide World of Sports Complex
- Walt Disney World Speedway
Home To The Range: Richard Petty Driving Experience
Golf dan rekreasi
[sunting | sunting sumber]Dalam kawasan Disney World termasuk ada empat padang golf 18 lubang ialah The Magnolia, The Palm, Lake Buena Vista dan Osprey Ridge, dan satu lagi padang golf sembilan lubang iaitu Oak Trail untuk pemain muda. Selain itu, ada dua kompleks golf mini bertema, setiap satu ada dua padang, iaitu Fantasia Gardens dan Winter Summerland. Rombongan memancing tangkap lepas diadakan di tasik-tasik resort ini setiap hari.