Pergi ke kandungan

Taman hiburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Taman tema)
Taman Tema Genting SkyWorlds di Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Bobbejaanland, Belgium
Europa-Park, Jerman
Sleeping Beauty Castle di Disneyland.

Taman hiburan dan taman tema (Jawi: تامن هيبورن/تامن تيما) ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan himpunan beraneka tunggangan ria dan tarikan hiburan yang dihimpunkan untuk menghiburkan orang ramai. Taman hiburan dirancang lebih teliti berbanding taman awam atau taman permainan yang biasa, kerana selalunya menyediakan tarikan yang memenuhi keperluan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Taman tema berbeza dari taman hiburan kerana terdiri daripada bahagian-bahagian yang setiap satunya memakai satu tema. Setiap bahagian bercirikan idea bahawa suasana di dalamnya mengandungi seni bina, lanskap, kedai, tungganggan dan makanan yang menyokong tema tertentu. Gangguan visual dari bahagian lain atau dari luar taman tidak boleh diterima. Taman hiburan yang bertema satu tidak dikira sebagai taman tema, dan tunggangan ria di taman hiburan bukan tema selalunya tidak banyak diterapkan unsur tema atau rekabentuk tambahan. Taman tema asli ialah Disneyland di Anaheim, California.

Taman hiburan berevolusi di Eropah dari pesta dan taman ria yang direka untuk tujuan rekreasi orang ramai. Taman hiburan tertua di dunia ialah Bakken yang dibuka pada tahun 1583, di Klampenborg, di utara Copenhagen, Denmark. Di Amerika Syarikat, pameran dan eksposisi dunia menjadi salah satu pengaruh kepada perkembangan industri taman hiburan.[1]

Kebanyakan taman hiburan adalah bertapak tetap, berbeza dengan taman ria dan karnival yang bergerak dari tempat ke tempat. Jenis taman hiburan sementara ini lazimnya kelihatan selama beberapa hari atau minggu dalam setahun, seperti taman ria di United Kingdom, dan karnival (yang dipasang di ruangan kosong atau tempat letak kereta) dan pesta (yang diadakan di tapak pesta) di Amerika Syarikat. Kesementaraan pesta ini boleh menimbulkan suasana seolah-olah berada dalam tempat atau zaman yang berlainan.

  1. ^ Adams, Judith A. (1991). The American Amusement Park Industry: A History of Technology and Thrills. Boston: Twayne Publishers. ISBN 0805798218. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)


Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Futrell, Jim. Amusement Parks of New Jersey. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books, 2004.
  • Futrell, Jim. Amusement Parks of New York. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books, 2006.
  • Futrell, Jim. Amusement Parks of Pennsylvania. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books, 2002.
  • Futrell, Jim. Amusement Parks of Virginia, Maryland, and Delaware. Mechanicsburg, PA: Stackpole Books, 2008.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]