Pergi ke kandungan

Peluang Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Peluang Kedua"
Single oleh Nabila Razali
Dilancarkan16 April 2020
Dirakamkan2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePower Pop
Panjang4:00 (single)
4:02 (muzik video)
SyarikatNabila Razali Entertainment
PenulisHael Husaini
PenerbitHael Husaini
Kronologi single Nabila Razali
""Vroom Vroom"
(2019)"
"Peluang Kedua"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Peluang Kedua" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Nabila Razali, dikeluarkan sebagai single kelimanya pada 16 April 2020. Lagu ini menjadi lagu tema drama Seindah Tujuh Warna Pelangi lakonannya, ia menjadi rakaman pertama Nabila di bawah pengurusannya sendiri, Nabila Razali Entertainment selepas tidak lagi bernaung di bawah Seventeen Eleven Music.

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video lirik untuk "Peluang Kedua" mencatat hampir 3.5 juta tontonan di YouTube. Ia turut mendapat lebih 1,000 nyanyian semula sebelum pelancaran rasmi pada 16 April 2020. Penggambaran muzik video "Peluang Kedua" terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.[1]

Versi saduran

[sunting | sunting sumber]

"Peluang Kedua" telah dipersembahkan oleh Ashira dalam konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 pada 6 Disember 2020. Lagu ini juga telah digubah semula dalam bahasa Mandarin, dan dikenali sebagai 抱歉, 如果伤害了你 (Sorry, If I Hurt You) untuk dinyanyikan oleh penyanyi tempatan, Meer Nash. Ia dikeluarkan pada 8 Januari 2021.[2] "Peluang Kedua" juga telah dirakamkan dan dinyanyikan semula dalam versi acapella oleh kumpulan Bahiyya Haneesa.[3]

Persembahan carta

[sunting | sunting sumber]

Carta Mingguan

[sunting | sunting sumber]
Carta Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik)[4] 1
Carta RIM (International & Domestic)[5] 9
Carta 40 Era Fm 1
Carta Hits Gegar -
Carta 40 Hotfm 1
Carta 40 Suriafm 1
Carta Muzik-Muzik 35 1

Carta Hujung Tahun

[sunting | sunting sumber]
Carta (2020) Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik)[6] 2

Format dan senarai runut

[sunting | sunting sumber]
Muat turun digital
  • "Peluang Kedua" – 4:00[7]
  • "Peluang Kedua (feat. MK K-Clique)" – 4:29[8]

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Versi Tarikh Format Label
Malaysia Solo 16 April 2020 Muat turun digital[7]
Penstriman digital[9]
Nabila Razali Entertainment
Duet (bersama MK K-Clique) 19 Ogos 2020 Muat turun digital[8]
Penstriman digital[10]
  1. ^ Fiza Kamarudin (27 April 2020). "Belum Dua Minggu, Video Lirik Peluang Kedua Nabila Razali Cecah Hampir 3.5 Juta Tontonan!". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  2. ^ https://www.youtube.com/watch?v=S-Q9ayEIwYo
  3. ^ Georgie Joseph (29 Januari 2021). "Peluang Kedua versi acapella". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  4. ^ RIM (30 April 2020). "RIM CHARTS Top 10 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  5. ^ RIM (30 April 2020). "RIM CHARTS Top 20 Most Streamed International & Domestic Singles in Malaysia". RIM.org.my. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  6. ^ "Most Streamed Domestic Song of 2020". Recording Industry Association of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  7. ^ a b "Peluang Kedua- Single by Nabila Razali". iTunes Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  8. ^ a b "Peluang Kedua (feat. MK (K CLIQUE))- Single by Nabila Razali". iTunes Malaysia. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  9. ^ "Peluang Kedua, a song by Nabila Razali". Spotify. 16 April 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  10. ^ "Peluang Kedua, a song by Nabila Razali, MK (K CLIQUE)". Spotify. 16 April 2020. Dicapai pada 26 Oktober 2020.